Boros Di Aralom: Badminton
Memaparkan catatan dengan label Badminton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Badminton. Papar semua catatan

Sabtu, 8 November 2014

Ujian sampel B sah positif dadah - Adakah ia milik Lee Chong Wei?

KUALA LUMPUR - Ujian doping sampel B milik seorang pemain badminton terkenal negara disahkan positif serta mengandungi bahan terlarang dexamethason.

Keputusan berkenaan diumumkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Norza Zakaria dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat BAM di sini hari ini.

Bagaimanapun, nama atlet badminton itu tidak akan diumumkan sehingga pengumuman jatuh hukum dibuat Persekutuan Badminton Dunia (BWF). - KOSMO!

p/s: Adakah Lee Chong Wei yang dimaksudkan? Kena tunggu pengesahan dari BAM

Khamis, 20 Februari 2014

Inilah kekuatan Lee Chong Wei dan Lin Dan apabila digabungkan

Minggu lalu memang agak mengejutkan bila Lee Chong Wei dan Lin Dan akan digabungkan menjadi pasangan beregu dalam sukan Badminton melawan jaguh dunia dari China, Cai Yun-Fu Heifeng. Pastinya ramai yang nak tengok sejauh mana kehebatan dua jaguh perseorangan dunia ini apabila digabungkan.

Dan mungkin juga ada yang tertunggu-tunggu apakah keputusan perlawanan ini walaupun ianya sekadar perlawanan persahabatan sempena pembukaan salah satu pusat latihan badminton di China.
Seperti dijangka, pasangan Cai Yun -Fu Heifeng menang dalam set pertama menentang Chong Wei-Lin Dan dengan keputusan 21-18.

Di set kedua, mereka kemudiannya bertukar pasangan masing-masing. Chong Wei berpasang dengan Cai Yun manakala Lin Dan pula berpasang dengan Fu Heifeng. Perlawanan ini dimenangi oleh pasangan Chong Wei-Cai Yun.

Kalau korang nak tengok perlawanan penuh, boleh tengok video kat bawah.


Sumber: Says

Serius, gua memang geram dengan Lin Dan yang selalu buatkan Chong Wei dan rakyat Malaysia kecewa especially masa final Olimpik. Tapi bila tengok keakraban Chong Wei dan Lin Dan di luar gelanggang, rasa sejuk pula hati ini..memang sudah adat dalam perlawanan, mesti ada yang kalah dan ada yang menang.

Lagi Info Menarik:




Isnin, 20 Januari 2014

Atlit negara paling bersinar, Datuk Lee Chong Wei bakal bersara tahun ini

Datuk Lee Chong Wei

Tahniah diucapkan kepada pemain Badminton nombor satu negara, Lee Chong Wei yang baru sahaja memenangi gelaran Siri Super Premier Terbuka Malaysia untuk kali yang kesepuluh. Namun di sebalik kejayaannya itu, pasti ramai juga yang merasa sedih kerana Chong Wei turut mengumumkan bahawa dia akan bersara tidak lama lagi.

Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei memenangi gelaran Siri Super Premier Terbuka Malaysia buat kali ke-10 semalam, tetapi pemain nombor satu dunia itu juga memberi perkhabaran yang menyedihkan untuk seluruh rakyat Malaysia apabila mengumumkan tahun ini mungkin adalah tahun terakhirnya beraksi sebelum menamatkan karier gemilangnya. 
Semalam, Chong Wei yang begitu mahukan gelaran ke-10, tenang menewaskan Tommy Sugiarto dari Indonesia 21-19,21-9 sebelum terus duduk menahan sebak di penjuru gelanggang dengan kejayaan terbarunya itu. Hasil kemenangan itu dia meraih hadiah kemenangan AS$37,500 (RM123,637). Pada sidang media selepas itu, Chong Wei mengumumkan semalam adalah penampilan terakhirnya pada Terbuka Malaysia sebelum mendedahkan keputusannya untuk bersara sebaik berakhir Disember depan bergantung kepada tahap kecergasannya. 
“Saya tidak pernah rasa tekanan yang begitu hebat untuk memenangi satu-satu kejohanan seperti hari ini. - myMetro
>>  Ini bukan main-main, Petronas nak bagi anda RM100,000..tengoklah web Petronas ni

Jika kita melihat kepada prestasi atlit semasa di negara kita, Datuk Lee Chong Wei merupakan antara atlit yang sangat gemilang di sepanjang kariernya sehingga kini. Dengan dua pingat Perak Olimpik serta berpuluh-puluh gelaran utama yang lain, jangan lupa juga gelaran pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei sememangnya menjadi contoh atlit paling bersinar di negara ini. Chong Wei telah memenangi 54 gelaran dan menjadi runner-up sebanyak 27 kali sehingga kini dan statistik ini pasti berubah selagi beliau belum menggantung raket. Berikut adalah kejayan-kejayaan Datuk Lee Chong Wei setakat ini.

Year
Tournament
Opponent in final
Score
2014
21–19, 21–9
2013
21–10, 21–12
2013
21–13, 21–9
2013
23–21, 21–17
2013
21–15, 21–14
2013
21–15, 18–21, 21–17
2013
21–7, 21–8
2013
21–12, 21–15
2012
15–21, 21–12, 21–19
2012
21–18, 21–18
2012
17–21, 21–8, 21–10
2012
21–6, 21–13
2012
12–21, 21–18, 21–14
2011
21–16, 21–11
2011
21–11, 21–7
2011
21–9, 21–19
2011
21–12, 12–21, 21–15
2011
21–17, 21–17
2011
21–8, 21–17
2010
21–9, 21–14
2010
21–19, 21–9
2010
21–10, 21–8
2010
22–20, 16–21, 21–17
2010
No match
2010
21–8, 14–21, 21–15
2010
21–19, 21–8
2010
21–19, 21–19
2010
21–13, 21–7
2010
21–12, 21–11
2009
21–17, 21–17
2009
21–13, 13–21, 21–16
2009
21–15, 21–19
2009
21–16, 21–9
2009
21–9, 21–14
2009
21–16, 21–16
2009
21–14, 21–13
2008
21–8, 21–16
2008
21–13, 21–5
2008
21–15, 11–21, 21–17
2007
21–11, 21–14
2007
22–20, 19–21, 21–19
2007
21–9, 21–15
2007
21–15, 21–16
2006
21–18, 18–21, 23–21
2006
21–12, 21–16
2006
21–13, 21–12
2006
15–8, 15–0
2005
17–14, 15–8
2005
17–15, 9–15, 15–9
2004
15–4, 15–10
2004
15–13, 15–12
2003
Malaysia Satellite
15–7, 15–9
(Sumber: Wiki)

(Credit photo from leechongwei.com)