Inilah kekuatan Lee Chong Wei dan Lin Dan apabila digabungkan | Boros Di Aralom

Khamis, 20 Februari 2014

Inilah kekuatan Lee Chong Wei dan Lin Dan apabila digabungkan

Minggu lalu memang agak mengejutkan bila Lee Chong Wei dan Lin Dan akan digabungkan menjadi pasangan beregu dalam sukan Badminton melawan jaguh dunia dari China, Cai Yun-Fu Heifeng. Pastinya ramai yang nak tengok sejauh mana kehebatan dua jaguh perseorangan dunia ini apabila digabungkan.

Dan mungkin juga ada yang tertunggu-tunggu apakah keputusan perlawanan ini walaupun ianya sekadar perlawanan persahabatan sempena pembukaan salah satu pusat latihan badminton di China.
Seperti dijangka, pasangan Cai Yun -Fu Heifeng menang dalam set pertama menentang Chong Wei-Lin Dan dengan keputusan 21-18.

Di set kedua, mereka kemudiannya bertukar pasangan masing-masing. Chong Wei berpasang dengan Cai Yun manakala Lin Dan pula berpasang dengan Fu Heifeng. Perlawanan ini dimenangi oleh pasangan Chong Wei-Cai Yun.

Kalau korang nak tengok perlawanan penuh, boleh tengok video kat bawah.


Sumber: Says

Serius, gua memang geram dengan Lin Dan yang selalu buatkan Chong Wei dan rakyat Malaysia kecewa especially masa final Olimpik. Tapi bila tengok keakraban Chong Wei dan Lin Dan di luar gelanggang, rasa sejuk pula hati ini..memang sudah adat dalam perlawanan, mesti ada yang kalah dan ada yang menang.

Lagi Info Menarik:




Tiada ulasan: