Boros Di Aralom: Berita gempak
Memaparkan catatan dengan label Berita gempak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita gempak. Papar semua catatan

Ahad, 15 Januari 2012

Siapakah wanita tercantik di dunia? Jawapannya...

Dengan menggunakan photoshop untuk mengedit gambar-gambar wanita tercantik di dunia, seorang wanita 'virtual' yang tercantik daripada yang tercantik akan muncul. Lihat saja hasil photoshop di bawah ini.

Pertama
A. Jolie+A.Hathaway+C.Theron+E.Cuthbert






Kedua
H.Duff+J.Love Hewitt+J.Alba+J.Biel






Ketiga
K.Knightley+K.Bosworth+K.Kreuk+M.Moore






Keempat
M.Fox+M.Bellucci+N.Portman+S.Johansson





Dan apabila keempat-empat hasil tersebut digabungkan, lihatlah betapa cantiknya wanita 'virtual' itu.


Pernahkah anda nampak wanita ini?
(Sumber: 2pep.com)

  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Antara iklan-iklan dalam lif yang menarik

Berikut merupakan foto-foto yang menarik dan kreatif tentang iklan-iklan dalam lif.
Iklan Oreo

Iklan mengenai pisau


Iklan mengenai rambut gugur


Iklan mengenai keselamatan jalan raya.


Iklan mengenai khidmat guaman penceraian

(Sumber: Oddee.com)

  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Isnin, 9 Januari 2012

Pengawal mati ditetak di kantin sekolah

SHAH ALAM: Tangannya diikat manakala mulutnya disumbat kain sebelum kepala, dada serta bahagian belakang badan ditetak menggunakan senjata tajam. Tetapi, barangan yang dilarikan hanya sebuah telefon bimbit.

Itulah nasib yang menimpa seorang pengawal keselamatan yang lumpuh pada bahagian tangan selepas dia ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di kantin Sekolah Menegah Kebangsaan Raja Muda Musa, dekat Bestari Jaya, semalam.

Mangsa berusia 41 tahun itu ditemui tertiarap kira-kira jam 3.50 pagi oleh rakan sekerjanya di kantin sekolah berkenaan yang terletak kira-kira 50 meter dari pondok pengawal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, sebelum kejadian, mangsa dan rakan sekerjanya mendengar bunyi salakan anjing di belakang sekolah berkenaan sebelum melakukan pemeriksaan kira-kira jam 3.40 pagi.

Katanya, mangsa mengarahkan rakannya untuk berpecah dan memeriksa blok berlainan sementara dia memeriksa di belakang sekolah berkenaan.

“Selepas pemeriksaan dijalankan dan mendapati keadaan terkawal, rakan mangsa pulang semula ke pondok pengawal, namun selepas beberapa minit menunggu, mangsa masih tidak pulang ke pondok berkenaan.

“Curiga mangsa masih tidak pulang, rakannya meninjau kawasan sekitar sekolah sebelum menjumpai mangsa dalam keadaan tertiarap dengan tangan diikat dan mulut disumbat kain,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, petang semalam.


Mohd Adnan berkata, hasil siasatan polis mendapati mangsa mati akibat cedera di bahagian kepala, dada dan belakang badan dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam. Namun, polis tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian.

Beliau berkata, pembunuhan kejam itu dipercayai bermotifkan samun kerana hasil siasatan awal mendapati telefon bimbit mangsa dilarikan suspek selepas membunuhnya. Menurutnya, siasatan awal polis di sekitar kawasan sekolah tidak menjumpai sebarang kesan pecah masuk, namun siasatan lanjut akan dijalankan memandangkan sekolah bercuti pada hari kejadian. “Polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang juga rakan sekerja mangsa kerana kenyataan yang diberikan kepada pihak polis tidak konsisten dan meragukan manakala dia ditahan reman mulai esok (hari ini) untuk siasatan lanjut. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat,” katanya.

(Sumber: hmetro)

**Memang menyayat hati, takzih kepada keluarga mangsa**

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Harga mengarut barang-barang peninggalan Titanic

Berikut merupakan antara barangan artifak yang dijumpai dalam kapal Titanic dan dilelongkan dengan harga di luar jangkaan.
Cincin berlian

Ukiran patung

Teropong antik

Beg duit

Cermin mata antik

Duit kertas lama.

Banyak lagi sebenarnya barangan artifak dalam Titanic. Berapa gaknya harga barang-barang peninggalan dalam kapal Titanic tu? Menurut The Telegraph, barangan tersebut tidak akan dijual kepada orang perseorangan. Pembeli hendakalah merupakan seorang yang bersetuju mempamerkan barangan tersebut untuk tontonan awam. Jumlah kesemua barangan perninggalan Titanic tersebut bernilai sekitar USD189 juta.

Barang-barang tersebut nampak je macam barang-barang biasa, tapi nilainya sangat tinggi. Ini disebabkan oleh tragedi kapal Titanic karam yang mendapat liputan meluas sehingga menaikkan popularitinya. Ditambah lagi dengan nilai antik barangan tersebut.


  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI