Boros Di Aralom: Berita Jenayah
Memaparkan catatan dengan label Berita Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Jenayah. Papar semua catatan

Rabu, 20 Mac 2013

Dendam sampai bakar rumah jiran


Kalau dah tak boleh kawal perasaan dan tak boleh berfikir secara rasional, seseorang itu memang akan melakukan sesuatu di luar jangkaan. Ini lah yang berlaku di Manjung semalam. Dua jiran ini bergaduh sampai bakar rumah. Mula-mula gaduh kecil-kecil saja. Tapi sebab tak puas hati, si jiran yang satu lagi ini nak tunjuk belang sampai bakar rumah si jirannya itu, walaupun mempunyai tali persaudaraan. Laporan ini saya baca di Harian Metro hari ini.
Keadaan rumah mangsa yang dipercayai dibakar oleh jirannya
p/s: waktu kecil si abang dan si adik gaduh sebab nak berebut mainan...waktu  dah meningkat dewasa, gaduh sebab berebut girlfriend, bila dah tua, gaduh pasal tanah pulak....dunia oh dunia..tak perlu la taksub nak kumpul harta di dunia, nanti anai-anai dan pencuri akan rampas, kumpul lah harta di syurga sebab tiada siapa pun yang boleh mencurinya..


Siapa nak jumpa Lewis Hamilton dan Nico Roberg, driver F1 tu? Mai lah sini..





Rabu, 23 Januari 2013

Detik cemas bila ibu ke tandas, anak dan kereta dilarikan

KUCHING: “Saya sempat melihat anak saya meronta dan menjerit meminta tolong di dalam kereta, tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa pada masa itu ke-rana ia berlaku terlalu cepat,” kata seorang ibu menceritakan detik cemas ke-tika melihat keretanya di-larikan pencuri, awal pagi semalam.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai Christinah, 42, insiden tersebut berlaku di sebuah stesen minyak di Matang Jaya di sini ketika dia dalam perjalanan menghantar anak perempuannya yang berusia lapan tahun ke sekolah dari rumah mereka di Taman Glory, Matang, sekitar jam 6.10 pagi.

Mengulas lanjut, mangsa yang juga merupakan seorang guru memberitahu, semasa kejadian, hanya anaknya berada di dalam kereta yang diletakkan di tepi tandas stesen minyak tersebut, sebelum seorang lelaki tidak dikenali memasuki kereta jenis Toyota Wish miliknya dan terus memecut laju dari tempat kejadian.

“Saya singgah di stesen mi-nyak tersebut kerana mahu ke tandas. Hanya anak saya sahaja berada di dalam kereta pada waktu itu dan sebaik sahaja saya keluar dari tandas, saya terkejut melihat kereta saya tiba-tiba bergerak de-ngan pantas dan terus hilang dari pandangan mata saya.

“Saya tidak tahu apa nak buat pada masa itu, apa yang saya fikirkan cuma keselamat-an anak saya, saya tidak kisah pasal kereta lagi,” katanya.

Bagaimanapun, kegelisah-an Christinah tidak lama apabila dimaklumkan oleh pihak polis bahawa anaknya telah ditemui di kawasan pasar raya E-Mart, Matang tidak jauh dari stesen minyak tersebut, kira-kira 30 minit selepas kejadian.

“Menurut anak saya, pencuri tersebut menyuruhnya turun dari kereta kerana anak saya tidak henti-henti menjerit di dalam kereta.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan saya pada masa itu, yang pasti saya sangat gembira apabila melihat anak saya selamat dan saya tidak kisah apa yang berlaku kepada kereta saya,” kata mangsa.

Menurutnya lagi, anaknya memberitahu dia telah dibantu oleh seorang wanita di pasar raya tersebut yang sudi meminjamkan telefon bimbit dan membawanya ke Balai Polis Gita.

Selain itu, katanya, anaknya yang masih trauma memberitahu kemungkinan pencuri yang melarikan kereta mereka adalah berbangsa Cina.

“Sebelum kejadian, saya sedar ada dua lelaki menggunakan sebuah motosikal seakan-akan mengekori kami sehingga kami singgah di stesen minyak itu dan daripada apa yang diberitahu oleh anak saya, kami percaya suspek merupakan seorang daripada lelaki tersebut yang dipercayai berbangsa Cina.

“Anak saya juga memberitahu bahawa kereta sudah dikunci dari dalam semasa kejadian tetapi tidak tahu bagaimana pencuri itu boleh membuka pintu dengan mudah seolah-olah dia ada kunci pendua,” jelasnya.

Turut dilarikan bersama kereta mangsa ialah sebuah komputer riba, telefon bimbit dan beberapa dokumen peribadi milik mangsa termasuk kad-kad bank dan bahan-bahan mengajar.

Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat dan siasatan masih dijalankan.

Sumber: The Borneo Post 
http://www.theborneopost.com/2013/01/23/ibu-anak-laluidetik-cemas/#ixzz2IkVra5Fp
 

Iklan Sisipan: 
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Selasa, 22 Januari 2013

Teknik Baru Penyamun - Ugut bakar diri sendiri dalam kedai

Penyamun kedai emas (gambar hiasan)
Kajang: Cara baru menyamun. Seorang lelaki yang ingin menyamun sebuah kedai emas menyiram dirinya dengan petrol sebelum mengugut jurujual supaya menyerahkan barangan kemas dipamerkan jika tidak, dia akan membakar diri.

Taktik itu berkesan apabila lelaki terbabit melarikan pelbagai barangan kemas bernilai lebih RM10,000 ketika menyamun sebuah kedai emas di Bandar Baru Bangi, di sini, jam 12 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wabab berkata, suspek datang ke kedai itu sebagai pelanggan kononnya mahu membeli barang kemas untuk dijadikan hadiah.

“Ketika itu, seorang jurujual menyapa suspek dan membantu membuat pilihan sambil mengeluarkan beberapa bekas barangan kemas dari ruang pameran.

“Mangsa tidak menyedari lelaki itu perompak kerana lagaknya seperti pelanggan yang berlakon seolah-olah sedang membuat pilihan dengan membelek beberapa rantai dan gelang,” katanya.

Beliau berkata, 10 minit kemudian, suspek tiba-tiba mengeluarkan sebotol minyak petrol daripada beg sandang dibawanya sebelum menyiram dirinya dan sebahagian kaunter bayaran kedai berkenaan.

“Lelaki itu juga memegang pemetik api dan mengugut untuk membakar diri dan kedai itu sekiranya jurujual berkenaan tidak menyerahkan barangan kemas dipamerkan.

“Panik dengan tindakan suspek, jurujual berkenaan menurut arahan lelaki itu dengan memberi bekas barangan kemas yang dikeluarkan untuk ditunjukkan kepada suspek,” katanya.

Katanya, polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam kedai itu yang baru beroperasi sebulan lalu bagi mengesan suspek.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini polis belum mengenal pasti identiti suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Sumber: myMetro
http://www.hmetro.com.my/articles/2013012205483220130122054832/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter


Sisipan Iklan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Isnin, 21 Januari 2013

Akibat menipu kononya kutip duit rumah anak yatim

TERTUDUH, Mazli Abd. Ghani hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu atas tuduhan menipu iaitu kononnya mengutip derma untuk rumah anak yatim
KOTA BHARU 21 Jan. - Tindakan menipu di kawasan medan selera dengan berpura-pura kononnya sebagai pengutip derma untuk rumah anak yatim akhirnya membawa padah kepada seorang lelaki dari sini.

Lelaki itu, Mazli Abd. Ghani, 38, dari Jalan Telipot di sini, dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun kerana kesalahannya itu.

Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman itu mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan selepas tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu. Tertuduh melakukan perbuatan itu pada kira-kira pukul 2.15 petang, 15 Januari lalu di Medan Selera Stadium Jalan Bayam dekat sini.

Tertuduh mendakwa konon dirinya pemungut derma rumah anak-anak yatim Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah atau Pondok Tunjong, bagi menipu daya seorang lelaki di medan selera itu. - UTUSAN.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130121/ma_04/Tipu-kutip-duit-rumah-anak-yatim-di-medan-selera-dipenjara-3-tahun#ixzz2IcedBrgT
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

Sisipan Iklan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Tempat beribadat agama Buddha diceroboh, kerugian RM4,000

Buddha Temple (Gambar hiasan)
KUCHING: Sebuah tempat beribadat agama Buddha di Jalan Tun Razak mengalami kerugian lebih kurang RM4,000 dalam satu insiden pecah masuk.

Kejadian itu disedari seorang lelaki dalam lingkungan usia 30-an sekitar jam 8.30 pagi semalam.

Pencuri dipercayai masuk dengan memecahkan mangga pintu.

Pemeriksaan mendapati antara barangan yang hilang termasuk dua patung Buddha, komputer riba dan projektor.

Laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kes berasingan, pelbagai peralatan dilarikan pencuri dalam kes pecah masuk kereta di belakang sebuah kilang di Jalan Selangan Batu, di sini.

Kereta tersebut dikatakan dipinjam oleh rakannya yang tinggal di kuarters kilang tersebut.

Lelaki berusia 24 tahun itu hanya menyedari insiden itu sekitar jam 6.30 pagi semalam setelah mendapati beberapa bahagian cermin kereta tersebut dipecahkan.

Antara barangan didapati hilang adalah seperti penebuk dinding, pemotong dinding, paip tembaga, beberapa gelung wayar dan kerugian dianggarkan lebih RM1,000.

Beberapa hari lepas, difahamkan pemilik kereta bersama rakannya didatangi bekas majikan yang bertindak memfitnahnya mencuri serta melontarkan kata-kata berbaur ugutan.

Siasatan sedang dijalankan.

Sumber: The Borneo Post
http://www.theborneopost.com/2013/01/21/tempat-beribadat-agama-buddha-diceroboh-kerugian-rm4000/#ixzz2IYtq8HR1


Sisipan Iklan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Bunuh teman lelaki guna buah dada

Buah dada juga boleh jadi senjata
Seorang wanita berumur 51 tahun didakwa kerana membunuh teman lelakinya dengan menggunakan buah dada, seperti yang dilaporkan dalam laman Huffingtonpost.

Donna Lange dipercayai telah melemaskan teman lelakinya dengan menggunakan payudara selepas berlaku pergaduhan antara mereka.

Sisipan Iklan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Ahad, 20 Januari 2013

Angkara kumpulan murtad di Facebook

Murtad di Facebook
Subang Jaya: “Saya tidak tahu apa motif mereka menggunakan gambar saya, tapi perbuatan itu melanggar hak peribadi dan mungkin bertujuan memburukkan nama saya,” kata Haliza Abdul Halim, 50, yang membuat laporan di Balai Polis SS17 Subang Jaya, semalam selepas gambarnya digunakan sebuah kumpulan murtad di Facebook.

Haliza yang menyedari gambarnya digunakan kumpulan murtad berkenaan berkata, laporan itu dibuat berikutan bimbang disalah anggap sebagai ahli kumpulan itu selain khuatir keselamatan dirinya.

“Bila tengok gambar saya digunakan, timbul perasaan takut dan tertanya-tanya bagaimana mereka memperoleh gambar ini, sedangkan ia hanya untuk tatapan saya serta rakan.

“Jika mereka boleh mendapatkan gambar ini, saya percaya mereka juga mengetahui pergerakan dan alamat rumah saya,” katanya.

Menurut Haliza, dia pernah mengikuti perkembangan sebuah kumpulan murtad di Facebook, namun ia bertujuan mendapatkan maklumat mengenai aktiviti dan pergerakan kumpulan terbabit yang banyak menghina Islam selain cuba merekrut ahli baru.

“Saya ahli jawatankuasa pergerakan anti-murtad yang mengecam kumpulan ini.

“Namun tindakan mereka menggunakan gambar peribadi orang sudah lebih kerana ia cubaan memburukkan imej saya dan mencetuskan provokasi dengan pihak lain,” katanya.

Haliza berkata, pihaknya juga akan tetap meneruskan usaha menghentikan kempen kumpulan murtad itu yang kini ada 1,735 peminat.

Sehubungan itu juga, Haliza berkata, dia akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan itu.


Sumber: mymetro
http://www.hmetro.com.my/articles/2013011921312720130119213127/MA/Article
http://www.hmetro.com.my/articles/2013011921312720130119213127/MA/Article

Jumaat, 18 Januari 2013

Penyamun bodoh ke ape? Dapat RM150 Tapi Seluar Berisi RM1050 Dicampak

KUANTAN: Dua lelaki yang memecah masuk sebuah rumah warga emas hanya meraih RM150 daripada dompet mangsa selepas bertindak mencampakkan seluar mangsa yang mengandungi wang tunai berjumlah RM1,050.

Dalam kejadian 3 pagi tadi, suspek yang memakai topeng itu bertindak mengambil seluar panjang mangsa di bilik tidur, sebelum mencampakkannya di ruang tamu tanpa menyedari terdapat wang tunai berkenaan di poket kanan seluar itu.

Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata ketika kejadian di Felda Jengka 14, Maran, mangsa yang berumur 82 tahun dan isterinya yang berumur 62 sedang nyenyak tidur.

"Dua lelaki terbabit yang bersenjatakan pisau memasuki rumah mangsa dengan memotong besi tingkap bahagian belakang rumah itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Kedua-dua suspek tidak menggeledah rumah mangsa, sebaliknya terus mengambil seluar mangsa yang disangkut di dalam bilik tidur.

"Mangsa juga pelik kerana dua suspek itu langsung tidak mengeledah rumahnya sebaliknya menjadikan seluar itu sebagai sasaran seolah-oleh mereka sudah mengetahui dia menyimpan hasil jualan getah dalam seluarnya," katanya.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua suspek turut mengenali mangsa.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya - Bernama


Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Selasa, 15 Januari 2013

Pencuri pandai masuk rumah tapi tak tahu keluar

Penjenayah pecah masuk rumah
PETALING JAYA: Seorang lelaki yang memecah masuk sebuah rumah di Blok 3, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, dengan menyusup di celah pintu jeriji besi akhirnya terperangkap semalaman dalam kediaman itu, kelmarin.

Pengerusi Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) apartmen itu Mohd Zuki Mohd Akhir berkata, suspek dipercayai gagal keluar dari rumah itu kerana tidak berjaya mengumpil pintu jeriji besi berikutan khayal di bawah pengaruh dadah.

Menurutnya, ini menyebabkan lelaki terbabit berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada anggota polis unit peronda (MPV) dari Balai Polis Sunway yang tiba selepas dihubungi.

“Kejadian disedari ejen hartanah rumah berkenaan yang mendapati pintu jeriji besi diumpil manakala pintu kediaman terbuka pada jam 4 petang sehari sebelum lelaki terbabit ditahan.

“Ejen itu menghubungi pemilik rumah sebelum mereka memeriksa kediaman itu kira-kira jam 11 pagi, kelmarin,” katanya.

Mohd Zuki berkata, ketika memeriksa rumah berkenaan mereka terkejut mendapati seorang lelaki tidak dikenali berada dalam kediaman itu.

“Lelaki terbabit disyaki memecah masuk rumah berkenaan yang disewakan kepada orang lain berikutan penyewanya pulang ke kampung.

“Kami segera menghubungi polis sebelum pihak berkuasa itu tiba kira-kira 10 minit kemudian,” katanya.

Mohd Zuki berkata, pemeriksaan lanjut dalam rumah itu mendapati satu televisyen hilang dan dipercayai dilarikan lelaki terbabit pada kali pertama dia memecah masuk.

“Ini mungkin cubaan kali kedua untuk memecah masuk dan kali ini lelaki terbabit gagal keluar menyebabkan dia tertangkap,” katanya.

- Harian Metro

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tahumasuktaktahukeluar//Article/index_html

Khamis, 20 Disember 2012

Padah menamakan anjing dengan nama jiran


Seorang wanita di China dikehendaki membayar pampasan bernilai £500 kerana dikatakan menghina selepas menamakan anjingnya bersempena nama jirannya. Dikatakan juga bahawa, wanita yang bernama Hui Lin itu seringkali memaki hamun anjingnya berkali-kali dengan sengaja apabila sahaja jirannya yang bernama Wang Sun itu lalu di depan rumah.
Kini lebih banyak yang memelihara anjing di China.
Keadaan ini bermula enam tahun lalu apabila Hui Lin dan Wang Sun bertengkar mengenai pemilikan bangunan rumah. Untuk mendapatkan  pemilikannya semula, Hui Lin dengan marah, mengambil keputusan untuk memanggil anjingnya dengan nama Wang. Bila sahaja Wang Sun muncul di depan rumah, Hui Lin dengan sengaja memanggil dan memaki hamun anjingnya dengan kuat. - metro.uk



Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Isnin, 13 Ogos 2012

Gara-gara selisih faham, lelaki parah ditikam

PENAMPANG: Angkara hutang, seorang lelaki terpaksa bertarung nyawa setelah ditikam beberapa kali menggunakan pisau dalam satu kejadian di sebuah restoran di pekan Donggongon, di sini. Kejadian sekitar jam 1 petang itu berlaku apabila mangsa, berusia lingkungan 30an, dikatakan tiba-tiba diterjah oleh seorang lelaki di restoran berkenaan.

Mangsa dikatakan ditikam oleh suspek beberapa kali dengan menggunakan sebilah pisau sehingga mengakibatkan mangsa cedera teruk di bahagian perut. Difahamkan, sebelum kejadian berlaku, mangsa kelihatan duduk bersama suspek dan berlaku perselisihan antara mereka yang dipercayai disebabkan hutang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Ratan Kumar Singh, berkata susulan daripada kejadian itu, pihaknya berjaya menahan suspek berusia 58 tahun berhampiran pekan Donggongon.

“Suspek kini ditahan polis kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya,” katanya, sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Borneo Post

Khamis, 2 Ogos 2012

Mekanik dituduh kurung, cabul remaja

KUALA LUMPUR: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan mengurung dan mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, bulan lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Chan Hwa Chez, 40, yang memakai baju kemeja kelabu mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Suzarika Sahak.

Mengikut tuduhan pertama, dia didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan maksud mencabul kehormatan remaja itu dalam sebuah bilik di Dang Wangi, di sini, pada jam 10 pagi 7 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menghalang dengan salah mangsa sama iaitu menahannya keluar dari had terlindung di tempat, masa dan hari sama.


Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Suzarika yang menetapkan 3 September depan untuk sebutan semula kes itu turut membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, Chan turut menghadapi dua lagi tuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah syabu seberat 64.14 gram dan memiliki 20 biji pil dadah disyaki ecstasy dengan berat 2.5 gram.

Tiada pengakuan direkodkan bagi tuduhan yang dilakukan di sebuah rumah beralamat Blok C-17-2, Putra Majestic Condominium, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, di sini, pada jam 8 malam 12 Julai lalu.

Bagi tuduhan pertama iaitu mengedar syabu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Chan yang turut didakwa memiliki ecstasy mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama itu boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan 3 Oktober depan untuk sebutan semula kes.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, S Malini Anne manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Sumber: myMetro

Rabu, 1 Ogos 2012

Anak belasah ibu kerana kunci rumah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki layak digelar anak derhaka apabila membelasah ibunya berusia 73 tahun gara-gara tidak menjumpai kunci rumah yang diletakkan di atas meja, kelmarin. Tidak cukup dengan itu, anak mangsa mengugut membakar rumah jika mendapati tiada sesiapa di rumah ketika dia pulang pada lewat malam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa berada di rumahnya di Sentul bersama anak lelakinya itu yang berusia 38 tahun sebelum anaknya meminta izin untuk keluar berjumpa kawan. Mangsa yang tidak mahu dikenali itu berkata, anaknya yang berniat untuk pulang lewat malam mula mencari kunci rumah, tetapi tidak menjumpainya dalam bilik tidur.


“Anak saya kemudian mencari kunci di ruang tamu namun gagal menyebabkan dia naik angin sebelum menolak barang di atas meja.


“Lebih mengejutkan, dia membaling kerusi ke arah saya yang terkena pada kepala sebelum membaling barangan lain berdekatan saya,” katanya, semalam.


Menurutnya, sebelum keluar rumah, anaknya memberi amaran kepada mangsa supaya tidak keluar rumah sehingga dia balik dan jika tidak, dia akan mengamuk.

Katanya, anaknya turut mengugut memukul mangsa atau membakar rumah jika tiada sesiapa membuka pintu ketika dia balik.


Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul. - Sumber: myMetro

Jumaat, 27 Julai 2012

Ibu Muda Positif HIV Jual Anak Akibat Kemiskinan

KUALA TERENGGANU: Dek kerana desakan akibat kemiskinan selain positif HIV seorang ibu sanggup menjual anak kandungnya dengan harga  RM1,800.
Namun tindakan ibu muda itu untuk menjual bayi lelakinya yang ketika itu berusia beberapa bulan, berjaya dikesan Komuniti Cakna Terengganu (KCT).

Desakan hidup mendorong beliau mengambil keputusan tersebut apatah lagi bapa bayi malang itu tidak dapat dikesan selepas mereka terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat sehingga wanita itu mengandungkan bayi berkenaan.

Nasib bayi malang itu bagaimanapun mendapat pembelaan KCT apabila mengetahui perkara itu lebih awal dan kini membela kanak-kanak tersebut sejak setahun lalu.

Presiden KCT Dr Mustapa Che Omar berkata bayi yang kini ditempatkan di rumah wanita dan kanak-kanak seliaan KCT di Ajil, Hulu Terengganu berada dalam keadaan baik.

"Setakat ini bayi ini masih sihat tetapi masih awal untuk kesan sama ada dia dijangkiti HIV atau tidak," katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Ramadan di Hotel Primula di sini semalam yang turut dihadiri Presiden Majlis Aids Malaysia Datuk Dr Raj Karim.

Dalam pada itu, katanya penghidap HIV tidak wajar disisihkan oleh masyarakat kerana kebanyakan mereka menjadi mangsa keadaan sehingga mendapat jangkitan penyakit tersebut.

Sementara itu, menurut Dr Raj tindakan yang dilakukan KCT membela bayi tersebut dan penghidap HIV lain yang tidak mempunyai keluarga adalah tindakan terpuji bagi memberi mereka semangat untuk meneruskan kehidupan.

"Dengan adanya pusat perlindungan seperti ini akan bantu mereka mendapat pendidikan, kaunseling dan dilatih dengan berbagai kemahiran," katanya. - Bernama - Sumber: MalaysianDigest

Selasa, 10 Julai 2012

Kaedah baru curi elektrik dibongkar

Curi elektrik satu jenayah. (gambar hiasan)
KUCHING: Kaedah terbaharu kecurian elektrik menerusi paku berjaya dibongkar oleh Syarikat SESCo Berhad (SESCo) ketika operasi pemeriksaan meter di kawasan perumahan Semariang di sini baru-baru ini. Menurut kenyataan akhbar semalam, satu daripada sistem pendawaian meter rumah didapati disambung secara haram menggunakan paku sebelum meter SESCo.

“Tindakan ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mencetuskan percikan elektrik serta kebakaran ke atas harta,” jelas kenyataan tersebut. Seramai 60 ahli teknikal dan pembantu polis terlibat dalam pemeriksaan meter berkenaan. Daripada 745 meter yang diperiksa, 18 peratus daripadanya didapati mencurigakan.

Berikutan jumlah yang agak membimbangkan, SESCo akan meneruskan operasi pemeriksaan meter di kawasan berkenaan secara kerap terutama rumah-rumah yang pagar berkunci. Selain mengenal pasti pencuri tenaga, ahli-ahli teknikal turut menyemak keadaan pendawaian meter untuk memastikan ia selamat digunakan.

Dalam kes berasingan di Sarikei, SESCo mendapati penyambungan haram kabel secara terus dari pendawaian utama SESCo kepada unit pendingin hawa dalam bilik tidur utama. Susulan itu, SESCo menggesa orang ramai agar tidak mempercayai penyedia perkhidmatan yang tidak sah atau mana-mana individu yang mengaku adalah wakil daripada SESCo yang menawarkan elektrik dengan yuran tertentu.
Mencuri elektrik boleh didakwa di bawah Seksyen 33 (5), Ordinan Elektrik dan denda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Sebarang maklumat atau kecurigaan boleh hubungi SESCO di talian 082-443535. - Sumber: The Borneo Post

Isnin, 9 Julai 2012

Cuba bunuh diri kerana tertekan dituduh mencuri

Sekadar gambar hiasan
LIMBANG: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya menggunakan pisau pemotong daging dipercayai akibat tertekan selepas dituduh mencuri barang antik di kedai majikannya. Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang itu, mangsa mengalami empat jahitan di tangan sebelah kiri selepas cuba mengelar pergelangan tangannya dalam cubaan membunuh diri.

“Sebelum kejadian mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah syarikat di sini  turut bekerja membersihkan rumah majikannya yang terletak di belakang kedai terbabit.

“Dua tiga hari lepas, majikannya ada  bertanya kepada mangsa mengenai kehilangan beberapa barangan antik di rumah tersebut.

“Lelaki terbabit berasa tertekan kerana majikannya akan membawa mangsa ke balai sekiranya barangan yang hilang tersebut tidak dijumpai,” kata Bukhori  semalam. Bukhori berkata lagi lelaki itu cuba membunuh diri dengan mengerat tangannya menggunakan pisau pemotong daging sepanjang 30 sentimeter dan selebar lima sentimeter.

“Dalam insiden itu lelaki itu bernasib baik kerana pisau terbabit tidak terkena urat nadinya dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Katanya laporan polis diterima selepas dimaklumkan pihak hospital berhubung insiden itu petang kelmarin. - Sumber: The Borneo Post

Jumaat, 6 Julai 2012

Blogger kontroversi Uncle Seekers kena tahan

Siar artikel fitnah Sultan Johor dalam blog miliknya

Uncle Seeker dan teman wanita
Johor Bahru: Polis Johor menahan pengamal para normal, Syed Abdullah Syed Hussein, yang mengendalikan laman blog www.uncleseekers.blogspot.com berhubung kenyataannya yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan semalam berkata Syed Abdullah, 46, ditahan pada jam 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban. 
Kenyataan itu menyebut seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, turut ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya.

Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pada 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penyiaran artikel di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentral itu memohon pihak berkuasa menyiasat terhadap blog, www.uncleseekers.blogspot.com, yang dikatakan turut mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. - BERNAMA - Sumber: Berita Harian

Khamis, 5 Julai 2012

Rompak, tolak mangsa dari teksi

Perlu lebih berhati-hati ketika menaiki teksi. (sekadar gambar hiasan)
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi mengumpan penumpang warga asing menggunakan perkhidmatannya sebelum bertindak kejam menolak mangsa keluar dari kereta dan melarikan barangan berharga milik penumpang terbabit.
Dalam kejadian terbaru Isnin lalu, seorang wanita warga Amerika Syarikat berusia 46 tahun yang menetap di Malaysia menahan teksi dipandu suspek berusia 36 tahun berhampiran pusat beli-belah di Bangsar sebelum meminta dihantar ke Jalan Maarof.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, suspek menolak mangsa sebelum dia memecut teksinya menyebabkan wanita terbabit kerugian RM20,000 membabitkan kehilangan telefon pintar iPhone, cincin, kad kredit dan pelbagai barangan berharga lain.

Menurutnya, mangsa membuat laporan polis selain memberi butiran suspek dan nombor pendaftaran teksi terbabit.

“Hasil maklumat diterima polis kemudian mengesan suspek sebelum menahannya jam 5 petang kelmarin di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Puchong.

“Hasil pemeriksaan, kami merampas semula sebahagian wang sebanyak RM4,049 yang masih dimiliki suspek sementara selebihnya sudah dibelanjakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini, semalam.

Wan Abdul Bari berkata, siasatan mendapati suspek menyasarkan warga asing yang bersendirian dan menolak mangsa keluar dari teksi sebelum melarikan barangan berharga.

“Suspek kini direman sehingga 10 Julai ini bagi membantu siasatan. Sehubungan itu, saya menasihatkan kepada sesiapa yang menjadi mangsa samun memberi maklumat lengkap kenderaan yang digunakan suspek dan diskripsi lain bagi menyegerakan siasatan serta tangkapan,” katanya. - Sumber: myMetro


3 budak berumur tujuh tahun belasah rakan

Kes buli semakin menjadi-jadi. (sekadar gambar hiasan)
SANTUBONG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cedera di seluruh badan apabila dibelasah tiga kanak-kanak sebaya selepas gagal menyerahkan wang seperti diarahkan dalam kejadian di Kampung Rampangi, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa cedera di beberapa bahagian badan termasuk dahi, pipi serta mulut dipercayai dibelasah bertalu-talu tiga kanak-kanak itu. Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa didatangi ketiga-tiga kanak-kanak terbabit sambil mengugut mangsa menyerahkan wang.

“Bagaimanapun, mangsa memberitahu dia tidak mempunyai wang menyebabkan mereka membelasah mangsa tanpa belas ihsan.

“Dalam keadaan kesakitan, mangsa merayu supaya memberhentikan perbuatan itu namun ketiga-tiga kanak-kanak terbabit tidak mempedulikan rayuan sebalik membelasahnya sehingga berdarah.

“Sebaik melihat mangsa tidak bermaya, ketiga-tiga mereka melarikan diri. Mangsa pulang ke rumah dan memberitahu ibunya mengenai kejadian,” katanya.

Terkejut dengan keadaan mangsa, ibunya berusia 50 tahun membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Santubong pada hari kejadian. Katanya, kanak-kanak terbabit turut dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut dan keadaannya dilaporkan tidak serius.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan. - Sumber: myMetro

Selasa, 3 Julai 2012

Benam mayat warga emas dalam perigi

Mayat mangsa sedang diusung
ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas mati dalam keadaan menyedihkan apabila kepalanya dipukul dengan objek keras dan mayatnya dicampak ke dalam perigi sedalam enam meter di rumahnya sendiri di Bukit Sebang, di sini.

Bagi mengelak mayat Yau Fook San, 68, ditemui, penjenayah terbabit menggunakan enam kusyen untuk menindih dan menutup mayat mangsa dalam perigi itu. Mayat Yau ditemui selepas ahli keluarganya dari ibu negara datang ke rumah itu apabila gagal menghubungi telefon bimbit mangsa, jam 4.20 petang kelmarin.

Difahamkan, perkara itu disedari jiran terdekat yang tidak melihat kelibat tukang cat itu sejak beberapa hari lalu, sebelum memaklumkan kepada keluarga mangsa. Sejurus tiba, beberapa ahli keluarga mendapati rumah setingkat itu dalam keadaan berkunci dan mereka memanggil nama mangsa, tetapi tidak berjawab. Mereka kemudian masuk mencari mangsa dan mendapati kusyen di rumah itu hilang selain ternampak kesan darah pada peti sejuk, lalu menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, bertindak atas maklumat diterima, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.
“Hasil pemeriksaan, didapati bahagian dalaman rumah mangsa dalam keadaan kemas dan tersusun, namun ketika memeriksa ruang dapur, polis mendapati sebuah perigi yang ada di situ mengandungi enam kusyen.

“Selepas semua kusyen itu dibawa keluar, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mukanya terbenam ke dalam air,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) negeri, Superintendan R Gunarajan. Menurutnya, polis terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Alor Gajah untuk mengeluarkan mayat mangsa berikutan saiz perigi yang terlalu sempit.

Umar berkata, beberapa kesan luka ditemui di kepala mangsa dipercayai dipukul dengan objek keras sebelum mangsa dicampak ke dalam perigi terbabit. - Sumber: myMetro