Boros Di Aralom: Kes buang bayi
Memaparkan catatan dengan label Kes buang bayi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes buang bayi. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Januari 2014

(Gambar) mayat bayi cukup sifat ditemui dalam tandas masjid

Polis sedang memeriksa mayat bayi (Kredit foto: myMetro)



Tak tau lah apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang. Mungkin inilah petanda akhir zaman kot..dah tak tau menghormati rumah ibadat..bukan setakat beromen, siap buang bayi cukup sifat lagi..manusia ni kalau dah cetek agama, mereka tak kisah pun nak buat dosa kat mana..masjid ker, tokong ker, malah kat kubur sekalipun mereka buat juga benda tak senonoh..memang tak ingat mati agaknya.

Kangar: Kehadiran sepasang remaja yang mendakwa ‘suami isteri’ dan menumpang untuk bermalam menimbulkan tanda tanya dengan penemuan mayat bayi perempuan cukup sifat di dalam tandas lelaki di Masjid Alwi, dekat sini, semalam.
Kejadian itu disedari kira-kira jam 7 pagi apabila seorang pegawai tentera berpangkat Kapten memasuki tandas berkenaan apabila melihat susuk mayat bayi terbabit diletakkan bersebelahan lubang tandas lalu dia memaklumkan perkara itu kepada pengurusan masjid. 
Imam 1 masjid berkenaan Hashim Taib, 44, berkata, dia berada di rumah kerana tidak bertugas sebelum dimaklumkan oleh pengawal keselamatan lalu bergegas ke masjid dan mendapati kawasan tandas itu sudah ditutup oleh pihak polis untuk siasatan. Katanya, pada masa sama, dia dimaklumkan sepasang remaja berusia 20-an yang mendakwa suami isteri dari Langkawi mahu menumpang bermalam di masjid lalu dibenarkan oleh pengawal keselamatan bertugas. 
“Pengawal keselamatan terbabit kemudian membenarkan pasangan wanita duduk di dalam masjid, manakala suaminya duduk di atas kerusi batu di bahagian luar. 
“Pasangan itu dilihat masih berada di masjid sehingga masuk waktu Subuh, malah pengawal keselamatan yang memeriksa tandas lelaki ketika rakaat pertama solat Subuh tidak melihat sesuatu yang mencurigakan sebelum masuk ke masjid untuk bersolat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit kemudian memaklumkan sejurus selesai solat Subuh, pasangan terbabit didapati meninggalkan kawasan masjid dan tidak dapat dikesan sebelum mereka dikejutkan dengan penemuan mayat bayi itu. 
 
“Pengawal keselamatan yang terkejut dengan penemuan itu kemudian memaklumkannya kepada pengurusan masjid sebelum menghubungi pihak berkuasa,” katanya. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mayat bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai mati di lokasi lain sebelum diletakkan bersebelahan lubang tandas dalam bilik air lelaki di masjid berkenaan. 
“Kita percaya suspek meletakkan mayat bayi berkenaan ketika orang ramai sedang bersolat Subuh agar tidak dikesan. 
Mayat bayi berkenaan tiada kesan kecederaan dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah, bagi bedah siasat,” katanya. Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit. - myMetro

Jika perbuatanmu tidak mendapat balasan di dunia, si akhirat pasti..

Ahad, 16 Januari 2011

Kes Buang Bayi Di Sabah Makin Menjadi-jadi

Kota Kinabalu: Police recovered a four to five-month old foetus that was kept in a plastic container and buried in front of a house at Taman Che Mei in Lido, Penampang, Thursday.
The foetus was found wrapped in a bright cloth inside the container in the 1.40pm incident.
Read More at Daily Express
Laa..makin menjadi-jadi rupanya kes buang bayi atau pengguguran kat Sabah ni. Bila baca dan lihat gambar fetus kat atas ni rasa macam manusia ni dah tak macam manusia lagi. Tak tahu la ini angkara siapa. Kalau fetus tu dah berusia lima bulan, memang lengkap dah ciri-ciri tubuh manusianya itu. Kenapa terjadi macam ni ya? Mungkin fetus itu digugurkan secara sengaja dan mereka yang tidak bertanggungjawab terus saja tanam jasadnya secara sembunyi-sembunyi. Tapi tengok lah apa yang terjadi, sesuatu yang salah itu tidak akan kekal lama walaupun berusaha untuk menyembunyikannya..insaflah..