Boros Di Aralom: Rosmah
Memaparkan catatan dengan label Rosmah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rosmah. Papar semua catatan

Rabu, 15 Oktober 2014

Bajet 2015: Kata Menteri, Rosmah tak dapat SESEN pun dari PERMATA

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menempelak cubaan beberapa pihak yang menuduh isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mendapat manfaat menerusi peruntukan kepada Program Permata Negara (PERMATA) dalam bajet 2015 baru-baru ini.
Rosmah adalah penaung PERMATA
Menurut beliau PERMATA tidak menerima RM711 juta seperti mana didakwa sebaliknya hanya sebahagian kerana peruntukan itu turut dikongsi oleh Kementerian Pendidikan, Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan.

"Datin Seri Rosmah tak dapat sesen pun dari PERMATA.

"(Dakwaan) Dapat RM 711 juta itu tidak betul ia keseluruhan pendidikan prasekolah dapat.

"Tadika kemas dan tabika lain juga dapat dan PERMATA hanya yang keempat dalam peruntukan tersebut. Pecahan itu boleh didapati dari kementerian kewangan," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini portal Keadilandaily melaporkan Naib Ketua Wanita PKR, Haniza Talha berkata tidak sepatutnya subsidi rakyat dipotong hanya semata-mata untuk menyalurkan RM711 juta kepada yang dinaungi Rosmah.

Media sosial turut rata-rata mengutuk peruntukan yang diterima PERMATA yang dikatakan tidak adil dan tidak penting di kala subsidi dikurangkan dan kos hidup meningkat.

Ahmad bagaimanapun menyatakan hal itu hanya fitnah semata kerana PERMATA menyumbangkan banyak kebaikan kepada pendidikan pra sekolah.

"PERMATA bukan milik Datin Seri Rosmah... ada bermacam kumpulan seperti permata pintar untuk yang genius, permata seni untuk bakat seni dan permata insan yang terlibat dalam ajaran agama itu benda bagus," kata beliau.

Semakan mendapati, pecahan belanjawan itu menyatakan anggaran RM42,831,500 pada 2014 dan 30,690,100 (2015) untuk PERMATA.

Perinciannya juga menyebut, PERMATA bertindak sebagai urus setia kepada Majlis Penyelarasan Dasar PERMATA Negara dan jawatankuasa bawahnya.

Ia juga memberikan khidmat pengurusan, operasi, penyelarasan, pemantauan dan sokongan dalam pelaksanaan program PERMATA Negara. - MKini

Ahad, 8 Disember 2013

2 Jasa Rosmah Mansor yang korang tak tahu lagi

Sejak beberapa bulan lalu terutamanya ketika kempen PRU13 sedang rancak dijalankan, nama Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara nama yang paling banyak diperkatakan terutamanya di pihak parti pembangkang. Mula dari isu cincin berlian sampailah kepada isu menantu 'mafia' dari Rusia, Rosmah memang mendapat perhatian. 

Tapi baru-baru ini, suami tersayang Rosmah iaitu Perdana Menteri Malaysia sendiri telah membuat satu pendedahan khas mengenai dua jasa isterinya yang tidak diketahui ramai. Apakah jasa Rosmah Mansor kepada negara Malaysia itu??

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bukan beliau seorang menjadi perhatian ramai malah tempias itu turut dirasai oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata, bukan hanya cerita baik yang didengari malah ramai juga yang mempersoalkan peranan isterinya selama ini.

Menurut beliau, ramai yang tidak tahu bahawa isterinya telah membantu membebaskan pelajar Malaysia ketika Ops Piramid yang lalu.

"Beliau (Rosmah) telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik sewaktu operasi tersebut berlangsung.

"Pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara, dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan," katanya.

Presiden Umno itu berkata, ia merupakan salah satu daripada dua jasa Rosmah yang tidak pernah dimaklumkan kepada sesiapa sewaktu operasi itu dijalankan dua tahun lalu.

Bagi jasa kedua, Najib berkata semasa operasi yang berjalan, Najib berkata isterinya juga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan "jaringan" dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa.

"Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita.

"Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia," katanya. - Sinar Harian


Terima kasih lah kepada Rosmah sebab ada juga buat kebaikan kepada rakyat Malaysia. Tu la sikap rakyat kita...benda buruk, suka diperbesar-besarkan. Benda baik, malas nak perbesarkan. Nanti dikata pulak nak meninggi diri. hoho...anyway, I malas nak cakap pasal politik..

Oh ya, korang pernah tengok filem Incredible Hulk tak?? memang besar dan sasa tahap gaban. Tapi Hulk yang satu ni, memang jauh panggang dari api...kecik nya dia..tengoklah Hulk kecil ini sendiri.. Selain Hulk, korang juga harus tengok game kartun satu ni..siapa minat kartun Manga, memang akan enjoy dengan game ni. Tengoklah sendiri Katana Hayato.. 


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!