Boros Di Aralom: cerita pelik tapi benar
Memaparkan catatan dengan label cerita pelik tapi benar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita pelik tapi benar. Papar semua catatan

Sabtu, 5 November 2011

[PELIK] Tunggu duit tapi ular yang keluar dari mesin ATM

Kejadian ini memang benar-benar berlaku di sebuah pekan kecil yang terletak di kawasan Northern Basque, Sepanyol. Ianya dialami oleh seorang lelaki pertengahan umur yang berhenti untuk mengeluarkan duit di sebuah mesin ATM semasa dalam perjalan ke tempat kerja.
Ular yang keluar dari mesin ATM itu. (sumber: Metro.co.uk) 
Walaupun terkejut dan bergelut dengan kemunculan ular itu, lelaki tersebut berjaya mengambil wang kertas yang keluar dari mesin ATM.

Keadaan mesin ATM itu yang ditempatkan di kawasan luar bandar menjadikannya sebagai sasaran haiwan seumpama itu untuk dijadikan sarang. Namun demikian, polis juga tidak menolak kemungkinan bahawa ular tersebut telah ditempatkan ke dalam mesin ATM itu untuk mengenakan orang lain. (Sumber: metro.co.uk)


Read my sikarap blog at http://www.nancypoh.com