Boros Di Aralom: Berita Pelik
Memaparkan catatan dengan label Berita Pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Pelik. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mac 2013

Saman McDonald kerana termakan kondom


Eeeuw..budak termakan kondom..kondom terpakai lagi tuu. Ini berita yang berlaku di Chicago seperti yang dilaporkan oleh Metro UK. Seorang ibu menyaman salah satu restoran McDonald kerana tidak menjaga kebersihan kawasan premis mereka sehingga menyebabkan anaknya berumur 2 tahun 'termakan' kondom terpakai semasa bermain di kawasan premis itu. Nak baca laporan penuh, pergi saja kat Metro UK.

p/s: tak kira apa restoran sekalipun, kena jaga kebersihan. Biarlah restoran itu dapat kategori A..A+ lagi bagus kalau ada. 


Sabtu, 26 Januari 2013

17 Bulan Selesaikan Puzzle Jigsaw

Amanda  Warrington dengan jigsawnya
Wanita ini mengambil masa 17 bulan untuk selesaikan puzzle jigsaw ini.

Amanda Warrington, 50, yang berasal dari Yale, Bristol, mengambil masa sehingga 17 bulan untuk menyelesaikan puzzle jigsaw yang mengandungi sekitar 24,000 keping jigsaw. Ia sekaligus menjadi rekod Jigsaw terbesar di dunia.
Iklan Sisipan: Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Isnin, 21 Januari 2013

Bunuh teman lelaki guna buah dada

Buah dada juga boleh jadi senjata
Seorang wanita berumur 51 tahun didakwa kerana membunuh teman lelakinya dengan menggunakan buah dada, seperti yang dilaporkan dalam laman Huffingtonpost.

Donna Lange dipercayai telah melemaskan teman lelakinya dengan menggunakan payudara selepas berlaku pergaduhan antara mereka.

Sisipan Iklan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Sabtu, 5 Januari 2013

Idea 'baru' cara nak dapat kerja

Terdesak untuk mendapatkan perkerjaan? Cuba cara ini. Jika anda mempunyai wang lebihan yang mencukupi, buatlah banner atau billboard seperti yang dibuat oleh seorang penganggur dari London ini.

Oh ya, idea ini datang dari Adam Pacitti, graduan bidang produksi media,  yang memang benar sedang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan. Dalam billboard tersebut juga ada desertakan laman web milik Adam iaitu employadam.com yang mengandungi resume dan CV beliau.



Rasanya, anda nak ikut cara dia tak? Setakat entri ini dibuat (5 Jan 2013), beliau belum lagi mendapat tawaran kerja yang kukuh menurut laman twitternya.

Sumber: metro.co.uk

Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Jumaat, 4 Januari 2013

Hati-hati! Ada rusa masuk bandar!

Rusa liar masuk bandar
Ni dia..rusa tersesat masuk bandar. Lepas tu mencederakan orang pulak. Rakaman dari cctv ini diambil di sebuah bandar di Chelmsford, Essex. Dilaporkan juga bahawa rusa liar ini juga telah menyebabkan seorang wanita cedera selepas dirempuh.


Walaupun pihak berkuasa telah mengadakan sekatan jalan untuk menangkap rusa liar ini namun ia tidak kelihatan lagi selepas itu.

Sumber: The telegraph


Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Sabtu, 29 Disember 2012

Manusia paling tua berasal dari Jepun


Jiroemon Kimura kini dinobatkan sebagai manusia paling tua di dunia selepas kematian pemegang rekod terdahulu, Dina Manfredini, yang berasal dari Iowa, meninggal pada 17 Disember lalu ketika berusia 115 tahun.
Jiroemon Kimura manusia tertua
Kimura hanya 15 hari lebih muda daripada Manfredini dan merupakan lelaki ketiga tertua yang pernah direkodkan. Beliau lahir pada 19 April 1897 dan semasa adik beradik Wright mencipta kapal terbang, Kimura baru berusia enam tahun. Semasa manusia pertama terbang ke angkasa lepas, Yuri Gagarin, Kimura berusia 64 tahun.

Kimura menetap di Kyoto, Jepun, bersama keluarganya dan ulang tahun ke 115 beliau baru saja diraikan pada April lalu.

Ketika ditanya mengenai rahsianya berumur panjang, Kimura menjawab " Saya tidak tahu sebenarnya...mungkin semuanya itu berasal dari langit di atas saya. Saya sentiasa melihat langit di atas, itu adalah saya,".

Kimura mempunyai lima orang anak, 14 cucu, 25 cicit, dan 13 piut. 

Sumber: The Telegraph



Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Khamis, 20 Disember 2012

Padah menamakan anjing dengan nama jiran


Seorang wanita di China dikehendaki membayar pampasan bernilai £500 kerana dikatakan menghina selepas menamakan anjingnya bersempena nama jirannya. Dikatakan juga bahawa, wanita yang bernama Hui Lin itu seringkali memaki hamun anjingnya berkali-kali dengan sengaja apabila sahaja jirannya yang bernama Wang Sun itu lalu di depan rumah.
Kini lebih banyak yang memelihara anjing di China.
Keadaan ini bermula enam tahun lalu apabila Hui Lin dan Wang Sun bertengkar mengenai pemilikan bangunan rumah. Untuk mendapatkan  pemilikannya semula, Hui Lin dengan marah, mengambil keputusan untuk memanggil anjingnya dengan nama Wang. Bila sahaja Wang Sun muncul di depan rumah, Hui Lin dengan sengaja memanggil dan memaki hamun anjingnya dengan kuat. - metro.uk



Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Selasa, 18 Disember 2012

Tersilap angkat telefon, lelaki seterika pipi sendiri


Ini adalah antara akibat terburuk jika hilang fokus. Seorang lelaki Poland bernama Tomasz Paczkowski mengalami kecederaan pada pipinya selepas terkena seterika panas yang disalah angkat sebagai telfon. Ketika kejadian, Paczkowski sedang seterika baju-baju di rumahnya sebagai satu cara dia membantu isterinya yang sedang bekerja. Ketika telefon rumah berdering, dia tersilap 'angkat' seterika.
Paczkowski tunjuk demo bagaimana dia 'seterika' pipinya. 

Kejadian itu menyebabkan Paczkowski mengalami luka terbakar yang teruk pada pipi dan matanya. Paczkowski kemudian berazam untuk tidak lagi melakukan kerja-kerja rumah selamanya. - metro.uk

P/S: Moral of the story...kerja remah pun kena fokus buat...lagi satu, hargailah 'orang rumah' yang sentiasa buat banyak kerja 'multi-tasking' sekaligus.



Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Selasa, 17 Julai 2012

Bila kambing dijadikan harimau, inilah jadinya

Kambing ini telah digayakan ala-ala harimau. (link)
Nadimah Deprizio sedang mengenakan sentuhan terakhir kepada 'Tiger Sheep' miliknya sempena pertunjukan fesyen kambing berbiri yang julung kali diadakan di Glenarm Castle, Ireland Utara, sebagai sebahagian daripada acara dalam Festival Dalriada. - The Telegraph

Isnin, 16 Julai 2012

Anjing pun mahir bermain luncur air

Anjing pun dah pandai main luncur air. (sumber: The Telegraph)
Seekor anjing peliharaan kelihatan sedang bermain luncur air di pantai Sanya, China. - The Telegraph

Sabtu, 14 Julai 2012

Bawa kambing bermain luncur air

Pismo dan Goatee bermain luncur air
Ada-ada saja pet owener ini buat kat kambing dia. Pemilik, Dana McGregor seringkali membawa kambing peliharaanya yang bernama Pismo dan Goatee untuk pergi bermain luncur air di pantai San Onofre State, California. Ketika Pismo dilahirkan, McGregor sudah mengajarnya untuk bermain luncur air. - The Telegraph

Sabtu, 7 Julai 2012

Orangutan ini ketagih rokok selepas melihat manusia merokok

Tori, Orangutan yang ketagih rokok
Seorang penjaga zoo mencuba pelbagai cara untuk menghentikan seekor Orangutan bernama Tori di sebuah zoo di Indonesia yang kini ketagih merokok, satu habit yang dipelajarinya daripada tingkahlaku manusia.

Habit tersebut telah berlarutan selama 10 tahun. Apabila sahaja Tori mulai ingin menghisap rokok, dia akan memberi isyarat dengan meletakan dua jarinya di depan bibirnya untuk meminta rokok daripada para pengunjung yang datang. 

Masalah ini memaksa pasukan dari pusat penjagaan Orangutan di Indonesia untuk mengalihkan Tori bersama tiga rakannya yang turut ketagih rokok ke kawasan terpencil di mana mereka tidak lagi mempunyai akses kepada rokok. Dengan harapan agar mereka akan meninggalkan tabiat tersebut. - Sumber: Metro UK

Jumaat, 6 Julai 2012

Pelajar sewa helikopter ke sekolah selepas gagal sewa limosin

Chloe dan Lauren
LONDON: Hanya kerana tidak mahu ketinggalan hadir dalam parti akhir tahun sekolah mereka, dua sahabat menyewa sebuah helikopter apabila rancangan awal menggunakan limosin tidak berjaya.

Pada awalnya, Chloe Webb dan Lauren Huggett mahu menyewa sebuah limosin untuk ke sekolah yang terletak hanya kira-kira 13 kilometer dari rumah mereka.

Bagaimanapun, rancangan itu tidak kesampaian apabila didapati semua limosin sewa di Gloucestershire habis ditempah.

Kekecewaan dua sahabat berusia 16 tahun itu ternyata tidak kekal lama apabila bapa Lauren, Jason Huggett, tampil membantu dengan menyewa sebuah helikopter untuk mereka.

Untuk mendapatkan perkhidmatan itu, Huggett dikenakan bayaran £500 (RM2,465).

Justeru, kehadiran Chloe dan Lauren ke parti sekolah mereka di Whitminster Inn ternyata mengejutkan semua pihak yang hadir di situ. Dua sahabat itu menaiki helikopter dua enjin Robinson R44 dari padang permainan di Cashes Green, Stroud, sebelum dibawa terbang kira-kira setengah jam ke tempat parti berkenaan dilangsungkan. Kata Chloe, ia adalah pengalaman yang hebat dan menyeronokkan. “Kami dibawa bersiar-siar selama setengah jam sebelum diturunkan di kawasan lapang bersebelahan khemah parti sekolah kami dilangsungkan.

“Semua kawan kami sangat terkejut dan tidak percaya kami datang menaiki helikopter,” katanya. Lauren pula berkata, walaupun rancangan mereka untuk menyewa limosin gagal, apa yang dialaminya semalam ternyata jauh lebih menyeronokkan. Bagi Chloe, parti itu penting kerana ia menandakan berakhirnya sesi pembelajarannya di Sekolah Archway di Stroud.

Dia kini bercadang mengikuti kursus terapi kecantikan di Kolej Gloucestershire Selatan dan Stroud, manakala Lauren akan meneruskan pengajiannya di Archway.

Sementara itu, media melaporkan, parti akhir tahun serba meriah yang biasanya diadakan di Amerika Syarikat seperti banyak dipaparkan dalam siri High School Musical kini semakin banyak diadakan di Britain. Ibu bapa sering dipujuk untuk membelanjakan wang yang banyak bagi membiayai kos menyiapkan pakaian, dandanan rambut serta pelbagai aksesori lain. - DM - Sumber: myMetro

Khamis, 19 April 2012

TV for dogs launches in the US

Television bosses are calling DOGTV a new breed of programming - an on-demand cable TV channel designed to keep your dog relaxed, stimulated and entertained while you are at work.

Two months after it debuted on local networks in California, the canine cable channel has now launched online and is headed for national distribution, according to the channel's executives.
Known as DOGTV, the channel "offers a promise to our beloved best friends that they should never again feel alone."
The advertising-free programming is aimed at stay-at-home dogs whose out-to-work masters fret about the separation anxiety their pets suffer, and the trouble they get into, when left unattended for long stretches of time.
Billed as the first channel of its kind, DOGTV made its premiere in February as a free, around-the-clock offering carried by cable and on-demand services in San Diego, reaching some 483,000 homes in California's second-largest city.
The content is scientifically tailored for four-legged audiences, with even the sound, colours and camera angles adjusted to make them more appealing to canines according to the channel's website.

Read full article at The Telegraph. Somehow, you can watch the video below associated with this news.


Now we have dog tv..sonner or later, we will have cat tv..and then, get ready to be suprised with your electric bills. What a lucky pets!!

Kasino på nett

Isnin, 16 April 2012

Gambar Rapunzel dalam dunia sebenar



Gadis berumur 12 tahun, Natasha Moraes de Andrade, dari Brazil ini sering dikenali sebagi Rapunzel dalam dunia sebenar. Natasha memiliki rambut sepanjang 5 kaki 2 inci.


Menurut sumber, Natasha tidak akan memotong rambut tersebut sehingga suatu masa kelak. Apabila tiba masa yang sesuai, dia akan memotong rambutnya itu dan akan menjualnya dengan harga yang tinggi. (link)

Kasino på nett

Rabu, 11 April 2012

Inilah dia perokok paling tegar


Amboi..extrem juga perokok ini. Entah berapa ratus batang rokok dalam tu.
Anyway, sebenarnya kaedah seperti yang ditunjuk dalam gambar ini adalah salah satu kaedah rawatan penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, dan pengawalan simptom ADHD. Namun demikian, kaedah ini sebenarnya mengundang banyak persoalan dan perbahasan terutamanya di kalangan para ahli perubatan. (link)

Kasino på nett

Selasa, 10 April 2012

Gambar telur direbus dengan air kencing di China

Ianya kedangaran pelik tetapi memang benar berlaku. 
Proses mengumpul air kencing

Air kencing yang dikumpulkan dalam baldi
Sebuah pekan kecil yang terletak di wilayah Zhejiang, China iaitu Dounia mempunyai satu amalan pemakanan pelik. Apabila tiba musim luruh, mereka akan menikmati hidangan telur yang dierbus dengan menggunakan air kencing kanak-kanak. Makanan tersebut dikenali sebagai Tuntszydan atau "Egg Boy".
Peniaga sedang menuang air kencing ke dalam belanga yang dipenuhi telur

Telur sedang direbus
Air kencing yang digunakan sememangnya menggunakan air kencing kanak-kanak yang berumur sekitar sepuluh tahun. 
Siap untuk dimakan
Masyarakat tempatan percaya bahawa telur rebus sedemikian mempunyai nilai perubatan yang istimewa kerana ia mengandungi bahan yang boleh mengurangkan suhu badan dan menghentikan pendarahan. Dikatakan juga bahawa telur rebus itu boleh meningkatkan aliran darah dan menguatkan sistem imuniti. (link)


Jumaat, 30 Mac 2012

'The Biggest Loser' untuk haiwan obesiti


I'm speechless...korang fikir la sendiri. Kat muka bumi ini, masih terlalu ramai manusia yang sengsara kebuluran. Tapi di sesetengah tempat kat dunia ini, perkara sebaliknya berlaku. Haiwan pula yang mengalami kesengsaraan kerana terlalu banyak makan. Sampai ada program ala-ala biggest loser gitu. 

Memperkenalkan, peserta finalis Pet Fit Club.

Fifi
Seekor kucing gemuk bernama Fifi Bottomley. Dahulunya adalah seekor kucing separuh nak mampus kerana kelaparan tetapi kini setelah dipelihara oleh tuan yang kaya dan penyayang, Fifi hampir juga nak mampus kerana kegemukan.


Merlin
Entah apa gerangannya binatang ini. Memang sah perlu diet.


Jack
Nampak comel je si Jack ini. Tapi jelas juga dia ni payah bergerak disebabkan oleh kegemukan melampau.

Bailey
Macam ying dan yang pula corak bulu rambut kepalanya tu.


Billie
Mak aii..besarnya bontot.

 Samantha
Cantik nama..tapi tak sesihat tubuhmu.

Kalau korang nak tengok peserta-peserta selebihnya, boleh layari metro.uk 

Pertandingan anjing kurap tiada ke?

Gempar! Burung purba dijumpai


Tengok gambar burung purba ini..adakah ianya benar?
Ya, gambar ini memang benar dan tidak diedit dengan mana-mana software photoshop. TETAPI ia bukanlah gambar kepala burung purba atau sebagainya. Objek yang seakan-akan seperti kepala burung itu hanyalah batang pokok yang sudah kering dan telah 'menipu' ramai pemandu yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Boleh tengok laporan penuh di Metro.uk


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Khamis, 29 Mac 2012

Inilah yang berlaku bila kucing kecil jumpa dengan kucing gergasi


Haha..comelnya kucing tu. Terkejut badak dia lepas tengok kucing gergasi yang hampir sama dengannya. Macam Garfield pun ada sikit-sikit.


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je