Tinapung adalah sejenis kuih dalam kategori kuih tradisonal yang diperbuat daripada ubi kayu dan berintikan kelapa. Bagi masyarakat Kadazan Dusun, kuih ini dipanggil Tinapung tapi bagi masyarakat kaum lain ia mempunyai nama yang berbeza.
Manurut orang ramai, terdapat satu rahsia yang membolehkan kuih Tinapung itu mempunyai rasa yang sedap iaitu dari cara pembuatannya. Inti kuih ini perlu ditutup dengan ubi kayu secara keseluruhannya tanpa ada lelehan atau bocoran. Saya sendiri juga menyukai tinapung yang intinya ditutup rapat2..memang sedap.
Selain daripada menggunakan ubi kayu, tinapung juga boleh diperbuat daripada tepung dan pisang lecek. Tapi, saya lebih berselera jika dihidangkan dengan Tinapung yang diperbuat daripada ubi kayu. Terutama ubi kayu yang berwarna kuning. Fuh!! siap tunggu depan belanga lagi tau.