Boros Di Aralom: penoreh getah
Memaparkan catatan dengan label penoreh getah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penoreh getah. Papar semua catatan

Ahad, 16 Januari 2011

Kisah Getahwan Di Sabah

KENINGAU: Getahwan adalah perkataan yang sinonim dengan golongan penoreh getah di kawasan pedalaman, yang bermaksud ‘orang-orang yang berduit’.
Getahwan juga merujuk kepada status penoreh getah yang meraih kemewahan melalui getah yang harganya melambung naik sejak setahun yang lalu.
“Penoreh getah di pedalaman memperolehi pendapatan di antaraRM1,500 hingga RM15,000 sebulan, dan saya amat berbangga dengan perkembangan ini,” dedah Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Hj. Sairin Hj. Karno.

Sairin berkata, kuasa beli di kalangan rakyat pedalaman semakin aktif ekoran daripada kenaikan harga getah yang melambung tinggi sejak setahun yang lalu.
Harga getah kepingan (basah) berharga RM7.05 sen sekilogram atau RM7,050 setan, iaitu mengalami kenaikan sehingga 85 peratus secara agresif sejak setahun yang lalu.
Ini bermakna kata Sairin, penduduk yang mempunyai keluasan kebun sebanyak 5 ekar, berjaya melepasi cengkaman kemiskinan.

Berita Penuh di New Sabah Times

Siapa getahwan tu?? Para penoreh getah sekarang ni memang dikira sedang berada dalam 'Cloud 9'..harga getah melambung tinggi mencanak-canak. Ada sorang ni, kisah benar ya, dia bukan lah penoreh getah tapi hanya bertugas sebagai seorang kerani di Pejabat Lembaga Tabung Getah, Sabah..pendapatannya sebulan adalah sebanyak <>RM15,000..fuyooo!! dari mana datangnya? sebenarnya beberapa tahun lalu, dia ni terlibat dalam menguruskan hal-hal penanaman getah secara berkelompok. Masa tu, dia ada banyak menanam pokok getah di kawasan tanah miliknya. Bukan setakat sehektar dua, malah berpuluh-puluh hektar. Bukan ekar tau. So sekarang ni, dia hanya menyewakan ladang-ladang getah itu. Sebulan dia mendapat lebih kurang 1/4 daripada hasil getah tersebut. Dari situ saja dia dah boleh dapat sehingga RM15,000 sebulan..wah! ni lah salah seorang yang dipanggil sebagai getahwan..

Lagi sorang, dia ni bekas guru besar (nama dirahsiahkan)..kebun getahnya memang sangat luas la. Mereka satu family tu bergotong royong menoreh tiap-tiap hari..sebulan mereka boleh dapat sehingga RM40,000..haih! telan air liur je la saya tengok mereka ni..huhu

Ada juga sorang tu (nama dirahsiahkan), kerja memang menoreh dari dulu. Dia ni low profail je. Dia hanya tinggal di rumah papan yang usang, makanan tiap-tiap hari berlauk kan ikan masin, baju pun jarang beli. Tapi duit kat bank hampir juta. Sampai anak-anaknya yang kerja kat KL pun berkeras nak suruh bapak dorang ni buat rumah banglo besar. Bila dah buat banglo tu barulah anak-anak dia ni nak balik..huhu..ada juga macam tu ya..

Anyway, walaupun sekarang ni harga getah naik, tapi harga barang pun naik jugak. Nak beli bawang pun payah. Bawang dah mencecah RM20 sekilo kat Sabah. Apa kes macam ni? belum lagi campur dengan harga minyak masak, santan, limau..dan macam-macam la. Apa pun kena jimat cermat juga.  Jangan pergi kasi 'boduk montoku' atau beli 'sigup'...yang langsung tak berfaedah tu..korang google la apa kah bendanya tu ya..

Isnin, 20 Disember 2010

RM1000+ untuk 6 hari

Betul la!! aku tak main-main..ni bukan skim cepat kaya atau MLM atau perniagaan internet, tapi itu adalah hasil pendapatan seminggu untuk seorang penoreh getah!!Wah..harga getah dah mencecah RM7.60 per/kg untuk getah kepingan hari ni..harga di Sabah je la..kat Semenanjung lagi mahal..woohooooo..memang berita yang sangat menggembirakan kepada mereka yang bergelar pengusaha kebun getah atau lebih femes dipanggil dengan penoreh getah..tadi baru je jiran-jiran yang kaya getah jual hasil kebun getah mereka..yang sorang jual getah kentalan empat karung besar, tak lah besar sangat, sebesar karung simen tu je, tapi harga memang umphhh!!!..aku melopang mulut je la tengok..bapak aku jual getah kepingan 12 keping je..berat 140kg..tengok harga RM1000+..hasil untuk 6 hari je menoreh..fuh!! kayo sebentar..huhu..dulu, kena sindir dan diejek sebab pekerjaan ni memang jijik, kotor, busuk, dan macam-macam la..tapi sekarang, pegawai yang bergaji ribu-ribu pun sanggup berhenti kerja untuk pergi menoreh..senario ini memang berlaku di kawasan tempat tinggal saya..jika mereka hanya pegawai bawahan yang bergaji sekitar rm1-2 ribu je, mereka akan berhenti..itupun jika mereka mempunyai kebun getah sendiri la..pendapatan penoreh sekarang memang lumayan..TAPI..ada tapinya..korang fikir la sendiri...risiko berada di mana-mana sahaja..musim hujan pulak tu sekarang!! patut lah harga naik mendadak...

p/s: tadi ada lintah melekat kat kaki saya masa pergi kebun..huhu..jijik..