Boros Di Aralom: getahwan
Memaparkan catatan dengan label getahwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label getahwan. Papar semua catatan

Ahad, 12 Februari 2017

Harga Getah Naik..Kes Curi Sekerap Pun Naik

Disebabkan harga getah yang semakin meningkat, maka tidak hairan lah kalau kes curi getah sekerap pun meningkat. Bukan sekadar sekerap, getah kentalan dan kepingan pun habis kena kebas. Teringat pula aku dengan kes bapak sendiri. Dijadikan cerita, ketika itu, pihak Lembaga Getah memang akan datang membeli getah sekali seminggu di kawasan kebun getah bapa aku. Masa tu, harga memang melambung tinggi macam yang sekarang ni. Sebelum lori lembaga sampai, memang para pekebun akan meletakkan hasil mereka di tepi jalan depan kebun or rumah masing-masing. Jadi, kalau tak dijaga, memang besar risiko untuk dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Bapa aku pernah kena sekali. Habis punah getah yang beratnya hampir setengah tan...fuh!! kesian dengan kudratnya yang perlu keluar seawal jam 2pagi untuk menoreh getah. Senang-senang pula di penyangak curi...bedebah betul!! sila lah pupus golongan penyangak ni.
Getah kentalan. (sekadar gambar hiasan)

KUALA NERANG – Oleh kerana harga getah sekerap naik, timbul kegelisahan apabila dikatakan kegiatan curi sekerap untuk dijual semula semakin menjadi-jadi di daerah ini.

Harga getah kini dilaporkan pada harga RM4.80 sekilogram.

Sehubungan itu, para penoreh meminta pihak polis agar turut membantu menangani kes kecurian getah.

“Saya kerugian hampir RM400 dalam tempoh tiga hari menoreh apabila lebih 80 kilogram getah sekerap di kebun saya dicuri pihak tidak bertanggungjawab, disyaki penagih dadah.

“Saya sedih bila datang untuk kutip hasil getah yang sepatutnya ada dalam bekas tadahan, ia hilang. Keadaan ini menjejaskan sumber pendapatan utama saya,” kata Mohd Khairul Nizam Ahmad, 32, dari Felda Bukit Ketapang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Kubang Palas, Azhar Ahmad berkata beberapa tangkapan pernah dibuat oleh penduduk kampung, namun ketiadaan bukti kukuh menyebabkan tindakan lanjut tidak dapat diambil oleh pihak polis.

“Saya harap polis lebih kerap menjalankan rondaan. Malah pekebun atau penoreh sendiri juga perlu sering turun ke kebun mereka untuk memantau keadaan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Ahmad Nasir Jaafar berkata pihaknya sedia maklum mengenai masalah itu dan mengarahkan anggotanya untuk mempertingkatkan rondaan.

Beliau juga meminta penoreh dan pemilik kebun bekerjasama dengan polis untuk meningkatkan kawalan di ladang dan kebun mereka, dan jika ada tangkapan, serah kepada polis bersama bukti untuk tindakan lanjut.

“Kita banyak terima kes mengatakan ada kecurian getah sekerap, tetapi bukti perlu ada barulah tindakan termasuk mendakwa pesalah dapat dilakukan.

“Saya juga ingin menasihatkan agar orang ramai tidak melakukan sesuatu di luar jangkaan hingga mencederakan pesalah itu,” katanya. - Bernama

Lagi Info Menarik:

Ahad, 16 Januari 2011

Kisah Getahwan Di Sabah

KENINGAU: Getahwan adalah perkataan yang sinonim dengan golongan penoreh getah di kawasan pedalaman, yang bermaksud ‘orang-orang yang berduit’.
Getahwan juga merujuk kepada status penoreh getah yang meraih kemewahan melalui getah yang harganya melambung naik sejak setahun yang lalu.
“Penoreh getah di pedalaman memperolehi pendapatan di antaraRM1,500 hingga RM15,000 sebulan, dan saya amat berbangga dengan perkembangan ini,” dedah Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Hj. Sairin Hj. Karno.

Sairin berkata, kuasa beli di kalangan rakyat pedalaman semakin aktif ekoran daripada kenaikan harga getah yang melambung tinggi sejak setahun yang lalu.
Harga getah kepingan (basah) berharga RM7.05 sen sekilogram atau RM7,050 setan, iaitu mengalami kenaikan sehingga 85 peratus secara agresif sejak setahun yang lalu.
Ini bermakna kata Sairin, penduduk yang mempunyai keluasan kebun sebanyak 5 ekar, berjaya melepasi cengkaman kemiskinan.

Berita Penuh di New Sabah Times

Siapa getahwan tu?? Para penoreh getah sekarang ni memang dikira sedang berada dalam 'Cloud 9'..harga getah melambung tinggi mencanak-canak. Ada sorang ni, kisah benar ya, dia bukan lah penoreh getah tapi hanya bertugas sebagai seorang kerani di Pejabat Lembaga Tabung Getah, Sabah..pendapatannya sebulan adalah sebanyak <>RM15,000..fuyooo!! dari mana datangnya? sebenarnya beberapa tahun lalu, dia ni terlibat dalam menguruskan hal-hal penanaman getah secara berkelompok. Masa tu, dia ada banyak menanam pokok getah di kawasan tanah miliknya. Bukan setakat sehektar dua, malah berpuluh-puluh hektar. Bukan ekar tau. So sekarang ni, dia hanya menyewakan ladang-ladang getah itu. Sebulan dia mendapat lebih kurang 1/4 daripada hasil getah tersebut. Dari situ saja dia dah boleh dapat sehingga RM15,000 sebulan..wah! ni lah salah seorang yang dipanggil sebagai getahwan..

Lagi sorang, dia ni bekas guru besar (nama dirahsiahkan)..kebun getahnya memang sangat luas la. Mereka satu family tu bergotong royong menoreh tiap-tiap hari..sebulan mereka boleh dapat sehingga RM40,000..haih! telan air liur je la saya tengok mereka ni..huhu

Ada juga sorang tu (nama dirahsiahkan), kerja memang menoreh dari dulu. Dia ni low profail je. Dia hanya tinggal di rumah papan yang usang, makanan tiap-tiap hari berlauk kan ikan masin, baju pun jarang beli. Tapi duit kat bank hampir juta. Sampai anak-anaknya yang kerja kat KL pun berkeras nak suruh bapak dorang ni buat rumah banglo besar. Bila dah buat banglo tu barulah anak-anak dia ni nak balik..huhu..ada juga macam tu ya..

Anyway, walaupun sekarang ni harga getah naik, tapi harga barang pun naik jugak. Nak beli bawang pun payah. Bawang dah mencecah RM20 sekilo kat Sabah. Apa kes macam ni? belum lagi campur dengan harga minyak masak, santan, limau..dan macam-macam la. Apa pun kena jimat cermat juga.  Jangan pergi kasi 'boduk montoku' atau beli 'sigup'...yang langsung tak berfaedah tu..korang google la apa kah bendanya tu ya..