Sebuah laporan baru-baru ini mendedahkan bahawa hampir 40 peratus lulusan IPT yang diwawancara menyatakan bahawa mereka memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk menjelaskan pinjaman belajar mereka seperti pinjaman PTPTN dan Mara. Penyelidikan lain menunjukkan bahawa jumlah hutang pelajar meningkat sebanyak 25% pada tahun 2008. Jumlah itu semakin bertambah setiap tahun dek kerana jumlah pelajar yang berjaya memasuki IPT yang semakin miningkat saban tahun. Ini ditambah lagi dgn jumlah IPT yang tumbuh seperti candawan. Jadi, macam mana kita sebagai pelajar untuk mengawal pembayaran pinjaman ini supaya tidak kena kejar-kejar oleh pihak mahkamah?
Menurut pakar pengurusan kewangan, kita kena mendapatkan gambaran yang jelas tentang jumlah dan jenis hutang pelajar. Ketahui berapa banyak jumlah yang perlu dibayar terhadap setiap pinjaman setiap bulan. Jumlah average pinjaman contohnya PTPTN adalah dalam lingkungan RM25,000 bagi setiap pelajar dan jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar setiap bulan kelak adalah dalam lingkungan RM180.
Selain itu, kita boleh cuba meminta pilihan pembayaran dilanjutkan jika boleh. Ini akan membolehkan anda untuk membuat bayaran yang lebih kecil dalam tempoh masa yang lebih lama. Dengan harapan bahawa pihak pinjaman akan lebih tertarik kerana ia memberi mereka kelebihan bunga pinjaman yang lebih besar.
Gunakan pelan pembayaran berasaskan pendapatan yang manghadkan jumlah bayaran sebanyak 15% daripada pendapatan setiap bulan. Ini akan membolehkan kita untuk menjaga tempoh pembayaran pinjaman dengan lebih mudah dan juga dapat menyimpan atau melabur wang pada masa yang sama.
Jika tidak dapat membuat pembayaran pinjaman pada masa yang ditetapkan, mohonlah untuk penangguhan pembayaran. Jangan bimbang, ini adalah penyakit umum yang dihadapi oleh kebanyakan mahasiswa/siswi. Tetapi jangan kerap sangat menangguhkan pembayaran itu.Rajin-rajin lah mencari pekerjaan.
Sebaiknaya, tundalah rancangan-rancangan besar dalam hidup seperti nak berkhawin, beli rumah atau membeli kereta sport. Jika telah mengumpulkan enam angka jumlah hutang pinjaman mahasiswa, kita mungkin perlu untuk menghabiskan satu atau dua tahun menumpukan kestabilan kewangan, itupun kalau kita bekerja sebelum mencapai tujuan yang lain.
Namun demikian, cara-cara tersebut di atas adalah bergantung kepada latar belakang si peminjam juga. Ada yang mengatakan bahawa jika mereka berkhawin selepas graduat, mereka boleh manyelesaikan masalah pinjaman dengan mudah kerana mempunyai pendapatan suami isteri yang boleh menampung pinjaman tersebut. Tetapi itu pun jika kedua-duanya telah bekerja. Olwh itu, hal ini bergantung kepada individu itu sendiri juga untuk menilai cara yang terbaik untuk deal dengan pinjaman masing-masing.
6 ulasan:
huhu =.='
as a student i have to survive ...
Nasib baik saya tak ada buat pinjaman pelajaran semasa belajar dulu....
abisla kita ni nda tebayar utang..hohoho
epy* yea..btul tu..lain la kalau kita ni ken sponsor free je kan
Miecyber* wah..bagusnya tak der pinjaman..biasiswa ke?
Lyn* haha..pnyakit biasa ba tu..jgn ja la menjadi kronik..
hmmm..senang2 kan..cuba bagi yuran pengajian free kat student...kan senang? lepas tu..benda2 lain ,baru la byr sendiri..macam makan,insurans..
hye...dah follow, follow back ok... nice blog..=)
Catat Ulasan