Boros Di Aralom

Isnin, 26 Mac 2012

Peluang Artis Tempatan Jana Pendapatan Lumayan di YouTube Malaysia !


Pengarah Pengurusan Produk Asia Pasifik Youtube, Adam Smith bersama Pengurus Besar Google Malaysia, Sajith Sivanandan di majlis pelancaran Youtube Malaysia, semalam. 
YouTube, komuniti perkongsian video dalam talian terbesar di dunia. Dan semalam laman yang menjadi bahan hiburan anda tak kiralah sama ada bos anda ada di pejabat atau tidak ni kan, secara rasmi mempunyai domain tempatan. Maka mulai saat ini kita boleh melayari www.youtube.com.my

Istimewanya, laman baru YouTube Malaysia menawarkan antaramuka tempatan untuk rakyat Malaysia mencari video yang paling relevan untuk mereka dengan mudah dan cepat, termasuklah kandungan yang berkembang daripada rakan kongsi tempatan dan global.

Di samping itu bersempena pelancaran tersebut, Youtube telah menjalinkan perjanjian perkongksian dengan beberapa syarikat media terbesar di Malysia termasuk Astro Malaysia dan KRU Studios. Ia bertujuan memantapkan lagi hasil arya di YouTube bagi memudahkan pengagihan isi kandungan dan meningkatkan jumlah penonton. 

Sebut fasal penonton, di Malaysia saja kajian tahun lalu mencatatkan purata sebanyak 17.5 juta penonton sehari. Sementara purata sebanyak 42 billion penonton seluruh dunia, sehari. Selain, bermula hanya dengan satu bahasa iaitu bahasa Inggeris kini YouTube mempunyai 58 bahasa termasuk bahasa Malaysia dan Mandarin.  

Dalam pada itu YouTube juga telah menandatangani perjanjian dengan Music Author’s Copyright Protection (MACP) untuk membolehkan pemuzik & artis di Malaysia menjana pendapatan melalui perkongsian hasil iklan di Youtube. 

Menurut Pengarah Pengurusan Produk Asia Pasifik untuk YouTube, Adam Smith berkata ini pertama kalinya artis & pemuzik di Malaysia bakal menerima hasil dan pendapatan menerusi pengiklanan di YouTube dengan karya mereka.

MD kira ini sesuatu yang baik untuk industri hiburan secara keseluruhan kerana kini secara rasmi YouTube merupakan salah satu media untuk penyebaran kandungan digital hasil karya dan ciptaan anak tempatan.


**Hmmm...patutlah baru-baru ini asyik nampak twin tower kat logo youtube tu**


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Ahad, 25 Mac 2012

Sinopsis dan barisan pelakon Jangan Pandang-Pandang | Filem Malaysia Terbaru Mac 2012


Pengarah: Ahmad Idham
Bahasa: BM
Kategori: Cereka
Genre: Komedi
Durasi: 90 minit
Tarikh mula tayang: 29 Mac 2012
Sinopsis Jangan Pandang-Pandang:
Filem arahan Ahmad Idham ini mengisahkan empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.

Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot.

Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus. Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima. Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.

Barisan pelakon Jangan Pandang-Pandang:
Zizan RL (sebagai Ajis), Nas-T (sebagai Ben), Sara Ali (sebagai Yaya), Miera Leyana (sebagai Marsha), Azhar Sulaiman (sebagai Abang Bob), Jaafar Onn (sebagai pensyarah), Erin Malek (sebagai gadis kampus).

(sumber: sinemamalaysia.com.my)