Peluang Artis Tempatan Jana Pendapatan Lumayan di YouTube Malaysia ! | Boros Di Aralom

Isnin, 26 Mac 2012

Peluang Artis Tempatan Jana Pendapatan Lumayan di YouTube Malaysia !


Pengarah Pengurusan Produk Asia Pasifik Youtube, Adam Smith bersama Pengurus Besar Google Malaysia, Sajith Sivanandan di majlis pelancaran Youtube Malaysia, semalam. 
YouTube, komuniti perkongsian video dalam talian terbesar di dunia. Dan semalam laman yang menjadi bahan hiburan anda tak kiralah sama ada bos anda ada di pejabat atau tidak ni kan, secara rasmi mempunyai domain tempatan. Maka mulai saat ini kita boleh melayari www.youtube.com.my

Istimewanya, laman baru YouTube Malaysia menawarkan antaramuka tempatan untuk rakyat Malaysia mencari video yang paling relevan untuk mereka dengan mudah dan cepat, termasuklah kandungan yang berkembang daripada rakan kongsi tempatan dan global.

Di samping itu bersempena pelancaran tersebut, Youtube telah menjalinkan perjanjian perkongksian dengan beberapa syarikat media terbesar di Malysia termasuk Astro Malaysia dan KRU Studios. Ia bertujuan memantapkan lagi hasil arya di YouTube bagi memudahkan pengagihan isi kandungan dan meningkatkan jumlah penonton. 

Sebut fasal penonton, di Malaysia saja kajian tahun lalu mencatatkan purata sebanyak 17.5 juta penonton sehari. Sementara purata sebanyak 42 billion penonton seluruh dunia, sehari. Selain, bermula hanya dengan satu bahasa iaitu bahasa Inggeris kini YouTube mempunyai 58 bahasa termasuk bahasa Malaysia dan Mandarin.  

Dalam pada itu YouTube juga telah menandatangani perjanjian dengan Music Author’s Copyright Protection (MACP) untuk membolehkan pemuzik & artis di Malaysia menjana pendapatan melalui perkongsian hasil iklan di Youtube. 

Menurut Pengarah Pengurusan Produk Asia Pasifik untuk YouTube, Adam Smith berkata ini pertama kalinya artis & pemuzik di Malaysia bakal menerima hasil dan pendapatan menerusi pengiklanan di YouTube dengan karya mereka.

MD kira ini sesuatu yang baik untuk industri hiburan secara keseluruhan kerana kini secara rasmi YouTube merupakan salah satu media untuk penyebaran kandungan digital hasil karya dan ciptaan anak tempatan.


**Hmmm...patutlah baru-baru ini asyik nampak twin tower kat logo youtube tu**


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Tiada ulasan: