Boros Di Aralom: youtube
Memaparkan catatan dengan label youtube. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label youtube. Papar semua catatan

Khamis, 25 Julai 2013

(EDISI LAGU BEST) 'Lagu Cawan' versi acapella yang best

Lagu Cawan atau lebih glamour dikenali sebagai 'The Cups Song' yang dinyanyikan oleh Anna Kendrick dalam movie Pitch Perfect ini sedang menjadi viral di Youtube...ramai yang cuba buat aksi putar balik belit belit cawan tu..huhu..saya tak pandai..kalau suruh saya buat kang nanti cawan tu terbang..anyway, kalau nak belajar, ada juga tutorialnya kat youtube..baby and pun boleh buat kot

Kat bawah ini salah satu cover song lagu Cups yang saya suka..memang best..lagu Cups versi acapella yang disampaikan oleh sekumpulan pelajar muzik dari Syracuse University..enjoy...

Oh ya...kat Malaysia pun dah ada yang buat cover lagu Cups ini...mereka dari Penang dan memang first class punya cover..tengok kat youtube.. namanya kumpulan adik beradik tu ialah 4JC Brothers

Lirik lagu The Cups Song by Anne Kendrick:
[Verse 1:]
I got my ticket for the long way ‘round
Two bottle ‘a whiskey for the way
And I sure would like some sweet company
And I’m leaving tomorrow, wha-do-ya say?

[Chorus 1:]
When I’m gone
When I’m gone
You’re gonna miss me when I’m gone
You’re gonna miss me by my hair
You’re gonna miss me everywhere, oh
You’re gonna miss me when I’m gone

[Verse 2:]
I’ve got my ticket for the long way ‘round
The one with the prettiest of views
It’s got mountains, it’s got rivers, it’s got sights to give you shivers
But it sure would be prettier with you

[Chorus 2:]
When I’m gone
When I’m gone
You’re gonna miss me when I’m gone
You’re gonna miss me by my walk
You’re gonna miss me by my talk, oh
You’re gonna miss me when I’m gone

Sabtu, 9 Februari 2013

Kenapa Shila Amzah menangis di Youtube?

Shila Amzah menangis di youtube
Terkedu. Sebak. Itu yang kami boleh katakan tatkala menonton video ini.

Buat seluruh peminat Shila Amzah di tanah air, berikut diperdengarkan sebuah video khas daripada penyanyi kesayangan anda semua ini.

Shila menyampaikan lagu Ombak Rindu sambil menangis ketika dia meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.

Rakaman itu dipetik daripada laman YouTube yang dimuat naik oleh Shila.

"Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya.

Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak sambil mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Hafiz dan Adira.

Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat yang dirahsiakan bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.

Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.

Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut. Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.

Dalam pada itu tindakan Shila Amzah bertindak meluahkan rasa hatinya sambil menangis ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu kerana lagu tersebut benar-benar menyentuh mengenai perjalanan hidupnya.Ombak Rindu nyanyinya Hafiz dan Adira itu antara lain berkisah mengenai hubungan cinta pasangan kekasih yang sedang menghadapi cabaran.

Liriknya juga turut merayu kepada Tuhan agar membuka hati pasangannya demi cinta mereka yang telah ditanam sejak sekian lama.

 
Sumber:mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/250741-video-shila-amzah-menangis-ketika-menyanyi-lagu-ombak-rindu.html

Isnin, 26 Mac 2012

Peluang Artis Tempatan Jana Pendapatan Lumayan di YouTube Malaysia !


Pengarah Pengurusan Produk Asia Pasifik Youtube, Adam Smith bersama Pengurus Besar Google Malaysia, Sajith Sivanandan di majlis pelancaran Youtube Malaysia, semalam. 
YouTube, komuniti perkongsian video dalam talian terbesar di dunia. Dan semalam laman yang menjadi bahan hiburan anda tak kiralah sama ada bos anda ada di pejabat atau tidak ni kan, secara rasmi mempunyai domain tempatan. Maka mulai saat ini kita boleh melayari www.youtube.com.my

Istimewanya, laman baru YouTube Malaysia menawarkan antaramuka tempatan untuk rakyat Malaysia mencari video yang paling relevan untuk mereka dengan mudah dan cepat, termasuklah kandungan yang berkembang daripada rakan kongsi tempatan dan global.

Di samping itu bersempena pelancaran tersebut, Youtube telah menjalinkan perjanjian perkongksian dengan beberapa syarikat media terbesar di Malysia termasuk Astro Malaysia dan KRU Studios. Ia bertujuan memantapkan lagi hasil arya di YouTube bagi memudahkan pengagihan isi kandungan dan meningkatkan jumlah penonton. 

Sebut fasal penonton, di Malaysia saja kajian tahun lalu mencatatkan purata sebanyak 17.5 juta penonton sehari. Sementara purata sebanyak 42 billion penonton seluruh dunia, sehari. Selain, bermula hanya dengan satu bahasa iaitu bahasa Inggeris kini YouTube mempunyai 58 bahasa termasuk bahasa Malaysia dan Mandarin.  

Dalam pada itu YouTube juga telah menandatangani perjanjian dengan Music Author’s Copyright Protection (MACP) untuk membolehkan pemuzik & artis di Malaysia menjana pendapatan melalui perkongsian hasil iklan di Youtube. 

Menurut Pengarah Pengurusan Produk Asia Pasifik untuk YouTube, Adam Smith berkata ini pertama kalinya artis & pemuzik di Malaysia bakal menerima hasil dan pendapatan menerusi pengiklanan di YouTube dengan karya mereka.

MD kira ini sesuatu yang baik untuk industri hiburan secara keseluruhan kerana kini secara rasmi YouTube merupakan salah satu media untuk penyebaran kandungan digital hasil karya dan ciptaan anak tempatan.


**Hmmm...patutlah baru-baru ini asyik nampak twin tower kat logo youtube tu**


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je