Boros Di Aralom

Isnin, 4 Februari 2013

Aksi Bercium, Siti Saleha Akui Malu & Teragak-agak

Cantiknya pelakon Siti Saleha..
Sebelum  ini, nama pelakon berbakat besar, Siti Saleha mungkin jarang dikaitkan dengan kisah kontroversi baik dalam kehidupan peribadi mahupun kerja.

Namun, menerusi filem pertamanya, Kerat 14, gadis berusia 23 tahun ini, ditebak dengan pelbagai persoalan apabila lakonannya memaparkan adegan mesra dan berciuman.

Bergandingan bersama pelakon baru, Ali Arami, Saleha menerusi filem berkenaan menggalas watak sebagai Nurzara.

“Memang sekilas pandang, babak itu kelihatan seperti bercium, namun kami bukan cium betul-betul.

"Pada mulanya, saya pun teragak-agak untuk menjayakannya dan pengarah terpaksa mengambil beberapa 'shot' untuk mendapatkan 'scene' itu.

"Sebagai pelakon, saya hanya menjalankan tugas dan saya akui, memang sukar untuk melakukan babak mesra seperti itu," kata Saleha seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian.Walaupun bakatnya dalam bidang lakonan tidak boleh dipertikaikan,

Saleha juga mengakui malu untuk melihat babak intim itu. Lebih-lebih lagi, pada sesi tayangan media, bapanya turut hadir menemaninya untuk memberi sokongan dan semangat.

Katanya lagi sewaktu tiba paparan 'babak itu', dia pantas meminta bapa menutup muka supaya tidak melihat aksinya namun mujurlah bapanya memahami kerjayanya.

Sumber: mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/244761-aksi-bercium-siti-saleha-akui-malu-a-teragak-agak-.html

Sabtu, 2 Februari 2013

Ada gerakan nak jatuhkan Anwar? Memang 'politikus'

DSAI
Kuala Lumpur: Sekumpulan ahli akar umbi PKR di Pulau Pinang dikatakan sedang menggiatkan gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konconya kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan parti itu.

Kumpulan itu kini dalam proses mengumpul ahli sebelum mengadakan perbincangan terperinci sebagai persiapan untuk memastikan matlamat menolak kepemimpinan Ketua Umum PKR itu menjadi kenyataan.
Gerakan itu didedahkan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang turut diminta menyertai gerakan itu baru-baru ini oleh ahli PKR kampung Anwar di Cherok Tok Kun, dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.

“Jika di kawasan Anwar sendiri ahli parti itu boleh berpaling tadah, bayangkan di kawasan lain yang tidak diwakilinya.

Mungkin keluar parti

“Ketika ini gerakan menjatuhkan Anwar memberi tumpuan untuk memastikan perubahan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13).

Tidak mustahil juga kumpulan itu akan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepemimpinan PKR,” katanya kepada BH.

sumber: BH
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GerakanjatuhkanAnwar/Article/


p;s
"jatuh menjatuhkan lah kamu..masa depan negara tak nak pikir..susah sangat ke nak bekerjasama. Ini gila kuasa, dengki mendengki, hasut menghasut, semua itu lah yang kamu mau rakyat tahu. Dua-dua pun (Pakatan dan BN) banyak "Janji yang tidak ditepati". Apa pun keadaannya, PRU13 ni tetap kena undi salah satu. Duh..pening..dua-dua parti bangang. Saya ini dah termasuk dalam kategori pengundi 'atas pagar' kot..huhu"