Boros Di Aralom: News Edisi Artis
Memaparkan catatan dengan label News Edisi Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label News Edisi Artis. Papar semua catatan

Isnin, 11 Februari 2013

Shila Amzah Dilaporkan Hilang pula??

Wajah Shila di dalam klip YouTube yang dimuat naik, kelmarin. Pix: Sinar HarianSHAH ALAM: Polis mengesahkan penyanyi popular, Shila Amzah, 23, telah ditemui semula, beberapa jam selepas dilaporkan hilang sejak enam hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh bapa Shila, ND Lala sendiri semalam.

“Dah jumpa pukul 4 petang, semalam. Saya dimaklumkan oleh ayahnya (ND Lala),” katanya ketika dihubungi kepada Sinar Harian Online tengah hari tadi.

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan tentang laporan yang dibuat ND Lala berhubung kehilangan penyanyi itu pagi semalam.

ND Lala dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas pencipta lagu Patah Seribu itu tidak pulang ke rumah selepas pulang dari Shanghai, minggu lalu.

Usaha mendapat kenyataan ND Lala gagal berikutan beliau tidak menjawab panggilan telefon sejak semalam.

Rabu lalu, juara Asian Wave ini mengemas kini status di laman mikro Twitter miliknya yang memberitahu tentang keberadaannya di suatu tempat untuk mencari ketenangan.

“Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan. Tidak bersama keluarga lagi ataupun abang (Sharnaaz). Doakan Sha selamat,” tulisnya.

Kisah cinta Shila dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad menjadi panas ekoran kenyataan yang dibuat ND Lala melalui sebuah akhbar sebelum ini.

Selasa lalu, Shila menulis e-mel kepada semua media mengenai situasi yang dilaluinya sekarang manakala klip berdurasi empat minit, yang turut menggambarkan perasaannya, dimuat naik di YouTube kelmarin.


Sumber: Oleh Raziatul Hanum A Rajak / Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/shila-amzah-dilapor-hilang-sudah-ditemui-1.129998

Sabtu, 9 Februari 2013

Kenapa Shila Amzah menangis di Youtube?

Shila Amzah menangis di youtube
Terkedu. Sebak. Itu yang kami boleh katakan tatkala menonton video ini.

Buat seluruh peminat Shila Amzah di tanah air, berikut diperdengarkan sebuah video khas daripada penyanyi kesayangan anda semua ini.

Shila menyampaikan lagu Ombak Rindu sambil menangis ketika dia meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.

Rakaman itu dipetik daripada laman YouTube yang dimuat naik oleh Shila.

"Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya.

Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak sambil mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Hafiz dan Adira.

Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat yang dirahsiakan bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.

Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.

Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut. Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.

Dalam pada itu tindakan Shila Amzah bertindak meluahkan rasa hatinya sambil menangis ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu kerana lagu tersebut benar-benar menyentuh mengenai perjalanan hidupnya.Ombak Rindu nyanyinya Hafiz dan Adira itu antara lain berkisah mengenai hubungan cinta pasangan kekasih yang sedang menghadapi cabaran.

Liriknya juga turut merayu kepada Tuhan agar membuka hati pasangannya demi cinta mereka yang telah ditanam sejak sekian lama.

 
Sumber:mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/250741-video-shila-amzah-menangis-ketika-menyanyi-lagu-ombak-rindu.html

Jumaat, 8 Februari 2013

Abby Abadi Luang Masa Jenguk Anak Memey-Norman

Ramai yang gembira apabila diberitakan yang hubungan Abby Abadi dengan Memey sudah pulih sejak sekitar Ogos tahun lalu. Terbaru, hubungan mereka kini sah pulih seratus peratus!

Ini berikutan Abby Abadi dikatakan telah sudi datang melawat anak sulung Memey yang baru saja lahir pada 1 Februari lalu. Abby turut memuat naik beberapa keping laman Instagram miliknya, foto anak Memey dengan kapsyen, Darwish.

Sebelum ni pun dengarnya Abby ada mengucapkan tahniah kepada Memey dan Norman Hakim di atas kelahiran bayi mereka dan ada berjanji untuk datang melawat bayi yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim itu.

Selain itu, Abby turut memuat naik beberapa keping satu foto anak Memey dengan kapsyen, Darwish. Serta satu gambar dia sedang mendukung bayi comel itu.

Pasti di kesempatan ini Memey tidak lupa meminta tips menjaga bayi daripada Abby. Dan mungkin Abby juga turut memberikan petua-petua untuk diamalkan Memey sepanjang dia dalam berpantang. Elok lah tu.

Sumber: mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/249711-abby-abadi-luang-masa-jenguk-anak-sulunng-memey-norman.html

Khamis, 7 Februari 2013

Gara-gara filem KL Gangster 2, Syamsul dan Yusof Haslam bergaduh??

Syamsul Yusof gaduh dengan bapanya??
Pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof, enggan mengulas mengenai hubungan dengan bapanya, Datuk Yusof Haslam, yang dikatakan renggang gara-gara kononnya bergaduh, kerana bimbang kenyataannya disalahertikan.

“Saya tidak mahu komen apa-apa. Ya, saya sudah baca cerita itu di akhbar, dan saya mahu berbincang dulu dengan papa, baru saya akan komen,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Laporan akhbar Harian Metro, semalam menyebut pengarah, produser dan pemilik syarikat Skop Productions, Yusof, menafikan hubungan mereka berdua dalam keadaan dingin. Kononnya, keadaan itu berlaku akibat sikap Shamsul yang berlengah untuk menyiapkan filem KL Gangster 2.

Sumber: mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/248632-syamsul-enggan-komen-dakwaan-gaduh-dengan-bapa-burnsoul4u.html

Isnin, 4 Februari 2013

Aksi Bercium, Siti Saleha Akui Malu & Teragak-agak

Cantiknya pelakon Siti Saleha..
Sebelum  ini, nama pelakon berbakat besar, Siti Saleha mungkin jarang dikaitkan dengan kisah kontroversi baik dalam kehidupan peribadi mahupun kerja.

Namun, menerusi filem pertamanya, Kerat 14, gadis berusia 23 tahun ini, ditebak dengan pelbagai persoalan apabila lakonannya memaparkan adegan mesra dan berciuman.

Bergandingan bersama pelakon baru, Ali Arami, Saleha menerusi filem berkenaan menggalas watak sebagai Nurzara.

“Memang sekilas pandang, babak itu kelihatan seperti bercium, namun kami bukan cium betul-betul.

"Pada mulanya, saya pun teragak-agak untuk menjayakannya dan pengarah terpaksa mengambil beberapa 'shot' untuk mendapatkan 'scene' itu.

"Sebagai pelakon, saya hanya menjalankan tugas dan saya akui, memang sukar untuk melakukan babak mesra seperti itu," kata Saleha seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian.Walaupun bakatnya dalam bidang lakonan tidak boleh dipertikaikan,

Saleha juga mengakui malu untuk melihat babak intim itu. Lebih-lebih lagi, pada sesi tayangan media, bapanya turut hadir menemaninya untuk memberi sokongan dan semangat.

Katanya lagi sewaktu tiba paparan 'babak itu', dia pantas meminta bapa menutup muka supaya tidak melihat aksinya namun mujurlah bapanya memahami kerjayanya.

Sumber: mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/244761-aksi-bercium-siti-saleha-akui-malu-a-teragak-agak-.html

Jumaat, 1 Februari 2013

Ning Baizura & Omar Sharif Dapat Anak Lelaki

Ning Baizura bersama suami, Omar Sharif
Tahniah kepada diva Ning Baizura dan suami, Omar Sharif Christopher Layton Dalton kerana telah dikurniakan bayi lelaki. Berita itu dimaklumkan oleh pengurus penyanyi bersuara soprano ini yang memberitahu, Ning telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 3.06 pagi tadi di Kuala Lumpur.

Dengan sukacitanya ingin saya umumkan bahawa Ning Baizura telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 31hb Januari 2013, Jam 3:06 pagi di Kuala Lumpur. Hari ini juga amat teristimewa kerana ia adalah hari ulangtahun perkahwinan Ning dan Chris yang ke-5.

Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Terima kasih di atas segala doa dan sokongan anda.

Walau bagaimanapun, Ning Baizura masih belum memaklumkan nama serta memuat naik foto bayi mereka dalam email tersebut. Tahniah sekali lagi diucapkan pada Ning Baizura dan suaminya. Kita nantikan saja kalau-kalau Ning akan berkongsi foto anak sulung itu di Twitter atau pun di Instagram nanti.

Oh ya, selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-5 buat pasangan ini. Semoga mereka terus bahagia jadi mummy dan daddy yang mithali!

Sumber: mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/240952-tahniah-ning-baizura-a-omar-sharif-dapat-anak-lelaki-ningdalton.html

Sharnaaz Cabar bapa kekasihnya, ND Lala untuk bersemuka

Sharnaaz Ahmad
Berhubung kenyataan balas bapa penyanyi Shila Amzah yang menegur Sharnaaz Ahmad agar cinta hati anaknya tidak terlalu terbuka memberikan kenyataan mengenai hubungan cintanya bersama Shila Amzah.

Malah ND Lala meminta Sharnaaz jangan bersikap biadab gara-gara aktor itu lantang mengatakan dia mahu merisik Shila pada Mac ini.

Ada laporan terbaru menyebut, Sharnaaz menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan ibu bapa kekasihnya itu. Namun, dia menjelaskan bahawa ND Lala tidak mahu bersemuka dengannya.

“Jadilah seperti seorang lelaki” kata Sharnaaz seperti yang dilaporkan dalam portal murai.com

Tambahnya, “Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.

“Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.”

Tak cukup disitu, Sharnaaz turut menegaskan kekecewaannya terhadap perkara yang berlaku serta mengaku bahawa ibubapanya merasa terkilan selepas membaca kenyataan ND Lala.

“Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.

"Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.

"Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.”

Bagaimana pun, Sharnaaz memberitahu bahawa dia tidak akan berputus asa dengan perkara yang berlaku.

“Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?", katanya lagi kepada portal berkenaan.

Sumber: mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/242402-pesanan-sharnaaz-untuk-nd-lala-shilaamzah-sharnaazahmad.html

Khamis, 31 Januari 2013

Nora Danish Tak Kisah Bercuti Sekali Dengan Fasha Sandha

Nora Danish
Umum mengetahui meskipun Nora Danish dan Rizal Ashram Ramli aka Jejai bukan lagi suami isteri, namun ikatan silaturrahim antara pelakon comel ini dengan keluarga bekas suaminya masih utuh. Nora masih tetap dilayan baik dalam keluarga bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib serta isteri, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Malah bukan lagi rahsia apabila Nora mengikuti keluarga bekas mertuanya bercuti ke luar negara, setiap hujung tahun. Tambahan gambar-gamabr mereka sedang berseronok turut dikongsikan di laman sosial Twitter mahupun Instagram. Baru-baru ini Nora bersama keluarga tersebut bercuti selama 10 hari di Dubai.

Pun begitu kekerapan Nora bercuti bersaama keluarga Jejai telah menimbulkan tomahan segelintir pihak yang melabelkan Nora sebagai seorang yang suka mengendeng dan terhegeh-hegeh dengan keluarga bekas mertua. Ada juga yang mengecam Nora, mendakwa ibu anak satu ini tidak sensitif memandangkan Jejai kini sudah mempunyai kehidupan baru bersama pelakon Fasha Sandha.

"Ya saya ada dengan tentang perkara itu. Saya nak beritahu di sini, mereka (keluarga mertua) yang ajak saya bercuti bersama mereka. Kami dah memang macam satu keluarga, bukan orang asing. Kami sangat rapat.

"Lagipun Rayqal cucu pertama dalam keluarga mereka. Mereka memang manja dengan Rayqal. Jadi setiap kali hujung tahun memang mereka akan pergi bercuti. Mereka ajak cucu mereka dan saya sekali juga keluarga anak-anak mereka yang lain. Kalau mereka tak ajak, saya takkan nak suka-suka ikut", ujar Nora kepada malaysiandigest.com ketika ditemui pelancaran koleksi terbaru barang kemas Pandora keluaran Habib Jewels di Ampan Point, semalam.

Nora juga memberitahu seandainya pada masa akan datang dia dipelawa bercuti lagi bersama keluarga tersebut dan pada masa itu Jejai dan Fasha juga turut serta, dia langsung tidak mempunyai masalah. Malah akan disambutnya dengan besar hati.

"Sekalipun, kalau lepas ni mereka ajak saya bercuti dan Fasha juga ada bersama, saya okay. Saya tahu benda itu akan terjadi. Saya adalah menantu mereka yang dulu dan Fasha adalah ahli keuarga mereka yang sekarang. Kalau saya dah kahwin pun nanti, kalau mereka ajak saya bercuti, saya ikut dan bawa suami saya sekali",

Tambah wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman Anuar Zain ini lagi, "kalau tak ada Rayqal pun, saya rasa saya akan tetap rapat dengan mereka".

Nafi Cinta Qi, Akui Seksa Tinggalkan Rayqal
Menyentuh mengenai kerjaya, Nora baru saja selesai menjalani penggambaran filem Bercinta yang turut di bintangi Farid Kamil dan Qi Razali. Penggambaran selama 19 hari itu dijalankan sepenuhnya di Pulau Langkawi. Dalam pada itu Nora menjelaskan tindakan memuat naik gambarnya bersama pengacara Qi Razali menerusi laman sosial foto Instagram hanyalah sekadar suka-suka dan dia memang suka mengabadikan gambar kenangan besama pasangan pelakon yang pernah berkerjasama dengannya.

“Qi bujang dan begitu juga saya yang solo. Semasa penggambaran filem Bencinta arahan Farid Kamil di Langkawi, saya mengambil peluang memasukkan gambar-gambar kami menerusi Instagram. Memang saya suka ambil gambar dengan pasangan pelakon saya, kononnya nak tunjuk yang saya ni punya bakat mengambil gambar. Itu saja,” katanya ketika diminta mengulas .

Nora juga menegaskan dia dan bekas teman lelaki Yuna itu tidak bercinta sebaliknya mereka memang rapat tetapi hanya ketika penggambaran filem berkenaan sahaja.

Nora turut meluahkan sepanjang berada di lokasi penggambaran dia sentiasa teringatkan pada Rayqal. Apatahlagi itulah kali pertama dua beranak itu berjauhan dalam tempoh agak lama.

"Salah satu cabaran sepanjang penggambaran ialah saya berjauhan dengan Rayqal. Ni pertama kali saya berpisah dengannya dalam tempoh agak lama. Tapi seminggu sebelum tamat penggambaran, ibu saya bawa dia datang ke Langkawi. Terubatlah rindu kami," ujarnya sambil tersenyum.


Sumber:
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/240322-nora-danish-tak-kisah-bercuti-sekali-dengan-fasha-sandha-nor4danish.html


Isnin, 28 Januari 2013

Irwansyah kantoi! Ditangkap dalam pesta dadah

Irwansyah
JAKARTA: Artis popular Indone­sia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi semalam.

Mereka ditangkap sepasukan ang­gota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah men­dapat maklumat orang ramai.

Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang semalam.

Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.

Raffi yang juga bekas kekasih pen­yanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada Pilihan Raya Umum Parlimen 2014 nanti.

Media tempatan memetik Tim­balan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah. — Bernama