Boros Di Aralom

Selasa, 5 November 2013

8 Lelaki transgender handsome yang dulunya dilahirkan sebagai wanita

Lelaki-lelaki ini semuanya berkarisma, berkerjaya, dan mengecapi apa yang mereka impikan. Jika anda melihat secara kasar, memang sah, tubuh badan dan penampilan mereka tak lari seperti lelaki sejati yang lain. Namun, sebenarnya mereka  pada asalnya adalah dilahirkan sebagai 'perempuan'.

Balian Buschbaum
Balian Buschbaum dilahirkan pada tahun 1980 sebagai Yvonne Buschbaum. Pada tahun 2008, dia secara sah telah menukar nama dan menjalani pembedahan penukaran jantina untuk menjadi lelaki. (link)

Ian Harvie
Ian Harvie merupakan seorang pelawak Amerika yang sering menggunakan 'pakej' transeksualnya untuk menghidupkan wataknya dalam lakonan. Dia juga sangat popular di kalangan komuniti LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender). (link)

Ryan Sallans
Dilahirkan sebagai Kimberly Ann Sallans, kini beliau merupakan salah seorang dari golongan LGBT yang kuat mempertahankan hak LGBT. Aktif dalam menyebarkan fahaman serta kesedaran orang ramai terhadap golongan LGBT dan pernah muncul dalam rancangan Larry King Live dan kerap muncul dalam majalah-majalah popular. (link)

Lucas Silveira
Dilahirkan di Kanada pada 1979 sebagai Lilia Silveira, Lucas merupakan golongan LGBT yang pertama mencipta nama dalam kumpulan rock. Lucas Silveira merupakan vokalis, gitaris, dan penulis lagu dalam kumpulan The Clicks. Difahamkan bahawa dia tidak mengambil hormon lelaki kerana tidak mahu mengubah suaranya. 

Katastrophe
Rocco Kayiatos juga dikenali sebagai Katastrophe merupakan hi-hop rapper Amerika dan juga seorang produser. (link)

Buck Angel
Pembikin filem ini merupakan ikon dalam komuniti LGBT. Pernah memenangi Adult Video News Award "Transsexual Performer of the Year" pada tahun 2007. Dia kini bekerja sebagai advocate, pendidik, pensyarah, dan penulis serta mempunyai syarikat produksi sendiri. (link)

Loren Cameron
Loren Rex Cameron merupakan seorang photographer, penulis, dan aktivis traseksual. Dia suka mengambil fotonya sendiri dan telah mendokumentasikan transisi psikologikal dirinya sendiri daripada seorang perempuan yang menjadi lelaki. (link)

Thomas Beatie
Dia mendapat perhatian dunia setelah menjadi 'lelaki' pertama yang mengandung. Dilahirkan sebagai wanita, Beatie menjalani kehidupannya sebagai lelaki sehingga pertengahan dua puluan. Kemudian dia mula mengambil hormon lelaki tetapi mengambil keputusan untuk mengekalkan organ seks wanitanya supaya dapat melahirkan anak.

>> Belajar lah menabung untuk masa depan. Dengan Affinbank anda juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Terjah sini!

sumber: Oddee

Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Isnin, 4 November 2013

3 Tips untuk mengekalkan hubungan cinta yang baru terjalin

Tak kira lah anda kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seseorang atau tidak, tips-tips berikut mungkin bermanfaat juga kepada anda.

1. Cinta sebenar tidak lah seperti 'fairytales'
Jangan salah sangka dengan hubungan cinta yang sebenar. Mungkin anda banyak baca novel atau selalu tengok cerita romantik. Cinta di dunia realiti memang jauh bezanya.

2. Perasaan cemburu tidak bagus untuk hubungan cinta anda
Merasa cemburu adalah perkara normal. Lebih-lebih lagi bila melihat kekasih kita itu sedang berbual mesra dengan bekas kekasihnya atau dengan sesiapa saja yang boleh membuatkan kita tergugat. Tapi harus diingat bahawa persaaan cemburu yang terlampau tidak akan membantu sesuatu hubungan kerna ia biasanya dipenuhi dengan self talk negatif. Kalau anda rasa cemburu, bincanglah secara matang dengan pasangan anda.

3. Belajar dari pengalaman lalu
Barang yang lepas, jangan dikenang. Tapi kadangkala kita perlu juga membuat refleksi diri mengenai hubungan cinta lalu yang kurang berjaya itu. Ianya akan membantu kita untuk memperbaiki kelemahan diri yang boleh mengundang kepada masalah dalam hubungan cinta baru kita itu.

>> Nak romantikan hubungan cinta anda? berilah si dia KIT KAT


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...