Boros Di Aralom: Edisi Gempar
Memaparkan catatan dengan label Edisi Gempar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Gempar. Papar semua catatan

Rabu, 8 Februari 2017

Selva Kumar si perogol bersiri kini bebas di Malaysia..polis pun tidak boleh menyentuhnya!

Dia merupakan seorang perogol bersiri yang dipercayai telah melakukan jenayah seksual terhadap lebih 1000 mangsa. Akibatnya, dia telah ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun. Namun kini, dalam usia 57 tahun, Selva Kumar kembali bebas semula. Dan yang lebih merisaukan, dia telah diusir keluar dari Kanada dan kembali semula ke negara kelahirannya....Malaysia.
Selva Kumar kembali ke Malaysia

Siapa kah sebenarnya Selva Kumar Subbiah?
Dia merupakan seorang perogol bersiri dan telah didakwa pada tahun 1992 atas kesalahan merogol antara 500 hingga 1000 mangsa wanita di Kanada. Selva Kumar dipercayai tiba di Kanada pada tahun 1980 dan pernah menuntut di Universiti McMaster dan Universiti Ryesen dalam jurusan agama. Namun selama dia berada di Kanada, Selva tidak mendapat tara penduduk tetap dan hanya menggunakan visa pelajar dan pelawat. Dia merupakan penganut agama Yahudi (namun tidak mengamalkan ajaran agama tersebut).

Siapa mangsanya?
Mangsanya termasuklah wanita bawah umur semuda 14 tahun. Selain merogol, Selva turut memukul dan memeras ugut para mangsanya sehingga mangsa menjadi malu, trauma dan tertekan. Selva dikatakan cukup terperinci dalam mencari mangsa. Mulanya, dia akan menyamar sebagai agen iklan atau agen haiwan peliharaan sebelum mengajak mangsa untuk minum bersamanya. Selva kemudiannya akan memasukkan dadah ke dalam air minuman mangsa. Mangsa akan menjadi pening dan kemudiannya tidak sedarkan diri. Maka dalam keadaan inilah Selva Kumar akan mengambil kesempatan untuk membogelkan mangsa dan merogol serta mengambil gambar mangsa.
Selva Kumar dipenjara 24 tahun atas kesalah rogol di Kanada

Seorang yang bebas selepas hukumannya tamat
Selepas tamat menjalani tempoh hukumannya, kerajaan Kanada telah bertindak mengusir dan mengantar Selva Kumar pulang ke negara asalnya, Malaysia. Pada tanggal 7 February 2017, Selva selamat tiba di KLIA namun menggunakan laluan keluar di bahagian belakang lapangan demi untuk mengelak daripada bertembung dengan orang ramai dan para wartawan.

Menurut pihak polis, Selva Kumar merupakan rakyat bebas di negara ini dan memiliki taraf yang sama dengan rakyat jelata yang lain. Pihak polis sendiri pun tidak boleh menyentuh atau menangkapnya melainkan jika dia melakukan jenayah.

Disebabkan oleh statusnya sebagai rakyat bebas ini telah menyebabkan hampir seluruh rakyat Malaysia menjadi risau dan merasa kurang selamat terutamanya di kalangan wanita. Walaupun Selva dikatakan akan melaporkan diri kepada pihak polis secara sukarela, namun ianya belum cukup untuk memuaskan hati rakyat Malaysia yang rata-ratanya menolak kepulangan perogol bersiri ini.

Berikutan kepulangan Selva Kumar ke Malaysia ini, Sabah dan Sarawak dilaporkan telah mengambil langkah awal dengan menyekat kemasukan perogol bersiri itu ke negeri masing-masing.

Khamis, 20 Oktober 2016

BAYI UNTUK DIJUAL ! Bayi perempuan comel ini dijual pada harga RM25k

“Untuk Dijual..Bayi perempuan berusia 40 hari bernama Maria “. Itulah caption yang digunakan oleh seorang lelaki yang juga merupakan ayah kepada bayi tersebut di eBay, sebuah laman jual beli yang memang tidak asing lagi di seluruh dunia. Lelaki tersebut bersama pasangannya merupakan pelarian yang baru sahaja tiba di Jerman, didapati telah memuatnaik tawaran tersebut di eBay dengan menawarkan harga sebanyak £4,500 atau sekitar RM25,000 seperti yang dilaporkan oleh The Sun.
 
Bayi bernama Maria dijual di ebay


Posting tersebut telah mengejutkan ramai pengguna laman tersebut sehingga menjadi viral dengan pantas. Oleh kerana ianya menggugat sensitivity orang ramai, posting tersebut telah menerima banyak kritikan netizen. Posting tersebut hanya berkekalan selama 30 minit sahaja sebelum dipadamkan serta merta oleh pihak eBay ekoran daripada laporan bertalu-talu yang diterima dari para pengguna. Ebay turut menyenarai hitam pengguna yang meletakkan listing tersebut. Beberapa gambar bayi Maria sambil mengenakan pakaian-pakaian yang berbeza turut disertakan. Sambil itu, pihak ebay juga sedang menilai sama ada posting tersebut benar-benar asli atau hanya sekadar ‘hoax’ untuk menarik perhatian netizen.
Maria dijual di ebay oleh bapanya sendiri
Selepas menerima laporan, pihak polis tidak mengambil masa yang lama untuk menahan suspek kerana lelaki itu sendiri bersama pasangannya telah menyerah diri sambil membawa telefon bimbit miliknya yang dipercayai digunakan untuk memposting iklan jual bayi tersebut di ebay. Lelaki itu mendakwa bahawa tujuannya hanyalah untuk bergurau. Namun, pihak polis meragui keterangan yang diberikan oleh suspek dan kini masih meneruskan siasatan lanjutan terhadap keluarganya.
Maria
Kini, bayi perempuan benama Maria ini berada di bawah jagaan pihak berwajib dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Ibu bapa Maria pula sedang dinilai akan kesesuaian mereka untuk menjaga bayi tersebut. Maria mungkin saja boleh kembali semula ke pangkuan ibu bapanya tetapi sekiranya mereka didapati gagal memenuhi beberapa syarat, Maria bakal diserahkan kepada keluarga angkat atau ditempatkan di pusat jagaan.

Penjualan bayi disifatkan sebagai salah satu cabang dalam jenayah pemedagangan manusia dan ianya harus dibanteras.



Ahad, 10 April 2016

Identiti Wanita Bercoli Hijau Mengamuk di Stesyen Komuter jadi tanda tanya

Semalam memang agak viral juga video wanita bercoli hijau mengamuk di sebuah stesen komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad). Kalau korang menonton video tersebut, memang pelbagai reaksi dan tanda tanya akan timbul. 
wanita bercoli hijau mengamuk di ktm
Video berdurasi 2.37 minit itu yang disiarkan di YouTube, menunjukkan wanita itu sedang membawa beg sandang dan membaling botol air dan juga kerusi plastik kepada lelaki itu, yang dikatakan kakitangan KTMB.

Selain dilihat melakukan provokasi terhadap lelaki itu, dia juga dilihat menendang lelaki berkenaan. Namun lelaki itu dilihat agak tenang ketika berhadapan dengan situasi tersebut.

Punca dan identitas wanita tersebut masih lagi menjadi tanda tanya kepada ramai pengguna laman sosial. Siapakah dia dan mengapa dia mengamuk? Ada juga yang cakap bahwa wanita tersebut adalah pondan yang tetiba naik angin sebab tak dibenarkan naik komuter tersebut..dan ada juga yang cakap wanita itu ada penyakit mental..entahlah..macam-macam andaian kita boleh buat. Tapi daripada terus menerus mengeluarkan kenyataan tak berasas, lebih baik kita berdiam diri dan muhasabah diri saja. Nanti kalau tersilap cakap..jadi fitnah pula. Tak pasal-pasal nanti kena saman sebab sebar berita palsu..

Khamis, 17 September 2015

Kos pemprosesan kad pengenalan bakal naik 400%?

Bila gua buka wassap tadi..hampir semua group kongsi info yang hampir sama pasal nak buat IC akan naik harga mula bulan depan..macam biasa lah, post kopi pasta..kononnya cp dari group sebelah..tak tau betul ker tak

"Sory iklan kejap
Friendly reminder: siapa2 yg belum tukar IC yg ada 2 gambar, tukar sblum 1/10. Bayaran proses nak naik RM50 dari RM10.
Ada tampal kat jpn"

Kalau betul la info ini, maka boleh disimpulkan bahawa kos membuat kad pengenalan bakal dinaikkan 400%..fuyoo!! GST pun 6% jer beb..memang cekik darah betul...ini lah hadiah kepada geng baju merah hari tu..ekekek

Tapi kan...ada juga rakan wassap tu balas balik post si kawan tadi..menafikan kebenaran info tersebut..siap dengan keratan akbar sekali..gua harap penafian ini bukan hangat-hangat tahi ayam..ye la, gomen memang selalu nafi sana sini...tapi last last, benda tu berlaku juga.

Alahaii..oh my Malaysia!

Rabu, 18 Februari 2015

(Gambar) Terkejut jumpa pisau cukur dalam kuih tinapung

Kes ini berlaku kat Beufort Sabah baru-baru ini. Memang agak viral juga jadi perbualan di whatsapp sampai akhbar popular mstar pun turut membuat liputan mengenainya.

Pisau cukur dalam kuih tinapung. Jenama Gillete lagi tau. Kalau orang Dusun Sabah, mereka panggil kuih ini sebagai kuih 'tinapung'. Tapi kalau orang Melayu Brunei, mereka panggil kuih 'kelupis'. Nampak sama tapi ada beza. Kuih ini memang antara kuih favorite orang Sabah lah.

Harap-harap lah berita terbaru mengenai pisau cukur dalam kuih tinapung ini tidak memberi kesan terhadap selera anda terhadap tinapung yer. Jangan pulak lepas ni, kuih tinapung diberi label baru 'kuih tinapung gillete'.
Pisau cukur dalam Kuih kolupis atau kuih tinapung
KOTA KINABALU: Seorang pemilik kedai kopi terkejut apabila menemui beberapa keping pisau cukur tertanam dalam kuih kelupis yang dijualnya.  Beliau percaya ada individu yang cuba mensabotaj perniagannya dengan meletakkan kepingan pisau cukur berkenaan dalam kuih tradisional tersebut.  
Kuih kelupis merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras pulut. Ia merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei di Sabah dan Sarawak. Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Awang, 35, berkata dia baharu sahaja membuka perniagannya di bandar Beaufort apabila tiba-tiba seorang pelanggannya menunjukkan kepingan pisau cukur yang terdapat dalam kuih berkenaan pada pukul 9 pagi, 14 Februari lalu.  
"Saya sangat terkejut dan membawa kuih kelupis tersebut ke balai polis dan membuat laporan pada pukul 4 petang hari yang sama," katanya.  
Kuih kelupis yang dijual oleh Awang sangat digemari masyarakat tempatan dan popular di daerah tersebut. 
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, Supritendan Mustaffa Maarof mengesahkan pihaknya telah menerima laporan daripada pemilik gerai tersebut. Beliau berkata pihak polis kini sedang menyiasat isu berkenaan.  
"Kami sentiasa memantau perkara ini kerana nyawa orang awam di daerah ini mungkin terancam sekiranya insiden yang sama berulang kembali," katanya. - mstar

Isnin, 16 Februari 2015

Gempar! Nora Danish Muncul Dalam Video Pengganas Mahu Letup Mahkamah

Sebuah kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan dengan menyerang mahkamah pada 11.30 malam, Rabu ini.

Namun apa yang lebih menarik perhatian kami ialah kemunculan foto Nora Danish sepanjang seminit durasi video tersebut. Apa kaitan Nora Danish dengan pengganas?

Kumpulan yang menggunakan ID – Isis Malaysia 69 membuat ancaman melalui video dimuat naik melalui YouTube, semalam.

Dengan berlatarkan bendera Malaysia, empat individu lelaki tampil memakai baju hitam dan menutup muka dengan topeng hitam.

Namun yang menjadi persoalan sekarang kenapa muka Nora Danish yang dipaparkan? Apa kaitan Nora Danish dengan sistem demokrasi negara? Siapa Nora Danish sebenarnya?

Mungkin si pengganas ini hanya membaca tulisan di sebalik foto Nora Danish tersebut. Tapi kenapa Nora Danish?

Nora Danish Buat Laporan Polis

Terbaru, Nora Danish bakal membuat laporan polis ekoran gambarnya yang digunakan sepanjang klip video pengganas tersebut.

(Via OhBulan)

Khamis, 12 Februari 2015

Punca sebenar kejadian wanita bogel merayau di KL

Bukan sebab Anwar kena penjara...tapi memang perempuan tu mengalami masalah mental...atau gila kerana tekanan.

Itulah punca sebenar kenapa wanita yang dipercayai berasal dari Indon itu menelanjangkan diri.

Rabu, 11 Februari 2015

Video wanita bogel merayau di KL viral...betulkah ia disebabkan Anwar dipenjara?

Gempar bila video seorang wanita bogel kelihatan merayau-rayau di sekitar KL menjadi viral di laman sosial.

Yang menjadi persoalannya, ada pula yang mengatakan bahawa wanita itu sengaja berbogel selepas Anwar didapati bersalah. Ini kerana menurut pengguna laman sosial dengan nama Randau Sarawak itu, wanita tersebut tidak berpuas hati dengan keputusan Anwar!

"Tak puas hati keputusan Anwar! Dia kata Anuwar takkan kena penjara, jika kena penjara juga dia nak telanjang jalan kaki di KL..."


Apapun, ini hanyalah cerita yang kita lihat melalui media sosial. Kita tak tau sama ada ia benar atau sebaliknya. Mungkin saja pengguna facebook itu sengaja mereka cerita. Mungkin juga wanita telanjang itu mempunyai masalah..kita tak tau..so, biar pihak berwajib saja yang menguruskan benda ini.

Peace yoo!! Cantik juga wanita tu yer..



Jumaat, 6 Februari 2015

Bukan kitab tapi komik Kristian dalam bantuan banjir

Biar betik Sinar Harian ni...kitab Kristian mana ada rupa macam tu. Tajuk artikel kenalah tepat. Bukan kah lebih elok tulis saja 'buku Kristian' ker atau 'komik Kristian' kat tajuk tu..alahai..

Anyway, penyebaran ajaran agama lain terhadap orang Islam di negara ini adalah salah di sisi undang-undang. Sekian

Sabtu, 31 Januari 2015

Restoran Oldtown White Coffee hidang babi? Betul ker bohong?

AUTA

SEJAK beberapa hari lalu, tersebar di laman sosial satu resit makanan yang dipesan di sebuah kopitiam Oldtown White Coffe.

Pada resit tersebut, tertera tulisan 'taufu pork ball' dalam sajian mee kari yang dikatakan hanya disedari oleh seorang pelanggan selepas membayar hidangan tersebut.
Mesej yang tersebar itu turut mendakwa hidangan tersebut disahkan mengandungi babi oleh pelayan di kopitiam tersebut.

Dalam mesej itu turut mempersoalkan mengenai status halal Oldtown White Coffee walaupun telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

FAKTA

OLDTOWN White Coffee dalam kenyataan di laman Facebook menafikan menghidangkan sajian babi di semua cawangan mereka.

Menurut kenyataan itu, terdapat kesilapan ejaan pada resit yang tersebar di laman sosial.

“Salah faham ini berpunca daripada kesilapan ejaan kakitangan di cawangan kami yang memasukkan pesanan secara manual ke dalam sistem.

“Apa yang kakitangan kami maksudkan ialah tau fu pok (taufu goreng), bahan berasaskan soya yang terdapat dalam mee kari. Tiada dalam menu kami hidangan yang dikenali sebagai taufu pork (babi),” kata kenyataan itu.

Oldtown White Coffee turut memaklumkan mereka sedang berusaha menghubungi pelanggan yang memiliki resit itu bagi mengenal pasti cawangan terlibat seterusnya mengelakkan peristiwa sama berulang.

Dalam pada itu, Oldtown White Coffee juga memberi jaminan akan terus bekerja rapat dengan Jakim dalam memastikan semua peralatan, bahan-bahan, pembekal dan prosedur pembersihan terus memenuhi keperluan halal oleh jabatan itu. - Sinarharian

Selasa, 27 Januari 2015

Giliran Facebook dan Instagram pula kena hack Lizard Squad

Semalam laman web MAS kena hack..hari ini giliran Facebook dan Instagram pula..siapa yang buat kerja ni? memang tak lain dan tak bukan, dalang di sebalik hacking ini dilakukan oleh penjenayah siber terkenal, Lizard Squad, seperti yang dilaporkan Daily Star.
Sebelum ini, kumpulan yang sama dikatakan telah menggodam laman web popular seperti MAS, Sony, dan XBOX. 
Antara tweet yang dikongsi oleh hacker, Lizard Squad di Twitter 
Mereka turut memberi gambaran bahawa mereka akan terus menggodam banyak laman web lain dalam tempoh terdekat.

Rasa macam dah tak selamat pula nak online ni..kang nanti data kena kompromise, jadi 'kambing hitam' pula, tetiba nama kitaorang masuk senarai data penjenayah interpool tanpa disedari..OMG!!



Isnin, 26 Januari 2015

Penggodam dakwa MAS berbohong

PETALING JAYA: Penggodam yang menggelarkan diri sebagai Lizard Squad telah membocorkan jadual penerbangan dan maklumat tempahan penumpang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Ia termasuk penerbangan seorang menteri walaupun syarikat itu menafikan sistem mereka diceroboh.

Dalam posting twitter, Lizard Squad memuatnaikkan imej ‘screen capture’ yang kelihatan seperti sistem emel MAS.

Antaranya, tempahan perjalanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu.

Bagaimanapun, MAS tidak beroperasi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka untuk operasi.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan MAS menyatakan bahawa sistem laman web itu digodam dan dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 22 jam.

Bahkan, pihak MAS sendiri telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak CyberSecurity Malaysia dan Kementerian Pengangkutan.

Bagaimanapun, dakwaan MAS bahawa maklumat serta data tempahan pengguna masih selamat disangkal oleh penggodam terbabit dengan menyifatkan pihak MAS berbohong mengenai perkara itu.

“Kami ingin menyatakan bahawa MAS telah berbohong bahawa maklumat pengguna tidak didedahkan,” tulis di twitter penggodam tersebut.

Sinar Harian juga melaporkan kumpulan tersebut memberi gambaran seolah-olah mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Cubaan untuk mengakses laman web MAS pagi tadi membawa pengguna ke halaman berlatar belakang hitam dengan tulisan merah berbunyi ‘404 – Plane Not Found’ (pesawat tidak ditemui).

Kebiasaannya, laman web yang tidak dapat diakses akibat tiada liputan internet akan mengeluarkan nota berbunyi ‘404 – Page not found’ (halaman tidak ditemui). - FMT

Heboh seketika bila laman web MAS digodam IS

Macam tak der kerja lain...but dah namanya hackers, memang hacking jer lah kerja mereka..sekali lagi Cyber Caliphate menggodam laman web popular..kali ini laman web Malaysia Airlines (MAS) pula yang jadi mangsa. Berikut merupakan laporan yang dipetik dari Sinar Harian:
SHAH ALAM - Laman web syarikat penerbangan negara, Malaysian Airlines (MAS) pagi tadi digodam kumpulan menggelarkan diri mereka Cyber Caliphate (Khalifah Siber) yang memberi gambaran seolah-olah mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).
Cubaan untuk mengakses laman web MAS pagi tadi membawa pengguna ke halaman berlatar belakang hitam dengan tulisan merah berbunyi ‘404 – Plane Not Found’ (pesawat tidak ditemui).
Kebiasaannya, laman web yang tidak dapat diakses akibat tiada liputan internet akan mengeluarkan nota berbunyi ‘404 - Page not found’ (halaman tidak ditemui).
Tulisan pada bahagian ‘tab’ laman web MAS itu pula tertulis ‘ISIS will prevail’ atau IS akan kekal.
Bagaimanapun, laman web itu kembali pulih lebih kurang setengah jam lalu.
Jurucakap MAS yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan laman webnya digodam.
Siapa sebenarnya Cyber Caliphate ni ek?
 

Jumaat, 23 Januari 2015

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah mangkat

Raja Arab Saudi iaitu Raja Abdullah bin Abdulaziz, 91 tahun, mangkat pada Khamis. 

Menurut laporan Reuters, Raja Abdullah telah dimasukkan ke hospital Riyadh pada Disember lalu untuk melakukan ujian kesihatan ekoran daripada prestasi kesihatannya yang kian menurun. Dia kemudiannya disahkan menghidap penyakit pneumonia pada Januari.
Raja Abdullah
Raja Abdullah lahir pada tahun 1923 dan merupakan salah seorang daripada 37 anak lelaki pengasas Arab Saudi, Raja  Abdulaziz  Al Saud. Ibunya merupakan isteri kelapan daripada 16 orang isteri Raja Abdulaziz.

Takhta pemerintahan Arab Saudi kini diganti oleh adik separuh bapanya, Putera Salman bin Abdulaziz, 79 tahun. 
Putera Salman adalah pewaris takhta Arab Saudi


Habislah Najib! Anak Sirul kata dia boleh jatuhkan PM dan Malaysia

Dah hampir 10 tahun tapi misteri pembunuhan Altantuya ni masih lagi belum mencapai titik noktah.

Yang pasti, pembununhnya yang juga ahli UTK polis sudah dijatuhkan hukuman mati. Yang menjadi persoalannya dari dulu ialah siapakah yang mengarahkan dua polis ini untuk membunuh si Altantuya? Apa sebabnya? Ish..ish..ish

Dan apa kaitan Najib dengan kes ini? Mampuih la..anak Sirul Azhar yang kononnya terstuck kat Australia sebab tak der duit nak balik, kini sudah bersuara.

Katanya seperti yang dilaporkan FMT, "jika saya bercakap dengan media, Malaysia akan jatuh, PM juga akan jatuh"...statement ni pasti buat Najib tercengang!!

Tu pasal banyak sangat yang berminat nak tau pasal kes si Sirul ni yang sudah pun ditangkap di Australia. Harap-harap lah dia akan memberi kerjasama dan akan memberi pengakuan siapa dalang di sebalik semua ni.

Isnin, 12 Januari 2015

#QZ8501 : Misteri penemuan lubang besar di dasar laut berdekatan dengan lokasi ekor pesawat

VIVAnews - Tim penyelam SAR gabungan tragedi AirAsia QZ8501 menemukan lubang misterius yang diduga tercipta akibat benturan moncong pesawat.

Kepala Badan SAR Nasional, Marsekal Madya TNI F Henry Bambang Sulistyo mengatakan, lubang yang ditemukan berukuran cukup besar di dasar laut yang berjarak sekitar 1,9 mil dari lokasi ditemukannya ekor AirAsia.

"Penyelam menemukan lubang di dasar laut dalam kondisi telah tertutup tanah baru bercampur lumpur," kata Soelistyo, Minggu malam, 11 Januari 2015.

Lubang besar itu diduga tercipta karena benturan beras dengan bagian depan pesawat AirAsia QZ 8501. "Tertutup bukan oleh karang, jadi itu diduga memang lubang baru," ujarnya.

Lubang ditemukan secara tak sengaja oleh penyelam TNI AL saat tengah mencari lokasi pinger black box (kotak hitam) dan lokasi sayap serta bAirAsiayan yang sebelumnya terdeteksi alat sonar dari Kapal Baruna Jaya. (art)

sumber: vivanews indonesia

Jumaat, 14 November 2014

Dua rakyat Malaysia sertai Ratu Cantik Pondan Antarabangsa 2014...pergh!! memang cantik bonar..

KUALA LUMPUR: Dua orang ‘ratu pondan’ daripada Malaysia menyertai pertandingan Ratu Cantik Pondan Antarabangsa 2014 (Miss International Queen 2014) yang diadakan di Pattaya, Thailand.

Dua orang peserta itu adalah Cicie Sinclair dan Hendra yang mewakili Malaysia dalam pertandingan kecantikan terbesar di dunia. Pertandingan ratu cantik itu secara jelas telah mempromosikan hak-hak transeksual dan wanita.

Acara ini sudah menjadi acara tahunan dan dikenali sebagai Miss International Queen. Pertandingan ini disertai ‘ratu-ratu’ cantik dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Bagi tahun ini, selain Malaysia, 19 negara lain turut menghantar wakil mereka bagi merebut kejuaraan. Antara negara yang turut menyertai pertandingan ratu cantik pondan itu adalah dari negara Filipina, Brazil, Venezuela, Mongolia, Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat.

Dalam pertandingan itu, peserta dari Venezuela, Isabella Santiago berjaya untuk bergelar juara dan meraih hadiah wang tunai sebanyak RM41,800. Malah, pemenang pada tahun ini juga berhak untuk memilih menjalani pembedahan kosmetik secara percuma.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan telah mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan ke­rana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan. Beliau berkata, keinginan untuk ber­pakaian seperti wanita dan diiktiraf se­bagai seorang wanita dikenal pasti sebagai sebahagian masalah dari segi perubatan dan tiada rawatan farmakologi atau terapi psikologi yang telah dibuktikan secara saintifik bagi mengatasi masalah seperti itu.

Hishamudin berkata, penghidap GID akan terus hidup dalam keadaan tidak pasti, sengsara dan rasa malu sekiranya Seksyen 66 masih dikuatkuasakan dan menurutnya, ketetapan itu telah mewujudkan keadaan tidak selamat dan terdedah kepada penghinaan dalam kehidupan lelaki Islam yang menghidap GID.

“Undang-undang sedia ada menghukum golongan transeksual yang mempamerkan gender mereka, mencemarkan maruah dan nilai individu yang menghidap GID dalam masyarakat kita. Seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak mereka untuk hidup secara bermaruah seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sekiranya nilai mereka sebagai anggota masyarakat diketepikan,” katanya. - FMT

Ini dia wajah dua 'ratu cantik' Malaysia tersebut...pergh!! memang lah cantik....tapi...lu pikir la sendiri

 (Kredit foto: www.missinternationalqueen.com via FMT)

Selasa, 4 November 2014

Pelajar tingkatan 4 sesat di Hutan Lipur Sekayu ditemui mati

Pelajar tingkatan 4 yang hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang di Kuala Terengganu sejak Sabtu lepas ditemui mati oleh sukarelawan mencari dan menyelamat.

Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu ditemui oleh anggota penyelamat sekitar 3.30 petang di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan.

Timbalan Ketua Polis Hulu Terengganu, ASP Rosli Amir ketika ditemui hanya memberi kenyataan ringkas berkenaan penemuan mangsa yang hilang sejak tiga hari lepas.

"Mangsa selamat dibawa turun kira-kira 6.40 petang tadi dan ditemui oleh pasukan penyelamat di celah batu. Dia dihantar ke Rumah Mayat Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat," katanya.

Dalam keadaan hujan lebat, operasi membawa turun mangsa memakan masa hampir tiga jam berikutan cuaca yang buruk dan laluan yang licin.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi khemah operasi mencari dan menyelamat apabila anggota keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak dan ada antara mereka pengsan sejurus mendapat berita sedih itu.

Ahmad Rafikin dilaporkan hilang se tidak menamatkan perlumbaan maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis kira-kira pukul 6 petang Sabtu.

Azman sebelum itu memaklumkan kepada pihak penganjur  beliau tidak menemui Ahmad Rafikin yang sepatutnya diambilnya kira-kira 3 petang selepas acara itu.

Operasi mencari dan menyelamat yang membabitkan anggota pasukan bomba dan penyelamat, polis, Rela, tentera serta penduduk kampung turut disertai anggota keluarga mangsa. – Bernama

Ahad, 2 November 2014

Pukul Anak Guna Kabel Brek Basikal

KOTA BHARU - Seorang bapa hilang  pertimbangan apabila sanggup memukul anaknya yang berusia 12 tahun menggunakan kabel brek basikal, mencekik leher dan menendang kaki serta tangan sehingga cedera selepas mendapati anaknya itu mencuri telefon bimbit sepupunya dalam kejadian di Pasir Hor, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa luka dan lebam di belakang badan, kaki serta tangan sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan
Zainab II (HRPZ II), di sini, oleh neneknya untuk dirawat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian bapa mangsa yang berusia 38 tahun membawa anak ke rumah sepupunya untuk menyerahkan kembali telefon bimbit dicuri.

Katanya, sebaik mangsa menyerahkan telefon bimbit itu, bapanya mengambil kabel brek basikal di bawah rumah dan memukul mangsa.

"Mangsa dibawa pulang ke rumahnya sebelum sekali lagi dipukul dengan kabel berkenaan, dicekik leher dan ditendang kaki serta tangan. - Harian Metro

MH17: Nenek Tiri Najib & Hishammuddin Dikenal Pasti Mangsa Terakhir Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Mayat Puan Sri Siti Amirah Kusuma, 83, mangsa terakhir rakyat Malaysia dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah dikenalpasti. 

Siti Amirah merupakan nenek tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

Perkara tersebut dimaklumkan Hishammuddin hari ini setelah mayat tersebut disahkan pasukan forensik di Belanda semalam. 
 
"Syukur Alhamdulillah mayat kesemua penumpang (rakyat Malaysia) yang menjadi mangsa tragedi MH17 telah dikenal pasti. 
 
"Ini salah satu tanggungjawab serta janji yang telah ditunaikan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada keluarga mangsa serta rakyat Malaysia dalam hal ini," katanya pada sidang media di sini selepas menyempurnakan penutupan Konvensyen Umno Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 
 

"Saya diberitahu bahawa keluarga Allahyarham ingin mengebumikan jenazah di Amsterdam memandangkan anaknya menetap di sana. Maka tiada lagi istiadat penghormatan akan dilakukan di negara ini," kata Hishamuddin. 

Dengan perkembangan terbaru itu, kesemua 43 jenazah rakyat Malaysia kini telah dikenalpasti. 

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Sehingga kini, sebanyak 278 jenazah daripada 298 mangsa telah dikenal pasti oleh pasukan forensik di Pusat Perubatan Tentera di Hilversum, Belanda.

Hishammuddin berkata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan melakukan tindakan susulan bagi menentukan kesemua mangsa tragedi mendapat pengadilan. - mstar