Boros Di Aralom: Edisi Biar Betul
Memaparkan catatan dengan label Edisi Biar Betul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Biar Betul. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2016

Bumi akan kiamat pada tahun 2023 dan 10 lagi ramalan Pastor Salazar

Bukan sekali tapi sudah berkali-kali kita disajikan dengan berita berunsur ramalan-ramalan yang entah betul entah salah. Mereka kononnya mengaku sebagai nabi yang memiliki keupayaan mistik lagi misteri seperti kemampuan untuk meramal masa depan. Mereka-mereka ini seringkali dibandingkan dengan ahli nujum ternama sepanjang zaman, Nostradamus, malah ada yang lebih dasyat lagi ramalannya.

Terbaru ini, ada seorang pastor yang mengaku dirinya boleh meramal apa yang bakal berlaku dalam masa terdekat. Lelaki bernama Pastor Ricardo Salazar ini malah mengakui dirinya sudah meramal bila hari kiamat akan terjadi. 

Jom kita renungkan 11 peristiwa yang bakal berlaku mengikut ramalan Pastor Salazar ini.

1. Dalam masa terdekat ini, negara-negara Eropah bakal menutup sepenuhnya sempadan negara masing-masing bagi mengelakkan kemasukan para pelarian. 

2. China akan menyerang Jepun pada musim luruh 2016 ini.

3. April 2016. Terdapat satu bintang akan bergemerlapan dengan terang dan akan menjadi semakin terang saban hari. Ketika ini, Rusia akan mengesahkan bahawa satu asteroid akan melanggar bumi.

4. Pada 15 hingga 17 Mei 2016 ini, satu asteroid sebesar 5.6batu akan melanggar bumi. Impaknya menyebabkan gempa di seluruh dunia dan akan berlaku tsunami yang bakal mengorbankan lebih 1.2billion penduduk bumi.

5. Selepas itu, letusan gunung berapi akan menyusul yang mana bakal mengakibatkan kegelapan berpanjangan ekoran daripada asap tebal yang keluar dari gunung berapi. 

6. Pada 16 Jun 2016, Perang Dunia Ketiga bermula apabila Rusia dan China menyerang Amerika yang ketika itu semakin lemah.

7. Pakatan Rusia/China akan menang dalam WWIII ini pada 25 Oktober 2016.

8. Matawang China iaitu Yen bakal menjadi matawang rasmi dunia.

9. Rusia bakal menyerang Israel pada awal tahun 2019.

10. Seorang anti-kristus bakal turun ke bumi dan akan memerintah bumi pada tahun 2020.

11. Tahun 2023. Nabi Isa (Jesus Christ) akan datang ke bumi untuk kali yang kedua untuk penyelamatan.

Wah..memang agak detail juga ramalan oleh Pastor Salazar ini. Boleh bikin meremang bulu roma bagi orang-orang yang mudah percaya. 
Pastor Salazar (sumber)
Namun sejauh manakah Pastor Salazar mampu meramal masa depan dengan betul? Sebenarnya, dia turut meramal beberapa peristiwa yang hampir sama bakal berlaku pada tahun 2015 lalu. Dia ada meramalkan bahawa satu gempa bumi berskala 10.2 akan melanda Jepun dan Amerika Syarikat pada 22 Julai. Kemudian satu meteor akan terjatuh ke bumi dan mengakibatkan kebakaran satu pertiga daripada hutan di bumi. Salazar turut meramalkan bahawa satu asteroid bakal meletup di atas bumi pada 8 Oktober....kini sudah masuk April tahun 2016 namun tiada satupun dari ramalan-ramalan itu yang berlaku setakat ini.

Maka dengan itu..jangan mudah percaya dengan segala macam ramalan-ramalan yang tidak berasas. Sedangkan ramalan cuaca pun selalu tidak tepat, inikan pula ramalan bumi dah nak kiamat. Percayalah, tiada seorang pun yang tahu bila kiamat akan berlaku namun perlu diingatkan juga bahawa kiamat itu pasti.

Jumaat, 13 November 2015

Indonesia rancang guna buaya hidup untuk mengawal penjara

Indonesia merupakan salah satu negara yang mempunyai undang-undang paling ketat dalam memerangi penyalah-gunaan dadah. Sehingga kini, Indonesia memang tidak teragak-agak untuk memberi hukuman tembak sampai mati terhadap pesalah-pesalah yang terlibat dengan pengedaran dadah.
Sekadar gambar hiasan
Namun di sebalik undang-undang ketat ini, Indonesia juga mempunyai masalah penjaga penjara yang dikatakan mudah diberi rasuah sehingga ramai banduan boleh bolos dari penjara dengan mudah. Jadi, untuk mengelakkan masalah ini terus berlaku, pihak penguasa penjara Indonesia kini merancang untuk menggunakan buaya hidup untuk mengawal penjara.

Menurut ketua agensi anti-dadah Indonesia, Budi Waseso, menjadikan buaya sebagai pengawal penjara mampu mengelakkan banduan daripada terlepas dengan mudah. Ini kerana buaya tidak akan menerima rasuah. - Metro

P/S: Selain buaya, apa kata letak sekali harimau sumatera..tentu para banduan fikir seribu kali nak bolos penjara. 

Sabtu, 7 November 2015

Terlalu ketagih main game sampai tak keluar rumah hampir setahun

Lelaki ini ketagih bermain game sampai tak keluar rumah hampir setahun. Lelaki yang hannya dikenali sebagai Troy ini mengakui bahawa dia mula ketagih bermain game sejak kecil.
This gamer hasn't left his house for an entire YEAR because he prefers virtual reality
Ketagihan main game ini diburukkan lagi dengan agoraphobia yang dialaminya sehingga menyukarkan dia untuk keluar rumah dan bersua dengan orang ramai.

Agoraphobia merupakan salah satu keadaan dia mana seseorang itu mengalami perasaan takut dan rasa tidak selamat ketika berada di kawasan terbuka atau di kawasan awam yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah dan taman rekreasi. Ia bermula dengan perasaan gusar di tempat awam dan diikuti perasaan panik.

Sebelum ini, Troy pernah bekerja di beberapa tempat namun dia berhenti kerana terlalu tertekan. Kini, dia hanya duduk di rumahnya sambil menghabiskan masa bermain game seperti NES, Super Nintendo, Mega Drive, dan sebagainya.

Menurutnya, ketagihan ini bermula sejak dia kanak-kanak lagi untuk mengisi kekesongan jiwa setelah ditinggalkan ibunya.

Jumaat, 17 Julai 2015

Gorilla ini beri isyarat jari tengah terhadap jurugambar..adoyai!!

Nah korang...siapalah yang ajar gorilla ini beri isyarat jari tengah yer..mesti suka tengok wrestling..siapa erk yang suka buat isyarat ni? Stone Cold ker kalau tak silap saya..hohohoo

 (sumber)
P/S: By the way...kalau guna bahasa kasar..inilah yang dinamakan sebagai isyarat 'F*ck You'..

Selasa, 11 November 2014

Ujian air kencing sahkan lelaki ini hamil? Biar betol

KAHERAH - MESIR. Seorang lelaki yang merupakan pemandu bas didapati hamil dua bulan setelah melalui ujian saringan air kencing yang dilakukan dalam satu pemeriksaan baru-baru ini.

Kenyataan tersebut disahkan oleh pegawai perubatan yang melakukan ujian air kencing bagi mengesan pengambilan dadah oleh pemandu bas di sebuah syarikat di negara tersebut.

Menurut pegawai tersebut, lelaki itu pada awalnya bertegas memaklumkan bahawa contoh urin tersebut adalah miliknya sebelum pegawai tersebut mengucapkan tahniah ke atas kehamilannya.

“Tahniah, anda hamil!” kata pegawai tersebut seperti yang dipetik melalui portal berita BBC.

Setelah didesak berkali-kali, akhirnya pemandu bas itu mengakui mengambil sampel air kencing isterinya selain tidak sedar bahawa isterinya hamil dua bulan.

Lelaki tersebut juga mengakui bahawa pertukaran contoh air kencing adalah perkara lazim dilakukan pemandu bas negara itu bagi mengelakkan dikesan berikutan pengambilan dadah.

Baru-baru ini, stesen berita tempatannya, AlJazeera melaporkan peningkatan penggunaan dadah jenis tramadol, sejenis pil penahan sakit yang dikatakan boleh menambah tenaga.

Menurut laporan lagi, dadah jenis itu senang didapati dan dijual dengan harga yang berpatutan, membuatkan pengambilan dadah di kalangan penduduk di negara tersebut meningkat secara berterusan.

Menurut pakar psikologi, Dr Emad Hamdi, kebanyakan individu yang mengambil pil tramadol secara rutin tidak sedar bahawa mereka menjadi ketagih dengan dadah jenis itu.

“Ada sesetengah individu mengambil dadah tersebut untuk menambah tenaga bagi yang bekerja, namun akhirnya mereka akan jadi ketagih.

“Jika pengguna mengambil ubat tersebut selama beberapa hari secara berterusan, pengguna akan terus menggunakan ubat tersebut tanpa henti,” jelasnya.

Sementara itu, dalam laporan yang sama, Lembaga Pengangkutan Awam Mesir menyatakan pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas pemandu bas tersebut.

Menurut jurucakapnya, pihaknya akan mengambil ujian darah bagi mengesan pengambilan dadah ke atas pemandu bas pada masa akan datang.

Katanya lagi, ia bagi mengelakkan pihak berkuasa diperdaya dengan kaedah yang sama digunakan oleh pemandu bas terbabit. - Sinarharian

Rabu, 6 Ogos 2014

Si Gadis Kebaya ambil risiko demi demi #SupportGaza dan #MH17...kena bantai kat Facebook pulak..

BARU-baru ini, beberapa keping gambar seorang wanita berbaju kebaya dan lengkap bertudung yang dimuat naik ke laman Facebook telah menarik perhatian pengguna laman sosial.
Fatin Ilani
Wanita berkenaan, yang hanya dikenali sebagai Fatin Ilani membawa mesej Save Gaza, Justice For MH17 dan Pray For MH17 rela gambarnya diambil di sudut-sudut berbahaya di sebuah bangunan tinggi yang tidak diketahui lokasinya di Kuala Lumpur.

Bukan wanita biasa

Jurugambar yang mengambil gambar-gambar tersebut, Keow Wee Loong memberitahu bahawa beliau terkejut Fatin Ilani bersetuju untuk memanjat bangunan tersebut dengannya.

Untuk rekod, Wee Loong merupakan jurugambar 'Spiderman' yang didenda RM1,000  beberapa minggu lalu kerana memanjat bangunan setinggi 33 tingkat hanya untuk mengibar Jalur Gemilang.

Wee Loong merupakan jurugambar rasmi kepada ahli politik, Nurul Izzah Anwar. Menurutnya, beliau bertemu dengan Fatin Ilani sekitar tahun 2013 di sebuah acara Nurul Izzah.

"Untuk Wee Loong"

Menurut Fatin Ilani, beliau bersetuju untuk memanjat bangunan berkenaan kerana jurugambar berkenaan, dan tidak mungkin melakukannya jika ianya disebabkan orang lain.

"Saya masih tak percaya saya berjaya sampai ke puncak,"

Dengan berbaju kebaya, Fatin Ilani mengambil masa 45 minit untuk memanjat bangunan tersebut.

Untuk kesedaran

Menurut Fatin Ilani, tindakan beliau memanjat bangunan tinggi berkenaan adalah respon kepada tindakan kebanyakan anak-anak muda yang hanya mengambil 'selfie' ketika himpunan solidariti 'Save The Children Of Gaza' yang diadakan pada Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu.

"Mereka hanya mengambil 'selfie' bersama selebriti dan kemudian balik ke rumah," dipetik dari komen beliau di laman sosial Facebook. - Sinarharian


Respon Kurang Senang di Facebook

Walaupun tindakannya itu dilihat sebagai sesuatu yang unik dan berani namun banyak juga yang kurang senang dengan apa yang telah dilakukannya. Di Facebook, ramai yang meberi komen terhadap artikel ini dengan mengatakan bahawa tindakan si gadis kebaya itu adalah sesuatu yang membahayakan nyawa dan sia-sia. Malah ada yang pula kata tindakan Fatin Ilani itu hanya untuk menunjuk-nunjuk demi mendapatkan perhatian..





Anyway, walaupun tindakan Fatin ni sesuatu yang membahayakan..namun dia sudah melakukan something different in order to get attention untuk cause yang dia bawa iaitu #SupportGaza dan #MH17. Bukan setakat heboh kat Malaysia jer tau..negara luar pun dah femes si Fatin ni..Hasilnya, pelbagai tanggapan telah diberikan..ada yang menyokong dan ada yang sebaliknya...betul kata orang.."A picture speaks a thousand words"

Tapi jangan pulak lepas ni ada yang cuba-cuba untuk panjat KLCC pulak untuk berselfie yer.

Ahad, 13 Julai 2014

Korea Utara masuk final Piala Dunia Brazil? Biar betul

What??? Korea Utara masuk final Piala Dunia Brazil? Biar betul....
Pemberita umumkan Korea Utara masuk final Piala Dunia
Terdapat satu video yang sedang berlegar di internet menunjukkan media Korea Utara mengumumkan kepada rakyat negara itu bahawa pasukan kebangsaan mereka layak ke final Piala Dunia dan bakal bertemu pasukan Portugal..


Seperti yang kita tahu, Korea Utara merupakan sebuah negara komunis yang dikontrol sepenuhnya oleh pemimpin muda Kim Jong-un. Segala apa yang keluar masuk kat media mereka akan ditapis dan hanya akan mengeluarkan berita 'positif' mengenai pemimpin mereka.

Dan kita juga maklum bahawa Korea Utara  gagal melayakkan diri ke temasya sukan bola sepak terbesar di Brazil kali ini. Menurut video tersebut, Korea Utara berjaya menewaskan Jepun 7-0, USA 4-0 dan China 2-0 di peringkat kumpulan sebelum menuju ke peringkat akhir menentang Portugal. Video itu turut menunjukkan sedutan perlawanan yang membabitkan pasukan Korea Utara menjaringkan gol serta peminat yang bersorak untuk mereka.

Tapi dalam realitinya, perlawanan final Piala Dunia akan berlangsung awal pagi esok di antara Argentina dan Jerman..

Sumber asal: Gossip Bola Sepak


Jumaat, 27 Jun 2014

Reaksi bila wanita melihat alat sulit mereka buat pertama kalinya

Okay..just for fun..inilah dia reaksi wanita bila melihat alat sulit mereka buat pertama kalinya..video ini dirakam oleh seorang youtuber yang juga merupakan seorang jurulatih kecergasan bernama Davey Wavey. 
Booth untuk para wanita ini mencermin alat sulit masing masing.



Sebelum video ini dirakam, dia telah membuat survey di Craiglist dengan bertanyakan berama ramai wanita yang belum pernah melihat alat sulit mereka. Soalannya itu mendapat respon yang agak mengejutkan...ramai wanita yang belum pernah melihat alat sulit mereka sendiri. 





Isnin, 16 Jun 2014

Lelaki ini pasti buatkan anda nak jadi 'mayat'

Kerjaya sebagai pekerja teknologi maklumat ternyata tidak cukup untuk membawa kepuasan kepada seorang lelaki sehinggalah dia menukar kerjaya menjadi ‘mayat'.

Chuck Lamb, 56, memperoleh sehingga AS$1,500 (RM4,828) sehari kerana melakonkan watak mayat dalam beberapa rancangan televisyen dan filem. Sebelum ini Lamb pernah muncul dalam siri televisyen seperti Jury dan filem Horrorween dan Kentucky Fried Horror. Lamb mendapat idea kerjaya unik itu selepas menonton satu episod siri Law & Order: Special Victims Unit bersama isterinya Tonya.

Lamb berkata, dia mengimpikan watak yang membolehkan dia muncul di televisyen seperti siri penyiasatan itu. “Ia semua bermula sebagai gurauan. Saya kemudian menyedari anda tidak perlukan sebarang bakat untuk menjadi mayat!” katanya. "Saya tidak akan dipanggil untuk menjadi watak utama kerana rupa saya yang sebegini. Jadi saya fikir, lebih baik saya gunakan sehabis baik apa yang Tuhan telah kurniakan kepada saya." 

"Apabila saya mula melakukan kerja ini, saya fikir, 'Saya benar-benar kelihatan seperti orang mati.' Saya pucat, saya botak, saya ada lebam di bawah mata dan saya sangat sesuai melakonkan watak zombi atau seorang lelaki yang mati," kata Chuck Lamb.

Sumber: Says

Daripada jadi 'mayat hidup'...elok jadi 'mayat' macam Chuck Lamb..jom tengok gambar-gambar dia jadi mayat.





Jumaat, 30 Mei 2014

Lelaki yang suka tengok porno akan jadi bodoh dan malas

Tengok porno memang sesuatu yang normal...tapi kalau terlampau banyak tengok filem, video atau gambar porno, maka ia akan membuatkan seseorang itu jadi bodoh terutamanya lelaki.
Tengok porno akan jadi malas dan bodoh (Pic by metro Uk)

Menurut kajian yang dilakukan oleh Max Planck Institute for Human Development, lelaki yang terlalu banyak melihat benda-benda berbentuk pornografi akan menyebabkan otak mereka mengecut dan seterusnya menyukarkan mereka untuk mengingat sesuatu.

Selain jadi bodoh, terlalu banyak melihat peralatan pornografi juga akan membuatkan seseorang itu malas.

Kesimpulannya, lelaki yang kurang bijak itu memang suka menonton filem lucah dan pornografi...walaupun bukan semua tapi majoritinya memang begitu..menurut kajian jer lah..

Sumber: Metro UK


Lagi Info Menarik:

Jumaat, 18 April 2014

Tasik ini dikeringkan hanya kerana dicemari kencing seorang remaja

Tasik takungan air di Mount Tabor, Portland, terpaksa dikeringkan selepas airnya dicemari oleh kencing seorang budak remaja.
Tasik takungan Portland, Oregon
Tasik takungan yang mengandungi isupadu sekitar 38 juta gelen air itu merupakan sumber bekalan air kepada lebih 600,000 penduduk. Namun disebabkan oleh pencemaran kencing dari seorang remaja, tasik itu diarahkan untuk dikosongkan semula. 

Pengisian semula tasik takungan itu dijangkakan akan menelan kos sehingga berpuluh juta dollar. Sebelum ini, tasik itu juga pernah dikeringkan kerana dicemari. Menurut pihak berkuasa, mereka terpaksa melakukannya kerana tidak mahu penduduk meminum air yang dicemari oleh kencing manusia. Tindakan remaja yang membuang air kecil ke dalam tasik itu turut dirakam oleh kamera CCTV.

Sumber: Telegraph
Edited by Edisi Blogger

P/s: Ini lah yang dinamakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Lagi Info Menarik:


Romeo dipenjara kerana 'terlalu bagus melakukan hubungan seks'

Seorang lelaki Itali bernama Romeo Artemio Lori, 42, telah dihukum penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah mengganggu ketenteraman awam. Romeo didakwa selepas sekurang-kurangnya 12 daripada jirannya mengadu tentang teman wanita Romeo yang sering 'meraung' dengan kuat semasa mereka melakukan hubungan intim dan ianya berlarutan sehingga sejam. 
Dipenjara kerana seks bagus? (sekadar gambar hiasan)
Menurut laporan yang dipetik di Metro UK lagi, Romeo mengatakan bahawa dia dihukum kerana dia 'terlalu bagus melakukan hubungan seks'. Romeo juga dikatakan akan membuat rayuan.

Sumber: Metro UK
Edited by Edisi Blogger


Selasa, 15 April 2014

Zon bogel diwujudkan di bandar ini supaya orang awam boleh telanjang suka hati

Sebanyak enam zon bogel di Munich, Jerman, telah diluluskan oleh pihak berkuasa untuk membolehkan orang ramai berbogel di tempat awam tanpa sebarang risiko ditangkap polis. Sesiapa yang mahu telanjang bulat di kawasan zon bogel tersebut tidak akan ditahan dan boleh merayau suka hati asalkan tidak keluar dari zon yang ditetapkan.
Munich adalah bandar ketiga terbesar di Jerman
Walaupun tempat-tempat sedemikian memerlukan privacy kepada sesiapa yang mahu berbogel, namun tiada tiang atau pagar yang dibina. Malah jarak kawasan tersebut hanya sejauh 10 minit perjalanan dari pusat bandar Munich.

Sumber: Mirror 
Edited by Edisi Blogger

Khamis, 20 Mac 2014

Inilah rupa anjing paling mahal di dunia

Anjing paling mahal pernah dicatatkan iaitu £1.16juta atau sekitar RM4juta. Anjing baka Tibetan ini nampak seakan-akan seekor anjing yang sudah dewasa tapi sebenarnya ia masih lagi kecil.
Pemilik bersama anjing Tibetan mastiff

Baka anjing seperti singa menjadi rebutan para hartawan
Kenapa anjing baka Tibetan ini begitu mahal? Menurut seorang pembaka anjing, ia disebabkan oleh anjing ini mempunyai campuran baka singa. So, tak hairanlah kenapa anjing Tibetan ini menyerupai singa dan bersaiz besar. Tambahan pula, di China, singa adalah lambang kekayaan.

Sumber: Metro UK

Pergh!! Orang kaya milionaire jer boleh beli anjing macam ni.

Lagi Info Menarik:

Selasa, 18 Mac 2014

(Video) Presiden Colombia ini terkencing dalam seluar sendiri ketika berucap

Presiden Colombia ini terkencing dalam seluar sendiri ketika berucap di hadapan para penyokongnya. Juan Manuel Santos dikatakan sedang memberi ucapan penting dalam pelancaran kempen pemilihan semula presiden negara itu.
Presiden Colombia terkencing dalam seluar?
Ketika sedang berucap, presiden itu tidak sedar yang seluarnya sedang dibasahi dan ianya semakin membesar. Namun dia tetap meneruskan ucapannya. 



Juan Manuel Santos terkenal sebagai seorang yang cintakan keamanan dan kini sedang berusaha untuk memperbaiki krisis politik yang selama ini menghantui negara itu dengan negara jiran, Venezuela. Santos dari parti Konservatif Liberal itu kini berusaha untuk memenangi semula pemilihan presiden yang bakal dilaksanakan pada 25 Mei ini menentang bekas Datuk Bandar Bogota, Clara Lopez Obregon.

Sumber: Mirror 

Lagi Info Menarik:

Jumaat, 7 Mac 2014

Biar Betul!! Komik Ultraman diharamkan di Malaysia..kenapa?

Selamat tinggal Ultraman..you are not welcomed in Malaysia anymore..Komik Ultraman diharamkan di Malaysia..why the because?
Ultraman kena haram di Malaysia?
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan penjualan buku berjudul 'Ultraman The Ultra Power' kerana 'memudaratkan ketenteraman awam'...~ that's the alasan by KDN.

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers. Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu. Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Kesian Ultraman..tak per, lepas ni buat lah mesyuarat tergempar dengan Spiderman, Batman, Power Ranger, dan Son Goku..jangan lupa ajak Boboboi skali yer.

Sumber: Says

Lagi Info Menarik:







Ahad, 16 Februari 2014

Ini dia bantal buatan sendiri untuk dijadikan teman bercium

Saya tak pasti sama ada ini adalah idea hebat atau idea mengarut yang hanya akan takutkan orang ketika tidur.

Namun benda ini memang benar-benar wujud. Pereka fesyen bernama Emily King dari Florida telah mereka satu bantal yang dinamakan 'The Make-Out Practice Pillow' khas untuk mereka yang mahukan teman bercium atau sekadar untuk belajar menjadi pencium yang baik a.k.a. 'good kisser'.

Bersempena dengan sambutan Valentine's Day yang menjadi sambutan tahunan terutamanya oleh masyarakat barat setiap 14 Februari, pereka fesyen ini tampil dengan rekaan terbarunya yang ditujukan khas kepada mereka yang tidak mempunyai kekasih.
Rekaan ini memang mudah. Sesiapa pun boleh buat sendiri. Ambil saja mulut yang dperbuat dari lateks yang biasanya digunakan sebagai alat latihan CPR ini. Kemudian jahitkan pada bantal.

Sumber: Metro UK

But, bercium ini bukan budaya orang kita. Sambut Valentine pun bukan budaya kita walaupun secara realitinya dah ramai orang kita yang meraikanya. So, tak perlu lah buat bantal 'The Make-Out Practice Pillow' ni ya..tapi kalau nak belajar CPR..boleh kot..






Jumaat, 14 Februari 2014

Apakah jantina anda di Facebook? Kini ada lebih 50 jenis gender pilihan termasuklah gay dan lesbian


Facebook buat satu perubahan baru lagi..kali ini mereka telah mengubahsuai gender pilihan para penggunanya. Dulu anda hanya boleh pilih gender 'lelaki' atau 'perempuan' tapi kini anda boleh pilih lebih 50 jenis gender termasuklah gay, lesbian, transgender, cisgender, dan sebagainya.
Sabagai tambahan kepada jantina asal lelaki dan perempuan, kini pengguna boleh pilih sehingga 10 jenis jantina tambahan untuk mengklasifikasikan diri mereka sendiri.

Selain itu, pengguna juga boleh memutuskan siapa yang boleh dan tidak boleh lihat jenis jantina pilihannya itu.. 
Mark Zuckberg keitka hadir di San Francisco Gay Pride Parade
Menurut Facebook, mereka melakukan perubahan ini sebagai tanda menyokong komuniti LGBT (Lesbian Gay Bisex Transgender). Kata publicist Facebook, Will Hodges lagi, “We see this as one more way we can make Facebook a place where people can express their authentic identity."

Sumber: Says

Saya baru tahu yang jantina ni ada banyak jenis rupanya selain LGBT ..hmmmm..macam mana lah reaksi anda kalau friend yang korang kenal rapat di Facebook tetiba menukar jantinanya?







Sabtu, 8 Februari 2014

Jahit lidah dengan plastik semata-mata untuk menjadi ratu cantik..wtf!

Kecantikan fizikal merupakan salah satu impian bagi kebanyakkan wanita..siapa yang tak nak jadi cantik..betul tak? Dan untuk kelihatan cantik,  ramai yang sanggup buat apa saja walaupun terpaksa membelanjakan ribuan malah sampai puluhan ribu ringgit semata-mata untuk membuat pembedahan.

Seorang ramaja bernama Maya Nava, 18, ini juga tidak terkecuali. Dia memasang impian tinggi untuk menjadi seorang juara ratu cantik Miss Venezuela. Dan untuk mencapai cita-citanya itu, dia sanggup membuat beberapa siri pembedahan plastik.
Lidah Maya telah dijahit dengan plastik 
Dia melakukan pembedahan hidung dan buah dada. Tapi ia belum mencukupi. Untuk mengelakkan diri dari menjadi gemuk, dia turut menjahit plastik kecil di permukaan lidahnya. Tujuannya untuk menjaga bentuk badan dan untuk mengelak diri dari terlalu banyak makan terutamanya makanan keras.

Sehingga kini, Maya telah menghabiskan sekitar $7000 (lebih kurang RM21000) untuk membuat pembedahan plastik.

Sumber: Mirror

Tentunya sangat menyakitkan...and it's not a natural beauty..

Lagi Info menarik:

Khamis, 30 Januari 2014

Gambar ini kelihatan seperti pantai biasa tapi apa yang anda lihat bukanlah pasir pantai..what!!

Gambar pantai ini nampak macam pantai-pantai biasa saja kan..tapi kalau anda melihat secara dekat, anda akan terkejut apa sebenarnya benda seumpama pasir pantai itu.

Pernah tak anda mendengar mengenai Laut Salton? Ia terletak di California, Amerika. Laut ini adalah laut paling masin di dunia sehingga banyak hidupan akuatik yang mati. Bilangan hidupan laut yang mati ini memang tidak terkira banyaknya sehingga pantai dipenuhi dengan tulang-tulang ikan. 




Tulang-tulang ikan ini akhirnya tersadai dan terkumpul di tebing pantai sehingga pasir pantai pun sudah tidak kelihatan lagi.



Jadi, kalau anda nak berjalan di tepi pantai laut Salton, sila pakai kasut agar tapak kaki anda tidak tercedera. Tulang-tulang ikan ini memang tajam.

Laut Salton ini bukan terbentuk secara semulajadi. Ianya terbentuk selepas terusan Sungai Colorado terbelah pada tahun 1905. Sebuah tasik kemudiannya terbentuk hasil dari limpahan air yang banyak. Disebabkan tasik ini kini tidak mempunyai saluran masuk atau keluar, ia terus menerus meresap garam dari pasir di sekitar sehingga terlalu masin. Tasik ini 30% lebih masin dari lautan Pasifik.

Sumber: memoliton.com

Lagi info menarik: