Boros Di Aralom

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada 1Malaysia


1 Syawal di pagi hari
Muslimin dan Muslimat dah nak beraya
Selepas sebulan berpuasa
Kini tiba Aidilfitri

Makan ketupat makan lemang
Itu juadah wajib dihidang
Makan biar satu satu
Jangan sampai tercekik lalu

Wahai kawan wahai saudara
Sudah lama tidak ketemu
Kalau ada rumah terbuka
Kita datang untuk bertemu

1Malaysia katanya menteri
1Malaysia katanya rakyat
Kita hidup aman berseri
Di Hari Raya kita berkongsi berkat


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia especially to all my Muslim friends and relatives. Ada rumah terbuka kami datang serbu.. :)

Jumaat, 26 Ogos 2011

Perlukah aku menjawab komen di blog?

Oh kenapa,
ada jari menaip
katanya...kena jawab komen
kalau..nak trafik naik
katanya..kena jawab komen
kalau...nak tambahkan folower
katanya..kena jawab komen
kalau...nak folower setia
katanya lagi...itu dan ini

Oh betulkah ini,
kalau tak jawab komen...folower lari
kalau tak jawab komen...pembaca kecik hati
kalau tak jawab komen...dikata kita sombong diri
kalau tak jawab komen lagi..dikata itu dan ini

Oh pernahkah,
Si penatap berfikir bak geliga
Ada komen yang tak perlukan jawapan
Ada komen sekadar renungan
Ada komen untuk memperbaiki diri
Ada komen mengundang amarah
Ada komen yang menjawab
Ada komen udang di sebalik batu

Oh sahabat,
Bila komen tak dijawab...seribu maknanya
Tersirat dan tersurat
Jangan marah jangan sedih lagi ambil hati
Biar komen diberi kerana niat untuk berkongsi
Untuk memperbaiki sesama sendiri
Untuk ramah sesama insani
Banyak ketika komen berbalas
Walau hanya bersua di dunia maya
Biar realiti menjadi tunjangnya

*p/s: maaflah, sekarang tak dpt balas komen sebab berada nun jauh di kampung bercuti panjang selepas praktikal. Ada line internet tapi sekadar GPRS..masak megi baru dapat buka satu page..huhu..buat entri ni pun sambil main gitar..lalala..anyway, love you all.