Boros Di Aralom: Tips Trafik
Memaparkan catatan dengan label Tips Trafik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Trafik. Papar semua catatan

Rabu, 19 Jun 2013

Buffered Earning Nuffnang berlambak tapi traffik blog sikit

Nah, satu lagi dilema yang dialami oleh kebanyakkan blogger khasnya di Malaysia. Dari dulu dah teringin sangat nak dapat Buffered Earning, bila dapat...gembira sakan sebentar..tapi bila check earning..adeiii..naik seposen je sehari sebab traffik tak banyak..sekitar 100UV je..huhu..kesian kan..macam blog gua ni la. 

Apa lagi kalau BE tu berlambak sampai 5 ke 6 bijik sekali. Whoa..siapa tak nak kan..kalau dapat BE ini memang senang hati kejap..pengunjung tidak klik iklan kita pun boleh buat duit jugak. Kira macam dibayar untuk setiap pengunjung blog gitu. Kalau iklan BE kena klik, lagi masyuk lah earning korang. Tapi jangan pula mintak orang lain tolong klik iklan. Nanti kena ban oleh si Nuffnang, padan muka. Nanti macam kisah si anjing dengan bayang-bayang.

Anyway, kalau gua la kan..berblog ini hanya lah sebagai hobi dan tempat untuk berkongsi serta meluah perasaan.  Pasal trafik..gua memang tidak kisah dah sekarang..dulu memang bergelora hati nak tingkat trafik sampai blogwalking berpuluh-puluh blog sehari..tapi tak salah juga kalau blogwalk banyak-banyak. Nanti boleh discover banyak blog lain yang mampu memberi inspirasi..jangan saja SPAM shoutbox tu..

Blog ini, gua dapat beberapa kerat BE ..tapi trafik tak lah setinggi mana. Agaknya, Nuffnang ini suka bagi BE kat blog yang bertrafik rendah dan sederhana je kan..patut lah ramai blogger bertrafik tinggi ini berhijrah ke platform lain..macam Innity tu...hehe..Innity lagi masyukkk tau..tapi kalau trafik tak smpai ribuan UV sehari..angan-angan mat jenin je la jadinya.. macam mana blogger wanita boleh menang RM10,000 dengan Kotex?

Apa pun keadaannya, gua pasti kebanyakkan blogger berblog kerana hobi dan minat dalam dunia penulisan. Kalau dulu masa kecil remaja, khasnya perempuan, memang suka buat diari..berblog pun macam tu la..cuma yang buat blogging ini lagi syok ialah bila kita boleh jana pendapatan pasif melaluinya..sikit-sikit lama lama jadi bukit...hehe..

Happy Blogging kepada teman-teman..

Isnin, 4 Mac 2013

Tips Utama Tingkatkan Trafik Blog

Tips tingkatkan trafik blog
Tidak dinafikan, banyak blogger yang mengimpikan supaya blog mempunyai trafik yang mencanak ribu-ribu setiap hari sehingga ada yang digelar sebagai 'gila trafik'. Memang tak salah fikir macam tu, siapa blogger yang tak nak blognya mempunyai trafik yang tiggi? lain lah kalau blog itu dah di'privatekan. Banyak cara sebenarnya untuk tingkatkan trafik ke blog tapi dalam entri kali ini, saya nak kongsi satu tips saja. Apa dia tips utama tingkatkan trafik blog?

Jawapannya ialah kualiti isi blog. Membina blog bertrafik tinggi bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan masa berbulan-bulan. Sama juga dengan menanam sayur atau buah-buahan. Pastinya tiada benih yang ditanam hari ini, esok akan membuahkan hasil. Dan jika benih yang ditanam itu adalah berkualiti tinggi serta dijaga dengan baik, ianya akan mengeluarkan hasil yang banyak dan bermutu tinggi. Demikian juga sama halnya dengan menulis blog. Jika isi blog yang ditulis itu berkualiti di mana ianya mampu memberi informasi padat dan mendalam kepada si pembaca, maka ianya juga akan menjadi pilihan ramai.

Bagaimana trafik dijana dari blog yang berkualiti ini? pertamanya ialah dari si pembaca sendiri. Apabila seorang pembaca merasakan bahawa artikel yang ada dalam blog itu sangat membantu menyelesaikan persoalan yang ada padanya, maka berkemungkinan besar pembaca ini akan mengongsikan atrikel tersebut ke dalam media sosial lain seperti twitter dan facebook. Artikel anda mungkin akan menjadi viral dan seterusnya menjangkau lebih banyak pengunjung ke blog.

Selain itu, isi blog yang berkualiti biasanya menjadi rujukan terutama kepada blogger lain yang menjadi pembaca blog anda. Blogger ini mungkin akan menulis sebuah entri yang berkaitan dengan salah satu entri dalam blog anda dan kemudian memasukkan link blog anda dalam artikelnya. Secara tidak langsung, anda sudah mempunyai backlink percuma. Backlink ini sangat penting untuk menaikkan ranking blog dalam enjin carian.

Kesimpulannya, membina trafik blog yang tinggi adalah satu usaha jangka panjang. Trafik datang secara tidak langsung jika si blogger itu menulis artikel yang berkualiti tinggi bukan sahaja kepada pembaca malah juga kepada enjin carian. Walaupun mungkin sekarang ini trafik blog masih lagi rendah, tumpukan saja kepada kualiti isi blog terlebih dahulu berbanding trafik, page rank dan backlink. Semua itu akan menyusul kemudian. Jangan saja buat entri yang berunsur fitnah. Tak baik sajikan pembaca dengan fitnah yang boleh merosakkan pemikiran terutama kepada mereka yang kurang bijak membuat pertimbangan munasabah.

Sekian untuk perkongsian. Jika anda mempunyai buah fikiran untuk dikongsikan, sila lah komen ya.

Rabu, 27 Februari 2013

5 Sebab Kenapa Blog Tidak Mendapat Trafik dari Enjin Carian

Mendapat trafik dari enjin carian
Seringkali kita merasakan bahawa kita sudah buat perkara yang betul untuk menarik trafik dari enjin carian seperti google dan yahoo. Tapi realitinya tidak seperti yang diharapkan. Jika blog tidak mendapat hits atau pelawat yang ramai dalam masa sebulan, mungkin hanya sekitar seratus dua ratus saja, memang ada sesuatu yang tak kena dengan blog kita. Berikut antara sebab Kenapa Blog Tidak Mendapat Trafik dari Enjin Carian:

1. Blog tidak diindeks
Jika blog anda diideks, ianya boleh memberi trafik. Jadi, bagaimana sesuatu blog itu diindeks?

Google dan juga enjin carian lain akan mengindeks blog anda secara automatik tetapi untuk mempercepatkannya, perkara berikut harus dilakukan:
1. Bina XML sitemap dengan menggunakan Google XML Sitemap Plugin.
2. Submit sitemap anda ke Google dengan menggunakan Google Webmaster Tools.

2. Entri blog bukan sesuatu yang dicari oleh pembaca
Langkah pertama untuk menulis entri blog ialah dengan mengenalpasti apa yang orang lain mahukan. Sama juga seperti memulakan sesuatu perniagaan dimana si peniaga akan mengkaji terlebih dahulu apakah barang yang mahu dibeli oleh orang lain. Sebab ini juga, blog tidak dapat dicari oleh enjin carian kerana pembaca tidak mencarinya.

3. Keyword tidak diletak pada tajuk utama
Tajuk utama merupakan perkara terpenting dalam sesebuah entri blog untuk mendapatkan trafik dari enjin carian. Cuba cari sesuatu di Google, keyword yang anda taip itu akan keluar dahulu di bahagian tajuk entri sesebuah blog/laman web.

4. Penulisan tidak menyeluruh
Haru diingat bahawa Google adalah sama seperti cikgu karangan di sekolah yang memberi markah kepada pelajarnya. Apabila penulisan itu padat dengan kata kunci dan tidak lari daripada tajuk, pastinya ia akan menjadi pilihan enjin carian seperti Google ini.

Jika anda hanya menulis entri yang mengandungi sekitar 100 perkataan sahaja, bagaimana mahu bersaing dengan entri blog yang mempunyai jumlah perkataan sekitar 2000 hingga 3000 patah yang menceritakan sesuatu tajuk (yang hampir sama dengan anda) secara lebih mendalam dan menyeluruh.

5. Gambar di blog tidak dioptimum
Bila anda mengoptimumkan gambar di dalam blog, terdapat dua cara anda akan mendapat trafik dari enjin carian seperti Google:
i. Anda akan dapat trafik dari Google Image search
ii. Ini satu cara lagi untuk memberitahu Google apakah keyword entri anda.

Terdapat dua cara bagaimana mengoptimumkan gambar dalam blog anda:
i. Save gambar anda sebagai [keyword-frasa.png], keyword - kata kunci entri, frasa - yang menerangkan keyword. Lakukan ini sebelum upload gambar anda.
ii. Tambah tag tajuk sebagai [keyword frasa]. Bila kita upload gambar di entri blog, tambahkan keyword frasa anda di bahagaian add caption.

Saya harap dengan perkongsian ini boleh membantu blogger lain untuk mengelak blog tidak mendapat trafik dari enjin carian. Jika anda mempunyai buah fikiran mengenai perkara ini, eloklah dikongsi bersama di bahagian komen ya. Sekian dan selamat berblogging.

Jumaat, 6 April 2012

10 Teknik SEO Blog Terkini

Teknik SEO blog terkini? Rasanya pada saya tidak jauh beza dengan teknik SEO sebelum-sebelum ini. Yang menjadi perbezaan, pengiraan atau algoritma daripada sesebuah enjin carian sahaja terutama Google.
Bagaimanapun, teknik SEO blog umpama sebuah puzzle yang harus diperbaiki dan diubah sedikit demi sedikit. Oleh yang demikian, teknik SEO ini juga terpaksa mengikut rentak enjin carian seperti Google yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki algoritma mereka agar keputusan carian (SERP) adalah lebih tepat.
Dalam artikel ini saya akan kongsikan 10 teknik SEO blog terkini yang boleh dianggap sebagai peringatan kepada pembaca terutama rakan-rakan blogger yang sering tercari-cari apa itu SEO sebenarnya.

10 Teknik SEO Blog Terkini

  1. Gunakan tajuk/title yang relevan dan bebeza serta bersesuaian dengan kata kunci/keyword yang digunakan dalam sesebuah laman atau artikel.
  2. Tulis artikel yang menarik dan utamakan kandungan penulisan yang asli. Hindari perbuatan plagiat (kecuali fakta). Tulis artikel yang benar-benar menarik dan mampu menarik minat pembaca untuk menghabiskannya. Jangan lupa masukkan kata kunci yang disasarkan.
  3. Gunakan anchor text untuk link ke artikel yang berkaitan (inbound link). Anda juga boleh menggunakan plugin SEO Smartlinks.
  4. Pastikan blog atau laman anda mudah dimasuki, laju dan pantas (fast loading). Ini kerana page load menjadi salah satu faktor penentu dalam SERP di Google.
  5. Kemaskini atau tambah artikel blog anda secara berkala, sehari sekali pun jadilah.
  6. Tema atau rekabentuk sesebuah blog juga memain peranan, pastikan ianya mesra pengunjung dan juga mesra SEO. Melalui pengalaman saya, Thesis dan Genesis merupakan salah sebuah tema yang benar-benar mesra SEO.
  7. Bina backlink yang berkualiti dan bukannya dengan kuantiti yang banyak sahaja.
  8. Gunakan media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk mempromosikan artikel atau blog anda sebaik-baiknya.
  9. Lebih menarik lagi jika anda tambahkan video di dalam artikel anda, agar ianya menarik minat pembaca untuk berkunjung dengan lebih lama.
  10. Terbaru dan terkini, pastikan blog anda bersedia dengan pelawat yang menggunakan tablet atau telefon pintar. Saya menggunakan plugin MobilePress, mudah dan ringkas untuk pelawat yang menggunakan tablet atau telefon pintar.
Apa macam? Menarik atau tidak 10 teknik SEO blog yang saya kongsikan di atas? Bagaimana pula dengan pendapat anda? Pasti anda juga mempunyai teknik SEO tersendiri, kongsikan dengan saya melaui komen di bawah. Teknik SEO Blog

Kasino på nett

Tutorial Dasar dan Cara Meningkatkan SEO Blogspot


cara optimalisasi Blogspot SEO

Tutorial lengkap, cara, & langkah-langkah dasar meningkatkan SEO Blogger/Blogspot.
Sebelumnya kita pahami dulu mengenai SEOSEO (Search Engine Optimization) adalah proses meningkatkan/mengoptimalkan jumlah pengunjung blog/website dengan cara meraih peringkat yang lebih tinggi di hasil indeks halaman search engine (SERP). Semakin tinggi SERP, semakin besar pula kemungkinan jumlah pengunjung. Akan sangat jarang pengunjung search engine yang melakukan browsing halaman demi halaman search engine. So, para webmaster berbondong-bondong melakukan persaingan dan berebut untuk ada di halaman utama search engine. Sedangkan istilah lain SEO (Search Engine Optimizer), adalah pelaku, alat, & elemen yang dapat membantu meningkatkan peringkat SERP blog/website.

Setiap blog/website memiliki elemen, template/theme, basic code, serta berbagai macam elemen lain yg berbeda-beda sehingga usaha melningkatkan SEO pun tidak sama persis. Misalnya, WordPress memiliki basic elemen PHP, HTML, JavaScript, dan CSS. Selain itu WordPress juga dilengkapi dengan banyak plugin SEO yang siap dipakai memaksimalkan hasil di search engine. Blogspot memiliki elemen dasar HTML, Javascript, & CSS, yg tentu saja ada kelemahannya. Meskipun kita dapat menggunakan plugin SEO berbasic Javascript, namun saya sendiri tidak melihat efek signifikan. Kelebihannya, di Blogspot kita dapat melakukan modifikasi/hack tanpa batas baik pada desain blog maupun dalam meningkatkan SEO-nya.

Cara-cara berikut merupakan cara yg masuk kategori organic SEO, yaitu optimalisasi search engine dengan cara-cara natural, yg saya lihat justru memiliki efek yg baik. Selain itu, saya juga kurang begitu mendukung cara-cara Blackhat SEO yang saat ini pun mulai disisihkan oleh Google.

1. Pilih template yang SEO friendly.
Suatu design layout blog bisa memiliki keunggulan dan kelemahan. Di satu sisi, sebuah tampilan template/theme tampak hebat, namun dari segi SEO bisa saja lemah, ataupun sebaliknya. Oleh karena itu, pilihlah template Blogger yang SEO friendly. Saat ini telah banyak tersedia template Blogger gratis berkualitas premium yang telah disisipi hack SEO. Jika sudah 'terlanjur sayang' dan ingin tetap menggunakan template yang lama, lakukan dari langkah kedua berikut.
Ada banyak jenis meta tag, yang paling lazim digunakan adalah meta description, yang berisi deskripsi blog/website dan meta key, yang berisi keyword-keyword yang berkaitan dengan isi blog/website. Selain itu ada pula meta author, yang berisi nama penulis atau nama institusi/perusahaan, namun jarang sekali dipakai. Dan masih banyak lagi meta-meta lainnya.
3. Maksimalkan keyword pada title/judul blog
Memadatkan judul dengan keyword yang ditargetkan dapat memperbesar kepadatan keyword (keyword density) suatu blog. Pada blogspot, edit judul melalui Dashboard > Design/Rancangan > Klik edit pada header, isi dengan judul yang diinginkan dan save.
Pada template Blogger yang belum di isi hack, biasanya nama blog berada di depan judul posting. Untuk mengeceknya, buka sebuah halaman posting dan lihatlah tab dan bar pada browser. Lihatlah apakah nama blog berada di depan dan di susul judul posting. Pada hasil indeks search engine, hal ini dapat mengurangi akurasi dan kepadatan keyword serta memotong judul posting di bagian belakang. Apalagi jika judul posting sangat panjang. Pengunjung jadi tidak mengerti poin keseluruhannya.
Ini bukan berarti membuat keyword sebanyak-banyaknya, tetapi mengatur letak/posisi keyword, menggunakan keyword dan frase yang tepat, dan tidak menggunakan terlalu banyak kata yang bertele-tele. Misalnya, hindari kata-kata seperti ini: "Dalam pada posting kali ini...", dan lain-lain.
Google juga memberlakukan penalti terhadap blog/website yang terlalu berat dan lama untuk di-load. Ini logis, karena waktu yang dibutuhkan oleh spider saat crawling dan mengumpulkan informasi menjadi lebih lama. Hal-hal yang menghambat loading blog/website biasanya adalah: terlalu banyaknya file javascript (biasanya pada widget) dan terlalu besarrnya file-file gambar. Pengunjung tentu juga akan kerepotan karena harus menunggu loading yang lama, apalagi bagi yang koneksi internetnya lemot.
Indeks yang cepat menunjukkan bahwa blog telah dikenal oleh search engine. Hal ini tentu saja mempercepat SEO suatu posting karena kita tidak perlu menunggu dalam waktu yang lama dan pengunjung pun bisa segera menemukannya di search engine. Meskipun ini bukan jaminan bahwa artikel posting berada dalam indeks halaman utama, akan tetapi ini adalah langkah awal dari proses SEO itu sendiri.
8. Nofollow-kan Label-label Blogger (opsional)
Di dalam artikel Memahami Karakteristik dan Cara Optimalkan Label Blogger, saya menjelaskan bahwa url label sebenarnya merupakan perintah search (contoh url-nya: http://buka-rahasia.blogspot.com/search/label/favicon), maka label bukanlah link permanent (permalink). Mengapa? Karena label hanya terbentuk sebagai hasil url perintah pencarian (contohnya seperti url pencarian seach engine). Oleh karena itu, search engine tidak memperhitungkan label sebagai link/url yang sah untuk diindeks. Itulah mengapa ketika anda masuk ke Google Webmaster Tools, ada informasi bahwa link-link label di-restricted oleh robot.txt. Langkah me-nofollow-kan label bersifat opsional, anda bisa mencobanya untuk mengetahui efeknya lebih jauh.
9. Link building yg efektif
Link building merupakan poin paling penting dalam SEO. Link building adalah proses menciptakan inbound link (link yang mengarah ke blog/website), yaitu mendapatkan backlink dari blog/website lain. Melakukan link building bisa dengan banyak cara, yaitu: membuat reciprocal link baik dengan direktori/social bookmark (yang mensyaratkan reciprocal link) ataupun bertukar link dengan blog/website lain, mendaftarkan blog dan artikel ke social bookmark/direktori, dan berkomentar di blog/website lain dengan meninggalkan link di form komentator, cara ini lazim dikenal sebagai blogwalking, meskipun kemudian agak disalahartikan dengan meninggalkan komentar berisi, "blogwalking!", atau, "mampir gan!", dan lain-lain. Berkomentarlah sesuai konten karena ini menunjukkan kualitas dan Google juga melirik itu loh. Jangan lupa, ada link dan anchor text di atas komentar tersebut, dan Google memperhatikannya ketika crawling.

Untuk melakukan link building secara efektif dengan tujuan mendapatkan backlink berkualitas &meningkatkan pagerank, berkomentarlah di blog-blog dofollow ber-pagerank tinggi, daftarkan blog serta artikel di situs direktori dan social bookmark dofollow, daftarkan pula blog di direktori blog berkualitas. Perbanyak backlink yg mengarah ke blog/website, namun lakukan secara natural, yaitu tidak secara serampangan, terlalu banyak backlink yg dibuat dalam satu hari juga dapat dianggap 'tidak wajar' oleh Google. Saya biasa membatasi 5-10 kali link building setiap harinya.

Link building dapat meningkatkan visibility atau kenampakan blog/website di mata search engine serta meningkatkan traffic yg berkualitas. Semakin banyak tarffic semakin tinggi nilai kepentingannya bagi search engine sehingga dia rutin melakukan crawling. Link building juga menambah kredibilitas dan popularitas suatu blog/website.

Itulah dasar-dasar optimalisasi SEO Blogger/Blogspot yg menjadi pengalaman saya. Masih ada banyak cara yg dapat ditempuh untuk meningkatkan SEO blog namun sekiranya beberapa langkah di atas dapat menjadi dasar untuk memperkuat SEO blog, sebelum melakukan langkah meningkatkan SEO selanjutnya. Fondasi yang kokoh merupakan tolok ukur dan cikal bakal bangunan yang kokoh bukan?

Fuh..banyak lagi rupanya yang perlu saya belajar dari segi keyword dan SEO ini..macam baru kenal kulit bawang je..huhu..
Kasino på nett

Khamis, 5 April 2012

Cara untuk mendapatkan sitelinks di Google


Sitelinks adalah link yang terdapat dibawah nama blog yang muncul di laman Google  hasil  dari carian .  Dulu kami panggil Google Authority Listing.  Minimum sitelinks adalah 3.   Biasanya saya mendapat 4 sitelinks tetapi semalam tanpa sebab saya lihat ada 8 sitelinks.
Nak faham lebih lanjut,  taip kujie kat google.com.my atau sesiapa saja yang anda inginkan.  Diri sendiri pun boleh.
Macam mana boleh dapat Sitelinks tersebut?
Dalam Webmaster Help Center, Google  tulis
“We only show sitelinks for results when we think they’ll be useful to the user. If the structure of your site doesn’t allow our algorithms to find good sitelinks, or we don’t think that the sitelinks for your site are relevant for the user’s query, we won’t show them.”
google sitelinks  Macam Mana Nak Dapat Google Sitelinks
Google Sitelinks akan diberi  secara automatik  dan  kalau rajin pergi baca kat Webmaster Sentral Blog.   Saya tak berapa pandai nak translate dan menerangkan sesuatu yang terlalu teknikal.
Secara umumnya sesuatu laman web menerima Sitelinks  bergantung pada senibina dalaman  laman web anda sendiri.  Susun atur yang kemas dan fokus anda kepada penggunjung.  Faham ayat Google, useful to the user .
Tips asas seperti daftar blog ke search engine, kandungan blog yang berkualiti ( bukan duplicate entri ) , trafik ( Search Engine & Organic  atau Unique visitor   ) , Alexa Ranking, Google PageRank dan susun atur kekemasan sesebuah blog sudah berkali² dibincangkan.
Hari ini saya nak berkongsi 4 tips ( sebenarnya banyak ) untuk mendapatkan pengiktirafan Google.
  1. Google Webmaster Tools Google Webmaster membantu anda untuk meningkatkan dan memahami blog, mengetahui sumber dan data mengenai pengunjung dan menyemak SEO yang berkaitan tentang blog sendiri.
  2. Buang Broken Links –  Buang Crawl Errors ( Error 404 – page not found ) yang terdapat di dalam  Google Webmaster . . Ikuti beberapa cara untuk menbersihkan Error 404 di sini – Cara clearkan Crawl Error. Saya guna Plugin Broken Link Checker
  3. Backlink –  Internal link dan external link.  Internal link adalah backlink dari blog kita sendiri kepada entri di dalam blog yang sama. Setiap kali menulis entri, buatlah intenal link  dengan anchor link yang sesuai kepada entri yang berkaitan untuk mendapatkan pageview kepada sesuatu keywords. External link adalah link daripada blog lain – berilah backlink pada ‘nilai’ yang sepatutnya.  Blog yang bagus mempunyai Internal Link lebih banyak dari External Link.
  4. Homepage Links – Daripada letak widget warna warni sehingga mengganggu pengunjung untuk membaca entri, lebih baik letakkan beberapa anchor link entri yang kita target. 5 daripada 8 link pada widget ” Ingin Tahu ” terdapat pada Google Sitelinks.  Saya tak guna plugin, tetapi link secara manual dan ubah setiap 2-3 bulan sekali.  Target yang berbeza untuk dapatkan Sitelinks berbeza.
Mengikut entri terbaru Ariff – Mana Perginya Sitelinks Itu?
Aku rasa betullah teori aku sebelum ni, kalau tukar theme, site structure atau reka bentuk blog berubah dan sitelinks yang telah diberikan oleh Google hilang serta merta.
Saya bertukar theme paling kerap .   Apa yang saya buat adalah pastikan theme tersebut mempunyai link navigation yang baik,  Homepage Links yang tidak berubah  dan letak  Google Webmaster verification code sebelum sesuatu theme di aktifkan.
Sumber penuh dari kujie2.com
Tips dari Kujie ini sememangnya banyak membantu. Jika anda inginkan tips trafik atau SEO yang selanjutnya, boleh pergi kat kujie2.com.

Kasino på nett

Jumaat, 6 Januari 2012

Creating Headlines Which Seize Attention

by Modesta Mercado of SE Nuke

A headline will compose the head of your content material. This indicates that the significance of them isn't in doubt. Whatever kind of content you provide, headlines are a major part of that. The first rule of composing something on-line is to ensure that it grabs attention. How do you grab that attention? By composing a headline that gets the job carried out. If you have ever wanted much more readers, subscribers, prospects, then a good headline solves your problem. It is the truth; content honestly does matter. If you would like people to read that content, nevertheless, you should pull them in. Maintain reading if you want to discover how you can use great headlines to complete just that.

The reason you're writing a headline within the first place is to get people to read your content. In a way, you want them to take action. This is precisely why you need to come up with a sense of urgency for the headline. You want to produce the sense that action truly requirements to be taken. No, it's not about pushing or forcing him to read your content material. It's about building a situation in which a reader doesn't think twice prior to taking action. Make him really feel like he does not want to miss any opportunities. This can be a tactic that will clearly help your headlines bring in better responses than anything else you want to try. But only in the event you can get it right. You need to try to make your headline as particular as you are able to possibly make it. Believe incredibly specific--where your message gets communicated as clearly cut as feasible. Now--the way you get this carried out is going to depend upon how well you take all of those other elements under consideration. The overall job of one's headline is to get your readers' attention as a lot as possible. The rest in the work gets done by your content material. Your headline is where you are able to be particular then. The primary content material is exactly where you jump into details. Be precise whenever you are composing your headlines.

Whatever else you do, remain focused on helping your readers. You do not want to create fascinating headlines that don't connect to your actual point. Stay on track together with your headlines. All of your efforts should boil down to how you're becoming useful together with your headline. You do not want there to become a disconnect or conflict between your headline and also the rest of the copy. Make your headline an enticing however relevant introduction to whatever message you're communicating. This may give your headlines the kind of impact you would like. Prospects will then wish to read on and discover what you're offering. The greatest fear Web Marketers have is that they will not get sufficient attention. Whenever you compose your headline you will curb that fear. You will get much more eyes on your content material. Your marketplace will do more than just glance at you. Never created a headline before? That's okay. All of us have a first time for everything. Put these suggestions to work immediately. Practice till you cannot practice any much more. Offer your self the room to be as creative as you can be. Function your way up your ladder by perfecting the art of writing fantastic headlines. Trust us, you will be glad you made the effort.


  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Khamis, 5 Januari 2012

Cara Mudah Dapatkan Backlink yang banyak dengan percuma

**Post asal oleh Shahamri.com**

         
        Hai dan salam semua. Bagaimana ingin mendapatkan backlink yang banyak bahkan boleh mencecah jutaan? Ha inilah sebabnya shah buat entri "Cara Mudah Dapatkan Backlink Yang Banyak" ni untuk korang semua. Cuba korang bayangkan tanpa korang sedar blog korang akan meletop dan dibanjiri pelawat yang tidak henti sekaligus ia dapat menaikkan pagerank google dengan mudah dan pantas.


          Serius shah cakap kat korang cara ni adalah cara yang teramat senang. Korang hanya perlu " COPY & PASTE " untuk mendapat trafik dan pagerank yang amat mengejutkan pada masa yang singkat dengan hanya menggunakan cara penyebaran link menggunakan sistem berangkai.


Apa yang korang kena lakukan sekarang ialah meletakkan link-link dibawah ini dekat entri blog korang. Copy dan Paste "salah satu" dibawah ni.


1.Copy table ini.



SERTAI BACKLINK PERCUMA SEKARANG!
1. Blog Sikarap 
2. Shahamri | Personal, Tutorial, Tips Blogging,  Isu Semasa
  3.Link Seterusnya
  4.Link Seterusnya
 5.Link Seterusnya
  6.Link Seterusnya
  7.Link Seterusnya
 8.Link Seterusnya
9.Link Seterusnya
 10.Link Seterusnya


ATAU

2.Copy Link Dibawah ini sahaja.

1. Blog Sikarap
2.  Blog Shahamri
4. 
 Link Seterusnya 
5. 
 Link Seterusnya 
6. 
 Link Seterusnya 
7. 
 Link Seterusnya 
8. 
 Link Seterusnya 
9. 
 Link Seterusnya 
10.
Link Seterusnya





Cara melakukannya ialah :

Buat satu entri dan paste salah satu diatas.
~ Sebelum korang meletakkan link korang di atas,
* korang harus menghapuskan peserta nombor 10 dari senarai.
* sehingga semua peserta diganjakkan.
* yang tadi peserta nombor 1 jadi nombor 2, nombor 2 jadi 3, dan seterusnya.
* kemudian masukkan link korang sendiri di bahagian paling atas (nombor 1).

Disebabkan ada yang tak faham. Jadi shah cuba buat satu gambar ni dan harap-harap korang faham lah ye....
Jika tiap peserta mampu mengajak 5 orang saja, maka jumlah backlink yang akan di diperoleh adalah seperti :
Ketika posisi korang nombor 1, jumlah backlink = 1
Posisi 2, jumlah backlink = 5
Posisi 3, jumlah backlink = 25
Posisi 4, jumlah backlink = 125
Posisi 5, jumlah backlink = 625
Posisi 6, jumlah backlink = 3,125
Posisi 7, jumlah backlink = 15,625
Posisi 8, jumlah backlink = 78,125
Posisi 9, jumlah backlink = 390,625
Posisi 10, jumlah backlink = 1,953,125

Dan semuanya menggunakan kata kunci yang kamu inginkan. Dari sisi SEO korang sudah mendapatkan 1,953,125 backlink dan efek sampingnya jika pengunjung web para peserta korang mengklik link itu, juga membuat blog korang mendapatkan traffik tambahan.

Mudahkan?, jadi sila "copy paste" artikel ini atau korang boleh buat entri sendiri, dan hilangkan peserta nombor 10 lalu tambahkan link blog/website korang di posisi nombor 1.

Ingat, korang harus mulai dari posisi nombor 1 agar hasilnya maksima, kerana jika korang tiba-tiba di posisi nombor 2, maka link korang akan hilang begitu cepat apabila sampai ke posisi nombor 10 nanti. Selamat Mencuba, Semoga bermanfaat.

" Blog Yang Tak Famous Jadikan Ia Famous, Blog Yang Dah Famous Jadikan Ia Lagi Famous Ye :P "


Sumber: http://www.shahamri.com/2011/12/cara-mudah-dapatkan-backlink-yang.html#ixzz1iZg9NZCx
klik untuk lebih maklumat lanjut dan banyak lagi! 

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Selasa, 20 Disember 2011

Teknik mudah menguatkan SEO dan meningkatkan trafik ke dalam blog

Manaikkan SEO (Search Engine Optimization) blog atau website adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan sekiranya inginkan pengunjung blog yang ramai. Semakin baik SEO, maka semakin tinggi ranking blog dalam enjin carian. Di sini terdapat beberapa teknik mudah menguatkan SEO dan meningkatkan trafik ke dalam blog atau website anda.

1. Langkah pertama yang paling mustahak ialah isi kandungan yang berkualiti. Ini adalah perkara paling asas. Seperti juga dalam entri Cara Tingkatkan Trafik ke blog dan website, perkara ini telah diterangkan. Sebagai tambahan, artikel yang berkualiti sekurang-kurangnya mempunyai bilangan perkataan sebanyak 300 hingga 500. Tapi jangan terlalu panjang kerana pembaca suka membaca artikel pendek yang ringkas tapi padat.

2. Ketumpatan kata kunci (keyword density) setiap artikel juga penting untuk meningkatkan SEO. Ini bermaksud berapa banyakkah kata kunci tersebut telah digunakan. Untuk hasil terbaik, ketumpatan hendaklah pada kadar 3% yang bermaksud 3 kali penggunaan kata kunci dalam artikel yang mempunyai jumlah 100 patah perkataan. Kata kunci penting untuk memberitahu enjin carian tentang apa yang anda tulis dalam artikel anda. 

3. Langkah ketiga untuk meningkatkan SEO ialah dengan membina banyak backlinks ke laman web atau blog anda. Ini dilakukan dengan meletakkan blog anda ke laman-laman web yang mempunyai trafik tinggi. Semakin banyak backlink, maka ranking blog anda akan semakin tinggi. Semakin tinggi rangking, maka semakin mudah ia muncul di page pertama dalam enjin carian.  Banyak cara untuk membina backlink seperti exchange link dengan blogger lain serta menghantar link blog ke laman direktori.

Demikianlah teknik mudah menguatkan SEO dan meningkatkan trafik ke dalam blog atau website anda. Selamat mencuba.

Isnin, 19 Disember 2011

Cara tingkatkan trafik blog dengan mudah

Prinsip asas untuk menarik pengunjung ke website anda ialah dengan menghasilkan content yang menarik. Berusahalah untuk menulis isi kandungan yang asli, menarik, bermaklumat serta menghiburkan. Apabila isi kandungan entri anda itu unik dan asli maka pengunjung akan stay lebih lama di website anda malah akan kembali mengunjunginya kelak. Berikut adalah beberapa cara mustahak yang perlu diambil perhatian sekiranya ingin meningkatkan trafik blog.

1. Isi penulisan yang baik. Semakin tinggi mutu artikel, video atau gambar yang anda sediakan, semakin banyak pengunjung yang mahu membaca serta meneroka blog anda. Fikirkan terlebih dahulu sama ada apa yang anda tulis itu adalah sesuatu yang perlu atau tidak untuk anda kongsikan. 

2. Sertailah laman jaringan sosial online seperti twitter, facebook dan google buzz. Sentiasalah postkan link artikel anda ke dalam laman sosial setiap hari. Tapi jangan sampai melakukan spam.

3. Tulis artikel berdasarkan keywords. Apabila pengunjung menaip perkataan ke dalam enjin carian, maka laman web yang mengandugi perkataan yang ditaip tersebut akan muncul terlebih dahulu. Apabila anda menulis artikel, pertimbangkan apakah kata kunci (keywords) yang mungkin akan ditaip oleh pengunjung di enjin carian.

Cara tingkatkan trafik blog dengan mudah

4. Pergi ke Google Adwords Keyword Tool. Masukkan sepatah dua kata yang menerangkan artikel anda dan kemudian tekan "search". Tool ini akan membantu memberikan cadangan kepada anda berdasarkan kepada kadar jumlah carian melalui keyword yang digunakan. Tool ini biasa digunakan mereka yang menggunakan Adwords untuk mengiklan laman web, produk atau perkhidmatan.

5. Seterusnya, pilih kombinasi kata kunci daripada senarai yang menerangkan tentang artikel anda. Disarankan agar anda memilih keyword yang mempunyai persaingan rendah atau sederhana daripada para pengiklan dan pada masa yang sama mempunyai jumlah carian tertinggi. 

6. Gunakan kombinasi kata kunci tersebut pada tajuk laman web atau tajuk utama artikel anda. Letakkan juga kombinasi keyword tersebut sebanyak dua atau tiga kali di dalam artikel. Letakkan di permulaan, pertengahan, dan pengakhiran artikel.

7. Link kan artikel anda ke artikel lain dalam blog anda yang berkaitan dengan keyword tersebut. Elakkan daripada menggunakan perkataan seperti "KLIK SINI" dan letakkan keyword artikel sebagai link yang boleh diklik.

Diharapkan agar tips Cara tingkatkan trafik blog dengan mudah ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua terutama kepada mereka yang masih baru buat blog atau website. 

Mungkin anda juga berminat untuk mengetahui bagaimana untuk meningkatkan trafik melalui facebook secara mendalam. Ebook Rahsia merampas trafik percuma dari FACEBOOK ini mempunyai butiran yang lebih jelas, mudah difahami dan terbukti berkesan.  

Sabtu, 3 Disember 2011

SEO Technique: Link-building

With many businesses engaging in advertising wars in order to win over the majority of the Internet’s viable market, it’s easy to deduce the intensity of the competition. After all, the Internet and its network of information grow exponentially by the minute, while the increase in the number of users more or less takes a little slower.

Some businesses employ paid advertising on major commercial portals in the Internet, in hopes that the traffic generated by these pages will eventually flow into their own company website. Others make use of the ingenious payper-click (PPC) system, which virtually requires no start-up cost on the part of the advertiser. He or she only pays for the amount of traffic that he or she generates through the public’s accessing his or her website through that particular link; no payment is made at the initial ad placement in various media.

These two means of advertising are aimed towards trying to be greatly accessible to a potential viable consumer market, because only then can profit be possibly made.  These two methods of advertising, however, gain greater ground because they have the capacity to push up a website’s ranking in the query results in search engines.

Query results in search engines, or the matches found by a search engine to the keywords entered by the user, are important because of the fact that these are the most effective tools through which users try to access information on the Internet. The volume of information existent on various topics is simply overwhelming, which is the reason why people make use of search engines to do for them the dirty work of going through Internet clutter and give them results ranked on the basis of relevance to what they are exactly looking for.

PPCs also increase the probability of finding the website ranked higher. Google Adwords, for instance, already creates an innate ranking system within their advertising system, so that even in prioritizing which advertisements are published in a particular page, the ones with greater relevance is made accessible to the public.

(Source: The Ultimate SEO Book by Daniel Cassidy)


*This is scheduled post...

Rabu, 30 November 2011

Teknik menulis SEO untuk meningkatkan trafik blog

Pengoptimuman enjin carian, atau SEO, adalah amalan mengkonfigurasi laman web anda supaya ia mudah dijumpai oleh enjin carian. Apabila enjin carian dioptimumkan oleh laman web anda, maka ianya lebih mudah untuk mencari dan kemudiannya lebih banyak pengunjung yang akan datang ke laman web. Beberapa faktor SEO adalah di luar kawalan, seperti beberapa laman web lain yang mengandungi pautan kepada anda. Buat kandungan yang berkualiti untuk menggalakkan orang lain untuk link ke laman web anda, dan menggunakan teknik-teknik menulis SEO untuk pengoptimuman yang lebih baik.

1
Gunakan frasa untuk mewakili topik anda untuk meniru permintaan carian yang berbeza. Sebagai contoh, jika laman web anda adalah mengenai makanan anjing dan salinan anda mengandungi apa-apa yang selain daripada istilah "makanan anjing premium," laman web anda akan terlepas oleh pencari  jenis ungkapan-ungkapan seperti "makanan anjing yang sangat baik" atau "makanan terbaik untuk anjing saya . "Sila rujuk kepada topik anda dengan kombinasi perkataan yang berbeza.

2
Menggabungkan soalan ke dalam teks anda. Seringkali pencari jenis pertanyaan mereka dalam bentuk soalan: "Apakah makanan terbaik untuk anjing saya?" Gunakan soalan sebagai tajuk pos atau barang, serta di dalam badan teks anda. Buka enjin carian, bayangkan anda adalah bakal pelanggan dan jenis pertanyaan carian anda. Menggabungkan frasa carian anda ke dalam teks laman web anda.

3
Tambah teks khusus untuk mengelakkan yang generik. Jika kata kunci anda "makanan anjing," laman web anda boleh berakhir sehingga dikebumikan pada halaman ke-10 hasil carian. Walau bagaimanapun, jika anda menyediakan lebih terperinci, seperti "makanan anjing organik daging mentah," anda mungkin dijumpai oleh pencari yang lebih.

(Sumber: ehow.com)

Jumaat, 26 Ogos 2011

Perlukah aku menjawab komen di blog?

Oh kenapa,
ada jari menaip
katanya...kena jawab komen
kalau..nak trafik naik
katanya..kena jawab komen
kalau...nak tambahkan folower
katanya..kena jawab komen
kalau...nak folower setia
katanya lagi...itu dan ini

Oh betulkah ini,
kalau tak jawab komen...folower lari
kalau tak jawab komen...pembaca kecik hati
kalau tak jawab komen...dikata kita sombong diri
kalau tak jawab komen lagi..dikata itu dan ini

Oh pernahkah,
Si penatap berfikir bak geliga
Ada komen yang tak perlukan jawapan
Ada komen sekadar renungan
Ada komen untuk memperbaiki diri
Ada komen mengundang amarah
Ada komen yang menjawab
Ada komen udang di sebalik batu

Oh sahabat,
Bila komen tak dijawab...seribu maknanya
Tersirat dan tersurat
Jangan marah jangan sedih lagi ambil hati
Biar komen diberi kerana niat untuk berkongsi
Untuk memperbaiki sesama sendiri
Untuk ramah sesama insani
Banyak ketika komen berbalas
Walau hanya bersua di dunia maya
Biar realiti menjadi tunjangnya

*p/s: maaflah, sekarang tak dpt balas komen sebab berada nun jauh di kampung bercuti panjang selepas praktikal. Ada line internet tapi sekadar GPRS..masak megi baru dapat buka satu page..huhu..buat entri ni pun sambil main gitar..lalala..anyway, love you all.

Selasa, 23 November 2010

Cara Mendapatkan Buffered Earning Terbaru?

Kenapa saya suka post pasal BE dari Nuffnang ini ya?? Ala..bukan aku sorang ja yang buat macam ni kan. Blogger lain pun slalu gak buat. Reason pertamanya adalah untuk menyokong penaja kita yang setia ini iaitu Nuffnang. Kedua, kalau kering idea, boleh guna ini sebagai posting untuk 'tarik trafik' kan kan kan. Kalau korang selidik, biasanya, orang yang post pasal 'Buffered Earning' atau 'Cash-out Nuffnang' akan dapat trafik yg tinggi. Huhu..bukan nak menunjuk pun. Lagi pula, bukannya banyak pun $$ yg terkumpul dalam BE tu..kalau sy, setakat satu dua ringgit pun dah syukur sangat sangat tau. Siapa juga yg nak beri duit free kat kita ni. Ok lah, berbalik pada rezeki BE terbaru ni pulak, kelmarin ada sy post pasal 'trafik rendah tapi dapat BE' kan kan kan, hari ni cek kat Nuffnang, dapat lagi 3 BE terbaru..rezeki..rezeki..rezeki..Thaks God..thanks to my visitors too..
Before

After

Lepas aku tengok ni, terfikir pulak dengan komen-komen berasas daripada pengomen-pengomen bernas dekat post terdahulu kat bawah ni. Kenapa ya trafik rendah tapi dapat BE jugak? Ini antara jawapan bernas mereka.


Apa pendapat korang pulak ya? Benar kah trafik rendah ini boleh menarik banyak BE dari Nuffnang?
Anyway, thankss again to Nuffnang ya.