Boros Di Aralom

Selasa, 15 April 2014

Zon bogel diwujudkan di bandar ini supaya orang awam boleh telanjang suka hati

Sebanyak enam zon bogel di Munich, Jerman, telah diluluskan oleh pihak berkuasa untuk membolehkan orang ramai berbogel di tempat awam tanpa sebarang risiko ditangkap polis. Sesiapa yang mahu telanjang bulat di kawasan zon bogel tersebut tidak akan ditahan dan boleh merayau suka hati asalkan tidak keluar dari zon yang ditetapkan.
Munich adalah bandar ketiga terbesar di Jerman
Walaupun tempat-tempat sedemikian memerlukan privacy kepada sesiapa yang mahu berbogel, namun tiada tiang atau pagar yang dibina. Malah jarak kawasan tersebut hanya sejauh 10 minit perjalanan dari pusat bandar Munich.

Sumber: Mirror 
Edited by Edisi Blogger

Isnin, 14 April 2014

Ajal maut adalah di tangan Tuhan...lelaki ini cukup bertuah

Hidup dan mati di tangan Tuhan. Walaupun kelihatan seperti sudah tidak ada harapan untuk terselamat dari kemalangan yang mengerikan, namun lelaki ini sangat bertuah kerana masih hidup selepas kayu sepanjang 6 meter yang tertusuk ke dadanya tidak mengenai organ kronik.
Kayu 6 meter menusuk dada Li Feng
Pemandu lori bernama Li Feng, 40, ini terlibat dengan kemalangan selepas lori yang dipandunya itu melanggar belakang sebuah lagi lori yang sarat dengan muatan kayu balak. Kemalangan itu menyebabkan sebatang kayu terus menusuk bahagian dada Li Feng namun tersasar hanya 6 cm dari jantungnya. 
Li Feng terselamat dari maut
Para doktor mengambil masa sekitar empat jam untuk mengeluarkan batang kayu tersebut dari tubuh Li Feng dan menjangkakan bahawa dia akan sembuh dalam beberapa hari lagi.

Sumber: Mirror (Edited by Edisi Blogger)