Hidup dan mati di tangan Tuhan. Walaupun kelihatan seperti sudah tidak ada harapan untuk terselamat dari kemalangan yang mengerikan, namun lelaki ini sangat bertuah kerana masih hidup selepas kayu sepanjang 6 meter yang tertusuk ke dadanya tidak mengenai organ kronik.
Pemandu lori bernama Li Feng, 40, ini terlibat dengan kemalangan selepas lori yang dipandunya itu melanggar belakang sebuah lagi lori yang sarat dengan muatan kayu balak. Kemalangan itu menyebabkan sebatang kayu terus menusuk bahagian dada Li Feng namun tersasar hanya 6 cm dari jantungnya.
Para doktor mengambil masa sekitar empat jam untuk mengeluarkan batang kayu tersebut dari tubuh Li Feng dan menjangkakan bahawa dia akan sembuh dalam beberapa hari lagi.
Sumber: Mirror (Edited by Edisi Blogger)
Kayu 6 meter menusuk dada Li Feng |
Li Feng terselamat dari maut |
Sumber: Mirror (Edited by Edisi Blogger)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan