Boros Di Aralom

Khamis, 15 Mei 2014

Seram!! Jangan terlalu bergembira, nanti hantu mengamuk

Percaya atau tidak, tempat-tempat penuh misteri seperti Villa Nabila dan Titi Cina memang mempunyai kisah seramnya yang tersendiri dan diperakui oleh penduduk di sekitarnya. Malah ada juga segelintir manusia yang memang ada deria keenam yang boleh melihat, mendengar, dan merasai kewujudan makhluk halus ini. So, salah satu syarat bila berada di sesuatu tempat yang buatkan bulu roma korang terangkat ialah jangan terlalu buat bising dan jangan terlalu bergembira...tak pasal-pasal nanti kena rasuk dan kena tarik kaki masuk dalam sungai..

SEDIM - Kejadian misteri di Arus Deras Sedim berterusan dan terbaru seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sempat diselamatkan rakan selepas nyaris terjatuh ke jeram itu.
Menurut mangsa, dia sedang merendamkan kakinya di dalam air sehingga terasa sesuatu menariknya ke dalam air di sekitar jeram Titi Cina. 
Kenyataan mangsa tidak dinafikan penduduk tempatan yang menyatakan kawasan itu turut didiami makhluk halus. 
Sinar Harian membuat tinjauan di kawasan jeram Titi Cina kira-kira jam 6 petang dan mengambil gambar di sekitar kawasan dilaporkan meragut tiga nyawa tahun lalu. Bagi pengamal perubatan Melayu, Rosli Ahmad, selain makhluk halus, kawasan arus deras itu juga kemungkinan terdapat penempatan orang bunian. 
"Pernah ada pengunjung dirasuk atau mengalami histeria. Kawasan hutan merupakan tempat bagi kebanyakan makhluk halus ini bersembunyi dan ada antaranya yang berkampung di situ.
"Kita jangan sesekali terlalu bergembira sebaliknya harus sentiasa berjaga-jaga," katanya kepada Sinar Harian. 
Sementara itu, Ketua Penguat kuasa, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan, iblis dan jin adalah benar bagaimanapun kita tidak seharusnya mempercayai kemalangan yang berlaku berpunca daripada tindakan mereka. 
"Mereka ini wujud, bagaimanapun kita tidak seharusnya takut kepada mereka kerana kejadian manusia adalah lebih tinggi darjatnya kerana kita diciptakan sebagai khalifah di dunia ini. Apa yang berlaku di Sedim itu hanya kebetulan sahaja dan ia merupakan kecuaian yang dilakukan manusia itu sendiri. 
"Pihak berkuasa mengambil inisiatif maklumkan kepada pengunjung bahawa ada beberapa kawasan di arus deras itu merbahaya bagaimanapun pengunjung enggan mematuhinya sehingga mengakibatkan lemas. Kalau dah ada larangan tidak boleh mandi, jangan mandi," katanya. - Sinarharian

P/s: Kat Sabah, ada satu hantu sungai yang memang sangat terkenal..ada orang yang boleh melihatnya dan ada yang tidak. Menurut orang tua-tua, kalau nampak hantu ni di sungai, jangan sesekali mandi kat sungai tu walaupun airnya tak lah sedalam mana..takut nanti lemas...nama hantu sungai itu ialah 'Tambaig'.

Lagi Info Menarik:

Maksiat hotel bajet yang bermula dari Facebook

Dulu..boleh cari kawan berkenalan dari khidmat Cupid melalui SMS jer..kini lagi senang nak cari teman dengan kemunculan laman sosial especially Facebook yang memang fofular di kalangan rakyat Malaysia...memang dah resam dunia..sesuatu benda itu pasti ada baik buruknya...begitu juga Facebook...kini dah jadi akar maksiat pulak bila disalahgunakan..
Cegah maksiat
ALOR SETAR - Seorang wanita baru mengenali teman lelakinya melalui laman sosial Facebook (FB) dicekup dalam serbuan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di sebuah hotel bajet, dekat sini.
Wanita berusia 26 tahun terbabit mendakwa berasal dari Sabah datang ke Semenanjung Malaysia semata-mata untuk mencari pekerjaan atas bantuan teman lelakinya. Difahamkan, dia sanggup menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum dibawa teman lelakinya ke negeri ini untuk mendapatkan kerja. 
Malah, dia bagaimanapun memberikan alasan terpaksa menginap di hotel bajet terbabit untuk menjimatkan wang, malah mendakwa baru sahaja memasuki bilik itu. Namun, teman lelakinya berusia 23 tahun bertindak menyembunyikan diri di bawah katil hotel berkenaan semasa serbuan sehingga memaksa penguatkuasa mengangkat katil itu. 
Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, pasukan penguatkuasa Jaik turut menahan beberapa pasangan termasuk seorang kanak-kanak di hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini. - Sinarharian

Ada juga orang yang jumpa jodoh baik melalui Facebook...tapi jangan terlalu harapkan Facebook untuk dapatkan jodoh..dah tu...buat maksiat pula...sanggup terbang jauh dari Sabah pulak tu...but no hal lah sekarang..bak kata Tony Fernandes..'now everyone can fly' 

Lagi Info Menarik: