Boros Di Aralom: Edisi Misteri
Memaparkan catatan dengan label Edisi Misteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Misteri. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2016

Bumi akan kiamat pada tahun 2023 dan 10 lagi ramalan Pastor Salazar

Bukan sekali tapi sudah berkali-kali kita disajikan dengan berita berunsur ramalan-ramalan yang entah betul entah salah. Mereka kononnya mengaku sebagai nabi yang memiliki keupayaan mistik lagi misteri seperti kemampuan untuk meramal masa depan. Mereka-mereka ini seringkali dibandingkan dengan ahli nujum ternama sepanjang zaman, Nostradamus, malah ada yang lebih dasyat lagi ramalannya.

Terbaru ini, ada seorang pastor yang mengaku dirinya boleh meramal apa yang bakal berlaku dalam masa terdekat. Lelaki bernama Pastor Ricardo Salazar ini malah mengakui dirinya sudah meramal bila hari kiamat akan terjadi. 

Jom kita renungkan 11 peristiwa yang bakal berlaku mengikut ramalan Pastor Salazar ini.

1. Dalam masa terdekat ini, negara-negara Eropah bakal menutup sepenuhnya sempadan negara masing-masing bagi mengelakkan kemasukan para pelarian. 

2. China akan menyerang Jepun pada musim luruh 2016 ini.

3. April 2016. Terdapat satu bintang akan bergemerlapan dengan terang dan akan menjadi semakin terang saban hari. Ketika ini, Rusia akan mengesahkan bahawa satu asteroid akan melanggar bumi.

4. Pada 15 hingga 17 Mei 2016 ini, satu asteroid sebesar 5.6batu akan melanggar bumi. Impaknya menyebabkan gempa di seluruh dunia dan akan berlaku tsunami yang bakal mengorbankan lebih 1.2billion penduduk bumi.

5. Selepas itu, letusan gunung berapi akan menyusul yang mana bakal mengakibatkan kegelapan berpanjangan ekoran daripada asap tebal yang keluar dari gunung berapi. 

6. Pada 16 Jun 2016, Perang Dunia Ketiga bermula apabila Rusia dan China menyerang Amerika yang ketika itu semakin lemah.

7. Pakatan Rusia/China akan menang dalam WWIII ini pada 25 Oktober 2016.

8. Matawang China iaitu Yen bakal menjadi matawang rasmi dunia.

9. Rusia bakal menyerang Israel pada awal tahun 2019.

10. Seorang anti-kristus bakal turun ke bumi dan akan memerintah bumi pada tahun 2020.

11. Tahun 2023. Nabi Isa (Jesus Christ) akan datang ke bumi untuk kali yang kedua untuk penyelamatan.

Wah..memang agak detail juga ramalan oleh Pastor Salazar ini. Boleh bikin meremang bulu roma bagi orang-orang yang mudah percaya. 
Pastor Salazar (sumber)
Namun sejauh manakah Pastor Salazar mampu meramal masa depan dengan betul? Sebenarnya, dia turut meramal beberapa peristiwa yang hampir sama bakal berlaku pada tahun 2015 lalu. Dia ada meramalkan bahawa satu gempa bumi berskala 10.2 akan melanda Jepun dan Amerika Syarikat pada 22 Julai. Kemudian satu meteor akan terjatuh ke bumi dan mengakibatkan kebakaran satu pertiga daripada hutan di bumi. Salazar turut meramalkan bahawa satu asteroid bakal meletup di atas bumi pada 8 Oktober....kini sudah masuk April tahun 2016 namun tiada satupun dari ramalan-ramalan itu yang berlaku setakat ini.

Maka dengan itu..jangan mudah percaya dengan segala macam ramalan-ramalan yang tidak berasas. Sedangkan ramalan cuaca pun selalu tidak tepat, inikan pula ramalan bumi dah nak kiamat. Percayalah, tiada seorang pun yang tahu bila kiamat akan berlaku namun perlu diingatkan juga bahawa kiamat itu pasti.

Sabtu, 18 Oktober 2014

Misteri SMS dari mendiang nenek dari kubur akhirnya terjawab

South Tyneside: Sudah menjadi kebiasaan apabila seseorang yang dikasihi meninggal dunia, timbul persoalan mengenai apa yang hendak dibuat dengan nombor telefon bimbitnya. Ada yang enggan memadamkan nombor telefon itu sementara ada yang berasa selesa menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada orang yang pernah mereka sayang.

Bayangkan apa yang berlaku jika SMS yang dihantar itu dijawab.

Sheri Emerson menghantar mesej pesanan ringkas kepada mendiang neneknya, Lesley, yang dikebumikan bersama-sama telefon bimbitnya. Tetapi sehari kemudian, dia menerima jawapan: "Saya memerhatikan anda. Jangan risau. Anda akan berjaya mengatasinya. Anda akan selamat."

Sheri yang terkejut menerima mesej itu, menelefon nombor berkenaan dan orang yang menjawabnya mengaku menghantar mesej berkenaan.

Sebenarnya, syarikat telekomunikasi 02 menjual nombor yang pernah digunakan nenek Sheri kepada pelanggan lain selepas ia tidak digunakan selama tiga tahun.

"Saya terkejut menerima jawapan itu. Saya menghantar mesej Rabu lalu, menceritakan mengenai keluarga kami dan keesokannya, saya mendapat jawapan. Saya tahu nenek tidak akan menjawab. Tetapi, tiba-tiba saya menerima jawapan daripada nombornya.

"Anda sendiri boleh bayangkan keadaan saya ketika itu," katanya.

Sementara itu, 02 mengesahkan ia menjual nombor Lesley kepada seorang pelanggan barunya.-AFP

Selasa, 12 Ogos 2014

Pencari batu kristal ini sering mendapat gangguan mistik di gua-gua cantik

ALOR SETAR - Pencari batu kristal mampu menjana pendapatan lumayan sehingga ribuan ringgit apabila ada pihak sanggup membelanjakan wang mendapatkan batu bunga itu.

Namun, Mahadi Mat Akhir, 48, berkata, dia sendiri melalui pelbagai detik suka duka sepanjang 21 tahun mewarisi pekerjaan turun temurun keluarga di Gunung Keriang, dekat sini.
Mahadi menunjukkan ketulan batu kristal yang diperoleh ketika ditegur lembaga berkenaan.
Mahadi menunjukkan ketulan batu kristal yang diperoleh ketika ditegur lembaga berkenaan.“Keadaan dalam gua curam dan licin sememangnya memberi cabaran kepada pencari batu kristal seperti kami. Malah, adakalanya pencari batu kristal menerima gangguan mistik.

“Terbaru, saya mengalami sakit lutut selepas beberapa hari ditegur ‘sesuatu’ dalam gua sewaktu mencari batu kristal. Saya terdengar ada suara, namun tiada orang kelihatan,” katanya.

Menurutnya, dia pada mulanya menyangka ia suara pertapa, namun menyedari dirinya ditegur selepas dimaklumkan seorang tukang urut yang merawat lutut kanannya.

Mahadi berkata, gangguan dipercayai berlaku apabila ada pihak tertentu mengambil golok dan kapak yang digunakan untuk perubatan tradisional dalam gua berkenaan.

Menurutnya, keadaan lutut kanannya bertambah baik hanya setelah dia meletakkan seikat pisang emas di kawasan dia mencari batu kristal berkenaan.

Dia yang juga pemandu pelancong ekspedisi meneroka gua berkata, antara gangguan lain dialami dirinya sendiri mahupun pengunjung termasuklah rasukan, sesat dan sakit misteri.

“Jadi, sekiranya terlihat, terbau ataupun merasa bulu roma meremang secara tiba-tiba, diingatkan supaya tidak menegur. Sebaliknya, maklumkan kepada pemandu pelancong,” katanya.

Katanya, dia sendiri mematuhi pantang larang, antaranya membaca beberapa ayat suci al-Quran ketika ingin mencari batu kristal dalam gunung berkenaan.

Katanya, gunung sering menjadi tumpuan pengunjung yang berminat melihat kaedah mencari batu kristal dan meneroka keindahan gua seperti Gua Tirai, Gua Buaya serta Gua Kubur Panjang.

Mahadi berkata, dia menasihatkan pengunjung supaya tidak bermulut lancang ataupun berkelakuan kurang senonoh sewaktu meneroka gua di gunung berkenaan.

Menurutnya, pengunjung perlulah mendapatkan nasihat pemandu pelancong untuk meneroka gua.

Menurutnya, harga ditawarkan untuk meneroka gua sambil melihat sendiri proses mencari batu kristal hanya lebih kurang RM300 bergantung kepada jenis ekspedisi dan bilangan peserta. - sinarharian

Khamis, 15 Mei 2014

Seram!! Jangan terlalu bergembira, nanti hantu mengamuk

Percaya atau tidak, tempat-tempat penuh misteri seperti Villa Nabila dan Titi Cina memang mempunyai kisah seramnya yang tersendiri dan diperakui oleh penduduk di sekitarnya. Malah ada juga segelintir manusia yang memang ada deria keenam yang boleh melihat, mendengar, dan merasai kewujudan makhluk halus ini. So, salah satu syarat bila berada di sesuatu tempat yang buatkan bulu roma korang terangkat ialah jangan terlalu buat bising dan jangan terlalu bergembira...tak pasal-pasal nanti kena rasuk dan kena tarik kaki masuk dalam sungai..

SEDIM - Kejadian misteri di Arus Deras Sedim berterusan dan terbaru seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sempat diselamatkan rakan selepas nyaris terjatuh ke jeram itu.
Menurut mangsa, dia sedang merendamkan kakinya di dalam air sehingga terasa sesuatu menariknya ke dalam air di sekitar jeram Titi Cina. 
Kenyataan mangsa tidak dinafikan penduduk tempatan yang menyatakan kawasan itu turut didiami makhluk halus. 
Sinar Harian membuat tinjauan di kawasan jeram Titi Cina kira-kira jam 6 petang dan mengambil gambar di sekitar kawasan dilaporkan meragut tiga nyawa tahun lalu. Bagi pengamal perubatan Melayu, Rosli Ahmad, selain makhluk halus, kawasan arus deras itu juga kemungkinan terdapat penempatan orang bunian. 
"Pernah ada pengunjung dirasuk atau mengalami histeria. Kawasan hutan merupakan tempat bagi kebanyakan makhluk halus ini bersembunyi dan ada antaranya yang berkampung di situ.
"Kita jangan sesekali terlalu bergembira sebaliknya harus sentiasa berjaga-jaga," katanya kepada Sinar Harian. 
Sementara itu, Ketua Penguat kuasa, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan, iblis dan jin adalah benar bagaimanapun kita tidak seharusnya mempercayai kemalangan yang berlaku berpunca daripada tindakan mereka. 
"Mereka ini wujud, bagaimanapun kita tidak seharusnya takut kepada mereka kerana kejadian manusia adalah lebih tinggi darjatnya kerana kita diciptakan sebagai khalifah di dunia ini. Apa yang berlaku di Sedim itu hanya kebetulan sahaja dan ia merupakan kecuaian yang dilakukan manusia itu sendiri. 
"Pihak berkuasa mengambil inisiatif maklumkan kepada pengunjung bahawa ada beberapa kawasan di arus deras itu merbahaya bagaimanapun pengunjung enggan mematuhinya sehingga mengakibatkan lemas. Kalau dah ada larangan tidak boleh mandi, jangan mandi," katanya. - Sinarharian

P/s: Kat Sabah, ada satu hantu sungai yang memang sangat terkenal..ada orang yang boleh melihatnya dan ada yang tidak. Menurut orang tua-tua, kalau nampak hantu ni di sungai, jangan sesekali mandi kat sungai tu walaupun airnya tak lah sedalam mana..takut nanti lemas...nama hantu sungai itu ialah 'Tambaig'.

Lagi Info Menarik: