Jakim baru-baru ini telah menyatakan bahawa seorang lelaki boleh berpoligami tanpa kebenaran si isteri. Namun demikian si suami perlu memenuhi beberapa syarat yang ditentukan oleh Jakim sekiranya mahu menambah isteri.
Ahad, 26 Julai 2015
Jumaat, 14 November 2014
Dua rakyat Malaysia sertai Ratu Cantik Pondan Antarabangsa 2014...pergh!! memang cantik bonar..
Rabu, 12 November 2014
Sarawak larang lelaki berpakaian wanita
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan lelaki berpakaian seperti wanita yang menyalahi ajaran Islam di sini.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, walaupun keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 7 November lalu menyebelahi 'golongan' berkenaan, Sarawak tetap tidak membenarkannya.
“Kami terima keputusan mahkamah itu, tetapi tetap pada pandangan bahawa lelaki berpakaian wanita atau wanita berpakaian seperti lelaki adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
“Oleh yang demikian, kita mengharapkan pihak-pihak berkenaan dapat memohon agar membuat rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Persekutuan agar keputusan berkenaan dapat dipertimbangkan semula,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan mahkamah yang telah mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah di sini hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri makan tengah hari bersama 26 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Putih, Kelantan bersama guru pengiring ke Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam lawatan empat hari ke Sarawak.
Tambahnya, di Sarawak terdapat juga kes sedemikian yang mana lelaki menggunakan pakaian wanita namun pihaknya menasihatkan mereka dan setakat ini tiada kes dibawa ke mahkamah. -UTUSAN
Rabu, 22 Oktober 2014
Apa itu amalan dan ajaran sesat Millah Abraham?
Menurut laporan SinarHarian pula, ajaran ini dipercayai pecahan daripada Gerakan Pemuda Kahfi Indonesia yang difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Pahang sekitar tahun 2009 dikesan di Felda Keratong. Jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), berkata, pengikut ajaran sesat ini pada mulanya dikesan di Jerantut selepas ibu bapa kepada seorang pemuda di sana membuat aduan kerana berasa hairan dengan pendapat dan pandangan anaknya itu mengenai Islam.
“Ibu bapa pemuda berkenaan yang belajar di salah sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Selangor telah membuat aduan kerana mendapati pendapat dan pandangan anak lelakinya itu agak bertentangan dengan ajaran Islam.
“Pihak penguat kuasa Jaip menemui pemuda itu dan menjalankan soal siasat seterusnya membongkar 13 lagi pengikut Millah Abraham berada di Felda Keratong, Muadzam Shah, Rompin,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Jurucakap Jaip menjelaskan, enam keluarga pengikut ajaran sesat Millah Abraham di Felda Keratong berjaya dikesan dan satu sesi taklimat mengenai ajaran sesat berkenaan diberikan di samping menjalankan soal siasat di Balai Polis Muadzam Shah, baru-baru ini.
Menurutnya, ajaran sesat yang didapati menyeleweng daripada akidah Islam itu dipercayai mempunyai ramai pengikut di Selangor dan kira-kira 5,000 pengikut seluruh Malaysia.
Katanya, pengamal ajaran sesat itu juga menyasarkan golongan muda yang kurang ajaran Islam menjadi medan dakwah mereka.
“Mereka (pengikut ajaran sesat Millah Abraham) mengaku bukan beragama Islam kerana mendakwa Islam bukan agama yang asli tetapi menganggap Millah Abraham adalah agama sebenar yang kononnya ajaran Nabi Ibrahim selain tidak makan daging sembelihan orang Islam.
“Terdapat enam fasa dalam ajaran sesat ini iaitu pertama, dakwah secara sembunyi dan ini sudah dilepasi, kedua adalah dakwah secara terang-terangan yang merupakan fasa terkini, ketiga fasa hijrah serta fasa keempat adalah jihad kital iaitu bunuh orang yang tidak mengikut ajaran mereka, fasa kelima mewujudkan sistem pemerintahan sendiri dan keenam menubuhkan negara,” katanya.
Jurucakap itu berkata, fasa keempat dakwah ajaran sesat berkenaan mempunyai unsur militan dan pihak Jaip kini dengan kerjasama polis sedang melakukan pemantauan.
Selain itu, cara pengikut ajaran sesat ini bersembahyang adalah hanya dengan menyampaikan makna-makna yang terdapat dalam al-Quran melalui penggunaan Bahasa Melayu.
“Mereka mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah tetapi hanya pada waktu itu kerana mereka percaya ada nabi lain hingga kini selain mereka juga tidak berpegang pada hadis,” katanya.
Selasa, 21 Oktober 2014
Kempen Sentuh Anjing: Nik Aziz kata penganjur ada 'ulat' dalam kepala, Mufti pula suruh taubat
![]() |
| Nik Aziz kata penganjur program khusus untuk menyentuh anjing dilakukan seperti mereka ada ulat dalam kepala (Foto: TheMalaysianInsider) |
![]() |
| Mohamad Shukri |
Selasa, 15 Julai 2014
Datuk Kepada 48 Cucu Ditangkap Berkhalwat Dengan Wanita 31 Tahun
![]() |
| (Sekadar gambar hiasan - via Calin B Photography) |
“Dengan peringkat umur kamu ini, bukan waktu yang munasabah dan sesuai untuk kamu buat kesalahan seperti ini. Kamu nak balik menghadap ALLAH dah...hukuman yang mahkamah jatuhkan kepada kamu tidak boleh menebus kesalahan yang kamu lakukan ini. Insaf dan bertaubatlah,” katanya.
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. Tertuduh, Alias Salleh, 78, dari Taman Perumahan Wakaf Tengah di sini, yang kini mempunyai seorang isteri turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, tertuduh menjelaskan denda berkenaan.
Sumber: Says
Khamis, 15 Mei 2014
Maksiat hotel bajet yang bermula dari Facebook
![]() |
| Cegah maksiat |
ALOR SETAR - Seorang wanita baru mengenali teman lelakinya melalui laman sosial Facebook (FB) dicekup dalam serbuan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di sebuah hotel bajet, dekat sini.
Wanita berusia 26 tahun terbabit mendakwa berasal dari Sabah datang ke Semenanjung Malaysia semata-mata untuk mencari pekerjaan atas bantuan teman lelakinya. Difahamkan, dia sanggup menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum dibawa teman lelakinya ke negeri ini untuk mendapatkan kerja.
Malah, dia bagaimanapun memberikan alasan terpaksa menginap di hotel bajet terbabit untuk menjimatkan wang, malah mendakwa baru sahaja memasuki bilik itu. Namun, teman lelakinya berusia 23 tahun bertindak menyembunyikan diri di bawah katil hotel berkenaan semasa serbuan sehingga memaksa penguatkuasa mengangkat katil itu.
Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, pasukan penguatkuasa Jaik turut menahan beberapa pasangan termasuk seorang kanak-kanak di hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini. - Sinarharian
Jumaat, 9 Mei 2014
Blogger murtad dan hina Islam ini didenda 1000 sebatan dan penjara 10 tahun
![]() |
| Raef Badawi |
Khamis, 20 Februari 2014
Tempat ini menjadi pilihan ramai pasangan untuk kahwin secara senyap-senyap
![]() |
| Pejabat Majlis Agama Islam di Betong |
Pengkalan Hulu: Aktiviti ‘kahwin senyap’ oleh pasangan warga Malaysia di Betong, Selatan Thailand didapati meningkat mendadak berbanding beberapa bulan lalu berikutan proses perkahwinan di pekan sempadan negara jiran itu yang didakwa lebih pantas dan selamat berbanding di wilayah lain.
Permintaan tinggi rakyat Malaysia untuk berkahwin di Betong, menyebabkan Pejabat Kadi Syarie Majlis Agama Islam Yala berpejabat di pekan kecil berkenaan beroperasi tanpa cuti termasuk dibuka sehingga waktu malam untuk urusan perkahwinan termasuk pada Sabtu dan Ahad.
Malah, kakitangan pejabat kadi itu dilaporkan ‘tidak menang tangan’ bagi memenuhi permintaan ramai pasangan tempatan yang mahu berkahwin di pejabat berkenaan saban hari. Seorang ejen nikah, Mazlan Mat Yusof, 38, berkata, peningkatan mendadak kehadiran pasangan Malaysia yang mahu berkahwin di Betong dipercayai ada kaitan dengan beberapa faktor seperti keselamatan, promosi iklan di Internet dan blog serta proses nikah yang lebih pantas.
Dia yang menetap di Ayer Panas, di sini, mendakwa sekurang-kurangnya lima pasangan dari Malaysia memasuki bandar Betong untuk berkahwin setiap hari. - myMetro
Khamis, 23 Januari 2014
Rumah tangga Nurul Izzah bergolak? Tuntut cerai fasakh
SHAH ALAM - Gempar desas-desus di laman sosial media mengenai Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang didakwa menuntut cerai daripada suaminya Raja Ahmad Sharir Iskandar Raja Salim, pada hujung tahun lalu. Nurul Izzah adalah anak sulung kepada ketua pembangkang itu dikatakan telah membuat permohonan cerai secara fasakh menerusi satu tuntutan di sebuah mahkamah syariah hujung tahun lepas. Memetik laporan The Star Online, rekod Mahkamah Syariah, Jalan Duta telah menunjukkan bahawa penceraian itu wujud dan tuntutan itu telah dilakukan pada Disember.
"Raja Ahmad Shahrir telah menerima petisyen itu pada 16 Januari lalu. "Beliau telah minta penangguhan prosiding itu untuk melakukan persediaan itu," lapor The Star Online.
Dalam pada itu, laporan tersebut juga menyatakan pegawai mahkamah itu telah mengesahkan perkara itu. Nurul Izzah, 33, dan pasangannya telah mendirikan rumah tangga pada Mei 2003 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang berusia tujuh dan empat tahun.
Bagaimanapun, Sinar Harian cuba mendapatkan pengesahan daripada kerani mahkamah tersebut namun kerani terbabit tidak berani mengesahkannya. Selain itu, Sinar Harian Online juga cuba untuk mendapat maklumat lanjut daripada beliau, namun talian tidak dapat dihubungi.Selain itu, memetik laman Twitternya menjawab soalan daripada seorang pengikutnya, Nurul Izzah menafikan perkara tersebut.
"Tidak," tulisnya.
Sebelum ini, perkara yang mengaitkan Nurul Izzah dengan isu penceraian dengan pasangannya itu telah tercetus beberapa tahun lalu yang disebarkan oleh blogger. - SinarHarian
"Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.
"Keluarga kami menjadi keutamaan," katanya. Terbaru, media melaporkan, desas desus mengenai tuntutan cerai fasakh pada hujung tahun lepas itu telah tersebar di media sosial. Dalam perkembangan sama, media juga melaporkan mempunyai rekod perkara itu di Mahkamah Syariah, Jalan Duta dan turut disahkan pegawai mahkamah tersebut.
Selain itu, Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir juga memohon semua pihak memberi ruangan kepada mereka untuk membetulkan kembali keadaan perkahwinan itu.
"Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini," kata pasangan itu lagi. - SinarHarian
Isnin, 6 Januari 2014
1001 Tekanan: Dilema isteri masih dara kerana bersuamikan lelaki gay
Sabtu, 4 Januari 2014
1001 Isu Kalimah Allah, Beza di Semenanjung dan Sabah Sarawak
Isnin, 29 Julai 2013
(EDISI SYARIAH) Si Tanggang moden..gaji RM17000 sebulan tapi abai ibu bapa dan anak
![]() |
| Mustafa Ismail menfailkan waran tangkap terhadap anaknya |







.jpg)





