Boleh Tolong Tanya? | Boros Di Aralom

Selasa, 8 Februari 2011

Boleh Tolong Tanya?


Suatu hari seorang penghantar surat (posman) telah kehilangan kunci rumahnya ketika menghantar surat di sebuah rumah milik seorang wanita tua. Setelah penghantar surat itu dia menyedari bahawa kuncinya tercicir, dia pun segera kembali ke rumah wanita tua tersebut.

Posman: Selamat petang makcik..
Makcik: Selamat petang. Kenapa nak, ada apa-apa yang makcik boleh tolong?
Posman: Ya..makcik boleh tolong tanya tak? Ada makcik nampak kunci rumah saya kat sini tadi?
Makcik: Kunci? Di mana?
Posman: Ya. Kunci rumah saya. Rasanya tercicir tadi semasa saya hantar surat kat sini tadi.
Makcik: Tercicir di mana?
Posman: Entah la makcik..tadi saya simpan dalam poket.
Makcik: Poket mana? Sebelah kiri ka sebelah kanan?
Posman: Ni..kat sini..makcik ada nampak tak?
Makcik: Bila hilangnya?
Posman: Ermm..tadi la..masa saya hantar surat kot..
Makcik: Surat siapa?
Posman: Grrr (makin panas)..tadi kan saya ada hantar surat kat makcik..makcik ada nampak kunci saya tercicir tak?
Makcik: Kuncinya warna apa?
Posman: Grrmm (makin marah)..macam warna kunci biasa la..kunci rumah..makcik ada nampak tak!!?
Makcik: Kenapa tercicir?
Posman: Ahh!!!..(marah tahap gaban)..makcik ni kenapa hah!!...nak tolong ka tidak ni!!
Makcik: Bukan kah makcik sedang tolong ni..
Posman: Arrggg!!! Ni ka namanya menolong!! Tolong apa macam ni!!!..(dengan suara keras)
Makcik: Makcik tolong la ni..TOLONG TANYA!!..

Nah..baru kau tau wahai posman..makcik tu pun tau macam mana nak kenakan orang tau..heee..

6 ulasan:

Just berkata...

d mana sdh sia penah tgk 'clip' dia ni aa... tp mmg kin panas!

Hairun Azmi berkata...

Kesian posmen tu kena buli dengan si Mak Cik.....

Apa itu Skim Cepat Kaya ?

Nancypoh berkata...

Just* ada tu clip d youtube juga..

mie* heee..makcik pandai buat lawak

Cerita

Tidak Lucu

Nancypoh berkata...

Testing...

Cerita
Tidak Lucu

ChAzStYlo berkata...

nie bukan adegan ujang siri tv la pulak ke??huhu

http://chazstylo.blogspot.com/

HELMI HAMID berkata...

haha,pdn mmuke ko cik posmen!wakakaka