Ini report bukan asignment | Boros Di Aralom

Jumaat, 12 Ogos 2011

Ini report bukan asignment

Report report report dah nak tua kerepot
Report report report bukan reporter
Report report report sampai nak kentot
Report report report kau buat ku merepot

Buat report memang penat
Sampai aku naik pening berdengkur
Bukan semalam tak tidur
Tiga malam berselimutkan report

Report yang di sana
Dengar sepatah macam tiada
Ini bukan report biasa
Ini report berjela ratus muka

Wahai report yang dah terbaring
Jangan pulak kau buat hal
Dah ku layan kau melebihi asignmen
Sebab kau itu secebis markah terakhir

Tiga bulan ku melakar engkau
Tiga bulan jelaanmu bercerita
Tiga bulan kau bermain di fikiran
Tiga bulan kau buat ku menderita

Tapi hari ini aku lega
Sebab kau pulak yang akan bekerja untuk aku
Biar jelaanmu itu yang berkata-kata
Kepada si dia yang bersemuka dengamu


3 ulasan:

Shafiq berkata...

sabar jela.. semoga berjaya dalam apa jua urusan anda.. :-)

Unknown berkata...

hahaha... mcm stress sgt je, cayalah poems nih!

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

wah ... buli tahan jg sajak ko ni hehehe