Pertandingan Ratu Gemuk "Miss Fat Women" | Boros Di Aralom

Isnin, 1 Ogos 2011

Pertandingan Ratu Gemuk "Miss Fat Women"

Ya, pertandingan ratu gemuk ini memang benar-benar ada. Dan ya, memang pemenangnya adalah wanita gemuk. Jika tak percaya, lihat gambar di bawah. 
Peserta sedang menonjolkan diri masing-masing. (sumber: huffingtonpost.com)
Betul kata orang bahawa kecantikan diukur dari pelbagai sudut. Cantik itu sendiri juga membawa maksud yang subjektif kepada setiap individu. Bagi saya cantik itu mungkin bermakna hidung yang mancung, badan yang ramping, jari yang panjang..haha..tapi bagi orang lain, cantik itu mungkin bermaksud punya badan yang berisi, punya rambut pendek dan sebagainya.

Baru-baru ini satu pertandingan yang dikhaskan untuk wanita gemuk telah dijalankan di Itali. Pertandingan yang dipanggil Miss Cicciona punya konsep yang sama dengan pertandingan ratu cantik yang biasa. Para peserta diuji dari segi bakat dan personaliti. Edisi ratu gemuk yang ke 22 ini telah dimenangi oleh peserta bernama Ornella Chiapperini dari Naples yang mempunyai berat 324.7 paun.
Miss Fat Women. (sumber: huffingtonpost.com)
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan ini boleh baca di laman web huffingtonpost.com. Saya ni pun sebenarnya masuk dalam kategori chubby gak..huhu..anyway, tahniah kepada para pemenang. Jangan luaran saja cantik ya, hati pun kena cantik juga. Kalau dua-dua part itu cantik, memang naik mendadak la saham. :)

Read more at http://www.nancypoh.com

1 ulasan:

BillyNain berkata...

cantik itu kan subjektif..tp, mcm kelakar la pulak buat pertandingan mcm ni~