Wanita ini makan 20,000 kalori sehari dalam usaha untuk menjadi wanita paling gemuk | Boros Di Aralom

Sabtu, 20 Ogos 2011

Wanita ini makan 20,000 kalori sehari dalam usaha untuk menjadi wanita paling gemuk

Seorang ibu bertungkus-lumus untuk menjadi wanita paling berat di dunia dengan memakan 20,000 kalori makanan dalam sehari. Susanne Eman, 32, bertekad untuk mencapai 115st apabila umurnya mencecah 40an dengan memakan makanan yang cukup untuk memenuhi enam saiz troli supermaket setiap minggu. Walaupun tubuhnya itu kini ditumbuhi ketulan-ketulan lemak namun Eman yang berasal dari Casa Grande, Arizona, US, mengatakan bahawa dia merasa dirinya menarik dan sihat dengan keadaan tubuh sedemikian. 

Eman mengatakan dalam satu website supersize, "Semakin saya besar, saya rasa semakin baik. Saya merasa yakin dan seksi". "Dua tahun lalu saya sebesar 35st dan melihat bahawa saya sudah mula membuatkan lebih ramai lelaki tertarik. Ianya menggembirakan saya". Kata Eman lagi, "Matlamat saya ialah untuk menjadi 57st pada penghujung tahun. Saya sepatutnnya akan mencecah 115st apabila berumur 41 atau 42. Kenapa tidak untuk melihat sejauh mana saya gemuk? saya hendak memecahkan stigma bahawa menjadi gemuk itu merupakan sesuatu yang buruk. Saya teringin sangat untuk melihat jika adakah mungkin untuk mencapai berat satu tan untuk seoran manusia".


Eman mengunjungi supermaket sekali dalam sebulan bersama dengan anak-anaknya Gabriel, 16, dan Brendin, 12, dan mengambil masa lapan jam untuk memenuhkan enam troli. Ibu yang tidak mempunyai pekerjaan ini bagaimanapun mendakwa bahawa dia juga tetap bergerak aktif dengan melakukan senaman-senaman mudah dan membuat pemeriksaan kesihatan secara teratur.

Walaupun mendapat amaran daripada doktor bahawa tindakannya itu sangat membahayakan nyawa, Eman tetap bersemangat untuk mencapai saiz sasarannya.


(Sumber: The Telegraph)

3 ulasan:

Fariehan Ibrahim berkata...

LOL! LOL! LOL!
mcm nie punye org pom ada ke?? heh! -.-'

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

ayoooossssssssssss ... ada2 saja personaliti pelik di dunia ni hehehe. Orang berabis mau kurus, dia pula berabis mau gumuk hahahaha

Kak Imun berkata...

Bah-bah-bah...... Nanti masuk dalam rumah pun tidak muat suda itu pintu. Silap2 tidur di pantaran saja nanti, hehehe.......