Dah sakit nak beranak masa exam tapi tetap bertekad untuk selesaikan jawapan peperiksaan | Boros Di Aralom

Rabu, 10 Ogos 2011

Dah sakit nak beranak masa exam tapi tetap bertekad untuk selesaikan jawapan peperiksaan

Ini lah yang berlaku kepada seorang wanita berumur 29 tahun yang bertekad tinggi untuk menyelesaikan soalan exam walaupun perutnya sudah sakit mahu beranak. Elana Nightingale Dawsan dikatakan telah bersusah payah untuk mengharungi peperiksaan tersebut secepat yang boleh kerana baginya jika dia tidak menyelesaikan soalan jawapan tersebut, maka ia tidak sah. Menurut laman web Metro.uk, Elena telah mengalami kontraksi setiap 30 minit dalam waktu peperiksaan tersebut.

Sesudah tamat menjawab, Elena telah dikejarkan ke hospital yang berdekatan di mana dia telah berjaya melahirkan bayi lelakinya, Wilson, dua jam kemudian.

Keputusan peperiksaan tersebut akan diketahui pada awal bulan Oktober sama ada Elena lulus atau tidak.

*Hmmm..tinggi risikonya untuk menahan sakit ketika hendak bersalin. Nasib baik Elena dan anaknya selamat. Fuh!!


5 ulasan:

deanzofq berkata...

gilaaa.. nasib baik xterkelur bby tu time exam.. kalau x.. abes bby tu pon jwb xm sekali.. ;)

morky berkata...

semangat mcm tu lah yg patut ada pada seluruh rakyat Malaysia... baru boleh maju. ni selesema sikit jer dah MC..... termasuk aku..hahaha...

Lina berkata...

sy aritu menahan sakit sbb mo kasi abis crita trueblood final season..hahaha

Suhaimi@Pakmi berkata...

kuat semangat dia ni...mudah2an anaknya cerdik dan kuat smgt spt maknya

Hanisham Ab Halim berkata...

Sungguh kuat...