Boros Di Aralom: Edisi Artis
Memaparkan catatan dengan label Edisi Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Artis. Papar semua catatan

Isnin, 14 September 2015

Che Ta tarik diri jadi pengkritik tetap AF2015

Tuudia...Rozita Che Wan dah tinggalkan AF2015 woii..si pengkritik tetap yang gua rasa macam tin kosong jer...

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, 43, mengesahkan dia enggan meneruskan tugasnya sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 mulai minggu depan selepas diherdik Pengetua AF2015 Edry Abdul Halim yang tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF malam tadi.
Rozita atau Che Ta berkata, keputusan itu diambil serta-merta kerana dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar AF2015 iaitu Sufi.
"Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan.
"Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional," katanya.
Menurut Rozita, keputusan menarik diri itu dilakukan atas dasar profesionalisme.
"Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.
"Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya.
"Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya," katanya.
Sementara itu, Edry berkata, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina.
"Sebagai pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.
"Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki," katanya. - HMetro

P/s: Aku sokong Edry...ermmm..ada lagi ker yang tengok AF sekarang ni?

Rabu, 18 Februari 2015

Pendedahan wajah artis yang dikatakan mensihir Azwan Ali

Sebelum ini, Azwan Ali telah mendakwa bahawa dirinya sering disihir oleh seoran artis 'bapok tua' namun tidak menyatakan siapa. 

Namun demikian, Azwan Ali telah menggemparkan dunia hiburan tanah air seketika dengan memuat naik gambar artis tersebut di laman instagram miliknya. Macam biasalah, sudah pasti gambar itu disertai dengan caption berbaur hinaan dan amarah.

"Slm. Dah La Bapok Tua? Job Takde? Dok Gigih Cari Bomoh Setan Sihir Artis Lain ? Pastu IG dok Main Buih Sabun ? Jijiknya Jahanam Anjing" - IG Azwan Ali

 Siapakah yang didakwa Azwan Ali telah mensihirnya? Wajah artis itu didedahkan di bawah...artis yang mensihir Azwan Ali ialah J....

Wajah artis yang mensihir Azwan Ali ??
Jaafar Onn ??

Tak tau lah sama ada berita ini sahih ker tak. Sama-sama kita tunggu apa kata Jaafar Onn lepas nih..memang akan perang la dorang..jangan saja asyik sihir mensihir sesama sendiri..tak baik tau!

Sumber berkaitan: OhBulan, ThePena

Isnin, 16 Februari 2015

Gempar! Nora Danish Muncul Dalam Video Pengganas Mahu Letup Mahkamah

Sebuah kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan dengan menyerang mahkamah pada 11.30 malam, Rabu ini.

Namun apa yang lebih menarik perhatian kami ialah kemunculan foto Nora Danish sepanjang seminit durasi video tersebut. Apa kaitan Nora Danish dengan pengganas?

Kumpulan yang menggunakan ID – Isis Malaysia 69 membuat ancaman melalui video dimuat naik melalui YouTube, semalam.

Dengan berlatarkan bendera Malaysia, empat individu lelaki tampil memakai baju hitam dan menutup muka dengan topeng hitam.

Namun yang menjadi persoalan sekarang kenapa muka Nora Danish yang dipaparkan? Apa kaitan Nora Danish dengan sistem demokrasi negara? Siapa Nora Danish sebenarnya?

Mungkin si pengganas ini hanya membaca tulisan di sebalik foto Nora Danish tersebut. Tapi kenapa Nora Danish?

Nora Danish Buat Laporan Polis

Terbaru, Nora Danish bakal membuat laporan polis ekoran gambarnya yang digunakan sepanjang klip video pengganas tersebut.

(Via OhBulan)

Khamis, 29 Januari 2015

Tahniah! @LisaSurihani sah hamil #FirstTimeEver

Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti tanah air, Lisa Surihani dan Yusry KRU yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi..mudah-mudahan..amin!!
Pasangan bahagia, Lisa dan Yusry
PENGARAH dan pelakon, Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya, Lisa Surihani kini hamil.
Bagaimanapun ujar pengarah Cicakman 3 ini, mereka enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut. 
"Mengenai berita kehamilan itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohom maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat lanjut. 
"Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu. 
"Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut," ujarnya yang ditemui selepas pelancaran filem Cicakman 3 di Pavilion, Kuala Lumpur, sebenar tadi. 
Yusry turut menafikan sengaja merahsiakan perkara ini kerana terlibat dengan kontrak penyiaran bersama Astro mengenai pengumuman kehamilan Lisa. 
"Pasal kontrak itu semua hanya spekulasi. Kami tidak terikat dengan sesiapa," katanya. Sementara itu Lisa menambah, dia pada mulanya berasa serba salah untuk berkongsi mengenai berita kehamilannya, namun bersetuju untuk memaklumkan perkara itu bagi mengelakkan spekulasi berpanjangan. 
"Bila ada wartawan yang mesej, saya memang serba salah nak jawab, sebab masih baru dan orang tua-tua pesan kalau boleh lepaskan trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) baru kongsi berita ini. 
"Apa pun Alhamdulillah atas doa banyak pihak dan terima kasih atas mesej positif yang saya terima menerusi pelbagai medium," ujarnya sambil tersenyum. 
Yusry dan Lisa mendirikan rumahtangga pada 23 Februari 2012. - SinarHarian

Rabu, 28 Januari 2015

Plagiat novel Aku Bohsia: Syamsul Yusof dan Datuk Yusof Haslam bakal kena saman

Isu plagiat bukan perkara kecil..kalau korang punya ilham dan hasil kerja kena tiru tanpa keizinan, korang pun mesti marah punya...kan kan kan? Dah lah yang memplagiat tu dapat untung ratus ribu..mesti panas hati dibuatnya..huhuhu..
Syamsul dan bapanya, Datuk Yusof Haslam
Kes saman penulis novel Aku Bohsia, Elias Idris terhadap pengarah yang juga pelakon Syamsul Yusof dan bapanya, Datuk Yusof Haslam serta syarikat mereka gagal diselesaikan menerusi proses mediasi. 
Prosiding melibatkan dakwaan plagiat novel karya Elias itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hasnah Mohammed Hashim semalam dan kes itu akan diteruskan menerusi proses perbicaraan. 
Peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Syamsul memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 6 Februari depan untuk pengurusan kes. Di luar mahkamah, Yusof berkata, pihaknya telah berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan kes tersebut namun keengganan Elias menyelesaikan secara baik amat mengecewakan. 
“Saya dan anak saya, Syamsul cuba menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dinasihatkan hakim sebelum ini, namun pihak plaintif menuntut ganti rugi,” katanya. 
Elias, 63, memfailkan saman terhadap Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Md. Yusof, 31, bapanya Md. Yusof Md. Aslam (Yusof Haslam), 61, dan syarikat Skop Production Sdn Bhd pada 24 November tahun lepas kerana didakwa meniru novel Elias itu dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam yang diterbitkan pada 2009. 
Menerusi pernyataan tuntu­tannya, Elias mendakwa bahawa beliau menulis novel tersebut pada 1995 menggunakan nama pena Anne Natasha Nita serta pemilik hak cipta terpelihara. 
Beliau mendakwa terdapat banyak persamaan dari segi tema, plot, watak dan mesej dalam novel Aku Bohsia dengan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. - Kosmo

Khamis, 22 Januari 2015

VIDEO Zamani Slam Dipaksa Menyanyi Ketika Digari, PDRM dikecam hebat

Kesian pulak dengan si Zamani ni..memanglah dia telah melakukan kesilapan penyalahgunaan dadah..tapi bila diaibkan sebegitu, memang tak elok lah..

Lagipun manusia mana yang perfect? Zamani pernah buat salah, aku pernah buat salah, engkau pernah buat salah, mereka pernah buat salah..semua orang pernah buat salah...polis tu pun satu hal..peminat tegar Slam agaknya.

Video Zamani dipaksa menyanyi ketika digari menjadi viral di laman sosial. Sehingga menimbulkan ketidakpuasan para netizen. Sampai ada yang suggest supaya keluarga Zamani saman saja polis tu..

(Sumber gambar: OhBulan)

Rabu, 7 Januari 2015

Persembahan Jalor hambar, Ogy pula kecewa Dikritik Penonton MLM 2014

PETALING JAYA: Pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) menyifatkan pihak yang mengkritik persembahannya bersama kumpulan Jalor di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) pada Jumaat lalu adalah golongan yang tiada ilmu seni persembahan.

Ogy, 53, berkata, dia tidak terkilan dengan komen-komen buruk yang diberikan namun sedikit terkejut apabila ada pihak bersikap kurang ajar dalam menulis komen-komen negatif.

"Dari dulu lagi saya dikritik dan saya masih bertahan dalam industri seni tempatan sehinggalah sekarang. Bagi yang mengkritik itu, adakah mereka telah membuat sesuatu yang boleh dibanggakan terhadap diri sendiri dan keluarga?

"Bagi saya mereka yang bercakap ini tidak reti seni persembahan. Kalau mereka cukup ilmu, ajarlah saya. Tetapi apabila ditanya begitu, tiada pula yang membalas komen saya itu.

"Ada yang bersikap kurang ajar cara mereka kritik dengan menggunakan kata-kata yang tidak sopan langsung. Saya suruh mereka siapkan peguam apabila saya membalas komen mereka," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Jumaat lalu, Ogy mendapat kritikan hebat daripada golongan netizen (internet citizen) apabila persembahannya sebagai artis jemputan bersama kumpulan Jalor iaitu Rahim, Along dan Joey dianggap terlalu berlebih-lebihan.

Pelakon dan pengacara itu juga dikritik kononnya dia menjadi punca utama persembahan kumpulan itu gagal  sehingga berada di tempat tiga tercorot.

Pada persembahan tersebut, Ogy dan Jalor telah membuat lakonan semula filem yang pernah popular tahun 1980-an, Azura, lakonannya bersama Jamal Abdillah.

Sementara itu, Ogy berkata, dia masih menerima kritikan daripada orang ramai  memandangkan masyarakat negara ini masih kurang faham mengenai persembahan lawak yang mempunyai pelbagai jenis.

Namun dia sedikit terkilan dengan juri yang memberi komen iaitu Datuk Jalaluddin Hassan yang menyifatkan persembahan tersebut agak kelam kabut dan berterabur.

"Saya hanya ingin persoalkan kritikan juri (Jalaludin). Tidakkah dia tahu bahawa persembahan yang dilakukan adalah berbentuk parody?

"Takkan juri tidak tahu watak dan dialog-dialog yang dikeluarkan daripada filem Azura yang dinamakan sebagai surprise element?

"Yang berkata saya cuba overshadow itu memang orang yang tidak faham mengenai energy level  sedangkan setiap pemain pentas wajib ada perkara itu," tegasnya.

Program MLM2014 disiarkan pada setiap Jumaat, pukul 10 malam, secara langsung di Astro Warna. - mstar

P/S: Gua pun tengok MLM hari tu..memang Ogy melebih2 dari Jalor..terlebih gali dah seni nya..Memang kena la dgn komen Datuk Jalal tu..nasib baik x der penyingkiran..klau ada, mungkin Jalor lah jd mangsa.

Sabtu, 8 November 2014

Yusof Haslam Anggap Wardina Tidak Matang Komen Isu Buli

PETALING JAYA: Presiden, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam menyifatkan kenyataan aktres Wardina Safiyyah menyalahkan filem-filem gengster tempatan sebagai punca terjadinya kes buli melibatkan pelajar sekolah di negara ini merupakan pendapat yang tidak matang.

Yusof berkata, sepatutnya sebagai seorang yang berpelajaran seperti Wardina, dia perlu berfikiran luas dan tidak menuding jari pada satu pihak tanpa mengkaji dahulu punca-punca gejala sosial itu berlaku.

"Saya tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana ia lebih berunsur emosi tanpa berfikir secara matang. Dia melihat pada skop di satu pihak sahaja.

"Kita juga sedia maklum, masalah gejala sosial ini sudah lama berlaku dan secara logiknya, adakah patut filem tempatan kita dipersalahkan?

"Bukankah banyak lagi akses lain yang lebih mudah terutamanya menerusi Internet untuk golongan remaja zaman kini untuk menonton video-video yang tidak sepatutnya?," soalnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Wardina menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis meminta agar penerbit filem-filem berunsur gengster supaya bertanggungjawab terhadap kes buli melibatkan pelajar sekolah yang semakin berleluasa di negara ini.

Wardina berkata, kebanyakan filem gengster yang ditayangkan memberi inspirasi kepada penonton untuk melakukan tindakan ganas sama seperti pelakon-pelakon popular di layar lebar.

Sementara itu. Yusof berkata, kenyataan Wardina itu dapat menjejaskan lagi industri perfileman negara yang sememangnya sedang 'nazak'.

"Kenyataan dia ternyata telah mengguris kebanyakan penggiat filem negara ini. Kalau orang negara luar tahu tentang isu yang timbul ini, mereka akan gelak, buat malu orang Malaysia saja.

"Ini kerana secara logiknya, filem-filem ganas tidak ada nilai untuk ditiru aksinya berbanding video-video di internet, di mana kanak-kanak pun boleh buka dan menontonnya jika tiada kawalan daripada ibu bapa," tegasnya.

Pada awal minggu lalu, tersebar sebuah klip video kes buli yang telah menjadi viral di Facebook.

Klip video selama lima minit itu dirakam di asrama dan dipercayai berlaku di sekolah berasrama penuh, menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki sedang dipukul oleh rakan sekolah mereka.

Selepas itu muncul pula video seorang remaja dipukul rakan-rakannya sehingga cedera. - mstar

Lazada kena maki oleh Awal Ashaari di Instagram

Sekarang ni dah jadi trend untuk membeli-belah menerusi atas talian sahaja kan? Sesetengah orang berpendapat bahawa ia lagi mudah dan menjimatkan masa.

Mana taknya, anda tak perlu nak tempuh jalan jam, tak perlu berpusing satu shopping mall untuk cari parking dan tak perlu untuk angkat barang berat-berat. Hanya dengan klik dan klik, semua barang akan dihantar terus ke rumah.

Tapi, setiap perkara mesti ada keburukannya. Terkini, pengacara popular, Awal Ashaari nampaknya dah naik angin dengan perkhidmatan online department store, Lazada yang telah membatalkan pesanannya.

Ini bukan kali pertama ya pihak Lazada membatalkan pesanan Awal, tetapi merupakan kali kedua dalam masa sebulan. Patutlah pun Awal naik berang.

Rasanya perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan Lazada supaya pembeli tidak hilang kepercayaan terhadap mereka. Al-maklumlah, Awal boleh dikatakan sebagai seorang selebiti yang agak berpengaruh juga. - ohbulan

Ahad, 2 November 2014

Foto: Rozita Che Wan Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Hari yang dinantikan sudah tiba. Pelakon wanita berusia 41 tahun ini akhirnya telah selamat melahirkan bayi perempuannya hari ini. Malah, kedua-dua mereka dilaporkan sihat.

Menurut laporan Hlive! lagi, Rozita Che Wan dikatakan selamat melahirkan anak hasil perkahwinannya dengan Zain Saidin itu pada pukul 2.18 petang tadi di Pusat Perubatan Ampang Puteri.

Menerusi foto yang dimuat naik oleh Ayu Raudhah, nampaknya tekaan kami mengenai kecomelan baby girl Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini memang tepat!

Namun, nama untuk si putih melepak ini masih belum didedahkan lagi. Khabarnya ia hanya akan diumumkan seminggu selepas hari kelahirannya. Tahniah diucapkan buat Che Ta dan Zain Saidin! - ohbulan

Selasa, 28 Oktober 2014

Sharnaaz sedia dipanggil 'sotong'

PELAKON kacak, Sharnaaz Ahmad, meminta agar peminat melupakan 'Jebat' seketika untuk memberi peluang kepada Farish menerusi drama terbaharunya, Suamiku Encik Sotong yang mula bersiaran sejak semalam.

Mengakui bukan mudah membawa watak lelaki lembut, Sharnaaz menganggap ia adalah pengorbanan dalam karier lakonan demi tuntutan watak.

"Ini adalah kali pertama saya mencabar diri untuk membawa watak seumpama ini. Malah saya mengambil masa sehingga dua bulan untuk menerima tawaran ini memandangkan watak ini jauh berbeza dengan diri saya. Namun, jalan cerita sangat menarik!

"Menerusi drama ini, saya turut mengorbankan imej dengan membiarkan perut sedikit buncit walaupun mempunyai pusat gimnasium sendiri. Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kepada penonton sekiranya lakonan kali ini tidak menjadi.

"Sehingga kini, saya tidak berani  menonton 'playback' takut timbul rasa tidak puas hati. Sejujurnya saya sudah mencuba sebaik mungkin. Kalau dulu orang panggil saya Jebat, sekarang saya bersedia dipanggil 'sotong'," katanya sambil ketawa.

Jelas Sharnaaz, drama ini bukanlah bertujuan mengeksploitasi golongan lelaki lembut, namun lebih kepada situasi di mana golongan ini sering dipergunakan orang lain.

"Dalam drama ini, saya sering menjadi mangsa Erica lakonan Amyra Rosli yang juga isteri saya sendiri. Namun, saya berkawan baik dengan Dhia (Hanis Zalikha) namun saya merahsiakan status saya daripadanya.

"Untuk mendalami watak ini, saya banyak melihat golongan ini bercakap termasuk kawan-kawan mekap artis dan memerhatikan cara berbual serta sikap mereka. Walaupun ia drama komedi, namun saya tetap memastikan hasil kerja saya terbaik dan buat betul-betul," katanya yang turut tampil bersama Nelydia menerusi drama, Setitis Kasih Darmia di TV9.

Drama arahan Eoon Shuhaini ini disiarkan setiap Isnin, 10 malam, di saluran Astro Ria dan Maya HD.

Selain kerjaya, Sharnaaz turut diheret dalam kancah kontroversi apabila dia menempelak wartawan akhbar (bukan Sinar Harian) berhubung artikel yang dikaitkan dengan kemalangan ngeri motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Karak hingga menyebabkan dua penunggang maut.

Tegas Sharnaaz, dia menyifatkan  penulis itu tidak menghormati keluarga si mati dan tidak berfikir panjang sebelum menulis.

"Arwah Zali (Hazalli Khalid, 32,) adalah sahabat saya dan saya juga dari golongan 'rider'. Jangan sesekali menulis tanpa asas yang kukuh sekiranya anda bukan dari golongan ini kerana anda tidak akan faham.

"Cuba anda berada di tempat itu, bagaimana rasanya? Jangan sesekali cuba guna bahasa 'double standard' yang boleh membawa kepada pemahaman negatif!," katanya lagi. - Sinar Harian

Khamis, 23 Oktober 2014

Konsert Mariah Carey di Stadium Merdeka Terbakar Dalam Hujan

Kehangatan konsert Mariah Carey yang berlangsung di stadium Merdeka malam tadi tiba-tiba bertukar suasana cemas seketika gara-gara berlakunya kebakaran kecil sewaktu diva Pop antarabangsa ini sedang rancak membuat persembahan pada konsert yang diberi nama 'The Elusive Chanteuse Show" Tour in Malaysia 2014'.

Insiden tersebut berlaku sewaktu penghibur berusia 45 tahun ini sedang mengakhiri nyanyiannya menerusi lagu 'Hero' dan sejurus itu pentas dipenuhi dengan percikan bunga api. Secara tiba-tiba percikan api tersebut menyambar bahagian bawah tirai yang melatari pentas dan menyebabkan kebakaran kecil. Mujur beberapa orang kru menyedari kebakaran tersebut lantas segera memadamkan api dan keadaan terkawal.

Ketika itu, Mariah yang baru saja menyudahkan nyanyiannya mahu memulakan interaksi bersama peminat. Namun interaksi tersebut terhenti sekejap apabila salah seorang kru datang kepada Mariah dan terus membawa beliau ke tepi pentas. Kelihatan kru tersebut berbisik sesuatu kepada penyanyi kelahiran Long Island, New York, Amerika Syarikat itu.

Percikan bunga api sebagai gimik sewaktu Mariah mengakhiri nyanyian lagu 'Hero', beberapa saat sebelum insiden tirai di pentas terbakar.Percikan bunga api sebagai gimik sewaktu Mariah mengakhiri nyanyian lagu 'Hero', beberapa saat sebelum insiden tirai di pentas terbakar.

Sebaik saja dimaklumkan oleh kru berkenaan mengenai kebakaran tersebut, Mariah dengan tenang terus berkata, "Oh, ada kebakaran rupanya di situ? (sambil menunjukkan ke arah tirai yang terbakar itu)".

"Ini bereeti konsert saya pada malam ini bukan saja diterangi dengan cahaya gemerlapan (sportlight, percikan bunga api), hujan tapi... juga ada kebakaran. Tak mengapa..., apa pun yang berlaku persembahan harus diteruskan juga", katanya sambil tersenyum lantas kedengaran sorakan semangat daripada para peminat.

Tayang Punggung
Sementara itu, walaupun hujan lebat turun sejak beberapa jam sebelum konsert sehinggalah sepanjang konsert berlangsung namun sikit pun tidak menghalang kira-kira 12,000 peminat Mariah membanjiri stadium.

Memulakan persembahan kira-kira jam 9.15 malam, Mariah membuka tirai konsert dengan lagu 'Fantasy', 'Touch My Body' dan 'Shake It Off'. Sepanjang konsert Mariah diiringi empat orang pemuzik, empat penyanyi latar dan lapan orang penari.

Seperkara yang menjadi perhatian penonton ialah penampilan ibu anak dua ini yang seksi. Mengenakan jacket dress pendek (paras punggung) bewarna hitam, dalam pada membuat persembahan sesekali diva kesayangan ramai sempat beraksi nakal apabila beliau 'secara spontan' membuat pose-pose yang agak menampakkan punggungnya yang montok. Setiap kali beraksi sebegitu, stadium gamat dengan sorakan peminat.

Namun selepas usai menyanyikan tiga lagu pertama, Mariah meninggal pentas seketika dan kemudian tampil dengan persalinan kedua, kali ini kelihatan lebih sopan. Kemudian keterujaan peminat diteruskan dengan persembahan lagu seperti 'Emotion', 'Cry', 'Fly Like A Bird' dan 'Lullaby of Birdland'. Sekali lagi Mariah mencuri perhatian penonton apabila dia membuat persembahan sambil duduk di atas sebuah piano.

Kalau sewaktu konsertnya di Tokyo, Jepun, awal Oktober lalu, Mariah teruk dikecam gara-gara persembahan vokalnya yang teruk sehingga beliau dikatakan beliau sudah tidak mampu menyanyi lagi. Namun menerusi persembahan pada konsert malam tadi Mariah setidak-tidaknya dapat menepis kritikan tersebut. Meskipun tidaklah kesemua lagu yang diperdengarkan disampaikan secara nyanyian live tetapi Mariah dilihat berusaha menampilkan sebuah persembahan yang terbaik buat para peminatnya.

Pujian juga harus diberikan pada penyanyi yang mempunyai suara mencapai lima octav kerana beliau tidak 'berat mulut', sebaliknya sentiasa mencari kesempatan berinteraksi dengan para penonton.

Tak kurang, peminat turut sama-sama menyanyi terutama apabila Mariah menyampaikan deretan lagu hitnya seperti 'My All', 'Heart Break'/ 'Beautiful', 'Honey', 'I'll Be There' dan 'Hero'.

Tapi sayangnya momentum kehangatan dan keterujaan penonton agak terhenti-henti kerana Mariah beberapa kali 'hilang' dari pentas sebaik saja selesai menyanyikan sesebuah lagu. Meninggalkan pentas dalam tempoh yang agak lama membuatkan ada sebahagian penonton sedikit demi sedikit mula angkat kaki dan meninggalkan stadium. Sedangkan konsert masih berbaki dalam 40 minit hingga setengah jam lagi.

Diakhir-akhir konsert, Mariah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila menyanyikan lagu 'Supernatural'. Apa yang membuatkan ramai penonton tersentuh hati adalah kerana menerusi lagu tersebut, persembahan Mariah turut diiringi video yang memperlihatkan gelagat anak-anaknya, si kembar Moroccan dan Monroe.

Seterusnya stadium kembali bergema apabila rata-rata peminat turut sama menyanyikan satu lagi lagu 'berhantu' Mariah berjudul 'We Belong Together'. Sejurus tamat lagu tersebut, Mariah terus meninggalkan pentas. Meskipun ramai peminat menjerit mahukan Mariah kembali tampil menyanyi lagi, namun beliau tidak juga muncul-muncul. Disebabkan itu, ramai yang beranggapan konsert telah tamat dan masing-masing mula beredar dari stadium.

Bagaimanapun, kira-kira 10 minit selepas itu, Mariah kembali muncul dengan persalinan gaun labuh berwarna silver dan menyampaikan lagu terakhir, 'Always Be My Baby'. Konsert The Elusive Chanteuse Show" Tour in Malaysia 2014 berakhir kira-kira jam 11.30 malam.

Konsert jelajah anjuran IME Productions ini diadakan bersempena pelancaran album terbaharunya berjudul 'Me. I Am Mariah...The Elusive Chanteuse'. Malaysia merupakan lokasi pertama bagi siri konsert jelajah di Asia Tenggara kali ini.

Begitu pun ini merupakan konsert kali kedua figura yang pernah diiktiraf sebgaia Artis Wanita Paling Berjaya dalam sejarah industri muzik Amerika Syarikat ini di tanah air selepas kali pertama beliau hadir menerusi konsert sulung, kira-kira 10 tahun lalu. - mD

Isnin, 20 Oktober 2014

#AF2014 : Hattan bengang Adel tersingkir, bertekad untuk bantu karier Adel selepas Akademi Fantasia

Siapa sangka pelajar paling konsisten setiap minggu akhirnya menjadi mangsa penyingkiran apabila undian tak berpihak kepada Adel di konsert ketujuh #AF2014 malam tadi.

Bukan korang je yang terkejut, kami yang berada di dewan MBSA pun turut terkesima dengan pengumuman yang dibuat. Mana taknya, ramai yang menjangkakan Adel antara pelajar yang bakal beraksi di pentas akhir nanti.

Nampaknya, pengetua #AF2014, Datuk Hattan pun turut kecewa dan bengang dengan keputusan tersebut.

Menurut Hattan, Adel tak sepatutnya tersingkir. Walaupun persembahannya malam tadi kurang menyengat, tetapi kawalan vokalnya sangat baik.
Adel merupakan pelajar yang konsisten setiap minggu. Malah, dari mula AF, dia seorang pelajar yang bagus. Saya rasa ini sangat kejam. Saya harap satu hari nanti, pengundi dapat berfikir dan lihat kembali persembahan pelajar yang lepas-lepas, konsisten atau tidak. Jika dia bagus, maknanya dia baguslah. 
Saya terbayang Adel adalah salah seorang finalis, tak pernah terlintas di fikiran bahawa Adel akan keluar. Tapi, apa yang boleh saya bantu, nama-nama ini akan saya bawa di setiap konsert saya. 
Mungkin saya akan berduet dengan Adel dan berikan dia peluang dalam industri kerana saya rasa perjalanan dia tak sepatutnya berakhir disini. Dia natural born singer, berilah lagu apa, dia tiada masalah.
Adel diumumkan sebagai pelajar AF2014 yang tersingkir pada minggu ke-7 
Tak mengapalah Adel. Perjalanan karier Adel sebenarnya baru bermula. Contohi Aizat Amdan, walaupun tersingkir di minggu ke-7, namanya tetap gah mengalahkan juara musim tersebut. - OhBulan

Khamis, 2 Oktober 2014

Cerita Disebalik Aliff Aziz Curi Dua Telefon Bimbit. Adakah Ini Perbuatan Sabotaj?

Aliff Aziz dituduh mencuri dua telefon bimbit pada Mei lalu. Benarkah dia yang melakukannya?

Penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz berdepan hukuman penjara 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 berikutan kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit.

Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila Aliff Aziz mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza.

Menurut kertas pertuduhan, Aliff, 23 tahun, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, didakwa mencuri dua telefon bimbit berjenama HTC one dan Samsung Note 1, yang setiap satu bernilai $800. Telefon itu dimiliki seorang individu bernama Yong Kit Siong. Aliff dikatakan mencuri telefon bimbit itu bersama seorang lagi lelaki bernama Muhammad Nurazlee Roslee pada atau sekitar 12.01 tengah malam pada 24 Mei lalu di kolong blok Blok 36 Tanglin Halt Road.

Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali. Aliff didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 16 Ogos lalu.

Susulan Daripada Itu, Khabar Angin Mengatakan Aliff Aziz Tidak Lagi Dibenarkan Untuk Keluar Daripada Singapura Gara-Gara Passport Miliknya Kini Ditahan Pihak Berkuasa.

Setakat ini pihak pengurusan Aliff di Malaysia masih kunci mulut tentang kejadian ini, mungkin mereka juga masih bingung untuk membantu. Sudah tentu perkara ini membabitkan undang-undang, kasihan juga melihat pihak Sony Music sendiri pasti ini sedikit sebanyak memberi kesan buat penyanyi di bawah naungan mereka itu.

Persoalannya, Sejauh Manakah Kebenaran Perkara Ini?

Dalam temubual eksklusif bersama Portal Murai, Aliff Aziz menjelaskan perbuatan itu sebenarnya dilakukan oleh rakannya, manakala dia dituduh bersubahat kerana berada di rumah rakannya itu selepas kejadian.

"Saya bayar SGD2000 adalah untuk "clearkan" kes ini agar memudahkan saya membuat urusan kerja saya di Malaysia. Undang undang di sini, sama ada saya mencuri atau pun tidak, saya juga dikenakan denda kerana disyaki subahat. Namun hakikatnya, saya tidak mencuri."

"Saya harap penjelasan saya dapat memulihkan semula imej saya yang tercalar. Saya teraniaya dengan sikap biadap rakan saya itu. Saya harap dia akan berubah," katanya yang dihubungi Murai bagi menjelaskan isu ini.

“Saya mengaku ditahan oleh pihak berkuasa ekoran kes kecurian telefon bimbit seperti mana didakwa tetapi saya tidak melakukan kesalahan itu. Teman saya itu sudah pun menerima pembalasan setimpal kerana dimasukkan ke penjara dan dijatuhkan hukuman," jelas Aliff Aziz.

Aliff Aziz turut memaklumkan yang passport antarabangsa beliau yang dirampas akan dipulangkan semula dalam seminggu dua lagi dan selepas itu beliau akan kembali ke Malaysia untuk jadual kerja seperti sebelum ini.

Ibu Kepada Aliff Aziz, S Hafiza Basharahil Mengambil Pendirian Tidak Mahu Mengulas Dakwaan Kes Anaknya Mencuri Telefon Bimbit Seperti Yang Dipaparkan Di Media Cetak Singapura
“Auntie tidak mahu beri sebarang komen, dikhuatiri akan bercanggah dan boleh mengganggu proses mahkamah. Maafkan Auntie, kena tanya Aliff sendiri mengenai dakwaan itu."

“Apa-apa pun Aliff kena jawab sendiri mengenai kes ini, Auntie mohon maaf sangat kepada semua pembaca dan peminatnya,” katanya. - Says

Sabtu, 27 September 2014

Panas! Abby Abadi dedah perbualan bekas suami dan rakan yang mengaibkan dirinya

Nampaknya pertelagahan Abby Abadi dengan bekas suaminya memang akan berpanjanganlah jawabnya. Buat yang ketinggalan, pada minggu lalu Abby telah pun membuat laporan polis mengenai Farhan yang didakwa ‘melarikan’ wangnya bernilai puluhan ribu ringgit.
Abby Abadi (via OhBulan)

Bagaimanapun, pagi tadi Farhan memberi kenyataan bahawa dia pernah cuba melangsaikan separuh hutangnya kepada Abby dengan bayaran RM5,000. Namun, Abby menolak dan mahu Farhan menjelaskan semua hutangnya sekaligus. 

Tapi, sekeping foto perbualan Farhan dengan rakannya nyata membuat kami terkesima. Siap ‘bahasakan’ Abby sebagai Abby ‘Ababi’ lagi. Agak biadab juga lah kan?


Ini lagi antara perbualan Farhan & kawan2 dia… Ada yg cakap Sy siarkan sebab nk malukan dia? Sy malukan dia ke atau dia yg cuba nk menjatuhkan maruah Sy sebelum ni?
Cuba baca tengok dia panggil Sy apa……. Nak lawan meh dtg jumpa lahhh.. sembang dalam FB dgn kawan2 je mcmana nk selesainya…..
Sejujurnya, Sy tak pernah dera dia.. tak pernah. Anak3 Sy pun Sy tak pernah dera… Nak dera dia utk apa? Pelik2 je statement Farhan ni tp ada je yg back up…..
Alahai….. Sekali lagi ulang: Sy disini utk jelaskan keadaan…… Sy nkkan hak Sy. Kalau ada jalan utk dptkan bgtahu ye….. Terima Kasih. Yg sudah tu sudah, yg berlalu biar berlalu ye Farhan ye…
Hal rumahtangga Sy takde cerita pun.. Tiada siapa pun tahu apa punca keadaan ni… main2 agak2 sendiri je.. Sekarang Sy cuma nkkan hak Sy…
SILA YE SELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN. Diammmm buat bodoh je… Bila siarkan di media, respon pun tunjuk kebodohan juga baik cal/msg Sy terus. Apapun Sy maafkan utk segala tuduhan sebelum ini & tulisan ini.
Bila dah terjadi perkara sebegini, ada juga yang mempersoalkan tindakan mengejut Abby dahulu untuk berkahwin dengan lelaki yang dianggap ‘tidak matang’ seperti Farhan.

Namun, segalanya telah ditentukan oleh Allah SWT dan nampaknya Abby tidak pernah berputus asa untuk mempertahankan haknya.

Mungkin dek kerana alasan itu, Abby juga telah memuat naik sekeping lagi foto komen Farhan yang dilihat sengaja mahu mengaibkan dirinya.
Ini antara print screen yg kawan sekolah Farhan hantar pd Sy ttg respon Farhan bila Sy siarkan di media ttg ‘hal2 yg bertangguh’ tu…. Mmg betullah tu akaun dia.. tp Sy taktahu sbb Sy dah tak ber Fb pun skrg… hanya di page & disini saja…
Sy dah ajak selesaikan cara baik… tp dia mmg lepas tangan mcm tu jer.. Bila media siarkan baru nk beri respon.. itupun bukan nak selesaikan. Burukkan Sy pula.
Mmg tiada ilmu langsung tentang tanggungjawab. Minta tengok cermin selalu ye Farhan & kawan2nya… Sy cuma minta hak Sy….. Sebelum nk keluarkan apa2 kenyataan, fikir dulu…. Kalau mampu nk jawab depan ALLAH nnti, teruskan
Erm..sebenarnya hanya mereka berdua sahaja yang tahu apa yang terjadi dalam sehinggakan Abby dan Farhan kini boleh diumpamakan seperti ‘anjing dan kucing’. Dua-dua tidak mahu mengalah dan saling bercakaran.

Apapun, kita ikuti sahajalah kisha seterusnya daripada mereka berdua. Mana tahu mungkin mereka boleh berbaik dengan cara aman damai pula selepas ini.

Sumber: Instagram Abby Abadi (via OhBulan)

Khamis, 25 September 2014

ND Lala hentam wartawan dalam sidang media, Shila Amzah sedia dipulau media berbahasa Melayu

Sidang media yang dianjurkan penyanyi Shila Amzah, 24, pada Rabu bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara penyanyi itu dengan pihak media berbahasa Melayu bertukar kepada serangan peribadi kepada segelintir pengamal media.

Bapa penyanyi itu, ND Lala menggunakan peluang tersebut menghentam beberapa wartawan dengan mengulas semula status-status di laman sosial peribadi mereka dan mempersoalkan kewajaran status tersebut dimuat naik.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah, 52, berkata, media melayu cuba membuat provokasi dan memainkan sentimen bangsa antara kaum Melayu dan Cina.

Walhal perkara tersebut dicetuskan sendiri oleh anaknya yang dulu dikenali sebagai Shila Tekno itu melalui laman Istagram bertarikh 15 September lalu.
Shila bersama bapanya, ND Lala (via mD)
"Anak saya Shila didakwa mengagungkan media berbahasa Cina dan menyelar tindakan media berbahasa Melayu yang tidak membuat liputan dan menyokong konsert pertamanya. Sebaliknya Shila menyindir media berbahasa Melaysia lebih cenderung membongkar cerita peribadi dan kontroversi mengenainya termasuk isu cinta berbanding liputan berkaitan kerjaya. Fitnah atau fakta? " ujarnya pada sidang media yang diadakan di Mega Music, Cheras.

ND Lala turut mempertikaikan pencapaian wartawan-wartawan tersebut yang kononnya tidak setanding jika dibandingkan dengan apa yang telah dikecapi oleh anak kebanggaannya yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia.

Penyanyi Era 90an itu turut berucap mengingatkan kepada tetamu yang hadir yang kebayakkannya terdiri daripada 90 peratus media berbahasa Cina itu beberapa kejayaan Shila yang patut diberi perhatian dan diingati.

Sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh wakil-wakil media itu juga dilihat tidak mendapat sambutan media-media utama berbahasa Melayu, sebaliknya dipenuhi oleh segelintir peminat fanatik penyanyi tersebut yang diberi peluang bersama-sama menyaksikan sidang media itu.

Setelah dua jam sidang media berlangsung dengan dikendalikan oleh bapanya, Shila akhirnya muncul pada sesi soal jawab.

Shila yang menafikan tentang konsert tersebut mendapat tajaan daripada sebuah syarikat perjudian menganggap ia sebagai satu fitnah buat dirinya dan keluarganya.

Tambahnya, dia sangat tersinggung dengan laporan sebuah akhbar yang menyebut konsert sulung yang berlangsung pada 13 September lalu itu ditaja oleh syarikat judi.

"Saya sangat tersinggung dengan laporan sebuah akhbar yang mendakwa konsert saya ditaja oleh syarikat judi. Itu betul-betul mencalar reputasi saya sebagai seorang yang berhijab dan pada ayah saya yang sentiasa menyokong budaya dan agama. Saya tak boleh terima langsung perkara tersebut.

"Kalau anda (pihak media berkenaan) tidak boleh menulis sesuatu yang baik tentang saya, lebih baik lah jangan menulis apa-apa. Kalau pun anda tak suka dengan saya, anda boleh cakap terus pada saya tapi jangan kaitkan dengan ibu bapa saya", jelasnya.

Sementara itu, mengenai tindakannya memuat naik semula (re-post) status seorang peminat di Instagram (@shilahamzah_photography) yang mempersoalkan kehadiran media Melayu pada konsert tersebut sehingga tercetusnya kontroversi ini, Shila berkata, dia mempunyai pendapat sama dengan peminat yang tidak dikenali itu.

Dalam pada itu, Shila yang mempertahankan pendirian yang dianggap berada ditempat benar itu mengakui hanya memohon maaf atas dasar dirinya lebih muda daripada pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.

Namun dia menegaskan tidak sesekali memaafkan fitnah yang dilakukan terhadap dia dan keluarga.

Dia juga bersedia jika pihak media benar-benar mahu memulau atau boikot dari diberikan sebarang publisiti di media berbahasa Melayu. - mD

Ahad, 24 Ogos 2014

Adira nekad berhijab semula selepas sekian lama

Kemunculan penyanyi Adira Suhaimi, 23, di Balai Berita, Selasa lalu, mencuri perhatian ramai. Sejak bila penyanyi cantik berkulit putih gebu ini bertudung?
Adira cantik gebu bertudung (imej via hmetro)
Itulah soalan pertama ketika menyambut kedatangan Adira. Dengan senyuman manis, anak jati Ranau, Sabah ini menjelaskan, dia baru berhijab dan sengaja tidak memaklumkan kerana mahu buat kejutan apabila bertemu. 
Kata Adira, hasrat bertudung sudah lama tersimpan, cuma baru kini benar-benar bersedia melaksanakan kewajiban itu. Nyata langkah dilakukannya membawa ketenangan di hati, malah sangat selesa dengan imej barunya. 

“Ahad lalu, saya tiba-tiba rasa mahu pakai tudung apabila bangun tidur. Saya tanya pada diri, bila lagi mahu melaksanakan kewajiban ini. Saya mengadap cermin dan terus pakai tudung. Seharian di rumah saya bertudung.

“Perubahan itu tentu menggembirakan keluarga saya, lebih-lebih lagi mak. Esoknya, saya pulang ke ibu kota dan terus berhijab sampai sekarang.

“Saya nekad berhijrah dan rasa sangat selesa dengan perubahan ini. Sikit pun tak rasa kekok kerana di bangku sekolah dulu pun memang bertudung,” katanya. - hmetro
Adira bertudung (imej via hmetro)

Nabila bakal jadi 'Saloma'

Beralih pada perkembangan karier lakonannya yang terbaharu, ibu kepada seorang anak ini bakal muncul dengan filem biografi Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul ‘Saloma’ arahan Melissa Saila yang bakal menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini.

Berkongsi cerita mengenai lakonannya, Nabila akui pada awalnya dia berasa takut untuk membawa tanggungjawab memegang watak Saloma kerana merasakan dirinya belum cukup layak.

“Sebelum terpilih untuk memegang watak Saloma, saya dipanggil untuk uji bakat. Tapi tidak sangka pula saya terpilih untuk pikul tanggungjawab membawa watak Saloma sendiri,” ujarnya.

Nabila memberitahu dia banyak melakukan kajian mengenai Saloma sebagai persediaannya membawa watak itu.

“Selain mencari dan memahami perjalanan hidup Saloma di internet, saya cuba dapatkan nasihat daripada ahli keluarganya bagi memastikan saya menterjemahkan watak itu dengan baik.

“Walaupun kurang yakin, tapi bila sudah bersiap sedia dengan solekan dan kostum, secara bersahaja saya dapat menjiwai watak itu dan merasakan Saloma begitu dekat dengan diri saya,” katanya.

Selain Nabila, filem yang bakal ditayang menerusi Astro First Eksklusif, 28 Ogos ini menampilkan Tony Eusoff sebagai Tan Sri P Ramlee, Azhan Rani (AR Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak). - Sinarharian

Rabu, 30 Julai 2014

Nedim jawab kenapa bertopeng di jalan TAR bersama Nora Danish

Setiap kali menjelang perayaan, antara tempat yang menjadi tumpuan atau oleh dikata 'syurga' membeli belah sudah semestinya Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Malah ramai selebriti terkenal gemar ke sana untuk membeli belah.

Baru-baru ini, pasangan sensasi Nora Danish dan Nedim Nazri juga turut ke jalan TAR. Namun, apa yang lebih menjadi tumpuan kerana pasangan ini dilihat memakai topeng untuk menutup sebahagian dari wajah mereka.

Nedim menerusi Instagram miliknya telah memuat naik foto dia dan Nora Danish sedang sibuk membeli-belah.

Bagaimanapun, tindakan pasangan ini memakai topeng mengundang rasa tidak senang dikalangan pengikutnya di Instagram. Hinggakan ada yang membuat kesimpulan bahawa Nora dan Nedim sengaja berbuat begitu demi tidak diganggu.

Dek kerana kritikan yang diterima, Nedim tampil menjelaskan bahawa dia dan Nora memakai topeng bertujuan untuk menjaga kesihatan.

Katanya, ketika itu Nora tak berapa sihat dan dia perlu menitikberatkan soal kesihatan terlebih dahulu. Iya tak ya juga kan. Dengan keadaan jerebu sekarang ini, topeng muka antara perlindungan paling berkesan sekali.

sumber : OhBulan.com

Ahad, 8 Jun 2014

Profile semua ahli EXO #26MonthswithEXO

EXO merupakan boyband K-Pop dari Korea Selatan dan berada di bawah naungan syarikat hiburan S.M. Entertainment. Boyband dengan jumlah anggota sebanyak 12 orang ini ditubuhkan pada tahun 2011 dan terbahagi kepada dua sub kumpulan iaitu Exo-K dan Exo-M yang mempersembahkan music dalam bahasa Korea dan Mandarin.
Kumpulan EXO

Berikut merupakan profil semua ahli EXO (Exo-K):

BaekHyun
Full Name: Byun Baek Hyun
Position: Main Vocalist
Birthday: May 6, 1992
Height: 174 cm
Languages: Korean


D.O
Full Name: Do Kyung Soo
Position: Lead Vocalist
Birthday: January 12, 1993
Height: 173 cm
Blood Type: A
Languages: Korean, English


SuHo
Full Name: Kim Joon Myun
Position: Lead Vocalist, Leader (of EXO-K)
Birthday: May 22. 1991
Height: 176 cm
Blood Type: AB
Languages: Korean


Kai
Full Name: Kim Jong In
Position: Main Dancer, Vocalist, Lead Rapper, Visual
Birthday: January 14, 1994
Height: 182 cm
Blood Type: A
Languages: Korean


ChanYeol
Full Name: Park Chan Yeol
Position: Main Rapper, Vocalist
Birthday: November 27, 1992
Height: 185 cm
Blood Type: A
Languages: Korean


SeHun
Full Name: Oh Se Hoon
Position: Lead Dancer, Rapper, Maknae (of EXO-K)
Birthday: April 12, 1994
Height: 181 cm
Blood Type: O
Languages: Korean



Berikut merupakan profil semua ahli EXO (Exo-M):

Chen
Full Name: Kim Jong Dae
Position: Main Vocalist
Birthday: September 21, 1992
Height: 178 cm


LuHan
Position: Lead Vocalist, Lead Dancer, Visual
Birthday: April 20, 1990
Height: 178 cm
Blood Type: O
Hometown: Beijing Haidian, China
Education: Beijing Haidian Foreign Language Experimental School 


Kris
Full Name: Wu Yi Fan
Nickname: Kevin Li (English Name), Cowbody, Male God
Position: Lead Rapper, Vocalist, Leader (of EXO-M)
Birthday: November 6, 1990
Height: 187 cm
Blood Type: B
Hometown: Vancouver, Canada
Languages: Cantonese, Mandarin, Korean, English
Education: Beijing Haidian Foreign Language Experimental School


Lay
Full Name: Zhang Yi Xing
Position: Main Dancer, Vocalist
Birthday: October 7, 1991
Height: 179 cm
Weight: 60 kg
Blood Type: A
Home Town: Changsha, Hunan, China
Languages: Chinese, Korean
Educations: Hunan Normal University High School


Tao
Full Name: Huang Zi Tao
Nickname: Edison Huang (English name)
Position: Main Rapper, Vocalist, Maknae (of EXO M)
Birthday: May 2, 1993
Height: 183 cm
Weight: 64 kg
Birth Place: QingDao, China
Languages: Cantonese, Mandarin, English
Education: University of Hong Kong


XiuMin
Full Name: Kim Min Seok
Nickname: Lil’ Fattie, Bao Zi (Little Bun)
Position: Lead Vocalist
Birthday: March 26, 1990
Height: 176 cm
Languages: Korean, Chinese


Sumber: 
http://en.wikipedia.org/wiki/Exo_(band)
http://kpopcolorcodedlyrics.wordpress.com/exo-members-and-profiles/


Lagi Info Menartik: