KUALA LUMPUR: Dua orang ‘ratu pondan’ daripada Malaysia menyertai pertandingan Ratu Cantik Pondan Antarabangsa 2014 (Miss International Queen 2014) yang diadakan di Pattaya, Thailand.
Dua orang peserta itu adalah Cicie Sinclair dan Hendra yang mewakili Malaysia dalam pertandingan kecantikan terbesar di dunia. Pertandingan ratu cantik itu secara jelas telah mempromosikan hak-hak transeksual dan wanita.
Acara ini sudah menjadi acara tahunan dan dikenali sebagai Miss International Queen. Pertandingan ini disertai ‘ratu-ratu’ cantik dari seluruh dunia termasuk Malaysia.
Bagi tahun ini, selain Malaysia, 19 negara lain turut menghantar wakil mereka bagi merebut kejuaraan. Antara negara yang turut menyertai pertandingan ratu cantik pondan itu adalah dari negara Filipina, Brazil, Venezuela, Mongolia, Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat.
Dalam pertandingan itu, peserta dari Venezuela, Isabella Santiago berjaya untuk bergelar juara dan meraih hadiah wang tunai sebanyak RM41,800. Malah, pemenang pada tahun ini juga berhak untuk memilih menjalani pembedahan kosmetik secara percuma.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan telah mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan. Beliau berkata, keinginan untuk berpakaian seperti wanita dan diiktiraf sebagai seorang wanita dikenal pasti sebagai sebahagian masalah dari segi perubatan dan tiada rawatan farmakologi atau terapi psikologi yang telah dibuktikan secara saintifik bagi mengatasi masalah seperti itu.
Hishamudin berkata, penghidap GID akan terus hidup dalam keadaan tidak pasti, sengsara dan rasa malu sekiranya Seksyen 66 masih dikuatkuasakan dan menurutnya, ketetapan itu telah mewujudkan keadaan tidak selamat dan terdedah kepada penghinaan dalam kehidupan lelaki Islam yang menghidap GID.
“Undang-undang sedia ada menghukum golongan transeksual yang mempamerkan gender mereka, mencemarkan maruah dan nilai individu yang menghidap GID dalam masyarakat kita. Seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak mereka untuk hidup secara bermaruah seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sekiranya nilai mereka sebagai anggota masyarakat diketepikan,” katanya. - FMT
Ini dia wajah dua 'ratu cantik' Malaysia tersebut...pergh!! memang lah cantik....tapi...lu pikir la sendiri
(Kredit foto: www.missinternationalqueen.com via FMT)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan