Selepas tragedi kapal Metrojet, pusat peranginan Sharm el-Sheikh kini sunyi sepi tanpa pelancong | Boros Di Aralom

Isnin, 9 November 2015

Selepas tragedi kapal Metrojet, pusat peranginan Sharm el-Sheikh kini sunyi sepi tanpa pelancong

Tragedi kapal terbang Metrojet yang terhempas di Sinai telah memberi kesan mendalam terutamanya terhadap industri pelancongan Mesir. Nahas tersebut dikatakan didalangi oleh tentera ISIS yang mendakwa bahawa mereka telah menembak jatuh pesawat Metrojet itu sekaligus membunuh kesemua 224 penumpang termtasuk anak kapal. Kebanyakkan daripada penunmpang pesawat tersebut merupakan warganegara Russia. 

Insiden nahas ini sekaligus hampir melumpuhkan industri pelancongan Mesir apabila syarikat-syarikat penerbangan membatalkan penerbangan ke Sinai. Laluan ini merupakan laluan terkenal pesawat yang membawa pelancong ke pusat peranginan terkenal Mesir, Sharm el-Sheikh. Kawasan ini menjadi tumpua utama pelancong Russia dan Britain dengan purata 4 juta pelancong setahun. Namun selepas kejadian nahas Metrojet, jumlah pelancong yang datang merudum jatuh sehingga 70% dalam tempoh beberapa minggu sahaja.

Pusat peranginan Sharm el-Sheikh yang dulunya riuh dengan pelancong kini menjadi sunyi sepi.

Sharm el-Sheikh looks like an abandoned ghost town

Suasana tepi pantai dan spa kini lengang.

Employees wait for customers at a cafe in Naama bay area at the Red Sea resort of Sharm el-Sheikh, November 8, 2015. Egypt's Tourism Minister said Cairo regretted the suspension of flights and was doing all it could to secure its airports and tourist sites, adding that he would fly to Sharm al-Sheikh to oversee measures to support tourists there. REUTERS/Asmaa Waguih

Penduduk jati yang paling terkesan dengan nahas ini pastinya di kalangan peniaga-peniaga tempatan yang hanya bergantung kepada para pelancong yang menjadi pelanggan kepada jual-jualan mereka. 

A vendor (front) and employees for excursion trips wait for customers in Naama bay area at the Red Sea resort of Sharm el-Sheikh, November 8, 2015. Egypt's Tourism Minister said Cairo regretted the suspension of flights and was doing all it could to secure its airports and tourist sites, adding that he would fly to Sharm al-Sheikh to oversee measures to support tourists there. REUTERS/Asmaa Waguih

Pusat peranginan Sharm el-Sheikh yang dahulunya gah sebagai pusat tumpuan pelancong kini hampir menjadi 'ghost town' yang sunyi tanpa pelancong. Adakah kegemilangan Sharm el-Sheikh akan pulih semula atau sebaliknya? Dulu, kota Bali juga mengalami nasib yang hampir sama selepas peristiwa pengeboman sebuah kelab malam yang didalangi oleh Jemaah Islamiyah. Tapi kini, kegemilangan kota Bali sebagai salah satu destinasi pelancongan terkenal di dunia sudah pulih seperti sedia kala.


Tiada ulasan: