Hebat dan menakjubkan! Jika anda sedang bergelut dengan masalah penglihatan atau pun mempunyai saudara mara dan sahabat handai yang buta, mungkin boleh dirujuk kepada lelaki ini untuk mendapatkan rawatan. Bukan sahaja pantas malah hasil rawatannya juga sangat memuaskan sehingga doktor pakar dari negara Barat juga sangat kagum.
Lelaki dari Nepal bernama Dr. Ruit ini dilaporkan telah menyembuhkan lebih 120,000 pesakit buta dengan jayanya. Apa yang lebih menarik lagi ialah dia hanya mengenakan bayaran serendah RM100 atau USD25 untuk satu mata. Kos ini adalah beratus kali ganda lebih murah jika dibandingkan dengan kos rawatan di negara Barat.
Rawatan yang dilakukan oleh Dr. Ruit ini menggunakan kaedah tradisional dan modern. Kebanyakkan pesakit yang datang kepadanya mempunyai masalah katarak yang teruk sehingga tidak mampu melihat lagi namun dengan sentuhan ajaibnya, para pesakit ini mampu melihat dengan jelas semula dalam masa 24 jam selepas menjalani pembedahan selama lima minit.
Antara pesakit Dr. Ruit yang bersorak gembira selepas mampu melihat semula |
Dr. Ruit datang dari keluarga miskin di pedalaman Nepal dan telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Ophthalmology di India. Disebabkan latar belakang hidup nya ini, dia telah bertekad untuk membantu sebanyak mana pesakit yang boleh dibantu pada kadar yang sangat rendah.
Kini, kaedah pembedahan yang lebih dikenali sebagai 'Nepal Method' ini telah mendapat perhatian pakar dari Barat dan ramai pakar yang datang berguru dengan Dr. Ruit. Ini kerana Dr.Ruit hanya menggunakan mesin-mesin perubatan asas yang fungsinya setanding dengan mesin-mesin mahal dan canggih yang banyak digunakan di hospital besar.
Inilah yang dinamakan sebagai doktor sebenar. Merawat bukan kerana wang tapi merawat kerana tanggungjawab kemanusiaan. Tak ramai doktor seperti Dr,Ruit pada zaman sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan