Lagi penemuan pelik di planet Marikh, seekor tikus gergasi | Boros Di Aralom

Sabtu, 14 November 2015

Lagi penemuan pelik di planet Marikh, seekor tikus gergasi

Saban hari, kita sering dihidangkan dengan berita-berita atau penemuan-penemuan baru yang kononnya diperoleh dari planet merah atau lebih dikenali sebagai planet Marikh.

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai penemuan alien di planet Marikh tapi tak tau ianya benda hidup atau benda mati. Terkini, satu lagi foto dari NASA menunjukkan penemuan baru iaitu seekor tikus gergasi.
Objek menyerupai tikus gergasi ditemui di Marikh
Dari foto tersebut, agak jelas yang ianya menyerupai seekor tikus dan agak jelas juga yang ianya adalah batuan yang menyerupai tikus. Kat bumi ini pun banyak juga batuan yang menyerupai benda hidup. Jadi apa yang nak dihairankan sangat? 


Jadi, sehingga kini masih belum ada bukti-bukti kukuh yang menyatakan bahawa terdapat hidupan yang mendiami planet Marikh. Walaupun ada penemuan terbaru yang menyatakan bahawa terdapatnya sumber air di planet tersebut namun tak ada penemuan sahih lagi tentang hidupan bernyawa.


Tiada ulasan: