Indonesia merupakan salah satu negara yang mempunyai undang-undang paling ketat dalam memerangi penyalah-gunaan dadah. Sehingga kini, Indonesia memang tidak teragak-agak untuk memberi hukuman tembak sampai mati terhadap pesalah-pesalah yang terlibat dengan pengedaran dadah.
Sekadar gambar hiasan |
Namun di sebalik undang-undang ketat ini, Indonesia juga mempunyai masalah penjaga penjara yang dikatakan mudah diberi rasuah sehingga ramai banduan boleh bolos dari penjara dengan mudah. Jadi, untuk mengelakkan masalah ini terus berlaku, pihak penguasa penjara Indonesia kini merancang untuk menggunakan buaya hidup untuk mengawal penjara.
Menurut ketua agensi anti-dadah Indonesia, Budi Waseso, menjadikan buaya sebagai pengawal penjara mampu mengelakkan banduan daripada terlepas dengan mudah. Ini kerana buaya tidak akan menerima rasuah. - Metro
P/S: Selain buaya, apa kata letak sekali harimau sumatera..tentu para banduan fikir seribu kali nak bolos penjara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan