Wow, memang serupa! Lelaki ini bina robot menyerupai actress seksi Scarlett Johansson | Boros Di Aralom

Ahad, 3 April 2016

Wow, memang serupa! Lelaki ini bina robot menyerupai actress seksi Scarlett Johansson

Korang kenal tak dengan actress jelita Hollywood bernama Scarlette Johansson? Huh..kalau korang ni peminat filem aksi Avengers..memang pasti korang kenal. Bagi yang tak kenal..ni hang belanja gambar sebenar Scarlett Johansson.
Scarlett Johansson (sumber: mr google)
Mungkin disebabkan kecantikan dan populariti Scarlett ini, seorang lelaki dari Hong Kong sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit semata-mata untuk membina robot yang menyerupai pelakon jelita tersebut. Ricky Ma, 42, bukan sahaja berjaya menghasilkan robot yang persis menyerupai Scarlette malah turut berjaya membuatkan robot bernama Mark 1 itu berkata-kata.
Mark 1 menyerupai Scarlett (sumber)
Menurut sumber, Ricky Ma telah membelanjakan lebih $50,000 (sekitar RM200,000) untuk menghasilkan robot tersebut dalam tempoh setahun setengah. Dia menggunakan rangka yang dicetak dalam bentuk 3D sebelum membuat lapisan silikon yang berfungsi sebagai kulit luaran robot tersebut. Menurut Ricky, dia memang meminati dunia robotik sejak dari kecil dan kini dia berpuas hati apabila cita-citanya untuk menghasilkan robot tercapai.
Ricky dengan robot Scarlett
Jika diamati secara kasar, memang robot yang menyerupai Scarlett Johansson ini tidak jauh beza dari Scarlett yang sebenar. Ianya boleh bergerak seakan akan seperti manusia dan boleh pula berkata-kata. 
The real Scarlette
Wah...jangan saja tetiba ada yang masuk angin kat otak dan jatuh cinta dengan robot ini. Entah aktres mana pula yang bakal dibuatnya menjadi robot lepas ini yer? 

Tiada ulasan: