Boros Di Aralom: Berita Kesihatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Kesihatan. Papar semua catatan

Rabu, 6 Mac 2013

Nutrilite Shape Up hebat tapi...

Nutrilite, produk Amway
Siapa yang pernah guna Nutrilite? Benda ni adalah salah satu produk Amway kalau tak silap saya. Bagus untuk kecantikan kulit, kuku, mengurangkan risiko kanser dan baik untuk mengurangkan berat badan berlebihan. Sekarang ni tengah sibuk dengan promosi peraduan Nutrilite Shape Up yang menawarkan hadiah utama RM6000 beserta voucher produk Amway.

Tadi dah belek-belek dia punya T&C di laman Nutrilite dan memang menarik bagi mereka yang nak cuba 'menyihatkan' lagi tubuh atau 'mencantikkan' lagi penampilan diri. Kalau nak ikut, kena bentuk kumpulan, 3 orang satu kumpulan dan mestilah terdiri daripada golongan-golongan yang ada semangat untuk mengurangkan berat badan. Agaknya peraduan ini macam ala-ala program Biggest Loser tu. Tempoh 10 minggu bertanding dan kena timbang berat sebelum dan selepas. Memang menarik.

Tapi, kalau nak ikut, mesti beli produk Nutrilite Shape Up Pack sebagai syarat kemasukan. Harganya..ermm..RM1490..('__')Oh Mak Kau!! Okay lah, selamat berjaya kepada yang mengikuti peraduan Nutrilite ini ya..

Rabu, 4 Julai 2012

Mengatasi nafsu sesama jenis yang sangat menebal

Dilema 'gay'. (sekadar gambar hiasan)
KUALA LUMPUR: Bukan mudah untuk membimbing lelaki yang bernafsu terhadap kaum sejenis kerana mereka selesa dan tidak takut berdepan masyarakat disebabkan aktiviti berkenaan sukar dikesan.
Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh berkata, pengalamannya selama 25 tahun berdepan pelbagai kes berkaitan homoseksual mendapati, keinginan golongan itu untuk memuaskan nafsu mereka sangat menebal dalam diri kerana mereka sudah merasai kelainan hubungan berbanding perkahwinan normal antara lelaki dan wanita.

Menurutnya, di dalam sesetengah kes pemulihan, ada pengadu yang berpatah balik kepada kegiatan lama akibat tidak tahan pengaruh rakan ditambah mereka boleh berselindung di mata masyarakat. “Ini masalahnya kerana mereka bebas bergerak melakukan aktiviti terbabit. Siapa sangka mereka berkelakuan sumbang kerana sama jantina, tetapi ini ruang yang mereka ada kerana masyarakat tidak mengesyaki apa-apa.

“Saya juga berdepan pengadu yang memberhentikan sesi pemulihan selepas bertahun-tahun hanya kerana tidak tahan pelawaan rakan sejenis, akibatnya mereka terjerumus semula walaupun sudah hampir pulih,” katanya.

Selain itu, katanya, ibu bapa perlu memastikan mereka sentiasa rapat dan menjadi pendengar kepada masalah anak bagi menyelami masalah mereka serta menghindari daripada terbabit kancah tidak sihat seperti gejala homoseksual dan amalan songsang lain.


Hushim berkata, pendekatan itu perlu dipraktikkan sejak dari mula kerana ia faktor penting dalam menentukan hala tuju hidup anak-anak selain ia tuntutan hidup berkeluarga terbaik seperti diamalkan Rasulullah SAW.

Menurutnya, ia sebagai satu pendekatan menghapuskan gejala tabiat seks di luar tabii yang menular di Malaysia sejak sekian lama namun ia dikesan semakin membimbangkan sejak lima tahun kebelakangan ini.

Katanya, kajiannya dalam kes berkaitan mendapati, tiga daripada 10 lelaki di Malaysia cenderung untuk mengadakan hubungan sesama jenis dan ia berpunca daripada beberapa faktor antaranya sejarah lampau dan didikan ibu bapa.

“Ada yang kurang mendapat kasih sayang ayah dan keluarga sejak kecil menyebabkan mereka beralih kepada alternatif lain iaitu rakan dan sahabat baik,” katanya. - Sumber: myMetro

Selasa, 3 Julai 2012

Curang punca sakit jantung?

Tekanan akibat cuba sembunyi hubungan sulit
Rome: Kecurangan bukan hanya membawa keruntuhan perkahwinan tetapi turut meninggikan risiko serangan jantung, kata penyelidik Itali. Penilaian beberapa kajian terdahulu mengenai punca kecurangan dan kesannya mendapati lelaki berisiko berdepan masalah kesihatan berkaitan kardiak apabila curang dengan isteri. 

Kajian di Jerman menunjukkan kebanyakan lelaki yang mati ketika melakukan hubungan seks adalah yang menjalin hubungan sulit dan bertemu perempuan simpanan jauh dari rumah. Ia menunjukkan kematian tiba-tiba ketika melakukan hubungan seks lebih kerap terjadi apabila lelaki mengunjungi perempuan simpanan berbanding ketika bersama isteri. 

Penulis penilaian itu, dari Universiti Florence, bermula dengan meneliti kesusasteraan perubatan untuk kertas penyelidikan termasuk perkataan ‘tidak setia’, ‘hubungan luar nikah’, ‘kecurangan’ dan ‘lelaki.’

Analisis menunjukkan serangan jantung, termasuk yang membawa kematian, jarang berlaku apabila lelaki melakukan hubungan seks dengan isteri di rumah. 

Namun apabila mereka mula menjalin hubungan sulit, bahaya semakin meningkat. 
Kajian di Jerman menunjukkan kebanyakan lelaki yang mati ketika melakukan hubungan seks adalah yang menjalin hubungan sulit dan bertemu perempuan simpanan jauh dari rumah. 

Arteri yang tersumbat menjadi punca lebih satu pertiga kematian - tuntutan fizikal ketika melakukan seks dikatakan punca lemak yang terkumpul dalam arteri pecah.

Serangan jantung adalah punca utama kematian, lapor Journal of Sexual Medicine. Ada kemungkinan tekanan cubaan menarik perhatian dan memuaskan wanita lebih muda berbanding isteri juga adalah puncanya. - Agensi - Sumber: Berita Harian