Boros Di Aralom: kesihatan mental
Memaparkan catatan dengan label kesihatan mental. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan mental. Papar semua catatan

Rabu, 4 Julai 2012

Mengatasi nafsu sesama jenis yang sangat menebal

Dilema 'gay'. (sekadar gambar hiasan)
KUALA LUMPUR: Bukan mudah untuk membimbing lelaki yang bernafsu terhadap kaum sejenis kerana mereka selesa dan tidak takut berdepan masyarakat disebabkan aktiviti berkenaan sukar dikesan.
Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh berkata, pengalamannya selama 25 tahun berdepan pelbagai kes berkaitan homoseksual mendapati, keinginan golongan itu untuk memuaskan nafsu mereka sangat menebal dalam diri kerana mereka sudah merasai kelainan hubungan berbanding perkahwinan normal antara lelaki dan wanita.

Menurutnya, di dalam sesetengah kes pemulihan, ada pengadu yang berpatah balik kepada kegiatan lama akibat tidak tahan pengaruh rakan ditambah mereka boleh berselindung di mata masyarakat. “Ini masalahnya kerana mereka bebas bergerak melakukan aktiviti terbabit. Siapa sangka mereka berkelakuan sumbang kerana sama jantina, tetapi ini ruang yang mereka ada kerana masyarakat tidak mengesyaki apa-apa.

“Saya juga berdepan pengadu yang memberhentikan sesi pemulihan selepas bertahun-tahun hanya kerana tidak tahan pelawaan rakan sejenis, akibatnya mereka terjerumus semula walaupun sudah hampir pulih,” katanya.

Selain itu, katanya, ibu bapa perlu memastikan mereka sentiasa rapat dan menjadi pendengar kepada masalah anak bagi menyelami masalah mereka serta menghindari daripada terbabit kancah tidak sihat seperti gejala homoseksual dan amalan songsang lain.


Hushim berkata, pendekatan itu perlu dipraktikkan sejak dari mula kerana ia faktor penting dalam menentukan hala tuju hidup anak-anak selain ia tuntutan hidup berkeluarga terbaik seperti diamalkan Rasulullah SAW.

Menurutnya, ia sebagai satu pendekatan menghapuskan gejala tabiat seks di luar tabii yang menular di Malaysia sejak sekian lama namun ia dikesan semakin membimbangkan sejak lima tahun kebelakangan ini.

Katanya, kajiannya dalam kes berkaitan mendapati, tiga daripada 10 lelaki di Malaysia cenderung untuk mengadakan hubungan sesama jenis dan ia berpunca daripada beberapa faktor antaranya sejarah lampau dan didikan ibu bapa.

“Ada yang kurang mendapat kasih sayang ayah dan keluarga sejak kecil menyebabkan mereka beralih kepada alternatif lain iaitu rakan dan sahabat baik,” katanya. - Sumber: myMetro

Khamis, 5 Januari 2012

Prinsip Asas Kesihatan Mental Wanita

Berbincang mengenai kesihatan mental, kita perlu memahami bahwa kita tidak semestinya berbicara mengenai penyakit mental. Memelihara kesihatan mental samalah seperti kita memelihara kesihatan fizikal tubuh badan temasuklahpemakanan, senaman, dan sebagainya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wanita yang mempunyai kesihatan mental yang baik mempunyai keupayaan menjalin dan mengekalkan perhubungan yang baik dengan orang lain, berupaya mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan berkeupayaan menyumbang kepada masyarakat.

Menurut Polisi Kebangsaan Kesihatan Mental Malaysia pula, seorang wanita yang mempunyai kesihatan mental yang baik seharusnya boleh berinteraksi dengan orang lain dan persekitarannya dan dia merasa selesa dengan dirinya sehingga membolehkan dirinya berperanan secara optimum dalam kehidupan. Dalam proses ini, seseorang wanita perlu menggunakan keupayaan pemikiran, emosi dan keupayaan berinteraksi dengan orang lain ke arah pencapaian matlamat tertentu hidupnya. Secara lebih terperinci, seseorang wanita yang sihat mempunyai ciri-ciri atau prinsip asas kesihatan mental wanita seperti di bawah ini:

1. Rasa selesa dengan diri sendiri.
Menghormati, realistik, bertolak ansur, berupaya menerima kekecewaan, tidak terlalu emosi, berupaya mengendalikan banyak situasi.

2. Rasa selesa dengan orang lain.
Boleh mempercayai orang lain dan orang lain juga boleh mempercayainya, rasa diri sebahagian daripada masyarakat, mempunyai rasa tanggungjawab terhadap orang lain, dan memahami serta menghormati perbezaan yang terdapat pada orang lain.

3. Berupaya memenuhi tuntutan hidup.
Menggunakan bakat dan kebolehan secata optimum, merancang masa depan dengan yakin dan tidak mempunyai ketakutan masa depan, melalui segala pengalaman hidup dan idea-idea baru, meneria tanggungjawab denga hati yang terbuka, serta melakukan sesuatu apabila berhadapan dengan masalah dan berupaya menyesuaikan diri apabila perlu.

Demikianlah tiga prinsip utama ataupun prinsip asas kesihatan mental wanita.
(sumber: Panduan Menjaga Kesihatan Wanita oleh Hanizam Abd  Ghani, Marhani Midin & Ruzana Zam Zam)


  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI