Boros Di Aralom: Berita Politik
Memaparkan catatan dengan label Berita Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Politik. Papar semua catatan

Khamis, 2 Ogos 2012

Pakatan Cipta Tema Merdeka Sendiri, "Sebangsa, Senegara, Sejiwa"

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said berkata tema tersebut dipilih setelah menghalusi sebanyak 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.

"Akhirnya kami putuskan untuk pilih satu slogan yang turut kami ubah dan disesuaikan," katanya yang menambah, slogan itu berdasarkan cadangan individu bernama Alhaimi Adam.

"Kerajaan belum tentu akan terima, tapi kena ingat bahawa (cadangan tema) ini datang daripada rakyat," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali (foto) berkata, Pakatan juga akan membincangkan sekiranya akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan dengan tema alternatif tersebut, sekiranya kerajaan pusat enggan menukar tema kontroversi "Janji Ditepati".

"Kita akan bincang (dengan) negeri terlibat dan harap kerajaan (persekutuan) akan guna slogan ini," katanya lagi dalam sidang media tersebut. - Sumber - Malaysiakini :MalaysianDigest

Khamis, 5 Julai 2012

Guan Eng Denies Affair, Says 'I'm No Soi Lek'

Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR: Chief Minister Lim Guan Eng (pic) has finally broken his silence on recent allegations that his wife Betty Chew assaulted his former staff member.

Lim said the allegation was a result of BN and MCA's character assassination while denying that he had an affair with his former staff and that his wife assaulted anyone.

"Let my wife and me prove in court that MCA lied, that Lim Guan Eng is not (MCA president) Dr Chua Soi Lek," said Lim, in reference to Chua’s admission of an extramarital affair in December 2008.

Referring to Duyong state assemblyperson Gan Tian Loo’s allegation at the Melaka state legislative assembly on Monday, Lim said it was an abuse of assembly immunity.

He challenged Gan, who is Melaka MCA chief, to repeat the allegations outside the state legislative assembly so that he and his wife can take legal action against him for defamation.

"Gan has abused the Melaka assembly privilege and immunity by making false allegations of a private moral scandal against me and my wife,” said Lim, reading from a prepared statement at a press conference in Penang today. - Sumber: Malaysian Digest

Rabu, 4 Julai 2012

Anwar, Azmin dan Chegubard Terima Dakwaan Baru

DSAI
KUALA LUMPUR-Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin menerima satu lagi tuduhan tambahan hari ini, berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 duduk bantah pada 28 April lalu.
Ketiga-tiga mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan tiga lagi ahli PKR lain — Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder and Farhan Ibrahim — termasuk penyokong Bersih kerana melanggar perintah mahkamah yang menghalang penggunaan Dataran Merdeka untuk perhimpunan duduk bantah 28 April lalu menuntut pilihan raya adil dan bersih. - Malaysian Insider - Sumber: Malaysian Digest