Boros Di Aralom: Bersih
Memaparkan catatan dengan label Bersih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bersih. Papar semua catatan

Isnin, 31 Ogos 2015

Peserta demo #Bersih4 tak matang, otak cetek kata Najib

Kah Kah Kah....bravo Najib..bravo...teruskan buat lawak..

Sejak semalam, beribu-ribu penunjuk perasaan berdemonstrasi di ibu negara untuk mendesak perdana menteri meletakkan jawatan ekoran kontroversi 1MDB serta sejumlah RM2.6 bilion derma yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata meskipun pihak polis telah mengisytiharkan acara itu menyalahi undang-undang, dan ia tidak dibenarkan tetapi mereka tetap meneruskan. Malah, Najib turut menggambarkan peserta himpunan BERSIH 4 sebagai “tidak matang” dan “berminda cetek” sekali gus memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang serta pengkhianat yang mahu memusnahkan negara. -mkini

Rabu, 4 Julai 2012

Anwar, Azmin dan Chegubard Terima Dakwaan Baru

DSAI
KUALA LUMPUR-Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin menerima satu lagi tuduhan tambahan hari ini, berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 duduk bantah pada 28 April lalu.
Ketiga-tiga mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan tiga lagi ahli PKR lain — Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder and Farhan Ibrahim — termasuk penyokong Bersih kerana melanggar perintah mahkamah yang menghalang penggunaan Dataran Merdeka untuk perhimpunan duduk bantah 28 April lalu menuntut pilihan raya adil dan bersih. - Malaysian Insider - Sumber: Malaysian Digest