Boros Di Aralom: Berita Teknologi
Memaparkan catatan dengan label Berita Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Teknologi. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Mac 2013

Spesifikasi Samsung Galaxy S4


Yaii, Samsung dah keluarkan model terbaru telefon pintar S siries mereka iaitu Samsung Galaxy S4. Harga Samasung Galaxy S4 ini mesti meletup kat Malaysia. Berikut adalah spesifikasi Samsung Galaxy S4 ini yang baru dilancarkan di New York.
reka bentuk Samsung Galaxy S4
Dimensi: 69.8 x 136.6 x 7.9mm
Berat: 130g
Skrin: 5” Full HD Super Amoled Display; 441ppi
Bateri: 2,600mAh (v2,100mAh for the S3)
Memory: 2GB RAM
Kamera: 13mp autofocus 1080p/2mp rear camera
Warna: White frost/black mist
Storage: 16/32/64GB + microSD
OS: Android 4.2.2 Jelly Bean

Features:
Dual shot – using both front and rear camera – dual video too
Sound in shot (9s of sound included per photo) 
Drama shot – burst photo in one picture
Eraser shot; removes moving objects
GIF files can be created from cinema photo
New Galaxy camera wheel interface
Story album and integration with Blurb
Translation built in to email and chat
Chat – screen share, 3 way, dual camera and annotations shared
Share music with up to 8 devices
Pair devices directly for gaming without data connectivity
Airview: Information preview, video preview, speed dial, magnifier and flipboard – airview with fingers hovering above the screen
Air browse, Air Jump: gestures, such as waving your hand over device, to browse and scroll
Smart pause and smart scroll: pauses video if you turn away from the screen and scrolls if you tilt the device as you’re looking at it
Automatically recognises business cards and QR codes, including translation
Built-in remote control
Pedometer; walking and running plus temp and humidity
Integrated samsung hub for music video books etc
S band, body scale, heart-rate monitor

p/s: yea..confirm lepas Samsung Galaxy S4 ini keluar kat Malaysia, harga Samsung Galaxy S, SII, dan SIII pun akan merudum jatuh...haha..tunggu..

Jumaat, 25 Januari 2013

Garfu Pintar ini boleh tahu anda kuat makan

HAPIfork, garfu pintar terbaru
Teknologi makin maju. Kini ada garfu pintar yang boleh tahu adakah seseorang itu makan terlalu banyak.

Garfu pintar bernama HAPIfork ini tahu betapa cepatnya anda makan dan membantu anda mengurangkannya melalui getaran dan lampu indikator.

Ianya boleh digunakan bersama telefon pintar yang menerima data statistik dari garfu itu. Biasanya anda akan merasa kenyang 20 minit selepas makan, jadi semakin cepat anda makan, semakin banyak yang anda makan. Pengeluar garfu ini mendakwa bahawa semakin perlahan anda makan, semakin cepat anda merasa kenyang. Jadi, garfu ini boleh menbantu anda mengurangkan pengambilan kalori.

HAPIfork ini diperkenalkan kepada umum semasa Consumer Electronics Show di Las Vegas.

Iklan Sisipan: Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Khamis, 24 Januari 2013

Tune In janji bagi balik duit

Antara kelebihan sim kad Tune In
Rasanya ramai yang dah tahu banyak tentang sim kad telefon Tune In ini. Katanya,ada beberapa sebab kenapa pilihan ini memang gempak.

Pertama, kadar terendah. Rendah sangat ke? 16 sen bercakap seminit, 5 sen satu sms, 25 sen untuk hantar satu gambar, dan 5 sen per MB..ingat, ianya untuk ke SEMUA jenis nombor. Kecuali nombor ekor. Hmm, boleh tahan. Kedua, Tune In sediakan tune talk points yang boleh ditebus dengan flight Air Asia atau Biggies Point. Bagi sesiapa yang ada Tune2Big Visa card tu memang arif la pasal ini. Ketiga, mereka tawarkan aplikasi pintar. Boleh baca lebih lanjut kat laman Tune In. Keempat, ada perlindungan insurans sehingga RM100,000. Hanya perlu maintain top up RM30 sebulan..wah menarik ini! Kelima, pengguna boleh tukar nombor bila anda dah bosan dengan nombor lama. Tak perlu tukar sim kad. Untuk tahu lebih terperinci, boleh layari laman web Tune In.

Dan yang paling menarik, Tune In janji bagi balik duit kalau pelanggan tidak puas hati dengan perkhidmatan mereka. Tapi kena ikut cara yang ditetapkan. Contohnya, kena simpan statement penggunaan Tune In selama tiga bulan dan kalau pengguna masih tidak puas hati dengan kadar SMS atau MMS atau data internet, boleh minta duit anda semula.

So, bagaimana sekarang, rasanya tidak rugi juga kalau mencuba perkhidmatan ini. Kalau tak puas hati kelak, boleh minta duit balik. Kepada anda yang sudah mencuba perkhidmatan Tune In ini, sila la kongsi pengalaman anda pula? Puas hati ke?


Iklan Sisipan: 
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Jumaat, 3 Ogos 2012

Facebook tempat intip bekas kekasih

OTTAWA: Kira-kira sembilan daripada 10 pengguna Facebook menggunakan kemudahan rangkaian sosial itu untuk mengintip aktiviti bekas kekasih masing-masing.

Tesis sarjana seorang mahasiswa Universiti Ontario Barat menunjukkan, 88 peratus pengguna Facebook memeriksa halaman bekas kekasih mereka untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Kajian mendapati, ramai pengguna Facebook mendaftar masuk ke laman sosial popular itu menggunakan akaun rakan mereka bagi memudahkan aktiviti mengintip dilakukan.

Sesetengah mereka juga memadamkan gambar yang boleh mengingatkan kepada detik bercinta.

Sebahagian pengguna Facebook pula membaca kembali catatan yang dimuatkan dalam akaun bekas kekasih masing-masing.

Selain itu, ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk merosakkan hubungan bekas kekasih dengan orang lain. Penulis tesis itu, Veronika Lukacs, berkata dia membuat analisis mengenai Facebook kerana ia memberi kesan sosial yang serius. Kata Veronika, 25. hampir setiap pengguna Facebook melakukan aktiviti mengintip bekas kekasih itu. “Kajian sama menunjukkan, 48 peratus pengguna Facebook terus bersahabat dengan bekas kekasih mereka, manakala 74 peratus pula cuba mengetahui setiap perkembangan buah hati bekas kekasih mereka,” katanya. - DM - Sumber: myMetro