OTTAWA: Kira-kira sembilan daripada 10 pengguna Facebook menggunakan kemudahan rangkaian sosial itu untuk mengintip aktiviti bekas kekasih masing-masing.
Tesis sarjana seorang mahasiswa Universiti Ontario Barat menunjukkan, 88 peratus pengguna Facebook memeriksa halaman bekas kekasih mereka untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Kajian mendapati, ramai pengguna Facebook mendaftar masuk ke laman sosial popular itu menggunakan akaun rakan mereka bagi memudahkan aktiviti mengintip dilakukan.
Sesetengah mereka juga memadamkan gambar yang boleh mengingatkan kepada detik bercinta.
Sebahagian pengguna Facebook pula membaca kembali catatan yang dimuatkan dalam akaun bekas kekasih masing-masing.
Selain itu, ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk merosakkan hubungan bekas kekasih dengan orang lain. Penulis tesis itu, Veronika Lukacs, berkata dia membuat analisis mengenai Facebook kerana ia memberi kesan sosial yang serius. Kata Veronika, 25. hampir setiap pengguna Facebook melakukan aktiviti mengintip bekas kekasih itu. “Kajian sama menunjukkan, 48 peratus pengguna Facebook terus bersahabat dengan bekas kekasih mereka, manakala 74 peratus pula cuba mengetahui setiap perkembangan buah hati bekas kekasih mereka,” katanya. - DM - Sumber: myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan