Tune In janji bagi balik duit | Boros Di Aralom

Khamis, 24 Januari 2013

Tune In janji bagi balik duit

Antara kelebihan sim kad Tune In
Rasanya ramai yang dah tahu banyak tentang sim kad telefon Tune In ini. Katanya,ada beberapa sebab kenapa pilihan ini memang gempak.

Pertama, kadar terendah. Rendah sangat ke? 16 sen bercakap seminit, 5 sen satu sms, 25 sen untuk hantar satu gambar, dan 5 sen per MB..ingat, ianya untuk ke SEMUA jenis nombor. Kecuali nombor ekor. Hmm, boleh tahan. Kedua, Tune In sediakan tune talk points yang boleh ditebus dengan flight Air Asia atau Biggies Point. Bagi sesiapa yang ada Tune2Big Visa card tu memang arif la pasal ini. Ketiga, mereka tawarkan aplikasi pintar. Boleh baca lebih lanjut kat laman Tune In. Keempat, ada perlindungan insurans sehingga RM100,000. Hanya perlu maintain top up RM30 sebulan..wah menarik ini! Kelima, pengguna boleh tukar nombor bila anda dah bosan dengan nombor lama. Tak perlu tukar sim kad. Untuk tahu lebih terperinci, boleh layari laman web Tune In.

Dan yang paling menarik, Tune In janji bagi balik duit kalau pelanggan tidak puas hati dengan perkhidmatan mereka. Tapi kena ikut cara yang ditetapkan. Contohnya, kena simpan statement penggunaan Tune In selama tiga bulan dan kalau pengguna masih tidak puas hati dengan kadar SMS atau MMS atau data internet, boleh minta duit anda semula.

So, bagaimana sekarang, rasanya tidak rugi juga kalau mencuba perkhidmatan ini. Kalau tak puas hati kelak, boleh minta duit balik. Kepada anda yang sudah mencuba perkhidmatan Tune In ini, sila la kongsi pengalaman anda pula? Puas hati ke?


Iklan Sisipan: 
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Tiada ulasan: