Boros Di Aralom: Gambar Pelik
Memaparkan catatan dengan label Gambar Pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gambar Pelik. Papar semua catatan

Rabu, 23 Mei 2012

Gambar kerbau sebagai haiwan peliharaan dalam rumah


Siapa suka kucing, tak hairan lah kalau kat rumah dia tu banyak kucing. Siapa suka anjing, maka tak hairan juga kalau kat rumah dia tu banyak anjing menyalak sana sini. Dan...siapa suka kerbau, agak tak menghairankan juga kalau dia ada pelihara kerbau. Tapi kalau letak kerbau tu dalam rumah...erm...macam mana ya? 
(link)
Memang bertuah punya kerbau kat atas ini dijadikan sebagai haiwan peliharaan dalam rumah. Sekali dia berak..nah..ambik kau. Entah kerbau spesis apa haiwan ini. Tak macam kerbau nenek saya kat kampung dulu.

Khamis, 19 April 2012

Gambar cupcake perisa serangga..nak satu?


Wanita dalam gambar ini, Margot van Rooyen, seorang pelajar dari University of Wageningen di Belanda, memakan cupcake yang dicampurkan dengan serangga. Saintis di universiti tersebut menyatakan bahawa serangga mampu menyediakan sumber terbaik protein untuk memenuhi keperluan populasi yang semakin meningkat. (link)


Kasino på nett

Isnin, 16 April 2012

Gambar Rapunzel dalam dunia sebenar



Gadis berumur 12 tahun, Natasha Moraes de Andrade, dari Brazil ini sering dikenali sebagi Rapunzel dalam dunia sebenar. Natasha memiliki rambut sepanjang 5 kaki 2 inci.


Menurut sumber, Natasha tidak akan memotong rambut tersebut sehingga suatu masa kelak. Apabila tiba masa yang sesuai, dia akan memotong rambutnya itu dan akan menjualnya dengan harga yang tinggi. (link)

Kasino på nett

Sabtu, 14 April 2012

Gambar-gambar sekitar festival Songkran sempena sambutan tahun baru di Thailand dan Myanmar


Tahun baru di Thailand dan Myanmar disambut dalam satu festival unik yang dipanggil Festival Songkran. Festival ini juga dikenali sebagai festival air di mana mereka akan berlawan air sesama mereka. Berikut adalah antara gambar-gambar sekitar sambutan Songkran yang dipetik dari laman The Telegraph.







Kasino på nett

Rabu, 11 April 2012

Inilah dia perokok paling tegar


Amboi..extrem juga perokok ini. Entah berapa ratus batang rokok dalam tu.
Anyway, sebenarnya kaedah seperti yang ditunjuk dalam gambar ini adalah salah satu kaedah rawatan penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, dan pengawalan simptom ADHD. Namun demikian, kaedah ini sebenarnya mengundang banyak persoalan dan perbahasan terutamanya di kalangan para ahli perubatan. (link)

Kasino på nett

Selasa, 10 April 2012

Gambar telur direbus dengan air kencing di China

Ianya kedangaran pelik tetapi memang benar berlaku. 
Proses mengumpul air kencing

Air kencing yang dikumpulkan dalam baldi
Sebuah pekan kecil yang terletak di wilayah Zhejiang, China iaitu Dounia mempunyai satu amalan pemakanan pelik. Apabila tiba musim luruh, mereka akan menikmati hidangan telur yang dierbus dengan menggunakan air kencing kanak-kanak. Makanan tersebut dikenali sebagai Tuntszydan atau "Egg Boy".
Peniaga sedang menuang air kencing ke dalam belanga yang dipenuhi telur

Telur sedang direbus
Air kencing yang digunakan sememangnya menggunakan air kencing kanak-kanak yang berumur sekitar sepuluh tahun. 
Siap untuk dimakan
Masyarakat tempatan percaya bahawa telur rebus sedemikian mempunyai nilai perubatan yang istimewa kerana ia mengandungi bahan yang boleh mengurangkan suhu badan dan menghentikan pendarahan. Dikatakan juga bahawa telur rebus itu boleh meningkatkan aliran darah dan menguatkan sistem imuniti. (link)


Gambar anak-anak ayam berwarna pelik


Pernah nampak anak ayam berwarna warni macam ini? biasanya kita selalu nampak yang berwarna putih, kuning dan hitam. Kalau yang macam dalam gambar ini, tiada rasanya...
Tapi sebenarnya, anak-anak ayam ini telah diwarnakan bulunya sempena sambutan Easter di Amman, Jordan, lalu. Comel jugak...macam angry birds gitu.


Kasino på nett

Isnin, 9 April 2012

Gambar-gambar monyet bergaya macam model

No wonder la kenapa Darwin mengatakan manusia ini berasal dari beruk @ monyet. Rupanya mereka pun pandai gak bergaya ala-ala model gitu..
Gaya ibu mithali

Gaya jelingan manja menggoda..tergoda ke??

Gaya tunjuk otot bina badan
Haha..sehebat manapun beruk beruk @ monyet monyet kat atas ini bergaya, tapi saya takkan mengaku diri ini berasal dari monyet..lol (link)

Kasino på nett

Khamis, 5 April 2012

Wow..budak ini setinggi menara Eiffel di Perancis


Gambar ini tidak diedit atau diphotoshop. Ianya memang real. Apa yang membuatkan budak perempuan itu nampak seperti sama tinggi dengan menara Eiffel ialah kerana jarak.

Sama juga dengan gambar real kat bawah ini.

Macam ada orang berdiri kat atas bekas mr.potato tu kan..orang kenyit kot..

Selasa, 3 April 2012

Kerusi pantai yang akan beri anda kepuasan maksimum

Nak pergi 'sunbath' kat pantai tak? bawalah kerusi macam ini. Confirm dapat nikmat dan kepuasan maksimum.
Tapi..nak bawa pakai apa pulak? treler pun tak mungkin boleh muat..huhu

Kasino på nett

Kerusi pantai yang akan beri anda kepuasan maksimum


Nak pergi 'sunbath' kat pantai tak? bawalah kerusi macam ini. Confirm dapat nikmat dan kepuasan maksimum.
Tapi..nak bawa pakai apa pulak? treler pun tak mungkin boleh muat..huhu


Kasino på nett

Isnin, 2 April 2012

Gambar Tak Ditapis sekitar protest 'naked bike' di Brazil

Berikut adalah beberapa gambar di sekitar 'naked bike protest' di Brazil. Memang tak bertapis gambar-gambar ini yang diperoleh dari laman Metro.uk. Antaranya:-











Ada berani buat protest mengaibkan diri macam ini??? apa pun itu adalah hak mereka dan cara mereka untuk bersuara.

Gambar Ubi berbentuk kaki manusia..unik


Ubi yang mempunyai bentuk aneh seakan-akan kaki manusia ini dibeli oleh seorang wanita di Quanzhou, China. - The Telegraph

Nak makan pun lain macam saja.

Jumaat, 27 Januari 2012

Gambar-gambar haiwan yang akan mencairkan jiwa anda


Awwwwww...comelnya..
Sedia bertolak sekarang..

Elelele...malu-malu konon. Nak main sorok-sorok ya.

Tengok apa tu?


Tidur dengan nyenyak..zzZZZzzZzz


Macam patung si Mr. Bean


Inilah dia LionCat


Baby zirafah yang comel..macam ni rupanya zirafah masa dia kecik


Amboi..romantiknya


%^&*#%..speechless..yaii!!


Kekadang...khinzir pun kiut juga..

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang

Klik iklan ini kalau suka entri :)

Isnin, 23 Januari 2012

This is real! Larian seluar dalam


Agak pelik tapi ianya benar. Larian yang dikenali sebagai Kona Underpants Run ini merupakan acara larian tahunan di Kailua-Kona, Haiwaii.
Pasangan pengantin baru Kris dan Rebecca Carpenter ini juga turut menyertai larian tersebut.

Peminat Elvis Presley pun ada...

Whoa..kontingen dari Jepun juga turut memeriahkan lagi larian tersebut dengan seluar dalam yang unik melambangkan negara mereka.

Macam-macam ragam. tak kira saiz..


Klik iklan ini kalau suka entri :)
Your Ad Here

Ahad, 22 Januari 2012

Anak babi ini mempunyai dua mulut dan dua hidung


Babi kembar siam


Menurut huffinftonpost.com, anak babi ini dilahirkan di Deshengtang, Jilin, utara China, dan dinamakan sebagai 'Xiaobao' atau dalam bahasa manjanya 'babe'. Menurut pemiliknya, Li Zhenjun, Xiaobao ini menghadapi kesukaran untuk makan disebabkan oleh 'kecacatannya'.


Klik iklan ini kalau suka entri :)
Your Ad Here