Boros Di Aralom: Harga Minyak Naik
Memaparkan catatan dengan label Harga Minyak Naik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harga Minyak Naik. Papar semua catatan

Selasa, 31 Januari 2017

Tebus Mata Ganjaran #PetronMiles dengan minuman tin jer

Sebelum saya membebel lembut, marilah kita sama-sama bertafakur sejenak dengan berita kenaikan harga minyak petrol dan diesel di negara kita yang tercinta ini berkuatkuasa esok bersamaan 1 February 2017....alaa..tak banyak, 20sen jer...adoiyai...~ tak banyak kepala hotak kau!!

Ok, daripada asyik menyalahkan Pak Jib..apa kata kita lihat perkara perkara positif di sekeliling kita pula..biar hati tenang dan tenteram gitu,,hari ini saya nak cerita pasal Petron Miles. Ya, saya ini pengguna setia minyak Petron sejak ia wujud beberapa tahun lalu selepas 'membaham' ESSO. Di awal kewujudannya, Petron dah pun melaksanakan program #PetronMiles untuk pengguna setia mereka. Dengan setiap pembelian, pengguna boleh mengumpul mata dengan menggunakan kad Petron Miles. Anda boleh memperolehinya secara percuma di mana-mana stesen Petron. Setiap RM1 yang dibelanjakan akan memberi 1 mata untuk anda. Tapi mata ini hanya boleh dikumpul melalui pembelian petrol atau diesel saja tau..kalau beli barang makanan or minyak pelincir kat dalam kedai Petron, memang tidak akan dapat apa-apa mata ganjaran...habuk pun tak dak.
Kad Petron Miles...dah lapuk tapi masih berguna

Hari ini semasa pulang dari tempat kerja, saya sengaja menyinggah stesen Petron dekat Rugarding sana...walaupun ura-ura kenaikan harga minyak sudah tersebar secara meluas, namun stesen itu tidaklah begitu padat dengan kereta...tak tahulah pula macam mana keadaannya sekarang. Selain mengisi minyak, saya mengambil peluang itu untuk menebus mata ganjaran Petron Miles. Jumlah terkumpul tak lah begitu banyak, sekitar 2000 point saja. Ngam-ngam masa ni, mereka sedang buat promosi penebusan mata ganjaran. Antaranya ialah minumah tin soya, 100plus, Nescafe white coffee, milo dalam kotak dan milo packet. Saya pilih 100plus, soya dan Nescafe..dalam 2000point tu, saya menebus semuanya dengan 6 tin 100plus, 6 tin soya dan 4 tin nescafe. Err...sikit tapi kalau saya minta dengan korang...belum tentu korang mau bagi...hahaha

Walaupun promosi penebusan petron miles itu tak lah gempak sangat tapi saya rasa berbaloi lah juga kalau kita jadi pengguna setia kan. Dapat juga kumpul point yang boleh kena convert jadi minuman tin. Selain menebus mata ganjaran Petron Miles dengan minuman tin, anda boleh juga menebus dengan isian petrol / diesel. Kumpul sehingga 3000 point dan tebus dengan isian minyak bernilai RM45. Sebelum ini, saya memang suka menebus mata ganjaran petron dengan isian semula minyak tapi kali ini nak tukar angin pula..nak merasa minuman tin ber tin tin pula.
Inilah minuman tin yang bertin-tin

Cara menebus mata ganjaran Petron Miles ini tersangatlah mudah..hanya bawa kad Petron Miles dan pergi lah jumpa cashier kat kaunter tu. Cakap nak tebus mata ganjaran. Pastikan jumlah mata ganjaran itu mencukupi sebelum pergi kaunter. Alaaa..senang ja nak cek, korang boleh cek melalui resit pembelian minyak atau melalui online di laman web Petron Miles gitu. Kalau tak suka minuman tin dan isian semula minyak..kumpul lah point sebanyak mungkin...nanti boleh lah tebus dengan gadget-gadget canggih juga.
Santapan malam..hasil tukaran mata ganjaran Petron Miles

Sekian perkongsian dari saya mengenai Petron Miles ini. Teringin juga nak menebus mata ganjaran dengan beras atau minyak masak tapi kat stesen tu tiada offer pulak dah..mungkin pasal penarikan subsidi minyak masak lah penyebabnya...huh!! Dulu ada..sekarang tiada...kesian!

Lagi Info Menarik:

Khamis, 2 Oktober 2014

Harga petrol, diesel naik 20 sen - Ustaz Kazim hentam barisan kepimpinan Najib

Harga petrol RON95 dan diesel akan dinaikkan mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan hari ini menurunkan subsidi minyak dan diesel sebanyak 20 sen, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menurut KPDNKK, harga petrol akan naik kepada RM2.30 seliter daripada RM2.10 sekarang dan diesel RM2.20 daripada RM2.

"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," kata kenyataan KPDNKK  itu.

Menurut KPDNKK, langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
KPDNKK berkata, dengan pengurangan subsidi ini, kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan golongan tidak bertanggungjawab.

"Pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, dengan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan.

"Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara," kata KPDNKK.

Menyedari langkah rasionalisasi subsidi itu akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat, KPDNKK berkata kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif bagi meringankan beban terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian BR1M yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak.

Kali terakhir kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel ialah tahun lepas iaitu sebanyak 20 sen mulai 3 September 2013.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan ia salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan yang ketika itu menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan tahun lepas ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen pada tahun lepas itu bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel. – 1 Oktober, 2014. - TMI


Korang senang hati ker harga minyak naik? Pastinya tidak....lainlah kalau korang ni tokey minyak Petronas..gua pun risau juga macam Ustaz Kazim Elias ni..siap hentam barisan kepimpinan Najib lagi tu..jom tengok komen Ustaz Elias di laman sosial ni.



Ni belum masuk GST lagi tau..adoyyaii..matai no baino..