Boros Di Aralom: Edisi Ekonomi
Memaparkan catatan dengan label Edisi Ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Ekonomi. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Oktober 2016

#Budget2017 Penuh ‘Gula-gula’, Muhyiddin keluar sebab tak bersedia dengar bajet ‘tak realistik’ Najib

Bekas timbalan perdana menteri itu tidak yakin segala peruntukan yang diumumkan akan dipenuhi
Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengikuti bajet tahun ini buat pertama kali sebagai pembangkang berkata beliau turut melangkah keluar dewan bersama ahli Parlimen lain kerana apa yang ditawarkan Bajet 2017 tidak realistik.

“Saya tidak bersedia mendengar apa-apa penjelasan lagi kerana saya percaya apa yang akan disampaikan itu tidak memberikan gambaran kedudukan realistik.

“Rakyat digula-gulakan dengan tawaran tertentu tetapi sebenarnya kerajaan tidak punyai dana,” katanya di luar Dewan Rakyat ketika ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berlangsung.

Najib yang juga menteri kewangan hari ini membentangkan bajet berjumlah RM260.8 bilion, dengan pelbagai imbuhan kepada penjawat awam di samping mengumumkan peruntukan lebih bagi kemajuan luar bandar.

Ucapan Najib bagaimanapun diganggu pembangkang yang mengangkat sepanduk “Siapa MO1?”, merujuk gelaran yang disebut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam saman sivil menyita aset 1MDB.

Muhyiddin berkata pelbagai tawaran imbuhan yang diumumkan tidak mungkin dapat dipenuhi.
“Tidak realistik. Walaupun zahirnya tawaran BR1M dan sebagainya, isu pokok ialah sumber dana negara merosot dan bagaimana menyelesaikan hutang dan tanggungan yang banyak,” kata presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

“Hasil negara tidak mungkin dapat menampung sejumlah besar pembiayaan dan tanggungan.”
Katanya, berdasarkan pengalaman berada dalam kerajaan dulu, segala peruntukan yang diumumkan pada bajet tidak semestinya akan diberikan.

“Saya pernah ada dalam kerajaan. Pada masa belanjawan dahulu, jumlah wang besar diperuntukkan kepada kementerian, tetapi bila sampai waktu mohon, ada saringan, ada EPU, ada treasury, akhirnya peruntukan tidak diberikan kepada kementerian,” katanya.

Menurut Muhyiddin, Najib gagal menjelaskan bagaimana hutang negara akan ditangani, termasuk hutang berbilion dolar melibatkan 1MDB.

“Sepatutnya perdana menteri beri penjelasan dalam belanjawan ini supaya rakyat yakin apa yg dibentang boleh dilaksanakan,” katanya.

“Isunya ialah rasuah, ketirisan, kehilangan wang yang banyak, tidak langsung disentuh”. - FMT

Lagi Info Menarik:

Selasa, 3 November 2015

Cara memohon pinjaman Program Perumahan Rakyat BSN

Cara memohon Pinjaman Program Perumahan Rakyat BSN secara online boleh dilakukan dengan melayari laman web BSN. Jumlah pinjaman yang boleh dipohon adalah sehingga RM120,000 dengan tempoh pembayaran balik sehingga 35 tahun. Individu yang memiliki gaji atau pendapatan minimum RM1000 sebulan adalah layak memohon.

Pinjaman Program Perumahan Rakyat BSN ini direka khas untuk membantu golongan berpendapatan rendah di Malaysia untuk memiliki rumah sendiri. Berikut merupakan syarat-syarat permohonan:

1. Warganegara Malaysia berumur antar 18 hingga 60 tahun.
2. Boleh memohon secara individu atau kongsi
3. Mempunyai bukti sah pendapatan 
4. Berpendapatan minimum RM1000 sebulan
5. Untuk pembiayaan rumah pertama dan kediaman sendiri sahaja
6. Pembiayaan hanya untuk rumah kos rendah dan sederhana sahaja

Untuk keterangan lanjut mengenai permohonan pinjaman Program Perumahan Rakyat BSN ini, anda boleh melayari laman web Bank Simpanan Nasional atau berkunjung ke mana-mana cawangan BSN yang terdekat.

Ahad, 18 Oktober 2015

Tol terpaksa dinaikkan kalau tak nak BR1M diturunkan - Najib

Harga tol dah naik lagi..untuk kesejahteraan rakyat katanya..fuh, rasa bertuah pula gua kat Sabah ni sebab tak der tol nak bayar..

Tapi duit tetap bnyak keluar juga untuk maintenance kereta yang terpaksa melalui jalan berturap yang banyak kurap..lobang sana sini..bikin cepat rosak tayar dan alignment kreta jew..

'Bertuahnya' kita rakyat Malaysia...banyak sangat 'hadiah' dari Najib...GST, Tol naik, minyak naik...sebab nak bagi BRIM tahun depan katanya..hohoho..HIDUP NAJIB!!! HIDUP UMNO!! Yeah..terima kasih Be eNd..next PRU, sila lah pangkah lagi alat timbangan yang dah lama tak kena servis tu yer.

Anyway, nasib Sabah Sarawak dan Semenanjung bakal serupa selepas lebuh raya Pan Borneo siap...hohoho..

Tol naik lagi!! Grrrrr..ni ada 10 tips nak jimat duit walaupun tol dah naik

Ahad, 6 September 2015

PTPTN: 600,000 disekat ke luar negara..semak status anda sekarang!

Sekitar 600,000 orang peminjam PTPTN kini disekat untuk ke luar negara ekoran daripada kegagalan membayar semula pinjaman. 

Tindakan ini dilaksanakan hasil daripada kerjasama antara Jabatan Imigresen dan pihak PTPTN. Jika anda adalah bekas peminjam PTPTN dan ingin menyemak status anda, boleh layari http://sspi2.imi.gov.my/default.aspx sekarang.



Jumaat, 31 Oktober 2014

Tidak Boleh Berniaga Jika Tidak Bertudung

KOTA BARU: Jika tidak bertudung, anda tidak boleh terlibat dengan aktiviti perniagaan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan mencetuskan satu lagi kontroversi dengan memberi amaran bahawa mereka akan menguatkuasakan kod pakaian Islam kepada kumpulan yang terlibat dalam perniagaan.

PBT Kelantan memulakan Operasi Gempur Aurat iaitu mengenakan denda maksimum RM500 terhadap peniaga dan pekerja wanita yang tidak menutup rambut mereka dan memakai pakaian ketat.

Keputusan itu berlaku untuk wanita yang bekerja di pasar basah, pasar raya, pasar raya besar, kedai makanan dan pusat-pusat komersial lain yang memerlukan lesen operasi daripada PBT.

Pengusaha bukan Islam juga berisiko didenda jika pekerja mereka yang beragama Islam tidak mematuhi peraturan pemakaian seperti jika majikan mengarahkan pekerjanya untuk memakai pakaian seragam ketat dan berlengan pendek.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB), Nor Azariza Mohd Alawi berkata tindakan keras itu adalah tindak balas kepada aduan orang ramai.

"Peraturan pakaian ini adalah salah satu syarat untuk mendapatkan permit perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.

Tambah Nor Azariza, peraturan itu hanya dikenakan ke atas orang-orang 'berinteraksi' dengan orang ramai.

Sejak Ops Gempur Aurat dimulakan pada September lalu, 34 pesalah telah didenda.

Beliau berkata tindakan keras di Kota Baru itu akan berakhir pada Disember depan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB, Ropein Hassan berkata, permohonan untuk melonggarkan syarat itu tidak akan dilayan kerana kod pakaian itu ditetapkan dengan jelas dalam permit perniagaan.

Beliau berkata pihaknya juga telah mewajibkan peniaga, termasuk bukan Islam untuk menghadiri kursus tentang cara-cara untuk menjalankan perniagaan dari perspektif Islam.

"Kami telah mengambil inisiatif untuk mendidik mereka terlebih dahulu sebelum menguatkuasakan undang-undang kecil ini (pada pakaian)," katanya.

Beliau berkata seramai 3,000 peniaga telah mengambil bahagian dalam kursus itu dengan masih terdapat lebih 10,000 senarai menunggu.

Pada November 2012, PBT Kelantan mengejutkan banyak pihak apabila menguatkuasakan sekatan ke atas tukang gunting rambut untuk memberi khidmat kepada pelanggan berlainan jantina. - mstar

Khamis, 16 Oktober 2014

Senarai penuh barangan yang dikecualikan GST

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan akan melaksanan cukai barang dan perkhidmatan atau GST bermula pada 1 April 2015 depan. 

Ini bermakna semua barang dan perkhidmatan dikenakan cukai pada kadar standard iaitu 4% melainkan barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai iaitu pembekalan berkadar sifar dan pembekalan yang dikecualikan.

Berikut adalah senarai barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan GST:-

Barang Makanan 
Beras dan padi, gula, tepung, minyak masak, garam, sayuran, dan rempah ratus. Binatang hidup, daging binatang dan organ dalaman binatang (lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam, dan itik). Ikan dan isi ikan, kerang, sotong, siput, dan terlur burung.

Bekalan elektrik, bekalan air

Barangan yang dibekal di bawah Skim Pengilang Tol Diluluskan - barang yang dibekalkan dari pasaran tempatan kepada peserta skim tersebut.

Eksport - semua barang yang dieksport samada melalui, darat, pelabuhan dan lapangan terbang.

Deemed export 
- barang yang dibekal dari PCA ke kawasan yang ditentukan termasuk ke kawasan FCZ yang terletak di luar pelabuhan dan lapangan terbang.
– barang yang dibeli oleh peniaga asing tetapi dibekal di dalam negara di bawah skim Skim Pengilang Tol Diluluskan.

Ship stores 
– semua jenis barang untuk tujuan ship stores
– semua jenis barang bagi tujuan alat ganti atau perlatan yang digunakan di dalam pelayaran dan penerbangan

Pengangkutan Awam - pengangkutan awam secara rel (KTM, LRT, ERL, Monorail), kapal, bot dan feri, bus ekspress, bas henti-henti, bas pekerja, bas sekolah dan bas feeder, teksi dan kereta sewa, perkhidmatan ambulan.

Perkhidmatan kesihatan – perkhidmatan kesihatan oleh hospital dan klinik swasta.

Pendidikan - aktiviti pendidikan dan latihan oleh insititusi pendidikan swasta, kantin di sekolah rendah dan menengah.

Bekalan tanah dan rumah kediaman 
- pelupusan atau pemberian tanah oleh Kerajaan Negeri
- jual, beli dan sewa rumah kediaman termasuk rumak kos rendah dan sederhana
- jual, beli dan sewa/pajak tanah bagi kegunaan pertanian
- tanah bagi kegunaan awam seperti untuk bangunan Kerajaan atau tanah kubur

Bekalan emas - untuk tujuan pelaburan, bekalan emas tulen dari refiner kepada pembeli pertama untuk tujuan pelaburan

Perkhidmatan Kewangan
Bank 
- pendapatan faedah dari aktiviti pemberian pinjaman, pendahuluan, overdraf dan lain-lain kemudahan kredit
- pulangan dari uruseniaga pelaburan seperi dividen kasar dan keuntungan dari pelupusan asset kewangan

Syarikat insuran
– premium insuran nyawa dan keluarga

Firma Broker Saham
– penjualan semula ‘share buy back programme’

Eksport
– perkhidmatan yang dilaksanakan di luar Malaysia
– perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung yang berkaitan dengan tanah atau apa-apa pembaikan yang terletak diluar Malaysia
– perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung berkaitan dengan barang yang dieksport
– perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung berkaitan dengan barang yang dimilki oleh orang di luar Malaysia
– perkhidmatan pembaikan yang dijalankan di kawasan FCZ

Pengangkutan Antarabangsa
– pengangkutan penumpang dengan menggunakan kapal atau kapal terbang (ke luar atau ke dalam negara termasuk peringkat domestik)
– pengangkutan barang dengan menggunakan kapal atau kapal terbang (ke luar atau ke dalam negara termasuk peringkat domestik)
– ancillary services (termasuk punggah masuk, punggah keluar, insuran, dan freight forwarding

Perkhidmatan Pelabuhan dan Lapangan Terbang
– perkhidmatan yang disediakan di pelabuhan dan lapangan terbang seperti pilotage, towage, surveying classification, pembaikan dan penyelanggaraan kapal, broking dan perkhidmatan pengurusan

Telekomunikasi
– perkhidmatan telekomunikasi yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan di Malaysia kepada kawasan di luar Malaysia
– perkhidmatan roaming antarabangsa

Perkhidmatan yang di sediakan oleh kelab, persatuan, kesatuan dan lain-lain
– kemudahan yang dibekalkan oleh kelab, persatuan, kesatuan, persatuan professional kepada ahli mereka

* Sumber: Kementerian Kewangan (MOF) dan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) (Download Senarai Barang Dikecualikan GST dalam bentuk PDF)

Selamat datang GST - Rakyat termasuk kanak-kanak bakal bayar RM270 seorang

Setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak akan membayar kira-kira RM270 seorang mulai April hingga Disember tahun depan apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan, menurut seorang ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).
Wong Chen ketika bercakap dalam forum itu (pics via TheMalaysianInsider))
Bercakap pada satu forum malam tadi, wakil rakyat Kelana Jaya, Wong Chen berkata purata isi rumah perlu membayar RM1,084 untuk GST, melebihi jumlah diterima setiap isi rumah berpendapatan rendah melalui bantuan tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Beliau mendakwa angka itu kiraan tepat mengenai kesan sistem cukai baharu yang dijadual bermula April tahun depan itu, dan menyangkal kenyataan Putrajaya ia meraih RM690 juta hasil bersih daripada GST pada 2014 .

Mengikut formula beliau, Putrajaya dijangka memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM8.5 bilion daripada GST.

"Ambil RM23.2 bilion yang kerajaan sepatutnya dapat dalam bentuk hasil kasar bagi GST, tolak kehilangan GST RM13.8 bilion dan bayaran BR1M RM1.3 bilion.

"Jadi, keuntungan sebenar dari GST ialah RM8.5 bilion. Bahagikan jumlah itu dengan 30 juta rakyat Malaysia, dan anda akan dapat RM270 seorang, termasuk kanak-kanak," kata Wong Chen pada forum Pakatan Rakyat mengenai Bajet 2015 di Subang Jaya.

Kerajaan akan memperkenalkan GST sebanyak 6% pada April 2015, dan menjustifikasikannya sebagai cara lebih cekap mengutip cukai dan mengisi dana awam.

Putrajaya mendakwa walaupun ia menjangkakan mengumpul RM23.2 bilion hasil kasar, untung bersih sebenar hanya RM690 juta.

Wong dan PR, bagaimanapun, mempersoalkan angka ini, mengatakan kerajaan bakal mengutip untung bersih sebanyak RM8.5 bilion.

Walaupun Putrajaya mengatakan cukai baharu itu perlu, ramai merasa ragu dan bimbang ia akan menyebabkan inflasi tidak terkawal.

Pada masa ini, hanya 18% daripada penduduk negara ini membayar cukai pendapatan, manakala lebih separuh daripada 7 juta isi rumah mendapat kurang daripada RM4,000 sebulan.

Pengkritik mendakwa, masanya belum sesuai melaksanakan GST di Malaysia kerana ia akan membebankan isi rumah berpendapatan rendah.

Bagi mengurangkan kesan GST, Putrajaya meningkatkan jumlah BR1M. Isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 akan menerima RM950 manakala yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 menerima RM750.

"Tetapi mengikut perkiraan kami, BR1M tidak cukup menampung perbelanjaan akibat GST bagi isi rumah berpendapatan rendah," kata Wong.

Seorang lagi penceramah pada forum itu, Rafizi Ramli (gambar, kiri) berkata, PR menentang pelaksanaan GST pada peringkat ini dalam pembangunan Malaysia kerana masih terdapat ramai rakyat bergaji rendah.
Rafizi Ramli
"Selagi gaji kita tidak selaras dengan kadar inflasi dan ekonomi kita tidak adil kepada pekerja, kita tidak patut melaksanakan GST," kata Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan.

"Apabila Singapura dan Australia memperkenalkan GST, mereka memastikan gaji pekerja meningkat dan ramai yang sudah membayar cukai pendapatan.

"Jadi, GST bagi mereka, hanyalah satu cara lain mengutip cukai, tetapi tidak meningkatkan beban cukai," kata Rafizi. Di Malaysia, di mana lebih daripada 75% penduduknya tidak mendapat gaji yang cukup besar untuk membayar cukai, sistem cukai baharu itu akan membebankan mereka, kata setiausaha agung PKR itu.

Katanya, Pakatan Rakyat mahu memperkenalkan cukai laba modal (Capital Gains Tax atau CGT) yang mengenakan cukai atas keuntungan daripada pelaburan rakyat Malaysia yang kaya. Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming menjelaskan banyak negara telah melaksanakan CGT dengan jayanya tanpa menyebabkan pelabur lari.

"Kami mahu cukai keuntungan pada saham mengikut amalan terbaik di seluruh dunia, bermakna pencen dan dana persaraan seperti KWSP boleh dikecualikan," kata Ong. Menurut unjuran PR, CGT akan menghasilkan RM3 bilion pada 2015 tanpa menambah satu lagi beban cukai bagi mereka yang berpendapatan rendah di Malaysia. - TMI

Rabu, 15 Oktober 2014

Sabah dianak tirikan, masih ada yang ‘buang air’ dalam lubang digali sendiri

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (gambar) dari Barisan Nasional (BN) melihat Putrajaya seolah-olah menganak tirikan negeri Malaysia Timur itu, ekoran masih ramai penduduk di negeri berkenaan hidup dalam kemiskinan.
Abdul Ghapur Salleh, Ahli Parlimen Kalabakan 
Ghapur berkata, tahap kemiskinan begitu teruk bagi penduduk di Sabah kerana mereka masih lagi hidup menggunakan bekalan elektrik yang dijana generator dan membuang air di dalam lubang yang digali sendiri.

"Dahulu gangguan elektrik di Kuala Lumpur dua jam, satu dunia, CNN pun keluar (berita), putus bekalan elektrik dan peniaga-peniaga besar buat aduan.

"Di Sabah, lima kali, tiga kali (sehari) kadang-kala kalau macam kita yang ada pendapatan pakai generator, tetapi saya pun pakai generator," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat hari ini.

"Kalau kata peruntukan tidak ada, itu bukan jawapan! Merdeka 51 tahun sepatutnya tidak ada perkara ini," katanya.

"Lima puluh satu tahun kita merdeka, tetapi nampak kita di Sabah ini macam dianak tirikan. Apa jadi kalau kita jadi anak tiri?" soalnya.

Ghapur turut menegur sikap kerajaan yang membawa kontraktor dari Semenanjung ke Sabah untuk projek pembangunan sedangkan penduduk negeri berkenaan turut mempunyai kontraktor yang berkelayakan.

"Kontraktor-kontraktor, jangan ada satu pun daripada Semenanjung. Malulah kita, orang Sabah malu, kontraktor kecil malu.

Beliau berkata, terdapat khabar angin syarikat-syarikat besar milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary akan membina lebuh raya besar di Sabah.

"Banyak diceritakan di dalam dewan ini berkenaan Pan Borneo Highways. Bukan saya reka-reka yang mana ada surat pekeliling mengatakan 'Umno rompak lagi, UEM, MMC, syarikat Umno yang diketuai Syed Mokhtar Bukhary ambil alih semua lebuh raya di Sabah'."

"Ini kalau jadi pun saya bantah, kalau ini betul, batalkan ini semua dan bagi kepada orang Sabah, yang mana satu syarikat Sabah, itu kita bagi.

"Kita minta perkara seperti ini Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) campur tangan, kerana di sini termasuk ketua menteri dituduh bersama-sama bersubahat," katanya.

Sehubungan itu, Ghapur mencadangkan agar diwujudkan satu jawatankuasa di bawah Parlimen bagi mengkaji tahap kemiskinan penduduk Sabah.

"Saya cadangkan untuk Sabah kita buat satu Jawatankuasa Parlimen untuk kaji seluruh negeri Sabah, satu-satu rumah kita pergi dan nilai, dan bentangkan laporan kepada Parlimen berapa peratus miskin di Sabah.

"Ini termasuk Barisan Nasional (BN) dan juga pembangkang, kita buat laporan yang sebenarnya, kita tidak mahu rakyat Sabah dikaburi mata mereka.

"Saya bercakap di sini membawa denyutan hati rakyat Sabah, dengarlah denyutan hati ini dan letaklah telinga, dengar mereka, tanya betul atau tidak apa yang saya cakap," katanya.

Beliau berkata rungutan yang dan teguran yang dibangkitkannya itu berdasarkan sikap BN yang membenarkan budaya teguran dalam kalangan pemimpin mereka.

"Kita di dalam BN dibenarkan menegur untuk kebaikan, bukan mahu tukar, Ini Kalilah, bukan cara itu, kita baiki dalaman kita kerana kita mahu BN berkuasa sampai kiamat dunia," katanya merujuk kepada slogan pilihan raya DAP.

"Mana salah kita baiki, kita menegur yang betul."

Jawatankuasa itu katanya perlu menjalankan kajian terperinci ke setiap rumah penduduk Sabah untuk meneliti tahap kemiskinan penduduk negeri itu.

"Kita mahu kajian terperinci setiap rumah, dengan penubuhan Jawatankuasa Parlimen, mungkin dari BN dipengerusikan oleh Datuk Bung Mokhtar Radin dan pergi rumah ke rumah.

"Buat laporan, kerana kalau kita nampak kajian yang dibuat, tidak ada lagi orang miskin. Tidak ada juga laporan yang orang buang air dalam lubang," katanya.

"Itulah kita mahu keadaan ini diperbaiki." - TMI

Khamis, 2 Oktober 2014

Harga petrol, diesel naik 20 sen - Ustaz Kazim hentam barisan kepimpinan Najib

Harga petrol RON95 dan diesel akan dinaikkan mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan hari ini menurunkan subsidi minyak dan diesel sebanyak 20 sen, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menurut KPDNKK, harga petrol akan naik kepada RM2.30 seliter daripada RM2.10 sekarang dan diesel RM2.20 daripada RM2.

"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," kata kenyataan KPDNKK  itu.

Menurut KPDNKK, langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
KPDNKK berkata, dengan pengurangan subsidi ini, kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan golongan tidak bertanggungjawab.

"Pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, dengan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan.

"Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara," kata KPDNKK.

Menyedari langkah rasionalisasi subsidi itu akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat, KPDNKK berkata kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif bagi meringankan beban terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian BR1M yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak.

Kali terakhir kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel ialah tahun lepas iaitu sebanyak 20 sen mulai 3 September 2013.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan ia salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan yang ketika itu menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan tahun lepas ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen pada tahun lepas itu bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel. – 1 Oktober, 2014. - TMI


Korang senang hati ker harga minyak naik? Pastinya tidak....lainlah kalau korang ni tokey minyak Petronas..gua pun risau juga macam Ustaz Kazim Elias ni..siap hentam barisan kepimpinan Najib lagi tu..jom tengok komen Ustaz Elias di laman sosial ni.



Ni belum masuk GST lagi tau..adoyyaii..matai no baino..



Sabtu, 24 Mei 2014

Tujuan sebenar kenapa panda Fu Wa dan Feng Yi dibawa masuk ke Malaysia

Sejak dua tiga hari ini, memang kecoh pasal panda Fu Wa dan Feng Yi sampai ada yang menjadikannya sebagai bahan berpolitik. Apatah lagi sekarang ni kempen PRK Bukit Gelogor dan PRK Teluk Intan sedang hangat dijalankan.



Kenapa panda Fu Wa dan Fe Yi ini begitu mendapat perhatia ramai? Kalau dilihat di laman sosial, rata-ratanya membidas dan mengkritik kerajaan kerana membazir jutaan ringgit wang rakyat untuk menampung kedatangan panda itu ke Malaysia. 
Panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi
Gua pun pada mulanya memang tertanya-tanya kenapa sang panda ini begitu mendapat perhatian dan kenapa Najib sanggup berhabis puluhan juta untuk panda ini? Apakah tujuan sebenar panda Fu Wa dan Feng Yi dibawa masuk ke Malaysia?

Mungkin banyak yang dah tahu dan pasti juga banyak yang tak tahu hal sebenar di sebalik panda ini. Gua harap artikel yang dipetik dari Sinar Harian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada persoalan anda dan saya.
Fu Wa dan Feng Yi dalam sangkar (imej oleh Mccall.com)
Melobi

Justeru menjadi tanggung jawab kerajaan untuk memastikan hubungan baik dengan China berterusan. Panda adalah simbol diplomasi China sejak zaman Dinasti Tang lagi apabila Maharani Wu Zetian (625-705) menghadiahkan haiwan hitam putih itu kepada Maharaja Jepun.

Dan berbanding dengan negara lain yang terpaksa melobi untuk mendapatkan panda, Malaysia sebaliknya ditawarkan oleh Kerajaan China untuk menjaga dua daripada hanya lebih kurang seribu panda yang masih ada di dunia. Ini satu penghormatan!
  
Simbolik pada penghormatan ini adalah keyakinan China kepada negara yang diterima sebagai sahabat untuk menjaga aset dunia yang hampir pupus itu sebagaimana negara berkenaan menjaga hubungan mereka supaya generasi akan datang terus berpeluang hidup bersama panda.
  
Setakat ini, China hanya menghantar panda ke 17 zoo di 12 negara sahaja dan untuk mendapat peluang itu bukan mudah. Kanada menunggu selama 39 tahun sebelum Ershun dan Ji Li dihantar ke Zoo Toronto pada Februari 2012. Zoo Atlanta di AS pula terpaksa melobi selama 12 tahun dengan kos kempen RM16 juta untuk membuka hati pemimpin China membenarkan panda dihantar kepada mereka.
  
Lalu apabila China menawarkan Fu Wa dan Feng Yi kepada Malaysia, apakah tawaran itu patut ditolak sebagaimana pandangan para bijak pandai papan kekunci yang ghairah mengecam kerajaan berhubung isu ini?
  
Jika ditolak, apa pula implikasinya kepada hubungan bilateral yang sudah terjalin selama 40 tahun? Apa pula kesannya kepada ekonomi negara tanpa sumbangan China?
  
Kita juga maklum bahawa hubungan dengan China melalui episod suram sejak dua bulan lalu yang berpunca daripada MH370 dan diberatkan lagi dengan kes penculikan dua warga China di Sabah. Pada masa yang sama, ada desas-desus Kerajaan China hampir membatalkan penghantaran dua panda itu yang sekali gus merisaukan mereka yang memahami justifikasi perjanjian kerjasama konservasi haiwan itu kepada negara.
  
Apa lagi China dalam beberapa tahun akan datang menyediakan peluang pelaburan bernilai lebih RM257 bilion dan ini peluang lumayan untuk Malaysia.  Hubungan diplomatik yang sudah berusia 40 tahun amat perlu dipertahankan.

Justeru perlu difahami bahawa panda bukan semata-mata binatang zoo seperti singa Afrika atau harimau Bengal untuk kerajaan bawa dengan kos yang begitu besar sebagai tontonan. Nilainya jauh lebih mahal berbanding RM25 juta kos untuk membina sangkarnya.
  
China adalah pasaran terbesar dunia yang amat diperlukan untuk kelestarian ekonomi Malaysia. Kerana itu, dalam memahami isu ini, jangan terbawa-bawa dengan emosi konon kitalah orang yang paling ke hadapan dalam menentang pembaziran tanpa memahami apa yang sebenarnya kita tentang!
  
Saya yakin, kalau kerajaan kita semata-mata condong kepada AS, orang yang sama juga akan mengecam. Berpolitik dengan kuasa besar perlu kebijaksanaan. Sekurang-kurangnya apabila kita akrab dengan China, AS akan sedikit berhati-hati dan kita juga akan ada kuasa tawar-menawar. Tetapi untuk menjauh daripada AS begitu sahaja pun tidak boleh juga.
  
Ini kerana, ikut pada adat ekonomi kita tidak boleh hidup tanpa kuasa-kuasa ini. AS adalah negara yang ada peranan dan menguasai ekonomi hampir semua negara di dunia. Sebesar-besar Rusia pun, apabila dikenakan sekatan ekonomi oleh AS, berundur juga tentera mereka dari Ukraine.
  
Jadi sama-samalah kita renung, fahami sedalam mungkin sesuatu makna sebelum kita tentang. Saya bukan penyokong totok mana-mana pemimpin atau parti politik kerana bagi yang mengikuti tulisan saya di Sinar Harian, mereka akan sedar bahawa saya sering juga mengkritik pemimpin kerajaan. 

Sumber: Muhamad Mat Yakim (Sinar Harian)
Sangkar yang membawa Fu Wa dan Feng Yi (imej via MKini)
Dah faham? Panda itu adalah satu simbolik dalam memperkuatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-China especially dari segi kerjasama ekonomi dan politik. Panda ini bagaikan satu pelaburan ekonomi buat Malaysia agar dapat menuai hasil berlipat kali ganda pada masa hadapan. Inilah dia salah satu tujuan sebenar kenapa panda Fu Wa dan Feng Yi dibawa masuk ke Malaysia. Kalau korang nak tengok panda ni, boleh pergi ke zoo negara.

Lagi Info Menarik:

Ahad, 23 Februari 2014

Lebih 100,000 belum menerima BR1M di akaun bank mereka kerana masalah teknikal

Bantuan Rakyat 1Malaysia sudah mula diagihkan kelmarin (22 Februari). Jadi tidak hairanlah kenapa hampir semua ATM di seluruh negara mengalami kesesakan yang teruk gara-gara nak keluarkan duit BR1M.

Tapi bukan semua  bantuan itu berjaya dikreditkan terus ke akaun bank penerima BR1M kelmarin. Masih terdapat lebih 100 ribu pemohon yang layak belum lagi  menerimanya di akaun bank mereka. Kenapa duit BR1M belum masuk akaun bank?

Menurut Menteri Kewangan Kedua, 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.

"Hari Isnin (esok) akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu). Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M itu akaunnya di bank tersebut," katanya. - Sinar Harian

Jadi kalau anda adalah salah seorang penerima BR1M yang masih belum dapat bantuan tersebut di akaun bank anda, banyak-banyak lah bersabar yer. Kalau nak semak status permohonan BR1M secara online dan hotline, boleh follow step berikut:

Talian Hotline BR1M 3.0
Status kelayakan  BR1M 2014 hanya boleh disemak dengan menghubungi talian BR1M : 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang, ISNIN HINGGA JUMAAT Mulai FEBRUARI 2014.

Emel BR1M 3.0
Status kelayakan BR1M 3.0 juga boleh disemak menerusi emel ke br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my Mulai FEBRUARI 2014.
Sila nyatakan Nama penuh dan Nombor Kad Pengenalan anda dalam pertanyaan ke alamat emel tersebut.
Setiap pertanyaan menerusi emel akan dibalas dalam masa 2-3 hari bekerja.

P/s: Adakah bank yang 'bermasalah' tersebut ialah CIMB? hmmm...dulu saya guna akaun CIMB dan sampai sekarang belum dapat lagi duit BR1M tu...tak kisahlah lambat atau cepat...janji dapat..hehe..dan kepada anda yang sudah mendapat duit BR1M, tiba masanya untuk anda puji Najib and the geng.. ~ just kidding

Sabtu, 22 Februari 2014

Hampir 6 juta rakyat akan menerima BR1M hari ini 22 Februari

Hari ini bersamaan 22 Februari, rakyat Malaysia yang layak akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia secara serentak di seluruh negara. Pemberian BR1M pada tahun ini melibatkan kos bernilai kira-kira RM3 bilion.
Menurut laporan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan majlis pelancaran penyerahan BR1M 2014 peringkat kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki hari ini.

Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 manakala individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan juga dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

P/s: Ada yang dah dapat BR1M lebih awal sejak malam semalam..Bila dah dapat BR1M 2014 tu, pergunakanlah dengan bijaksana...mungkin boleh buat modal bisnes kalau yang nak berbisnes...ataupun bikin beli beras dan gula untuk bekalan setahun..bak kata si Najib dulu. Ada pula kawan sorang ni, katanya BR1M tu untuk bayar saman..  :(

Lagi Info Menarik:



Jumaat, 21 Februari 2014

Ramai yang sudah terima BR1M lebih awal dari 22 Februari

Jika anda layak dan sudah memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini maka anda ada sebab untuk bergembira. Esok, 22 Februari adalah tarikh di mana BR1M akan diberi secara serentak ke akaun bank penerima peringkat nasional. Manakala pengagihan peringkat Parlimen dan DUN pula akan bermula pada 23 Februari khasnya kepada mereka yang tidak mengemaskini akaun bank dalam permohonan BR1M mereka.

Namun yang lebih menggembirakan rakyat ialah ramai yang telah menerima BR1M lebih awal seperti hari ini dan semalam, 20 dan 21 Februari. Kebanyakkan yang telah menerima BR1M lebih awal itu telah mengongsikan rasa gembira mereka di Facebook.
Penerima BR1M kongsi khabar gembira di Facebook
Seperti yang dijanjikan dalam manifesto BN, BR1M akan diberi secara berperingkat dan akan dinaikkan dari semasa ke semasa dalam temph lima tahun sehingga mencapai RM1,200 setahun.

Sumber: Sinar Harian

Ramai yang terima BR1M lebih awal. Korang ada mohon BR1M tak? elok check akaun bank masing-masing sekarang secara online. Tadi saya pun ada try buka tapi belum masuk lagi..esok kot..

Lagi Info Menarik:



Sabtu, 15 Februari 2014

BRIM 2014 akan diberi secara serentak pada 22 Februari ini

Berita baik kepada anda dan saya yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia.. BR1M 2014 kali ini akan diberi secara serentak pada 22 Februari ini. Manakalah bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, mereka akan menerima bantuan BR1M 2014 secara berperingkat dalam tempoh 20 hari dari tarikh mula pengagihan.
KUALA LUMPUR - Kira-kira dua juta penerima bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula 23 Februari ini. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata agihan kepada penerima yang tidak mempunyai akaun itu akan dilakukan para pemimpin di kawasan parlimen masing-masing. 
"Walaupun agihan kepada penerima tanpa akaun bank akan ambil masa kerana ia melibatkan jumlah yang besar, tetapi kerajaan ingin melaksanakan pemberian baucar dalam tempoh tidak melebihi 20 hari. 
"Ini adalah kerana rakyat amat memerlukan bantuan ini sekarang dan tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup," katanya dalam sidang akhbar mengenai BR1M di sini hari ini. Sementara seramai 5.4 juta penerima BR1M yang mempunyai akaun bank pula akan menerima terus bantuan berkenaan dalam akaun mereka pada 22 Februari ini. 
Ahmad Husni berkata bayaran itu akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima secara serentak di seluruh negara sebaik sahaja program BR1M dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sekolah Menengah Aminuddin Baki di sini. - Baca lagi di SinarHarian

At least, bantuan BR1M ini akan membantu mengurangkan sedikit beban rakyat Malaysia yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini. Tahun depan, harap BR1M masih ada...dulu BN dah janji akan beri BR1M sehingga RM1,200 setahun secara berperingkat. Tahun ini dah naik dari RM500 ke RM650 (untuk individu berkhawin). Tahun depan agaknya akan naik lebih tinggi lagi..itu pun kalau Malaysia belum muflis..harap-harap jangan lah..

Lagi Info menarik:-







Selasa, 11 Februari 2014

Persepsi anda terhadap petani akan berubah apabila melihat dua petani paling seksi ini

Ramai beranggapan bahawa petani merupakan satu pekerjaan berat yang kurang staylo dan hanya dimonopoli oleh golongan lelaki. Namun baru-baru, dua petani muda ini telah mengejutkan banyak pihak selepas diundi sebagai petani paling seksi di Britain. Tujuannya adalah untuk membuang sikap 'stereotype' masyarakat terhadap golongan petani.

Graeme Moon, 31, dan Rachel Churches, 18, menewaskan 300 lagi pesaing lain untuk memenangi gelaran tersebut selepas mendapat undi tertinggi orang awam di Britain melalui Facebook.


Pemenang kategori wanita, Rachel Churches tinggal bersama keluarga di sebuah ladang penternakan di Glastonbury dan telah melakukan pelbagai bentuk pekerjaan ladang seperti mengimpal traktor, memerah susu, dan sebagainya. Ketika ini, dia sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat diploma dalam bidang pertanian. Dia menyertai pertandingan ini untuk membuktikan bahawa wanita juga hebat dalam bidang pertanian. Dia turut menyeru golongan wanita untuk menceburi bidang tersebut kerana ruang untuk wanita dalam bidang pertanian adalah masih luas.

Manakala Graeme Moon pula bekerja sebagai penternak khinzir. Dia dicalonkan oleh isterinya sendiri untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh majalah Farmer's Weekly. Tujuan asalnya hanya untuk suka-suka sahaja tetapi mereka berharap bahawa penganjuran ini turut memberi impak positif terhadap imej pertanian di negara tersebut. Majalah ini mahu menyingkirkan mitos dan persepsi orang ramai terhadap pekerjaan petani yang kononnya ketinggalan zaman. Farmer's Weekly berharap agar lebih ramai golongan muda yang menceburi bidang pertanian dengan mengaplikasikan pertanian moden yang lebih berdaya saing.

Sumber: Telegraph

Pertanian adalah perniagaan...kalau ada tanah sendiri yang luas dan sesuai dijadikan tapak pertanian atau penternakan, buatlah projek secara besar-besaran. Kalau tak der modal, buat kertas kerja dan mintak bantuan kewangan dari pihak Jabatan Pertanian atau Agro Bank atau MARA atau mana-mana jabatan yang berkaitan. 

Lagi Info menarik:

Ahad, 9 Februari 2014

Bantuan BR1M mula diagih pada 22 Februari ini, Semak keputusan BR1M 2014 secara online sekarang

Senyumlah seketika..lebih 7juta rakyat Malaysia yang layak akan menerima bantuan BR1M 3.0 yang akan mula diagihkan pada 22 Februari ini.


TAIPING - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Perdana menteri berkata pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto BN yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200.
   
"Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik 34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Wisma Umno Bukit Gantang di sini hari ini.
   
Melalui Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak menerima BRIM RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50.
   
Perdana menteri berkata bagi mengurangkan beban rakyat, selain pemberian BR1M, kerajaan juga mengambil inisiatif dengan membina pasar tani, Kedai Rakyat 1Malaysia serta penguatkuasaan lebih tegas terhadap harga barang. - Bernama

Semakan keputusan BR1M boleh boleh dibuat secara online, talian hotline  dan pejabat pos seperti berikut

1. Talian Hotline BR1M 2014
Untuk membuat semakan BR1M 2014 pemohon boleh hubungi talian Hotline BR1M 2014 di talian 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

2. Emel BR1M 2014
Semakan keputusan BR1M 2014 boleh juga disemak melalui emel br1m3@treasury.gov.my bermula Februari 2014. Pemohon akan menerima balasan sekitar 1 hinga 3 hari bekerja. Pemohon perlu memasukkan nama dan no kad pengenalan ke emel tersebut.

3. Melalui Pejabat Pos
Bagi yang tidak kemaskini akaun bank untuk permohonan BR1M 2014 kali ini, pemohon yang berjaya akan dihantar surat pengesahan ke alamat pemohon secara berperingkat-peringkat. Pemohon akan diberitahu tempat pengambilan baucar BR1M 2014 dalam surat tersebut.


Korang dah buat kemaskini terhadap permohonan BR1M secara online tak? Kalau sudah, boleh lah semak sekarang..tempoh untuk mengemaskini dan membuat permohonan BR1M 2014 sudah pun tamat pada 31 Januari 2014 lalu. So, nanti bila dah dapat duit BR1M tu, pergunakanlah sebaiknya..

Tahun lalu, saya semak guna emel..sampai sekarang tak kena reply pun..hoho..tapi gua sedar akan kesibukan mereka..berjuta-juta yang nak semak..nak call hotline BR1M pun tak pernah tembus..so kalau nak semak keputusan BR1M cara paling cepat, hubungi saja rakan atau saudara mara korang yang kerja kat LHDN..


Lagi Info menarik:

Jumaat, 7 Februari 2014

Gaji cecah RM3000, pasti lebih ramai wanita akan jadi pemandu bas lepas ni

Kerjaya sebagai pemandu bas biasanya dimonopoli oleh golongan lelaki sahaja. Namun demikian, senario ini bakal berubah dalam masa terdekat ini khasnya di negara kita Malaysia.

Baru-baru ini, satu Seminar Kerjaya Pemandu Bas Wanita Bersama RapidKL telah dilaksanakan bertujuan untuk menarik lebih ramai wanita untuk berkecimpung dalam bidang ini. Dengan pengumuman dari Rapid Bus Sdn Bhd yang menawarkan 500 kekesongan jawatan sebagai pemandu bas khasnya kepada wanita dengan gaji mencecah RM3000 sebulan, ini pastinya akan mendorong lebih ramai wanita untuk menjadi pemandu bas.

Setakat ini hanya 60 kapten bas wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an yang berminat dengan kerjaya tersebut di syarikat RapidKL. Selain itu, RapidKL turut memberi peluang kepada golongan ini untuk mendapatkan latihan profesional sebagai pemandu berkemahiran.

Kenapa wanita digalakkan untuk menjadi pemandu bas? menurut kajian oleh Universiti Bradford, wanita mempunyai daya fokus yang lebih lama berbanding lelaki. Selain itu, kadar pematuhan undang di kalangan wanita juga lebih tinggi.

Sumber: Says

Lagi Info menarik:

Sabtu, 1 Februari 2014

Bila anda nampak benda ni, anda akan fikir seribu kali untuk makan kat kedai mamak

Rasanya semua orang dah tahu harga makanan di kedai mamak agak mahal tapi ramai yang tidak kisah terutama mereka yang menggemari masakan berkari.

Tapi nampaknya, bila harga bil makanan untuk tiga orang mencecah lebih RM200, ia dipos di laman sosial untuk berkongsi perasaan terkejut pelanggan terlibat.

Berdasarkan komen pembaca, ramai yang tidak menyangka restoran mamak terkenal tersebut mengenakan caj semahal itu namun tak kurang juga yang menyatakan ia adalah harga biasa jika dilihat pada lauk yang diambil.

Ini bukan kali pertama bil makan di restoran mamak dikongsikan di laman sosial oleh pelanggan yang terbeliak biji mata selepas melihat  harga yang perlu dibayar untuk makanan mereka.

Apa pun, senang cerita ukurlah baju di badan sendiri.

Kalau rasa-rasa dah hujung bulan dan duit dalam poket tak seberapa jangan cuba-cuba nak makan nasi campur dekat mamak lepas itu ambil lauk tak ingat dunia, okey?


Untung lah korang yang ada tanah sendiri dan tanam padi sendiri..maka tak perlu lah beli nasi putih kosong semangkuk sampai RM10..