Boros Di Aralom: Edisi Automobil
Memaparkan catatan dengan label Edisi Automobil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Automobil. Papar semua catatan

Selasa, 31 Januari 2017

Tebus Mata Ganjaran #PetronMiles dengan minuman tin jer

Sebelum saya membebel lembut, marilah kita sama-sama bertafakur sejenak dengan berita kenaikan harga minyak petrol dan diesel di negara kita yang tercinta ini berkuatkuasa esok bersamaan 1 February 2017....alaa..tak banyak, 20sen jer...adoiyai...~ tak banyak kepala hotak kau!!

Ok, daripada asyik menyalahkan Pak Jib..apa kata kita lihat perkara perkara positif di sekeliling kita pula..biar hati tenang dan tenteram gitu,,hari ini saya nak cerita pasal Petron Miles. Ya, saya ini pengguna setia minyak Petron sejak ia wujud beberapa tahun lalu selepas 'membaham' ESSO. Di awal kewujudannya, Petron dah pun melaksanakan program #PetronMiles untuk pengguna setia mereka. Dengan setiap pembelian, pengguna boleh mengumpul mata dengan menggunakan kad Petron Miles. Anda boleh memperolehinya secara percuma di mana-mana stesen Petron. Setiap RM1 yang dibelanjakan akan memberi 1 mata untuk anda. Tapi mata ini hanya boleh dikumpul melalui pembelian petrol atau diesel saja tau..kalau beli barang makanan or minyak pelincir kat dalam kedai Petron, memang tidak akan dapat apa-apa mata ganjaran...habuk pun tak dak.
Kad Petron Miles...dah lapuk tapi masih berguna

Hari ini semasa pulang dari tempat kerja, saya sengaja menyinggah stesen Petron dekat Rugarding sana...walaupun ura-ura kenaikan harga minyak sudah tersebar secara meluas, namun stesen itu tidaklah begitu padat dengan kereta...tak tahulah pula macam mana keadaannya sekarang. Selain mengisi minyak, saya mengambil peluang itu untuk menebus mata ganjaran Petron Miles. Jumlah terkumpul tak lah begitu banyak, sekitar 2000 point saja. Ngam-ngam masa ni, mereka sedang buat promosi penebusan mata ganjaran. Antaranya ialah minumah tin soya, 100plus, Nescafe white coffee, milo dalam kotak dan milo packet. Saya pilih 100plus, soya dan Nescafe..dalam 2000point tu, saya menebus semuanya dengan 6 tin 100plus, 6 tin soya dan 4 tin nescafe. Err...sikit tapi kalau saya minta dengan korang...belum tentu korang mau bagi...hahaha

Walaupun promosi penebusan petron miles itu tak lah gempak sangat tapi saya rasa berbaloi lah juga kalau kita jadi pengguna setia kan. Dapat juga kumpul point yang boleh kena convert jadi minuman tin. Selain menebus mata ganjaran Petron Miles dengan minuman tin, anda boleh juga menebus dengan isian petrol / diesel. Kumpul sehingga 3000 point dan tebus dengan isian minyak bernilai RM45. Sebelum ini, saya memang suka menebus mata ganjaran petron dengan isian semula minyak tapi kali ini nak tukar angin pula..nak merasa minuman tin ber tin tin pula.
Inilah minuman tin yang bertin-tin

Cara menebus mata ganjaran Petron Miles ini tersangatlah mudah..hanya bawa kad Petron Miles dan pergi lah jumpa cashier kat kaunter tu. Cakap nak tebus mata ganjaran. Pastikan jumlah mata ganjaran itu mencukupi sebelum pergi kaunter. Alaaa..senang ja nak cek, korang boleh cek melalui resit pembelian minyak atau melalui online di laman web Petron Miles gitu. Kalau tak suka minuman tin dan isian semula minyak..kumpul lah point sebanyak mungkin...nanti boleh lah tebus dengan gadget-gadget canggih juga.
Santapan malam..hasil tukaran mata ganjaran Petron Miles

Sekian perkongsian dari saya mengenai Petron Miles ini. Teringin juga nak menebus mata ganjaran dengan beras atau minyak masak tapi kat stesen tu tiada offer pulak dah..mungkin pasal penarikan subsidi minyak masak lah penyebabnya...huh!! Dulu ada..sekarang tiada...kesian!

Lagi Info Menarik:

Sabtu, 23 Julai 2016

Tempat Pandu Uji dan Harga Perodua Bezza di Sabah

Hari ini admin sempat mengikuti seorang rakan untuk pandu uji Perodua Bezza di Alamesra, Kota Kinabalu. Ianya memang satu pengalaman yang menyeronokkan kerana bukan sahaja dapat merasa sendiri pemanduan kereta sedan keluaran terbaru Perodua malah dapat juga merisik harga Perodua Bezza di Sabah. Kalau korang nak datang pandu uji Perodua Bezza ini, lebih elok pandu uji kedua-dua jenis varian iaitu 1.0 dan 1.3. Memang jelas perbezaannya.

Perodua Bezza Standard G 1.0 Auto
Selepas pandu uji sendiri Bezza ini, secara peribadi dan kalau ada bajet yang cukup, saya lebih memilih varian Bezza Advance 1.3 kerana pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan. Enjin lebih senyap, interior yang menarik, aksesori tambahan yang memikat hati, lebih jimat minyak, serta dilengkapi teknologi hibrid. Tapi harganya pun memang 'menarik' juga. Varian Advance inilah yang paling mahal.
Perodua Bezza Advance 1.3 Auto
Kalau korang tinggal di Sabah, harga Perodua Bezza ini memang lebih mahal berbanding dengan harga di Semenanjung. Sama juga dengan kereta jenis pengeluar lain. Harganya adalah di antara RM39,500 hingga RM53,000. Berikut merupakan jadual harga Perodua Bezza di Sabah.
Standard G 1.0 Manual ~ RM39,500
Standard G 1.0 Auto ~ RM41,500
Premium X 1.3 Manual ~ RM45,000
Premium X 1.3 Auto ~ RM47,000
Advance 1.3 Auto ~ RM53,000
Untuk maklumat lanjut mengenai jumlah deposit dan bayaran bulanan Perodua Bezza, boleh rujuk gambar di bawah.

Secara keseluruhannya, Perodua Bezza ini memang pilihan terbaik bagi mereka yang mencari kereta bermuatan luas pada harga mampu miliki serta jimat minyak. Bagi yang ada bajet lebih, boleh lah try variant Advance. Kalau masih tak puas hati, korang pergi pandu uji sendiri kat mana-mana pusat jualan Perodua terdekat. Tak payah bayar pun. Kecuali kalau korang terlanggar pokok..huhu..

P/s: Kalau diteliti, bahagian belakang Perodua Bezza ini ada iras-iras dengan Toyota Vios. Enjin pun guna vvti macam Vios juga..hurmm. Tapi tak kisahlah..yang penting, korang puas hati bila memandunya kelak.

Lagi Info Menarik:
> Kamu memang paling pandai cuci kain kalau tak pernah buat 9 perkara ini
> Aksi-aksi dalam filem Star Trek yang korang tak pernah sangka akan berlaku
> Perkara ngeri yang bakal berlaku kalau korang mempunyai klon sendiri..
> Bersediakah anda untuk menjadi suri rumah sepenuh masa? Think again!!


Sabtu, 18 Julai 2015

Cara beli kereta baru tanpa deposit tanpa interest

Nak beli kereta baru? Kala ada bajet cukup, memang no problem la kan. Macam-macam kereta korang boleh beli. Contohnya Vokswagon Polo ni. Harga boleh tahan juga.

Dan yang paling best, sekarang ni Volkswagon tengah rancak dengan promosi Raya 0 Down payment 0 interest. Malah boleh jimat lebih RM50,000 kalau nak beli kereta baru. Fuyoo...

Cara beli kereta baru tanpa deposit dan tanpa interest. Terjah saja laman web Volkswagon Malaysia ni. Semua info ada kat sana.

Tadi, terdetik juga hati gua nak rembat satu Polo Sedan..tapi apakan daya, gua tetap sayang pada yang satu sedang parking kat luar rumah tu.

Rabu, 15 Januari 2014

11 Gambar siri Toyota Corolla sejak tahun 1966 hingga kini

Toyota Corolla merupakan siri kereta kompak buatan Toyota yang berasal dari Jepun. Ianya mula diperkenalkan pada tahun 1966 dan menjadi model kereta paling laris di seluruh dunia menjelang tahun 1974. Sejak itu, ia terus menjadi salah satu kereta paling disukai ramai. Apa tidaknya, Toyota Corolla merupakan perintis kepada kereta kompak yang mampu milik dan jimat minyak. Berikut adalah 11 generasi siri Toyota Corolla sejak ia mula diperkenalkan. 


























Yang ni untuk keluaran tahun 2006


Yang ini pula model terbaru yang sedang hangat diperkatakan...betul ker?? 

Setiap generasi ini mempunyai ceritanya yang tersendiri. Kalau korang nak tau lebih lanjut atau nak tau spesifikasi setiap kereta Corolla kat atas ni, layari saja laman web TOYOTA sekarang. Oh ya, untuk pengetahuan korang, Toyota Corolla terbaru akan dilancarkan pada 20 Januari 2014 ini tau..mesti gempak punya. Terjah laman web Toyota sekarang untuk info!



Sabtu, 11 Januari 2014

Harga Perodua Alza terbaru

Semalam, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah melancarkan kereta Perodua Alza versi terbaru mereka yang bertempat di One Utama. Kalau anda ada menonton rancangan komedi paling popular, Maharaja Lawak Mega 2013 minggu ke-9 semalam, maka pastinya anda sudah melihat bagaimana reka bentuk Perodua Alza baharu tu. Siap letak atas pentas lagi.
Pelancaran Perodua Alza terbaru (Kredit foto: Sinar Harian)
Alza ini tergolong dalam kereta jenis MPV atau Multi Purpose Vehicle yang boleh memuatkan 7 orang penumpang termasuk driver. Sangat sesuai dijadikan kenderaan untuk keluarga. Harga pasaran bagi kereta Perodua Alza terbaru ini ialah antara RM52,400 hingga RM64,000 seunit dan boleh didapati dalam tiga varian iaitu Standard, Special Edition, dan Advance. 

>> 10 faedah memiliki kereta bersaiz kecil..tengoklah
Oh ya, dalam rancangan Maharaja Lawak Mega 2013 semalam, Perodua turut menghadiahkan satu unit kereta Perodua Alza terbaru kepada peserta terbaik yang dimenangi oleh Sepahtu. Bercakap pasal MLM2013, peserta yang tersingkir semalam ialah Wala.

>> Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan

Khamis, 12 Disember 2013

8 Gambar Proton Perdana terbaru..macam Honda Accord pulak dah

Hari ini, Proton mencatat sejarah tersendiri lagi dengan pelancaran model baru Proton Perdana untuk menggantikan model lama yang sudah berusia lebih 10 tahun. Jika diteliti, memang Proton Perdana model baru ini mempunyai reka bentuk yang menyerupai Hoda Accord yang lebih elegent dan moden. Lihat lah gambar-gambar model baru Proton Perdana kat bawah yer. Kredit kepada PaulTan.org

















Dan ini pula adalah model terdahulu Honda Accord...macam sama tapi tak serupa..kalau lah harga Proton Perdana ni sama dengan Honda Accord, mana satu pilihan korang??


Selain Honda Accord, Proton memang dari dulu selalu buat kereta yang mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan kereta-kereta Jepun seperti Wira, Inspira dan terbaru, Perdana. Ini adalah ekoran dari kerjasama bidang permotoran yang pernah dimeterai antara Proton dan syarikat-syarikat permotoran global yang lain. Proton Perdana model baru ini juga akan dijadikan kereta rasmi kerajaan Malaysia. 


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Jumaat, 11 Oktober 2013

5 Model kereta nasional Malaysia yang paling disukai

Berikut antara 5 model kereta nasional Malaysia yang paling disukai. Senarai ini berdasarkan statistik jumlah jualan kereta yang dibuat oleh Malaysian Automotive Association di negara ini pada tahun 2012.

1. Perodua Myvi





2. Proton Saga



3. Perodua Viva



4. Perodua Alza



5. Proton Preve

Agaknya laporan tahun depan akan menunjukkan Proton Saga naik ke tangga pertama model kereta paling disukai berikutan pengeluaran Proton Saga Special Value yang lebih murah tu. Selain tu nak juga tengok pencapaian Proton Suprima S di pasaran tempatan.

Adakah Ford Fiesta jauh lebih hebat dari kereta tempatan? tangok sini..

Ini sebabnya kenapa Toyota Vios menjadi model kereta import paling disukai rakyat Malaysia

Selasa, 8 Oktober 2013

Wow! Patutlah kenapa banyak orang suka dengan Ford Fiesta..ini sebabnya

Bagi yang ada bajet lebih, Ford Fiesta pastinya menjadi salah satu kereta pilihan..kenapa? sebab kereta ni memang senang nak kontrol bila masuk bab parking. Tengoklah video kat bawah ni..



Masa mula-mula belajar kereta dulu, korang mesti teringat teknik yang diajar bagaimana nak parking...kalau hari-hari guna Ford Fiesta, alamatnya korang akan lupa teknik parking tu kan..hohoho..tapi bukan Ford saja yang ada teknologi kereta boleh parking sendiri ni. Banyak lagi model lain.  Jom lihat kereta Ford Fiesta baru ini..memang hebat!

Mungkin anda juga meminati Toyota Vios...tengoklah kehebatannya

Sabtu, 7 September 2013

(EDISI WOW) Review Proton Suprima paling jujur selepas pandu uji...

 

Masih bercerita mengenai Suprima S yang baru seminggu dilancarkan. AK percaya, masih ramai rakyat Malaysia sedang bercerita topik yang sama, di mana ada yang memuji Proton, dan ada pula yang menghentam kerana “dendam lama” pada harga, kualiti, realibiliti, atau kekurangan pada pusat servis Proton yang bertahun terpendam.

Apa yang kami di AK mengharapkan, disebabkan ini kereta buatan Malaysia, marilah bersama kita beri peluang untuk Proton merubah persepsi masyarakat, di bawah pimpinan barunya iaitu DRB Hicom. Kita semua sudah sedia maklum yang Proton sememangnya telah pun membuat banyak kesilapan dalam sepuluh tahun kebelakangan ini.
Rekaan dalaman Proton Suprima
Bagi kami, kesilapan-kesilapan ini bukanlah disebabkan Proton tidak mampu menghasilkan produk berkualiti, akan tetapi disebabkan penilaian pasaran yang kurang tepat dan keputusan yang kurang wajar oleh pihak atasan Proton atas pelbagai perkara.

Sebagai contoh menghasilkan kereta dengan enjin yang pada asalnya berspesifikasi racing untuk dipandu dalam ibukota bukanlah pilihan yang bijak, bukan?


Apa pun, pandu ujilah dahulu, kemudian nilailah sendiri. Tidak mahu beli pun tidak mengapa, asalkan kita tahu kemampuan terkini pengeluar kereta nasional kita. Bak kata perpatah Inggeris yang berbunyi “Don’t judge a book by its cover”.

Baiklah, berbalik kepada pandu uji Proton Suprima S. Beberapa hari yang lepas, salah seorang krew AK telah memandu uji Proton Suprima S. Mari baca ulasan AK.

Secara keseluruhannya, pengalaman memandu Proton Suprima S adalah memuaskan, dan dirasakan inilah kereta penanda aras terbaru Proton. Seperti Preve, Suprima S dapat memecut hingga kelajuan 140KM/j tanpa merasai beban pada enjin, memotong dengan “pickup” yang kuat, dan dapat memecut kembali kepada kelajuan yang diingini selepas brek.

Di jalan rata, enjin Suprima S dirasakan tiada masalah dari segi penghasilan kuasa baik untuk memintas mahupun memecut, tetapi apabila krew AK membawa Suprima S mendaki salah satu bukit di sekitar Bandar Baru Bangi, masih dirasakan tidak setanding dengan enjin continental seperti enjin 1.4L TSI milik Volkswagen yang dapat memacu Cross Touran mendaki bukit yang sama tanpa sebarang “hiccup”.

Dalam hal ini bukan saiz enjin, dan bukan twincharger menjadi penentu, akan tetapi penetapan kombinasi drivetrain (enjin dan transmisi) Proton yang masih belum cukup matang dan masih boleh diperbaiki.

Bagi “Ride and Handling” pula, seperti biasa, Proton mantap, sama seperti apa yang Proton canangkan selama ini. Steringnya berat, sesuai bagi mereka yang berjiwa “racing”. NVH (Noise Vibration & Harshness) sangat penting dalam sebuah kereta. Sudah tentu anda tidak mahu mendengar pemandu kereta sebelah batuk tatkala menunggu lampu merah, apatah lagi bunyi bising dari enjin.

NVH Suprima S dirasakan masih belum mantap, kerana bunyi enjin masih kedengaran semasa memandu. Apa yang diharapkan ialah Proton dapat memperbaiki masalah “noise” ini untuk sekurang-kurangnya setanding dengan NVH Toyota Vios.

Menurut salah seorang jurutera Proton kenalan kami, NVH Suprima S masih sedang diperbaiki, dan dikatakan Suprima S yang krew AK pandu uji itu masih tidak menerima pembaik-pulihan NVH. Jika inginkan NVH yang mantap,sebelum membeli Suprima S, tanyalah salesman sama ada NVH sudah diperbaiki atau belum.

Dari segi vibrasi kereta pula, tidak perlulah dinyatakan di sini, kerena kereta baru mana ada vibrasi yang ketara, bukan?


Dari segi keselamatan, Suprima S kelihatan “selamat” dilengkapi dengan 6 airbag bagi kedua-dua variant Executive dan Premium, Anti-Lock Breaking System ABS (seperti kebanyakkan kereta keluaran terkini) digandingkan dengan Electronic Brakeforce Distribution EBD yang bertujuan menyelaraskan kuasa brek yang berlainan kepada setiap tayar, untuk memaksimumkan kuasa brek sambil mengekalkan keseimbangan dan kawalan kereta.

Biasanya EBD akan menyalurkan lebih kuasa brek kepada brek hadapan berbanding belakang. Suprima S telah mendapat 5 bintang ANCAP, keselamatan lebih terjamin. Tidak semua kereta luar negara yang dibanggakan setaraf dengan Suprima S dari segi ini, bukan?

Menurut krew AK,parking juga kini lebih mudah, dengan bantuan sensor kamera di hadapan dan kamera undur di belakang. Dari segi ini, Almera yang dijual lebih kurang harganya hanya mempunyai 2 sensor undur sahaja.

LCD touchscreen Proton suprima
Satu lagi topik hangat ialah aksesori yang datang dengan pakej. Suprima S dilengkapi dengan Android OS 7” LCD skrin sentuh yang berfungsi sebagai GPS, pemain DVD, dan pelayar web.  Malangnya OS ini dikunci dan anda tidak boleh sewenang-wenangnya memuat-turun aplikasi tambahan.

Tetapi kami pasti, tentu ada yang akan cuba “root” Android ini di masa akan datang. Sistem ini dilengkapi dengan keserasian Bluetooth, USB, iPod dan WiFi 4G daripada YES. Android yang diperkatakan di sini sedikit lembab, mungkin kerana processor di dalamnya berkuasa kecil.

Apa pun, ia sudah cukup untuk mengoperasikan aplikasi yang sedia ada, lupakan sahaja hasrat untuk bermain Candy Crush sambil memandu. GPS di dalam Suprima S dapat digunakan tanpa internet kerana datanya disalurkan oleh Lackatoo TM, di mana antenna kereta menjadi penerima resepsi.

Memandangkan masa pandu uji singkat, krew AK tidak sempat untuk menguji WiFi 4G yang tersedia.

Cukup sampai sini ulasan pandu uji Proton Suprima S di AK. Disebabkan ini ulasan pandu uji, maka tidak perlulah kami ulas bahagian luar (exterior) yang rata-rata telah diulas sebelum ini. Satu sahaja komen exterior dari AK, iaitu “Cantik!”.

(Kredit artikel dari Arena Kereta)




Jumaat, 28 Jun 2013

Gambar-gambar cool kereta idaman...Mercedes

Wah..kereta-kereta dari jenama Mercedes ini memang cantik cool la. Tak hairan kalau ianya menjadi kereta idaman kebanyakkan orang. Tengok lah reka bentuk siri-siri terbaru kerta Mercedes ini. Dari A Class sampai lah ke SLK..fuyooo! hebat...
Mercedes A Class
Mercedes B Class
Mercedes C Class
Mercedes M Class
Mercedes SL Class
Ada lagi class yang lain seperti CLS, SLS AMG dan sebagainya. Terjah saja laman web promosi Mercedes untuk tengok gambar-gambar kereta yang lebih cool dan disertai dengan spesifikasinya skali. Senarai harga kat Malaysia pun boleh didownload dari sana. 

Kereta mercedes ini memang cantik...tapi harganya pun cantik juga... :p impian tinggal impian saja la..tak der pun tak per..gasak dengan Saga FLX SV je..hehe